Laman Webantu KM2A1: 4389 File Size: 7.7 Kb * |
Pencabar Aziz Shamsuddin Digantung? By Kelawar UMNO 5/5/2001 9:20 pm Sat |
Berikut adalah berita terbaru dari sumber tertinggi dalam
parti UMNO yang bersidang baru-baru ini. Saya merasa berita
ini belum disiarkan di mana-mana lagi kerana ia agak sensitif
sehingga berita perdana negara pun tidak menyiarkannya.
Mustapha Kamal Mat Nawi yang menang mengalahkan Datuk Aziz
Shamsuddin akan dikenakan tindakkan disiplin digantung
selama 6 tahun kerana dituduh menggunakan politik wang.
Soal bukti tidak jadi masalah kerana ia boleh diatur
sebagaimana Anwar diaibkan. Demikianlah dahsyatnya Aziz
Shamsuddin ini. Akan adalah seekor dua yang tampil nanti
dengan bukti untuk mengnyahkan Mustapha terkebil-kebil
dari kemenangannya yang sah di sisi demokrasi.
Dalam pemilihan bahagian baru-baru ini Aziz tewas sebanyak
6 undi sahaja ditangan Mustapha. Aziz mendapat 129 undi
manakala Mustapha beroleh 135 undi. Mustapha merayu agar diadakan pemilihan semula sebagaimana
kes Fuad Hasan lawan Ahmad Bujang yang seri itu tetapi
besar kemungkinan dia akan dinafikan dari mendapat peluang itu.
Ahli-ahli dan pemimpin Umno yang lain tidak berani masuk
campur untuk simpati kepada Mustapha. Saya berharap dengan pendedahan ini jawatankuasa disiplin
tidak akan menggantung Mustapha. Setidak-tidaknya lakukan
pemilihan semula. Saya juga percaya Mahathir mungkin membaca tulisan ini dan
menukar tektiknya. Dia membaca tulisan Marhain Tua kerana
dia ke Dubai baru-baru ini melihat sesuatu yang ditulis oleh
Marhain Tua. Malah dia mungkin juga membaca tulisan oleh Pena
Suasa, Amin Sapiro, CDB, Dahlia dan lain-lain lagi kerana banyak
rahsia yang tidak sepatutnya keluar menyebabkan rencana ditukar.
Saya berharap lebih banyak lagi pendedahan dibuat di laman web
kerana ahli-ahli UMNO amat bergantung kepadanya untuk
menumbangkan Mahathir. -Kelawar UMNO- [Rujukan Tambahan: - Editor] SEGERA: DATUK AZIZ SHAMSUDDIN TEWAS DI GOPENG
IPOH, Ahad 15 April - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk
Abdul Aziz Shamsuddin tewas enam undi di tangan Mustapha
Kamal Mat Nawi untuk kerusi ketua Umno Bahagian Gopeng
dalam satu pertandingan sengit malam ini.
Pada tahun 1995, Mustapha menewaskan Aziz yang ketika itu
adalah ketua bahagian dan setiausaha politik kepada Perdana
Menteri. Bagaimanapun, beliau yang sebelum ini disebut-sebut
akan memenangi semula jawatannya itu gagal untuk merebut balik
jawatan lamanya. Aziz mendapat 129 undi manakala Mustapha pula memperolehi
135 undi. Aziz tidak hadir pada persidangan perwakilan yang
berlangsung di sini malam ini kerana sedang menjalani rawatan di
sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Dengan kekalahan ini, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno
yang pertama tewas dalam pemilihan bahagian yang sedang
berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan ini.
http://www.agendamalaysia.com/detailinf.asp?gnum=12&num=914
Analisis Berita TERBARU : FUAD HASSAN & AHMAD BUJANG SERI
Oleh Rosli Ismail Oleh Rosli Ismail KUALA LUMPUR, Isnin 30 April - "Perang" Umno Bahagian
Gombak nampaknya belum juga selesai. Kejadian di luar dugaan
telah berlaku dalam pemilihan yang berlangsung sengit pada hari
Ahad apabila kedua-dua calon ketua bahagian, Datuk Fuad
Hassan dan Ahmad Bujang mendapat jumlah undi yang sama
banyak iaitu 331. Keputusan yang memeranjatkan ini telah memaksa pengerusi tetap
persidangan perwakilan itu mengumumkan pemilihan semula
jawatan tersebut yang akan diadakan pada satu tarikh yang belum
ditetapkan lagi. Inilah kali pertama dalam siri pemilihan jawatan bahagian yang
sedang berlangsung sekarang, calon yang bertanding mendapat
undi yang sama banyak dan memaksa persidangan ditangguhkan
ke satu tarikh lain untuk pemilihan semula.
Fuad Hassan adalah bekas anggota exco Kerajaan Negeri
Selangor yang tewas di tangan bekas setiausaha sulit timbalan
perdana menteri, Mohd Azmin Ali di kawasan Dewan Undangan
Negeri Hulu Klang pada pilihan raya umum 1999.
Pemilihan jawatan Umno bahagian ini disifatkan sebagai yang
tersengit di Selangor selepas Hulu Langat. Ia telah memaksa
perdana menteri sendiri turun ke bahagian ini untuk menenangkan
keadaan namun kunjungan tersebut masih tidak dapat meredakan
kehangatan pemilihan. Kekosongan jawatan ketua timbul apabila bekas menteri pusat,
Datuk Paduka Zaleha Ismail mengundur diri daripada politik
sepenuhnya. Keputusan tersebut mewujudkan dua kem di Gombak.
Satu diketuai oleh Fuad, yang menyandang jawatan timbalan
ketua bahagian sebelum ini manakala satu kem lagi dipimpin oleh
naib ketua sekarang, Ahmad Bujang. Dalam pertandingan malam semalam, persaingan di antara dua
kem ini amat jelas kelihatan bukan sahaja untuk jawatan ketua
tetapi juga untuk lain-lain jawatan. Jawatan timbalan telah
dimenangi oleh orang Fuad iaitu Yuzahari Mohd Yusof, dengan
memperolehi 340 undi menewaskan orang kanan Ahmad iaitu
Annual Tahir yang meraih 320 undi. Annuar hanya kekurangan 20
undi sahaja daripada lawannya. Yang menariknya ialah, keriuhan dan kegembiraan kemenangan
di sebelah Fuad hanya untuk seketika sahaja kerana sebaik
sahaja keputusan bagi kerusi naib ketua pula diumumkan, tiba
giliran orang Ahmad Bujang pula menyorak gembira. Calon
mereka Hanipah Ismail, mendapat 351 undi menewaskan calon
Fuad, Abu Samah Bacik yang memperolehi 309 undi.
Kemenangan bersilang juga mewarnai jawatan ketua wanita dan
ketua pemuda bahagian dalam pemilihan yang berlangsung
hujung minggu lalu. Jawatan ketua Pemuda dimenangi oleh Said Anuar Said Ahmad
yang menyokong Ahmad manakala Datuk Rakibah Manaf yang
menyebelahi Fuad memenangi jawatan ketua Wanita.
Said Anuar merupakan anggota exco Pergerakan Pemuda Umno
Malaysia. Rakibah pula adalah bekas exco Kerajaan Negeri
Selangor yang digugurkan dalam pilihan raya umum lalu.
Sidang perwakilan Umno Bahagian Gombak telah berlangsung di
dewan Kelab Golf Perangsang di Rawang. Keputusan pemilihan
jawatan hanya diumumkan pada jam 12.27 tengah malam (Isnin 30
April). Ia ditunggu dengan penuh debaran oleh para perwakilan sejak
lepas waktu Maghrib lagi apabila pengiraan undi mula dijalankan.
Gombak yang meliputi satu kawasan yang agak luas mempunyai
jumlah perwakilan yang besar iaitu hampir 700 orang kesemuanya.
Bagaimanapun tidak lama kemudian Pengerusi Tetap Ungku Raja
Ibrahim Raja Kahar memanggil Fuad dan Ahmad Bujang masuk ke
dalam bilik kiraan undi dan mereka kemudian kelihatan keluar dari
bilik tersebut kira-kira 15 minit selepas itu.
Sebaik sahaja beredar keluar, wajah Ahmad tidak lagi
menampakkan keceriaan dan Raja Ibrahim kemudian
mengumumkan kepada seluruh perwakilan bahawa kedua-dua
calon itu memperolehi undi yang sama banyak.
Beliau turut mengumumkan bahawa mengikut Perlembagaan Umno,
pemilihan semula jawatan berkenaan perlu dibuat semula.
Katanya, soal ini akan dikemukakan dulu kepada Badan
Perhubungan Umno Negeri Selangor untuk mendapat kepastian
mengenai tarikh pemilihan semula.
|