Laman Webantu KM2A1: 4378 File Size: 13.4 Kb * |
TJ SP MGG: Pembohongan Yang Melindungi Kebenaran By M.G.G. Pillai 4/5/2001 6:02 pm Fri |
MGG 1021 (SPAR-02-001) Kes Daim yang bercuti tetapi lewat seminggu dimaklumkan dan masih pergi
bekerja pula ketika bercuti memang menganihkan. Begitu juga kes Anwar yang
sudah 5 bulan sakit tanpa menerima rawatan (terbaik) - melainkan
serangan yang bertambah-tambah untuk terus mengaibkan dirinya. Apabila
DS Wan Azizah memberikan taklimat keadaan sebenar kesihatan Anwar,
kerajaan terus menggelabah mencari alas dan sokongan - sekaligus
menampakkan kebenaran itu cuba diselimutkan.
Sakitnya Anwar yang sengaja tidak diendahkan kerajaan menyebabkan
'Anwar saga' tidak padam-padam. Kerajaan telah teraib oleh sikap
kerajaan sendiri untuk memadamkan Anwar. Anwar sekali lagi merangsang
rakyat walaupun tidak berpeluang bercakap berjam-jam seperti Mahathir.
Kemunculan sasterawan negara dari persembunyian itu menjadi tanda
siapakah yang semakin kencang dan siapa yang akan padam dalam keaiban.
Sesungguhnya kebenaran itu tidak akan padam walaupun cuba diselimutkan
dengan pembohongan kerana ia akan terbongkar juga satu hari kemudian....
- Editor] Penterjemah: SPAR-02-001
Pembohongan Yang Melindungi Kebenaran
(Malaysiakini - Chiaroscuro: The lies that guard truth)
Kebenaran adalah sesuatu yang amat berharga sehingga pengawal
pembohongan perlu untuk melindunginya. Itulah yang pernah disuarakan oleh
Winston Churchill bagi menggugat keharmonian sewaktu perang dunia kedua.
Prinsip yang penting ini turut digunakan sepenuhnya di dalam perang saraf
Malaysia untuk menghancurkan, dengan kejayaan yang terhad, Parti Komunis
Malaya semasa Darurat. Ianya memerlukan usaha yang luar biasa, matlamat-matlamat yang jelas,
pendirian yang teguh, keyakinan, kepandaian menghalusi sesuatu perkara,
kebolehan berfikir dengan baik. Keangkuhan, penghinaan, kemarahan, sikap
panas-baran adalah membahayakan. Kerajaan sepatutnya tidak menggunakannya
terhadap rakyat sendiri. Apa yang boleh digunakan untuk mengalahkan pihak
musuh tidak semestinya boleh menghasilkan kesan yang sama kepada pengikut
sendiri. Di Malaysia, perkara ini dilakukan dengan penuh biadap, merosakkan
dengan begitu ketara sekali, dan membolot untuk diri sendiri menyebabkan ia
tidak lagi boleh dipercayai. Ia tidak tahu atau peduli dengan apa yang
hendak diperkatakan, dan seringkali memperbodohkan dirinya sendiri. Dengan
semua ini timbullah satu keangkuhan yang tidak boleh diterima. Begitu juga
dengan dunia korporat, dengan tindakan-tindakan yang memalukan untuk
menyembunyikan kebenaran, namun ianya terbongkar juga. Kini apabila
kedua-duanya memerlukan pertolongan, tiada seorang pun yang tampil untuk
menghulurkan bantuan. Apabila ahli-ahli politik dan gergasi-gergasi korporat perlu menyatakan
kebenaran, mereka sebaliknya menyatakan pembohongan. Perdana Menteri, Dr.
Mahathir Mohamed, amat tidak menyenangi wartawan-wartawan sehinggakan beliau
lebih suka mempermain-mainkan mereka dari menjawab soalan yang diajukan.
Pengunduran anak lelakinya, Mokhzani, dari dunia korporat pula gagal untuk
membersihkan namanya. Dr. Mahathir dengan marah telah bertanya kepada para wartawan pada
bulan Ogos 1998 adakah beliau perlu mencium timbalannya pada masa itu, Anwar
Ibrahim, bagi membuktikan bahawa tiada sebarang masalah yang timbul. Enam
hari kemudian, Anwar telah disingkir di dalam satu konfrontasi yang Mahathir
pasti harapkan tidak pernah berlaku itu. Jadi, sekarang isunya adalah dengan
Menteri Kewangan, Daim Zainudin. Itupun beliau katakan tiada sebarang
masalah yang timbul. Rakyat Malaysia dan lain-lainnya terpaksa bergantung kepada
khabar-khabar angin untuk mendapatkan maklumat. Adakah KPN telah mencederakan
Anwar dengan teruk selepas penahanannya di bawah ISA? Tidak, kata kerajaan.
Ya, kata khabar-khabar angin. Ternyata, beliau memang telah melakukannya.
Apabila Menteri-Menteri Kabinet dan ahli-ahli politik bercakap sesuatu
yang tidak benar atau mencadangkan agar mereka yang bertanya soalan-soalan
yang sedemikian memeriksa kepala mereka, terutamanya jika ia adalah untuk
mengesahkan khabar-khabar angin yang didapati benar, itu membuatkan mereka
kelihatan bodoh. Kedudukan Mahathir di dalam kerajaan semakin tergugat
setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan. Dirinya sendiri menjadi musuh
yang paling dahsyat apabila beliau mengeluarkan kata-kata yang begitu
berhati-hati tetapi memedihkan bertujuan untuk meyebabkan seseorang itu
merasa terhina ataupun dianggap bodoh.
Daim mengatakan yang beliau menjadi mangsa kepada khabar-khabar angin.
Apabila sebuah kerajaan menyebarkan perkara-perkara yang separuh benar dan
pembohongan yang tulen, khabar-khabar angin akan mengisi ruang kosong di
dalam maklumat. Alam semulajadi bencikan ruang kosong. Jika kerajaan tidak akan
mengisinya dengan maklumat-maklumat yang sahih dan tidak dapat meyakinkan
rakyat terutamanya menjelang pilihanraya umum, apa yang hendak disampaikan,
walaupun penting, tidak akan dipercayai lagi.
Apabila kebenaran itu diambil mudah, kerajaan akan kehilangan kuasanya.
Mula-mula, ia berpatutan dengan kebenaran tentang masalah kesihatan Anwar
Ibrahim. Kemudian suasana menjadi tegang dan mencemaskan apabila isteri
Anwar membuat penjelasan tentang hal tersebut kepada para diplomat.
Ini telah mencetuskan kemarahannya, dan Menteri Luar, tidak yang lebih
rendah dari itu, membuat penjelasan kepada duta-duta asing. Itupun masih
tidak mencukupi. Menteri Luar dan Menteri Kesihatan, bersama-sama dengan 14
pakar perubatan, kemudiannya memberikan penjelasan kepada para diplomat
sekali lagi. Kerajaan terperangkap di dalam masalah ini kerana tangan kanannya tidak
tahu apa yang dilakukan oleh tangan kirinya. Ia mahu maklumat tentang
kesihatan Anwar sampai kepada orang-orang asing tetapi tidak rakyat
Malaysia. Beberapa siri tindakan yang diambil oleh kumpulan pro Anwar telah
mengalihkan perhatian dari dirinya kepada penyakit yang dialaminya. Ini
menyebabkan peluang kerajaan untuk mengembalikan isu itu kepada Anwar tidak
akan berhasil. Sukar untuk dijelaskan, beliau akan didakwa sekali lagi di atas
tuduhan-tuduhan liwat dan rasuah yang seterusnya. Sepatutnya pendakwaan
tersebut dijalankan pada 28 April tetapi ditangguhkan ke 12 Mei disebabkan
Anwar tidak sihat. Namun gambaran Anwar di atas kerusi roda akan memberikan
kesan yang mendalam sebagaimana penampilan mata lebamnya yang mahsyur itu.
Kini, kerajaan mengeluarkan amaran pula sekiranya beliau tidak mahu
menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, beliau akan dihantar semula
ke penjara untuk menjalani rawatan secara konservatif. Secara tidak langsung
ini telah membawa semula fokus ke atas diri Anwar.
Apa yang kita lihat adalah hasil dari pandangan ini bahawa hanya
kerajaan mempunyai jawapannya, manakala yang lain semuanya bodoh dan
sewajarnya diperlakukan sedemikian. Keperluan untuk berbohong inilah - atau
lebih sopan lagi, untuk tidak menyatakan kebenaran - yang menjadikannya
defensif. Setiap yang disentuhnya akan menjadi abu. Apabila apa yang
diperkatakannya tidak lagi dipercayai, apa yang dilakukan juga akan
dipersoalkan. Namun ia tetap tidak berubah. Inilah yang menjadi sebab
mengapa hanya segelintir yang mahu mengambil tahu tentang sejauh mana
perbalahan di antara Dr. Mahathir dan Daim; kerana bagi mereka, ianya
seperti cerek mengatakan periuk itu hitam. Kebenaran, oleh yang demikian,
adalah musibahnya yang paling utama. Terjemahan: SPAR-02-001 Artikel asal: http://202.56.157.37/Column/2001/05/2001050101.php3
01 May 01 CHIAROSCURO MGG Pillai 9:00am, Tue: Truth is so precious a bodyguard of lies must
protect it. Winston Churchill said so to destabilise
Germany during World War Two. This important principle in
psychological warfare Malaysia used to great effect to
break, with limited success, the Malayan Communist Party
resolve during the Emergency. It needs superhuman effort, clearly defined aims,
resoluteness, confidence, subtlety, commonsense. Arrogance,
superciliousness, anger, tantrums is dangerous. A government
should not use it against its own peoples. What can defeat
an enemy could not your own side. In Malaysia, it does impudently, so patently mangled
and self-serving that it defies belief. It does not know or
care what it wants to say, and puts its foot into its mouth
as often. With this comes an arrogance that cannot be
justified. So the corporate world, with its defamation
actions to prevent the truth, such as it is, is being
discovered. Now that both are in need of help, no one comes
to help. When politicians and corporate tycoons have to tell the
truth, they tell lies instead. The prime minister, Dr
Mahathir Mohamed, is so dismissive of reporters that he
pokes fun at them instead of answering the question. His
son, Mokhzani, withdrew from the corporate world and can
only fall flat on his face. Dr Mahathir angrily asked reporters in August 1998 if
he should kiss his then deputy prime minister, Anwar
Ibrahim, to show all is well. Six days later, Anwar was
dismissed in a confrontation that Dr Mahathir must wish
never happened. So, now his issue is with his finance
minister, Daim Zainuddin. He says all is well.
Highly strung Malaysians and others rely on rumours to keep them
informed. Did the Inspector-General of Police grievously
assault Anwar after his arrest under the Internal Security?
No, said the government. Yes, said the rumours. He did.
When cabinet ministers and politicians speak untruths,
or suggest that those who ask such questions should have
their heads examined, especially if it is to confirm rumours
that turn out true, it makes them look stupid. Dr Mahathir's
hold on the government loosens with every statement he
makes. He is his own worst enemy when he utters his
carefully chosen but ill-advised words to pour scorn or
assume he talks to idiots. Daim says he is the victim of rumours. When a
government spews half-truths and downright lies, rumours
would fill the vacuum of information. Nature abhors a vacuum. If the government would not
fill it with verifiable information and take people into its
confidence especially in between general elections, what it
wants to say, however important, would be disbelieved.
When it ignores the truth when it should not, the
government loses ground. First, it was economical with the
truth about Anwar Ibrahim's medical problems. Then it got
highly strung when his wife briefed diplomats about it.
It got angry, and the foreign minister, no less, briefs
the ambassadors. That was not enough. The foreign and health
ministers, along with 14 medical specialists, then briefed
the diplomats again. Fresh charges The government is caught in this mess because its right hand
does not know what its left hand does. It wants to keep the
foreigners, not Malaysians, informed of Anwar's medical
condition. A series of miscues by the Anwar bandwagon
diverted attention from the man to his illness. It was too
good a chance for the government to force the issue back to
Anwar. Inexplicably, he is to be charged afresh on further s###my
and corruption charges. That was to have been on April 28,
but is now postponed to May 12 because Anwar is ill. But the
spectacle of Anwar in a wheelchair would have an impact as
effective as his infamous black eye. Now, with the government warning him that if he does not
undergo an operation at the Hospital Kuala Lumpur he would
be sent back to prison for conservative treatment. And
brings the focus back on the man himself.
What we see is the outcome of this view that the government
alone has the answers, and all others are idiots and so
treated. This need to lie - or to put it genteelly, not to
tell the truth - is what makes it defensive.
Anything it touches turns to ash. When it is disbelieved in
what it says, what it does is also questioned. But it does
not change. Which is why few are bothered about how serious
the quarrel between Dr Mahathir and Daim is; for all they
care, it is the kettle calling the pot black. Truth,
therefore, is its most important casualty.
|