Laman Webantu KM2A1: 4392 File Size: 11.8 Kb * |
TAG SP 91: Musuh-Musuh Akhbar (Reuters) By Andrew Tarnowski 6/5/2001 1:19 am Sun |
TAG 091 [Mahathir termasuk salah seorang daripada sepuluh musuh utama akhbar
dunia kerana mencengkam media dan wartawan. Mahathir mungkin tidak akan
ambil perduli dengan pengistiharan itu. Dia menganggap media mempunyai
agenda tertentu untuk menggugat kestabilan negara sedangkan yang dikritik
bukan negara tetapi dirinya. Walaupun begitu peranan golongan wartawan di Malaysia tidak begitu menonjol
untuk mendedahkan siapa Mahathir yang sebenarnya. Padahal mereka boleh
muncul di laman web untuk membebaskan diri mereka. Kebanyakkan rencana
reformasi tidak ditulis oleh wartawan tetapi oleh sukarelawan dengan
berbekal sedikit ilmu yang ditimba dan beberapa pengalaman. Bilangan
wartawan siber tempatan tidak ramai - khususnya yang menulis dalam bentuk
'investigative reporting' yang tentunya mengancam. Terpaksalah kita
terus bergantung kepada lapuran orang asing kerana orang tempatan sendiri
tidak berminat untuk mendedahkan penyelewengan.
Apa yang menarik ketiadaan penulis melayu yang dapat menulis dengan
serius dan kerap sebagaimana MGG Pillai sedangkan merekalah mangsa
dan bangsa yang sedang diputar alam oleh Mahathir. Kita mempunyai ramai
sasterawan melayu dan pejuang terbilang sejak dulu tetapi mengapa mereka
membisu? Padahal mereka boleh berjuang di laman web tanpa perlu mendedahkan
diri. Tragedi yang menimpa negara kini adalah kerana sikap orang melayu
sendiri patutlah Mahathir dapat berkuasa sehingga hari ini. Mereka masih
malas untuk menulis inikan pula untuk menumbangkan Mahathir yang tentunya
lebih sukar lagi. Musuh-Musuh Akhbar (Enemies of the press) London (Reuters): Bersempena dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, para
pemerhati media telah menamakan berdozen-dozen 'musuh-musuh akhbar'
berikutan pendedahan para wartawan tentang lebih dari 1000 rakan-rakan
setugas mereka yang telah terbunuh ketika bertugas sejak sedekad yang lalu.
Genap 10 tahun sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 3 Mei
sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Gabungan Wartawan-Wartawan
Antarabangsa (IFJ) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang cukup keras
membantah pembunuhan wartawan-wartawan dan mendesak supaya tiada sebarang
tolak ansur diberikan kepada keganasan terhadap kebebasan media.
'Para wartawan masih lagi terdedah kepada ancaman yang kejam, dan
media-media yang bebas masih terus ditapis. Terdapat banyak tempat di dunia
di mana kewartawanan masih merupakan satu bidang yang amat merbahaya,' IFJ
yang berpengkalan di Brussels berkata. 'Ramai dari mereka yang
bertanggungjawab terhadap pembunuhan wartawan-wartawan tersebut terlepas
dari sebarang pertuduhan. Kita mesti memastikan tiada sebarang tolak ansur
terhadap keganasan kepada kebebasan media', katanya lagi.
Di Perancis, para pemerhati Reporters sans Frontieres (RSF) melancarkan satu
kempen 'nama-nama yang memalukan' menyenaraikan 'musuh-musuh akhbar' yang
merangkumi dari ketua-ketua negara sehingga kepada kumpulan-kumpulan gerila.
Senarai hitam tersebut juga meliputi Kumpulan Pemisah Basque ETA, geng-geng
culik di Chechnya dan ketua-ketua dari kedua-dua belah kumpulan yang
bersengketa di Columbia iaitu di antara kumpulan pemberontak sayap kiri dan
kumpulan separa tentera sayap kanan. Ia juga meliputi ramai ketua-ketua negara dan kerajaan, termasuk Fidel
Castro di Cuba, Saddam Hussein di Iraq, Kim Jong-il di Korea Utara dan
Joseph Kabila, yang merupakan ketua kerajaan yang baru bagi Republik
Demokratik Congo. 'Pemangsa-pemangsa kebebasan akhbar ini mempunyai kuasa untuk memenjarakan
wartawan-wartawan, menculik mereka, menyiksa dan, di dalam kes-kes yang
lebih teruk, membunuh mereka,' Setiausaha Agong RSF Robert Menard
memberitahu di dalam satu kenyataan. Di New York, Jawatankuasa Untuk Melindungi Wartawan-Wartawan (CPJ) telah
menamakan beberapa ketua-ketua negara yang terkenal sebagai di antara
'Sepuluh Musuh Paling Utama Akhbar Untuk Tahun 2001'. Pemimpin agung Iran,
Ayatollah Ali Khamenei, mengepalai senarai hitam 'Penzalim-Penzalim Akhbar'.
CPJ menggelar Khamenei sebagai 'Orang yang memulakan kempen tanpa henti
sehingga menyekat akhbar reformis negara yang bersemangat melalui penutupan
berdozen-dozen akhbar dan pemenjaraan wartawan-wartawan yang lantang
bersuara'. Nama-nama lain adalah Presiden China Jiang Zemin, Charles Taylor di Liberia,
Robert Mugabe di Zimbabwe, Vladimir Putin di Russia, ketua separa tentera
Carlos Castano, Presiden Ukraine Leonid Kuchma, Castro di Cuba, Presiden
Tunisia dan Perdana Menteri Malaysia.
'Sama ada ianya dilakukan secara bersembunyi atau terang-terangan, matlamat
setiap pemimpin-pemimpin ini adalah untuk terus memegang kuasa dengan
mengawal maklumat dan kritikan-kritikan yang kedengaran,' Pengarah Eksekutif
CPJ Ann Cooper berkata. 'Kami berharap dengan menamakan sepuluh penzalim
Akhbar ini, kami boleh menarik perhatian dunia terhadap perbuatan-perbuatan
mereka dan, dengan mendedahkan mereka, sesuatu perubahan akan dapat
dilihat.' Di Cairo, Gabungan Wartawan-Wartawan Arab (FAJ) memberitahu tangkapan yang
meluas, serangan-serangan dan penapisan telah menyekat bidang kewartawanan
di dunia Arab dan melemahkan langkah-langkah sementara menuju demokrasi.
Setiausaha Agong Salaheddin Hafez berkata tiada sebarang peningkatan yang
ketara pada kebebasan akhbar Arab di dalam tahun 2000. 'Alasan yang paling
tepat adalah langkah-langkah sekatan yang terus dikenakan oleh politik,
undang-undang dan pentadbiran terhadap kebebasan mengeluarkan pendapat dan
pernyataan dan kebebasan untuk mengeluarkan akhbar-akhbar di kebanyakan
negara Arab? kata Hafez. Beliau menarik perhatian kepada hukuman penjara
yang dijatuhkan kepada para wartawan sebagai 'satu ancaman terhadap masa
hadapan kewartawanan Arab dan perkembangan demokrasi secara umum'.
Gabungan tersebut mengkritik tentang penggantungan akhbar pihak pembangkang
Mesir, al-Shaab, serangan fizikal terhadap wartawan-wartawan Yemeni dan
penyingkiran penyunting al-Hadath, Nidal Mansour, dari Sindiket Wartawan
Jordan. Ia juga membidas Israel kerana bertindak ganas terhadap
wartawan-wartawan di kawasan-kawasan yang didiami oleh orang-orang Palestin.
Gabungan tersebut telah mengira sebanyak 72 kejadian yang melibatkan
tindakan ganas Israel terhadap wartawan-wartawan dan akhbar-akhbar sejak
rakyat Palestin memulakan pemberontakan (intifadah) terhadap pendudukan
Israel di Tebing Barat dan Gaza pada bulan September yang lalu. Ia
memberitahu terdapat beberapa pejabat akhbar yang telah dibom.
'Tujuannya adalah untuk menghalang mereka (pemberita-pemberita) dari
menceritakan kejadian-kejadian yang sebenar dan mendedahkan serangan
terancang Israel yang melampau terhadap orang-orang awam Palestin,' FAJ
berkata. ********** Artikel Asal: ENEMIES OF THE PRESS By Andrew Tarnowski LONDON (Reuters) - Media watchdogs marked World Press Freedom Day by naming
dozens of "enemies of the press" as journalists said more than 1,000
colleagues had been killed on the job in the past decade.
Marking 10 years since the United Nations declared May 3 World Press Freedom
Day, the International Federation of Journalists (IFJ) issued a hard-hitting
statement protesting against the murder of Journalists and calling for "zero
tolerance" of violence Against press freedom.
"Journalists are still routinely subject to brutal intimidation, and
independent media continue to be censored. In many parts of the world,
journalism remains a desperately dangerous business," the Brussels-based IFJ
said on Thursday. "Many of those responsible for killing journalists are getting away with
murder. We must have zero tolerance of violence against press freedom," it
said. In France, media watchdog Reporters sans Frontieres (RSF) launched a "name
and shame campaign" fingering 30 "enemies of the press" ranging from heads
of state to guerrilla groups. The blacklist included the Basque separatist group ETA, kidnap gangs in
Chechnya and leaders on both sides in a conflict between leftist rebels and
right-wing paramilitaries in Colombia.
They were cited with more than a score of heads of state and government,
including Cuba's Fidel Castro, Saddam Hussein of Iraq, North Korea's Kim
Jong-il and the Democratic Republic of Congo's new leader, Joseph Kabila.
TEN WORST ENEMIES OF THE PRESS "These predators of the freedom of the press have the power to imprison
journalists, abduct them, torture them and, in the worst cases, have them
bumped off," RSF Secretary-General Robert Menard said in a statement.
In New York, the Committee to Protect Journalists (CPJ) named prominent
world leaders among its "Ten Worst Enemies of the Press for 2001".
Iran's Supreme Leader, Ayatollah Ali Khamenei, headed the blacklist of
"press tyrants". The CPJ called Khamenei "the instigator of a relentless campaign that has
shuttered the country's vibrant reformist press by closing dozens of
newspapers and jailing outspoken journalists."
Other named were Chinese President Jiang Zemin, Liberia's Charles Taylor,
Zimbabwe's Robert Mugabe, Russia's Vladimir Putin, Colombian paramilitary
leader Carlos Castano, Ukraine's President Leonid Kuchma, Cuba's Castro, and
the presidents of Tunisia and Malaysia.
"Whether they are sly or blatant, the goal of each of these leaders is to
hold on to political power by controlling information and muffling
criticism," CPJ executive director Ann Cooper said.
In Cairo, the Federation of Arab Journalists (FAJ) said widespread arrests,
attacks and censorship stymied journalism in the Arab world and undermined
tentative steps towards democracy. ARAB JOURNALISTS HOUNDED Secretary-General Salaheddin Hafez said there had been no fundamental
improvement in Arab press freedom in 2000.
"The foremost reason is the continued imposition of political, legal and
administrative restrictions on freedom of opinion and expression and freedom
to issue papers in most Arab countries," Hafez said.
He singled out the use of prison sentences to punish journalists as "a
threat to the future of Arab journalism and the future of democratic
development in general". The Federation criticised the suspension of Egypt's opposition al-Shaab
newspaper, physical attacks on Yemeni journalists and the expulsion of
editor Nidal Mansour of Jordan's al-Hadath from Jordan's Journalists'
Syndicate. It also slammed Israel for violence against journalists in the occupied
Palestinian territories. "aggression" against journalists and newspapers
Since Palestinians began an uprising against Israeli occupation in the West
Bank and Gaza last September. The Federation counted 72 incidents of Israeli It said some newspaper
offices had been bombed. "The aim is to prevent them (reporters) from revealing the facts and
exposing planned indiscriminate Israeli aggression against Palestinian
civilians," the FAJ said. ===
|