Laman Webantu KM2A1: 4391 File Size: 15.9 Kb * |
TAG SP 90: Rais Yatim, pakar tunggang-balik By Fan Yew Teng 6/5/2001 12:38 am Sun |
TAG 090 [Telatah Rais Yatim ternyata bercanggah dengan apa yang pernah ditulisnya
dulu. Dia memelihara diri sendiri bukannya berkhidmat untuk rakyat negara ini.
Dia membela ISA sedangkan itulah yang disanggahnya dulu.
Suhakam kini telah dikritiknya dengan alasan mencampuri tugas polis sedangkan
ada akta yang memperuntukkan ia bersuara atau menegur sebarang kezaliman hak
seseorang manusia. Ini menunjukkan Rais tidak arif dalam bidangnya itu atau
sengaja buat tidak tahu. Rais adalah seorang yang tidak mempunyai prinsip dan pendirian serta mudah
diatur menjadi bahan permainanan oleh Mahathir walaupun mempunyai segulung
ijazah di tangan. Dia membakar jambatan tetapi berenang pula kemudian kerana
malu bukan halangan jika ada sesuatu menanti di hadapan. Dia seharusnya
membakar sahaja ijazahnya itu kerana masih tidak faham bidang kuasa Suhakam.
Budak tadika pun lebih faham - bukankah kini zaman wawasan?.
- Editor] (Rais Yatim, expert somersaulter) oleh: Fan Yew Teng The Sun ada melaporkan, kenyataan Rais yang mengulas kisah aktivis reformasi
yang ditahan baru-baru ini, bahawa pihak polis mempunyai kuasa di bawah
Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
'Tujuh tangkapan itu adalah berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraman
awam,' kata Rais apabila diminta mengulas permintaan Suhakam agar para
tahanan dibebaskan segera ataupun dihadapkan ke mahkamah. Rais menambah
penangkapan itu adalah tertakluk kepada Artikel 151 perlembagaan negara dan
bersesuaian dengan undang-undang keselamatan dalam negara.
Kenyataan Rais itu bukan sahaja mengejutkan malahan amat tragis sekali. Ia
mengejutkan kerana Rais, yang merupakan menteri yang bukannya memegang
jawatan kementerian kanan merupakan seorang peguam dan politikus
berpengalaman - dengan kelulusan kedoktoran undang-undang, seolah-olah tidak
arif dengan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999.
Akta ini (Akta 597) telah diluluskan oleh parlimen dan diperkenankan oleh
YDP Agong pada 27 Ogos, 1999. Ia diterbit dan digazetkan pada 9 September,
1999. Apakah kita difahamkan bahawa Rais tidak tahu-menahu kewujudan undang-undang
ini? Ataupun, dia tidak menyedari seksyen 4 dalam Akta itu, tentang 'Fungsi
dan Kuasa Suruhanjaya' itu? Seksyen 4(2) dalam Akta tersebut menjelaskan: 'Bagi tujuan melaksanakan
fungsinya, Suruhanjaya boleh menguatkuasakan sebarang ataupun seluruh
kuasanya di bawah seksyen 4(2) Suruhanjaya itu mempunyai kuasa, malahan
tugas, menasihati Kerajaan dan/atau badan berkanun yang berkaitan rungutan
terhadap badan berkanun dan memberikan nasihat ataupun syor-syor kepada
Kerajaan ataupun badan berkanun akan peraturan yang perlu diambil'.
Sub-seksyen (e) di Seksyen 4 (2) menyatakan dengan jelas betapa Suruhanjaya
itu mempunyai kuasa 'untuk mengeluarkan kenyataan tentang hak asasi manusia,
apabila dan jika diperlukan' Jadi, dari segi apakah Suhakam bertindak silap? Di bahagian manakah mengikut
Akta 1999 itu Suhakam tidak dibenarkan ataupun tidak boleh mengeluarkan
pendapatnya semasa polis menjalankan tugas ataupun siasatannya?
Pihak polis mungkin mempunyai sedikit ruang mengikut Seksyen 73(1) ISA
tetapi ini tidak bererti ISA secara amnya dan Seksyen 73(1) khasnya, sebagai
bersifat menghormati moral dan adil. Di bawah undang-undang apakah di Malaysia ini, yang membabitkan Suhakam
ataupun sesiapa saja rakyat Malaysia, tidak boleh membuat komen ataupun
mengkritik tangkapan yang dikatakan berkaitan dengan keselamatan dan
ketenteraman awam? Apakah kesedaran hati nurani manusia di sebalik semua tangkapan itu begitu
lemah dan rapuh sehingga ia mampu berdiri menjadi sasaran renungan awam dan
penelitiannya? Rais sememangnya berhak untuk berkata bahawa semua tangkapan di bawah ISA
itu adalah sah; lagipun kalau dia mahu terus menjadi seorang menteri, dia
tidak ada pilihan lain daripada akur dengan pendirian kerajaan.
Tetapi, sudah tentu ini tidak bererti Suhakam mesti berfikir seperti Rais
dan kerajaan. Lagipun sudah terlalu banyak robot dalam negara ini. Soalan
apakah Suhakam bertindak secara prejudis ataupun berpihak-pihak tidak timbul
langsung. Rais memang berhak untuk merumuskan betapa penangkapan ISA itu tidak
mempunyai unsur-unsur yang mencemar hak asasi manusia. Ini tidak bererti
pihak lain, termasuk Suhakam, mesti meniru pandangannya yang terlalu berbaur
politik dan amat menjijikkan itu. Suhakam sudah pun mempamerkan kematangannya tentang undang-undang dan segala
proses perundangan itu. Sebenarnya Rais yang secara mengecewakan kita telah
gagal memahami peruntukan asas yang terdapat dalam Akta 1999 Suhakam itu.
Rais harus sedar tidak ada sesiapa yang berkata bahawa artikel 151 dalam
perlembagaan tidak membenarkan tangkapan di bawah ISA. Sememangnya wujud
peruntukan itu. Tetapi ini tidak semestinya bererti peruntukan Artikel 151
itu sesuatu yang adil dan saksama. Peruntukan undang-undang dan perlembagaan yang tidak adil adalah perundangan
yang tidak sepatutnya dikekalkan. Kenyataan Rais memang sesuatu yang tragis
sekurang-kurang disebabkan satu hal. Pada 1995, Rais telah menerbitkan satu
hasil kajiannya yang terkenal berjodol 'Freedom under Executive Power in
Malaysia.' (Kebebasan di bawah kuasa eksekutif di Malaysia).
Sememangnya dia tidak silap mendedikasikan buku itu 'kepada semua yang telah
menanggung azab sengsara daripada kezaliman salahguna kuasa eksekutif.'
Dalam rumusan beliau kepada satu bab yang panjang tentang 'Penahanan Tanpa
Perbicaraan di bawah ISA' (Bab 5, muka surat 187-304), Rais mencatatkan:
'Pemimpin eksekutif mempunyai kebebasan untuk menuduh, mendakwa dan
menzalimi orang-orang yang diangggap 'menggugat ketenteraman awam ataupun
keselamatan negara Persekutuan', inilah satu frasa perlembagaan yang
dipermudahkan yang menyeluruhi satu jaringan yang lebar untuk mengambil kira
pemikiran politik dan aktivitinya yang mungkin dianggap tidak sealiran
dengan pemikiran pihak ningrat yang berkuasa dalam kerajaan.'
Rais selanjutnya memberi amaran: 'Seseorang eksekutif yang tidak mahu
dirunsingkan oleh penelitian penghakiman terhadap segala tindakannya dalam
Akta Parlimen seperti ISA sudah tentu, setidak-tidaknya di satu tempoh
tertentu di masa hadapan, mahu menggantikan hukum perundangan itu sama
sekali. Dalam hal menyangkuti Malaysia, kecenderungan ini adalah menunggu
masa sahaja dan mahkamah-mahkamah tidak mungkin lagi menjadi satu penghalang
yang berkesan untuk menyekat kemungkinan berlakunya tindakan itu.'
Itulah yang sebenarnya!!! Malahan, yang lebih dianggap satu tragedi ialah
orang yang sama bernama Dr. Rais ini, pernah menjadi pemimpin parti
pembangkang Semangat 46, dan sejak 1996 melompat balik (pada jambatan yang
telah dibakarnya - penterjemah) untuk menganggotai UMNO semula.
Sememangnya Rais berhak kepada hak asasi kemanusiaan yang asas untuk
lompat-melompat bertunggang-balik daripada parti pembangkang kepada parti
yang memerintah. Sungguh menyedihkan dan alangkah sayangnya, apabila Rais tidak menyatakan
nasihatnya itu kepada rakyat Malaysia sama ada pandangannya tentang ISA
seperti yang ditulisnya dalam buku itu dulu sudah juga turut
tertunggang-balik. Memang memedihkan apabila Rais sanggup mengenepikan 'semua mereka yang telah
menanggung kesengsaraan daripada kezaliman eksekutif yang menyalah-gunakan
kuasanya' dan kini beliau menjadi satu alat kemestian kepada lembaga yang
sungguh zalim itu, sehingga mudah menonjol di atas pentas sebagai 'His
master's Voice' (satu gramofon purba - penterjemah) kepada Mahathir.
Perdana menteri kita yang memarahi rakyat Malaysia kerana tidak bersyukur
dan kini seolah-olah dihinggapi penyakit gila-gila betapa dia sudah
disalah-anggap persis T.E. Lawrence dalam sebuah filem Hollywood bertajuk
'Lawrence of Arabia.' Itulah manusia yang sungguh dimegahkan oleh Hollywood
satu ketika dulu. Siapa boleh sangka satu hari nanti kita akan membikin filem keluaran
Bodowood yang memperagungkan Mahathir dengan satu filem cereka diberi nama
'Mahathir of Dystopia'. Saya tidak akan terkejut kalau Rais dipilih sebagai
pengarah filem epik itu. Mengenai hadiah oskar pula!!! Bayangkanlah sahaja!!. Terjemahan: SPAR-03-001 Sumber asal: Malaysiakini http://202.56.157.37/News/2001/05/2001050403.php3
Friday May 4 Fan Yew Teng 11:42am, Fri: A newspaper of April 15 carried a statement of Dr Rais
Yatim, Minister in the Prime Minister's Department, that the Human
Rights Commission of Malaysia (Suhakam) should let the police carry
out their duty before airing its views.
According to The Sun, Rais said the police, in relation to the recent
detention of reformasi activists, were allowed a certain latitude under
Section 73(1) of the Internal Security Act (ISA).
'The seven arrests concern security and public order,' Rais said
when asked to comment on Suhakam's call for the detainees to be
released immediately or charged in court.
Rais had added the arrests were allowed under Article 151 of the
Constitution and were in accordance with the law concerning
internal security. Most shocking At best Rais's statement is most shocking, and at its worst, it is
tragic. Shocking because Rais, although a minister in the prime
minister's department, albeit a relatively junior post, but nonetheless
a senior politician and lawyer - with a doctorate in law no less -
seems to be ignorant of the Human Rights Commission Act 1999.
This piece of the legislation (Act 597) was passed in parliament, and
received the Royal Assent on Aug 27, 1999. It was published in the
Gazette on Sept 9, 1999. Are we to understand that Rais did not know about the existence of
such a law? Or that, if he did, was he ignorant of section 4 of the
Act, in regard to the 'Function and powers of the Commission'?
Section 4(2) of the Act stipulates that: ' For the purpose of
discharging its functions, the commission may exercise any or all of
its powers. Under sub-section 4(2), the Commission has the power,
indeed the duty, to advise the Government and/or the relevant
authorities of complaints against such authorities and recommend to
the Government or such authorities appropriate measures to be taken
...' Sub-section (e) of the same Section 4 (2) states very clearly that the
commission has the power 'to issue public statements on human
rights as and when necessary ...' So, in what way has Suhakam acted inappropriately? Where under
the Human Rights Commission of Malaysia Act 1999 does it say that
Suhakam cannot or should not air its views while the police are
carrying out their duty or investigations?
Fragile conscience The police may have a certain latitude under Section 73(1) of the
ISA, but that does not make the ISA in general and its Section 73(1)
in particular, any more moral or just.
Under which law in Malaysia is Suhakam, or for that matter, any
Malaysian, prohibited from commenting or criticising arrests
purportedly related to security and public order?
Is the conscience behind such arbitrary arrests so weak and fragile
that it cannot and must not stand the glare of publicity and scrutiny?
Rais is, of course, entitled to his opinion that those ISA arrests were
legitimate; after all, if he wants continue as a minister, he has hardly
any choice but to toe the government's line.
But, surely, that doesn't mean that Suhakam has to think exactly like
Rais and the government. After all, there are already enough robots
in our country. Thus, the question of Suhakam acting in a prejudicial
or partial manner does not arise at all.
Again, Rais is fully entitled to his opinion or conclusion that the ISA
arrests were not human rights abuses. But then again, that doesn't
mean that others, including Suhakam, must follow his highly political
and jaundiced view. Suhakam has shown that it understands the process and the law. It is
Rais, most disappointingly, who has failed to understand the
elementary provisions of the Human Rights Commission of Malaysia
Act 1999. Rais should realise that no one is saying that article 151 of the
Constitution does not allow those ISA arrests. Of course it does. But
that does not necessarily make Article151 morally justified.
Executive tyranny Laws and constitutional provisions which are unjust are morally
unsustainable. Rais' statement is tragic in at least one sense. In
1995 he published his well-researched book Freedom under
Executive Power in Malaysia. He, quite rightly, dedicated the book 'to all who have suffered from
the tyranny of executive abuses'. In the conclusion to a lengthy chapter on 'Detention Without Trial
Under The ISA' (Chapter 5, pages 187-304), Rais states: 'The
executive has been fully equipped and free to allege, prosecute and
incarcerate at will persons ministerially deemed to be 'prejudicial to
public order or the security of the Federation', a constitutional
catch-phrase that has cast a very wide net so as to include political
thoughts and activities that may be unsuited to the thinking of the
power elite in government.' Further on, Dr Rais warned:'An executive not having to worry about
judicial scrutiny over its actions in an Act of Parliament such as the
ISA will almost certainly, at least at some stage in the future, want to
replace the rule of law completely. In the case of Malaysia, this
tendency is only a matter of time and the courts may not be an
effective barricade to such an eventuality.'
Indeed! Indeed! However, what a tragedy that the same Dr Rais, who
in 1995 was a leader of the opposition Semangat 46 party, has since
1996 rejoined Umno. Rais is, of course, entitled to his fundamental human right of political
somersaulting from the opposition to the ruling party.
How pathetic and what a pity, though, that he did not publicly advise
the Malaysian people whether his view on the ISA as contained in
his book have also somersaulted. Part and parcel And how sad indeed that Dr Rais has deserted 'all those who have
suffered from the tyranny of executive excesses? and become part
and parcel of that very tyranny itself, often strutting about the stage
as 'His Master's Voice' for Mahathir.
Our prime minister who scolds Malaysians for being 'ungrateful'
and who now seems to suffer from the delusion that he is as
misunderstood as the legendary TE Lawrence, the so called
'Lawrence of Arabia', who was so much glorified by Hollywood
many years ago. Who knows, our very own Follywood might one day immortalise
Mahathir with a full length feature film perhaps to be called
'Mahathir of Dystopia'. I won't be surprised if Rais was to be
chosen as the director of such an epic.
The Oscars, oh, the Oscars! Just imagine ... |