Laman Webantu KM2A1: 4377 File Size: 21.7 Kb * |
TJ SP MGG: Bahana Memutar Teknologi Pintar By M.G.G. Pillai 4/5/2001 12:30 pm Fri |
MGG 1021 (SPAR-01-003) Semua projek hebat di Silicon Valley USA berjaya kerana dikaji teliti
dan selalunya ia melibatkan pakar dan graduan terpilih dari universiti.
Dengan kata lain teknologi itu tertanam di kepala, bukannya di taman
yang gah lagi besar belanjanya tetapi kepakarannya tiada. Dan kepala
itu kebanyakkannya berada di pusat pengajian tinggi yang luarbiasa
tetapi di manakah MIT di Malaysia setelah sekian lama MSC menjelma?
Ia tiada kerana penswastaan lebih mementingkan pembangunan wang dari
pembangunan orang - patutlah kita kecundang.
- Editor] Penterjemah: SPAR-01-003
(Smarting from smart technology) Apakah kemungkinannya seseorang yang tidakpun faham akan sesuatu teknologi
itu berupaya mengguna dan memanfaatkannya? Apakah mungkin sebuah masyarakat
yang belum bersedia menerima-pakai sesuatu teknologi itu menganutinya tanpa
dibebani oleh kesan-kesan dan bahana yang disebabkan persiapan yang
songsang? Para falsafah sejak zaman Hellenik (Yunani Purba) telah bertelagah dan
berdebat akan perkara ini. Socrates, Plato dan banyak para ilmuan lagi sejak
dulu-dulu masih belum mencapai keputusan mengenainya, sehinggakan perkara
itu terus segar bugar hari ini, setelah dicetuskan sejak 2,300 tahun yang
lalu. Apakah sesuatu teknologi itu satu kesenian ataupun sains? Mungkin juga sains
adalah jawapannya, tetapi penggunaannya itu sudah pasti satu kesenian. Sejak
teknologi menjadi sebahagian budaya dunia moden, segala kepincangannya yang
tidak diperdebatkan dengan meluas, menyentuh perasaan kita sehinggakan
peranannya dalam budaya kehidupan menjadi satu perkara sumpahan.
Di Malaysia, teknologi merupakan dasar rasmi kerajaan yang disogokkan secara
paksa kepada masyarakatnya oleh seorang Perdana Menteri yang amat taksub
mengenainya. Ia dipaksa ke atas masyarakat sebuah negara yang belum bersiap
sedia, namun diajar untuk berbangga kerana menganuti kesederhanaannya,
dengan kepercayaan mereka yang mempunyai markah yang lemah, terutama sekali
mereka daripada satu kaum tertentu, diberikan pengiktirafan yang lebih
tinggi daripada mereka yang mempunyai markah yang cemerlang.
Jumlah pelajar Malaysia yang makin ramai tidak diberikan peluang belajar di
universiti walaupun mereka memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang
sedang menekan tanggapan sejagat daripada sudut politik dan budaya.
Dalam hal ini mampukah Malaysia terus berharap untuk menarik teknologi
unggulan sejagat dan juga minda saintifik yang pintar-pintar untuk
mewujudkan makmal penyelidikan dalam satu kawasan yang lebih besar daripada
Singapura? Setakat ini apa yang sudah dibangunkan tidak membawa makna
apa-apa. Kini, pihak kerajaan sudah pun sedar bahawa mereka yang pintar tidak
bersedia datang ke sini tanpa sebarang khidmat sokongan yang mudah
diperolehi daripada golongan pakar bawahan dan juga tenaga kerja seperti
pembantu makmal yang boleh memberi perangsang untuk pakar-pakar yang pintar
datang ke negara ini. Inilah hakikatnya. Kejayaan MSC (Koridor Raya Multimedia) dan Siberjaya
diasaskan kepada kenaikan harga tanah dan bukannya kepada kualiti dan mutu
penyelidikan yang diusahakan. MSC dan Siberjaya menunjukkan bagaimana sesuatu idea yang bernas itu boleh
dihancurkan oleh orang-orang yang tidak faham makna teknologi. Kakitangan
kerajaan sebagai satu kelas manusia sememangnya tidak memahami apa erti
teknologi sebenarnya. Teknologi ialah budaya kerja yang menentukan kelicinan pergerakan sesuatu
sistem. Tidak ada satu pendekatan yang serius untuk sama-sama memikirkan
apakah yang dimaksudkan dengan pengenalan teknologi secara skala yang luas
yang akan membawa kesan kepada pembangunan masyarakat Malaysia itu.
Masalah yang sedang dihadapi oleh kerajaan tentang internet adalah satu
contoh bagaimana sesuatu perkara itu menjadi mencelaru.
Apa sahaja yang terbaru yang diperkenalkan di Malaysia dan juga dunia luas
seolah-olah teknologi itu secanggih teknologi menghiris kepingan roti yang
terkini. Sesiapa juga yang mencabar pendekatan ini dicop sebagai
anti-nasional dan bermacam tohmahan buruk lagi.
Kerajaan memang sudah mempunyai jawapan kepada soalan yang bakal
dikemukakan. Sesiapa yang menyoal kerajaan dianggap tidak tahu menahu apa
yang sepatutnya dilakukan. Inilah kecelaruan yang menebal di minda pegawai
kerajaan kerana tidak mampu berfikir kenapakah dunia luar mengenepikan MSC.
Kerajaan selama ini beranggapan setiap kali ia mempunyai satu rancangan,
pihak yang lain akan bergerak dan menyesuaikan diri kepada tempatnya.
Adalah sama silapnya untuk membuat andaian apabila MSC ditubuhkan, apa juga
usahasama yang difikirkan tanpa penuh serius tentang teknologi pintar itu
(tidak kiralah apa maknanya frasa itu) ia akan menjadikan taraf hidup orang
Malaysia itu bergerak maju tanpa masalah lagi.
Eloklah kita ambil beberapa contoh bagaimana kerajaan memperkenalkan
pelbagai teknologi kepada rakyatnya. Cuba kita ambil lessen memandu sebagai
contohnya. Kita telah diberitahu betapa teknologi istimewa adalah ciri yang penting, di
mana ciri-ciri tulisan istimewa tidak mudah dijual di Malaysia, untuk
mengeluarkan satu lessen memandu yang tidak boleh ditiru. Kad pintar
istimewa bersama mesinnya telah ditempah. Tetapi apabila kita pergi balik
untuk memperbaharui lesen memandu itu, mesin untuk memperbaharui maklumat
belum tiba lagi. Kini, kita berbalik semula kepada kad cara lama, yang membabitkan masalah
menekan maklumat dengan menggunakan komputer.
Kita pernah memasang kamera pintar, seperti jenis yang digunakan di negara
barat, untuk menangkap pemandu yang melanggar lampu isyarat. Berjuta ringgit
telah dibelanjakan untuk membeli kamera canggih ini dan memasangnya. Kini,
tidak ada satu pun kamera ini yang berfungsi kerana kos menyelianya tidak
pernah diambil-kira. Harganya terlalu tinggi dan kerana itu sistem kamera
itu pun ditanggalkan. Pasport pintar ialah satu lagi contoh iltizam kita kepada teknologi moden.
Masalahnya, pasport itu memerlukan mesin khas untuk membaca maklumat di
dalamnya. Takkanlah negara asing terpaksa memasang mesin mahal seperti itu
semata-mata untuk membaca maklumat yang terkandung dalam pasport rakyat
Malaysia yang masuk untuk bercuti sahaja.
Oleh kerana maklumat dalam pasport Malaysia itu hanya boleh dibaca oleh
mesin khas, dan bukan dengan penglihatan mata manusia, ramai rakyat Malaysia
yang teraniaya. Pasport terbaru Malaysia menyebabkan ramai pegawai imigeresen luar negara
berfikir bahawa orang India di Malaysia adalah keturunan Arab. Ini berpunca
apabila ada beberapa 'bahlol' yang sengaja memisahkan kod 'anak lelaki'
(A/L) dengan tidak memasukkan lambang sempang,, menjadikan nama si pemegang
pasport itu mempunyai perkataan AL. Macam orang Arab sekejaplah pemegang
pasport seperti ini. Oleh kerana ramai pegawai imigeresen luar negara tidak mempunyai maklumat
sebenar amalan di Malaysia, mereka memikirkan si pemegang pasport yang
mempunyai kod 'AL' itu adalah berketurunan Arab. Kalau nama si bapa mesti
dimasukkan kenapakah tidak dimasukkan secara berasingan supaya dapat
digunakan untuk semua rakyat Malaysia?
Kad pengenalan 'pintar' yang terbaru dikatakan mempunyai maklumat yang
menyeluruh butir-butir peribadi seseorang itu termasuk lesen memandu dan
banyak lagi maklumat yang bersifat peribadi.
Tetapi, pihak imigeresen tidak menerimanya kerana cop jari yang tersorok.
Dan jabatan itu tidak mempunyai mesin untuk mengesan cop itu. Kerana itu
terpaksa dikeluarkan satu kad pengenalan berasingan yang mengandungi cop
jari orang yang membawa kad pengenalan pintar itu.
Di masa dulu, kalau kita melanggar peraturan lalu-lintas, kita diberikan
saman dalam masa yang terdekat. Kini, dengan adanya sistem berkomputer, ia
memakan masa sehingga empat tahun. Saya baru sahaja menerima saman kerana
salah letak kereta (parkir) pada tahun 1997.
Kadangkala, saya dikenakan caj telefon yang saya gunakan satu ataupun dua
tahun terdahulu. Memang tidak ada gunanya kita merungut kepada orang
telekom. Kerani di meja pembayaran itu pun turut bingung semacam saya.
Kelecehan untuk menyelesaikan perkara itu membuatkan kita mudah mengalah dan
membayar tunggakan itu dan membisu sahaja.
Jadi kita mula menyoal, apakah gunanya semua ini akhirnya? Rakyat marhaen
menjadi kelam-kabut tidak tentu hala. Apa gunanya kita menggunakan teknologi
yang tidak difahami oleh orang ramai ataupun tidak ada gunanya langsung.
Tetapi inilah caranya Malaysia bergerak ke hadapan dengan teknologi pintar
berkomputer. Banyak soalan yang pokok tidak pernah terjawab. Kita mulakan sistem komputer
dengan komputer peribadi yang menggantikan mesin-taip dan mesin memproses.
Beberapa mesin tertentu dibawa masuk untuk kegunaan pakar tertentu dalam
pelbagai bidang, sedangkan komputer itu digunakan oleh kakitangan yang tidak
pun faham apakah sebenarnya mesin canggih yang mereka gunakan itu. Mereka
mengendalikan mesin itu dengan cara amalan dan ingatan sahaja tanpa memahami
kenapa kerja itu dikendalikan. Sesiapa yang merungut setiap kali berlakunya kesilapan daripada maklumat
komputer itu diberitahu bahawa komputer tidak pandai menipu.
Tidak ada pun badan atau pertubuhan khas di Malaysia yang menilai kemajuan
penggunaan teknologi pintar. Setiap kementerian dan jabatan kerajaan
mempunyai sistem komputer tersendiri, selalunya tidak serasi antara satu
sama lain. Setiap jabatan terlalu cemburu dengan apa yang dipunyainya.
Kerana itu, tidaklah mudah untuk bertukar-tukar data dan maklumat melainkan
dengan cara lama dengan orang perantaraan, pos dan telefon, Kadangkala emel
pun digunakan juga. Tidak menghairankan kalau ada benda yang tidak dapat
berfungsi, malahan perkara semacam itu harus dianggap sebagai perkara biasa
sahaja. Kini, cerita-cerita yang menakutkan bagaimana rakyat Malaysia terkandas di
negara orang, dan menghadapi masalah untuk menggunakan kad pengenalan pintar
untuk mendapatkan pasport baru yang pintar, akan terus didengar secara
melambak dan berulang-ulang. Apabila Malaysia menganggap meritokrasi adalah berbahaya dan satu
kepercayaan anti-nasional, sehingga memaksa rakyatnya keluar negara untuk
mencari pekerjaan mereka, yang akan rugi akhirnya ialah Malaysia juga.
Baru-baru ini ketua satu perbadanan kewangan Hong Kong telah tiba melawat
Malaysia. Memanglah tidak ada yang istimewa mengenai lawatan itu. Cuma orang
ini pernah menjadi seorang pegawai tinggi Bank Negara sehinggalah dia
disekat untuk naik lebih tinggi lagi. Dia telah berkhidmat dengan Bank Dunia
dan kini berkhidmat dengan Kerajaan Hong Kong. Pangkatnya tersekat ketika di
Malaysia kerana dia tidak tergolong dalam mereka yang dikira ahli mazhab
sederhana yang lebih-kurang sahaja keupayaannya. Ramai lagi manusia di
Malaysia yang serupa dia masalahnya. Seharusnya, ketaksuban memberi keistimewaan kepada kumpulan yang sederhana
keupayaannya mendedahkan kepada kepincangan menggunakan segala alat
teknologi pintar yang diimport oleh kerajaan. Alat yang canggih itu bukannya
untuk memperagakan kecanggihan jabatan kerajaan semata-mata, ataupun
memuaskan selera ketua jabatan itu. Kepintaran menggunakan alat teknologi
pintar mesti diserap oleh ketua jabatan sehinggalah menyeluruh dan menurun
ke tahap pembantu rendah am (PAR) jabatan itu.
Kalau kemajuan ini tidak dilaksanakan, bererti kita hanya bercelupar
mengenainya dan terus dicukai untuk membiayainya. Cuba perhatikan apa yang
sedang berlaku di Bangalore. Di sana tidak ada pun MSC yang canggih-manggih,
tetapi ratusan ribu pakar komputer sedang berlegar-legar di sana dan menarik
seluruh dunia mengetuk pintu makmalnya.
Sebenarnya manusia yang berotak dan bukannya taman teknologi haprak yang
menentukan segala-galanya. Apakah kita mempunyai segala tenaga kepintaran
itu? Tidak pun. Terjemahan: SPAR-01-003 Rencana Asal: malaysiakini Thursday May 3 01 11:31am, Thu: Could one who understands not technology, use
it widely and wisely? Could a society unprepared for
technology's reach, embrace it and not fall on its
ill-thought out assumptions? Philosophers since Hellenic times have argued and debated
this. Socrates, Plato and philosophers through the ages
have come to no conclusion, and it is as alive today as it
was 2,300 years ago. Is technology an art or a science? Science most probably,
but its application is surely an art. And since technology
becomes part of the culture of the modern world, its
setbacks, while not debated widely, hits one in its most
mundane form-and with its growing role in culture, is doubly
damned. In Malaysia, technology is official policy forced on to the
public domain by a Prime Minister obsessed with it. It is
superimposed on a country unprepared for it, prides itself
in embracing mediocrity, believes those with poor grades,
especially of one race, rates higher than those with
brilliant results. The large number of Malaysian students denied entrance to
universities despite their superlative results underscores
this political and cultural worldview.
In such circumstances, can Malaysia hope to attract the
world's technological and scientific brains to set up
research shops in an area larger than Singapore? That it has
done is neither here nor there. As civil servants find out, these brains would not come here
if there is no support available, the lower ranking
specialists and such necessary workers as lab attendants to
give them an incentive to come. Technologically illiterate And so it turns out. The success of the Multimedia Super
Corridor (MSC) and Cyberjaya is based on escalating land
prices, not the quality of research done.
Both MSC and Cyberjaya show how a good idea can be destroyed
by people who do not understand technology. And technology,
Malaysian civil servants, as a class, do not understand.
By technology here, I mean the culture that makes it
possible for a system to work. There is no serious thinking
about what this large scale introduction of technology into
our lives affects how Malaysian society would develop.
The problem the government has with the Internet is one
small example how matters can go awry.
Everything new is proudly introduced to Malaysians and the
world as the neatest discovery since sliced bread. Anyone
who challenges this is deemed an anti-national and worse.
The government has all the answers, and those who question
it do not understand what it wants to do. That confusion
abounds in official minds about why the world does not rush
to the MSC. It believes that once it has a plan, everything
else will fall into place. It is equally wrong to presume that with the MSC, its own
ill-thought-out ventures in introducing ?smart? technologies
(whatever that phrase means) into the lives of Malaysians
would work seamlessly. Smart ventures Let us take a few examples of how the government ventured
into introducing technology into the public place. Driving
licenses, for instance. Special technology was important, so we were told, with
special typefaces that would not be sold in Malaysia, for a
foolproof driving licenses. The special cards and machines
were ordered. But when you went back to renew the licenses,
the machinery for updating it had not arrived.
Today, we have gone back to an ordinary card, the only
computerisation involved is how the details are printed.
We had ?smart? cameras, the type in use in the West, to
summon motor cars that beat traffic lights. Millions were
spent on buying and installing them. Today, none is in use.
The running costs were not worked out, the cost was
prohibitive and the system is quietly dismantled.
The ?smart? passport is yet another proof, so we are told,
of our commitment to technology and modernity. The only
problem is, it requires special machines to read them and it
is too much to expect foreign countries to have special
systems installed to read the passport of the Malaysian who
decides to go on holiday there. The contents are machine-readable, not by human sight. And
the Malaysian runs into trouble. Indian Arabs It modifies current practices, as we now hear, so that
foreign immigration officials think Indian Malaysian are
Arabs. This is because some brilliant spark decided that the
?anak lelaki? (written as A/L, for ?son of?) in their names
does not have the slash. Many overseas, without the hindsight of Malaysian practice,
think this means the man is an Arab! If the father's name
must be included in the passport, why could not that be
inserted separately, one which could by widely used for all
Malaysians? The new ?smart? identity card, we are told, would include
all one's personal details, driving license and other
information that should normally be kept in a safe place.
But the immigration would not accept it because the thumb
print is hidden, and it does not have the machine to read
it. So, a temporary identity card with the thumb print
clearly marked is needed for it. In the old days, when you commit a traffic offence, you are
issued with a summons within months. Today, with
computerisation, it is four years. I got a summons the other
day for a parking offence in 1997. Sometimes, in my telephone bills, I am charged for calls I
made a year or two earlier. Talking to them is no use. The
clerks at the counter are as clueless as I am about it. The
hassle you go through is enough for you to pay and shut up.
Inconvenient technology So, we come to the question: What is the point of all this
if at the end of the day ? It is the public that is put to
great inconvenience. One should not run ahead with
technology that people cannot comprehend or come to terms
with. But this is how Malaysia moves smartly into
computerisation. Fundamental questions are not addressed. Computerisation in
Malaysia begins with the personal computer, which replaces
the typewriter, and the data processing machine.
Some specialised equipment is brought in for the specialists
in every field, but they are used by an indifferent
workforce not knowing what they are for. It is work by rote,
with no understanding why it is done. Those who complain about it when it shortchanges are told,
by rote, the computer does not lie. No single body in Malaysia looks into this march into
?smart? technology. Each ministry and department has its
own computer system, usually at odds with every other. Each
guards its own turf. So, exchanging data and information is out, except in the
old fashioned way - by courier, post, telephone. Sometimes,
even the e-mail is used. So, one is not surprised when it
does not work. One, indeed, expects it not to.
So, the horror stories of Malaysians traveling overseas, and
of difficulties in using the new ?smart? identity card to
obtain a new ?smart? passport, would come in droves.
When Malaysia believes that meritocracy is a dangerous
anti-national belief, and forces Malaysians to depart
elsewhere for their bread and butter, it is Malaysia which
loses. Mediocrity cult Recently, the head of the Hong Kong monetary system was in
town for a talk. Nothing unusual about it. Except that the
man was once a high ranking official in Bank Negara
Malaysia, went to the World Bank, when the ?glass ceiling?
hit him as it does any who are not mediocre, and is now in
Hongkong. He is not the only one. Necessarily, the cult of mediocrity Malaysia espouses is
inimical to an intelligent use of technology. It is not
enough for technologically savvy heads of department. That
must seep through the system to the office boy.
If it does not, then all we do is to pay lip service-and pay
heavily for it. Look at Bangalore. There is no fancy MSC
there, but hundreds of thousands of computer specialists
work there, with the world beating to its door.
It is people, not the technological parks, that eventually
would turn the tide. Do we have them? No.
M.G.G. Pillai |