Laman Webantu KM2A1: 4388 File Size: 3.9 Kb * |
Senarai tangkapan ISA sebenar.... By Dahlia 5/5/2001 8:45 pm Sat |
[Rencana ini telah disiarkan di FGR tetapi ramai agak
sangsi kebenarannya. Tetapi sedikit risik di KM2 mendapati
ada betulnya mengikut sumber tertinggi dalam Umno sendiri.
Sila maklum Mahathir dijangka menukar tektik dengan pendedahan
penangkapan yang amat ramai ini. Beliau turut membaca apa
yang terpapar di laman-laman pro-reformasi sebab itulah
Raja Petra FAC dan Pak Din Komentar ditangkap baru-baru ini.
Mahathir sedang menunggu beberapa reaksi pemimpin PAS
dalam waktu terdekat ini. Tampak jelas PAS tidak begitu
menonjol ketika rakannya ditangkap sebanyak ini kerana
PAS sendiri sudahpun digari dan masih cuba mengikut
saluran demokrasi. PAS sepatutnya menyerang Mahathir
habis-habisan melalui tangkapan ini tetapi cara ia
memprotes agak lembik dan kurang berkesan - tidak seperti
pemimpin keADILan. Besar kemungkinan Mahathir akan
menggunakan ini sebagai satu isu untuk memusnahkan pakatan
BA menjelang perhimpunan agung nanti.
Sekurang-kurangnya PAS sepatutnya mengadakan solat hajat
yang berjadual yang semakin kerap dari hari ke hari.
Mungkin dilakukan seminggu sekali dulu. Kemudian 2 kali
seminggu. Dan seterusnya.... Ini akan dapat menyedarkan
semua. Pemimpin PAS seharusnya lebih menonjol dalam penulisan
siber juga. Sejak September 98, terlalu kurang bahan
oleh pemimpin PAS sendiri. Kebanyakan tulisan bersemangat
tidak datang dari PAS - tetapi dari pejuang-pejuang yang
tidak dikenali dan mungkin juga tidak berparti. Parti
mereka adalah parti reformasi yang tidak perlu didaftarkan
untuk dikenali namun mereka tetap hidup sampai hari ini.
- Editor] Mon Apr 30 11:22:36 2001 Beberapa pemimpin PAS juga termasuk dalam senarai tersebut.
Tangkapan itu dibuat untuk mengelakkan "kecelaruan" kepada
Mahathir untuk menumpukan perhatian kepada strategi memperkukuhkan
kedudukannya. Mahathir benar-benar gelabah gilerrr you! Benar-benar gelabah, paling
menyakitkan hati beliau ialah ekoran daripada kekalahan kroninya dalam
pemilihan Bahagian umno serta "tohmahan" ke atas anaknya Mokhzani.
Beliau marah!! Marah juga dengan perangai Daim yang diam.... tapi bervisi.
Beliau juga marah apabila para pemimpin umno lain hanya berdiam diri
dari membela beliau dan anaknya, kecuali Dato Hasan Harun ( KUB)..
aparaaaa! Mana beliau tak kecil hati. Kroninya tak boleh buka mulut
sebab ramai yang dah tewas. Yang boleh bukak mulut macam Hasan tu
pun tak ada kredibiliti dalam umno. Siapa lu??? Hahaha.. malu dia.
Siapalah nak dengar cakap Hasan ni. Tak apalah, ada juga dari tak ada
langsong. Senarai 98 berkenaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat agar
rakyat tidak terkejut sangat. Kununnya. Pada asasnya penangkapan itu
dibuat untuk memastikan agenda Mahathir seterusnya tidak akan
terganggu, apatah lagi dengan persengketaan beliau dan Daim.
Beliau ingin pastikan bahawa pemimpin BA diberkas, kalau tidak pun
sehingga pilihanraya akan datang, sehingga beliau benar-benar boleh
kembalikan kepercayaan rakyat dan ahli umno terhadap kepimpinannya.
Slumber punyer PM! Wassalam,
|