Laman Webantu KM2A1: 4393 File Size: 25.1 Kb * |
TAG SP 92: Parti Untuk Para Lanun [Mesti Baca] By Harun Rashid 6/5/2001 2:39 am Sun |
TAG 092 [Malaysia kini dipenuhi lanun yang berpura sepanjang masa yang
menggunakan polis untuk mencengkam pendedahan telatah mereka yang
sebenarnya. Tetapi internet dan perbicaraan mahkamah telah membongkarnya
kerana rakyat sudah bertukar peranan menjadi pemburu berita dan pengintip
sukarela. Ini menyebabkan beberapa rancangan ditukar laksana bendera kapal
yang berkibar untuk mengelirukan rakyat tetapi ia masih berjaya dikesan.
Kini kerajaan telah menangguhkan beberapa perbicaraan dan menutup
beberapa hak penyiaran. Manakala media pula cuba memutar alam tetapi ribut
yang datang membuatkan mereka juga tenggelam. Saksi penting penipuan undi
di Lunas telah diISAkan manakala mereka di belakang laman web juga telah
diISAkan. Kerajaan begitu takut pendedahan lagi banyak rahsia sehingga terdesak
menggunakan ISA dan penjara untuk melindungi dirinya. Bendera palsu akan
terus dikibar tetapi itu tidak akan mampu untuk memutar kerana pita
perakam turut juga berputar. Kini skandal kapal Petronas, rasuah Mitsui,
dan bon di Labuan sudah bergetar. Tidak lama lagi kapal si lanun akan terbakar.
Tetapi bomnya hanya tulisan yang tersiar namun bisanya lebih dahsyat dari
gigitan si ular. Mungkin ISA lagi yang datang menjalar...
- Editor] Terjemahan: SPAR-05-001
(A Party Of Pirates) Oleh: Harun Rashid Mei 4, 2001 Keinginan rakyat untuk mendapatkan kebenaran menjadi semakin ketara,
membuatkan kerja-kerja menyimpan rahsia semakin berbahaya. Sememangnya para
penjenayah mesti lebih berwaspada memendam kisah jenayah mereka daripada
pengetahuan umum. Dalam usaha mengelakkan pengesanannya pelbagai tipu helah
digunakan. Satu kaedah yang popular ialah menggelapkan kebenaran itu dengan
menggunakan pembohongan. Kaedah ini adalah usaha bersahaja untuk memesongkan
pandangan dan fikiran. Sesuatu rahsia di zaman internet ini memang tidak mempunyai hayat yang
panjang. Akan tetapi ia tidak berjaya menyekat mereka yang terlalu haloba
untuk menyedari kenyataan yang sebenar. Kini, dasar kerajaan yang songsang
telah menjadikan ramai orang mengambil peranan sebagai perisik rahsia dan
melaporkan apa juga yang dilihatnya. Seseorang bajingan mudah merasakan
lebih banyak paku-paku tajam di atas permaidani yang dilaluinya.
Pengawasan begini tidak pula menghalang usaha-usaha biasa untuk mencari
kedutan baru yang mungkin menjelma. Semangat keusahawanan kerap mencari dan
meraba segala kelemahan yang mungkin muncul dalam teknologi yang baru.
Setiap hari akan muncul seorang insan yang telus ikhlas, yang bersedia
dicampakkan ke dalam kancah yang penuh ular berbisa yang terdapat dalam
perniagaan antarabangsa. Semua ular yang berbisa itu memang menunggunya.
Kerajaan memang menyimpan banyak rahsia yang diminati kerajaan lain sebagai
alat untuk mempertahankan diri. Memang ada menteri kerajaan yang pelahap dan
mudah berlagak laksana manusia yang jujur. Mereka merasa tenang berselindug
di sebalik Akta Rahsia Rasmi, pengabdian media, dan penyiksaan
serta penangkapan mereka yang berani untuk menyanggah.
Ketika Sepanyol merupakan kuasa besar di zaman dulu (daripada Sepanyol
hinggalah ke Amerika Latin dan Caribbean - penterjemah), terdapat beberapa
kapal yang diselenggarakan oleh awak-awak yang tidak berdosa melayari lautan
samudera dengan mengibarkan bendera negara sahabat ataupun negara yang
berkecuali. Pelayar lain yang melihat dari jauh akan bendera-bendera yang
berkibaran itu membiarkan saja kapal-kapal itu berselisih tanpa mencetuskan
sebarang keraguan. Kapal-kapal lanun ini mengibarkan panji-panji dan bendera
palsu yang berbagai-bagai warnanya sebagai satu helah untuk meyakinkan
sesiapa yang melihatnya. Sebaik sahaja kapal yang mendatang itu semakin
hampir dalam jangkauan tembakan meriam, bendera dan panji-panji palsu itupun
diturunkan dan dinaikkanlah bendera jenis 'Jolly Roger' untuk berkibar di
tiang kapal. (Inilah bendera hitam yang berlakarkan tengkorak melopong
dengan dua kerat tulang bersilang dikenali di alam Melayu sebagai bendera
lanun-penterjemah). Penyungkup meriam pun dibuka untuk mendedahkan muncung
meriam yang akan diledakkan. Beberapa tembakan ke arah kepala sudah memadai untuk melumpuhkan mangsa
sebelum didekati untuk diserang. Kapal yang merapat, diserang dan
awak-awaknya pun terus ditawan, dan segala muatan yang berharga dipunggah
sebelum kapal tawanan itu dibakar untuk ditenggelamkan. Awak-awak yang
menjadi mangsa selalunya turut tenggelam dengan kapal yang terbakar itu ke
dasar lautan. Kini, banyak kerajaan yang mengibarkan bendera palsu, dan Malaysia ialah
salah satu kerajaan jenis itu. Keseluruhan struktur parti yang sedang
berkuasa dipenuhi dengan lanun belaka. Tidak ada seorang pun pemimpin parti
yang lebih tinggi pangkatnya daripada ketua kampung yang mampu menangani
siasatan rapi. Ini merupakan satu perkara ganjil di alaf baru. Sudah tentu
nanti ada orang yang menjerit-jerit bahawa apa yang dinyatakan ini adalah
berita palsu. Di Malaysia, mereka yang membocorkan sesuatu rahsia selalunya dipenjarakan,
berasaskan satu teori betapa cerita yang buruk akan matang menjadi hidangan
yang menyelerakan. Jarang sekali perkara itu berlaku.
Parti yang berkuasa tidak mahu seluruh dunia mengetahui bagaimana para
banduan diberikan layanan. Satu perbicaraan yang paling lama dalam sejarah
kehakiman Malaysia melibatkan pendakwaan seorang wanita yang menceritakan
pelbagai rahsia. Dia telah didakwa kerana menyebarkan berita palsu. Seorang
lelaki yang melaporkan kebajingan beberapa menteri dalam parti secara
terbuka sudah pun didakwa secara tidak berkeputusan. Dakwaan itu tidak
nampak ada penghujungnya kerana sikap pegawai pendakwa yang berlagak laksana
cengkaman kucing kepada parti yang berkuasa.
Bekas menteri kewangan, yang merupakan seorang manusia yang menyimpan banyak
rahsia kerajaan telah ditangkap tanpa diberikan jaminan dan dipenjarakan
berseorangan. Masalah kesihatannya, yang disebabkan oleh pemenjaraan, telah
menyebabkan dia dimasukkan dalam hospital. Akan tetapi, menteri dalam negeri
memberikan amaran: 'Kalau dia cakap banyak, dia akan dihantar balik masuk
penjara.' Sudah terlambat pun, mantan menteri kewangan itu sudahpun
mendedahkan kebenaran yang sebenarnya.
Usaha berterusan untuk mengekalkan kesunyian menambah kepada kehampaan parti
yang berkuasa. Keupayaan mereka untuk mempertahankan kuasa sedang digugat
oleh kebencian rakyat yang semakin menyeluruh. Episod Anwar Ibrahim sudah
bertindak laksana lampu kelip-kelip yang memberi amaran sejagat adanya
bahaya. Kebanyakan pelayar sedar memang banyak lanun di perairan Malaysia.
Malahan sudah wujud laman web yang sentiasa berfungsi memberikan berita
semasa tentang serangan lanun setiap hari di perairan Malaysia itu.
Apa yang tidak diketahui sangat ialah kerajaan Malaysia yang ditadbirkan
oleh parti yang berkuasa merupakan satu konspirasi di kalangan satu kumpulan
lanun juga. Parti yang berkuasa di Malaysia adalah merupakan beberapa
menteri yang tugasnya seharian ialah menggembar-gemburkan segala berita yang
dianggapnya sebagai kejayaan besar untuk seluruh dunia mendengar, betapa
semua itu adalah kejayaan yang menjadi kebanggaan sedangkan usaha itu
sebenarnya bertujuan menudung segala penipuan yang ada. Semua ini adalah
laksana panji-panji palsu yang bersedia diturunkan untuk digantikan dengan
bendera lanun yang berlambangkan kepala tengkorak rompong itu semula.
Satu contoh kecilan memadai untuk merasakan getaran yang sedia ada, Biarlah
kegagalan parti yang berkuasa menangani pelbagai masalah yang menghantuinya
dianggap sebagai perakuan tentang sahihnya segala pendapat yang samar itu.
Pengerusi perusahaan minyak nasional, Petronas, dianggap sebagai seorang
eksekutif yang cekap. Dia juga diberikan tugas mengawasi pembuatan kereta
nasional, penerbangan negara, syarikat perkapalan negara, dan banyak lagi
perusahaan yang lain. Dia dianggap sebagai seorang pakar lambung-melambung.
Dia juga terkenal sebagai Pak Turut. Di bawah penyeliaannya parti yang
berkuasa telah mengalihkan sebahagian besar bayaran royalti yang merupakan
hak salah sebuah negeri di Pantai Timur. Di negeri ini terletaknya Perwaja
Steel, sebuah perusahaan kesayangan parti yang berkuasa. Di sinilah telah
ditimbunkan banyak wang rakyat marhaen untuk ditukar dan disalurkan kepada
beberapa akaun persendirian dan juga parti yang berkuasa.
Satu usaha siasatan menyelidik dana yang hilang ini telah sengaja dilecehkan
oleh parti yang berkuasa. Kerja melengah-lengahkan sesuatu adalah satu petua
melindungi rahsia daripada didedahkan secara terbuka. Apabila siasatan itu
diumumkan, ia disusuli oleh beberapa laporan yang berjuraian datangnya
secara tersekat-sekat sehinggakan perkara itu bergelumang dengan tahinya
sehinggakan baunya semakin menusuk kerana terlalu busuk.
Kerajaan PAS yang baru berkuasa di Terengganu enggan memperuntukkan wang
rakyat lagi untuk menyelamatkan Perwaja, kerana itu wang royalti Petronas
sudah disalurkan ke situ sebagai gantinya. Pengerusi Petronas tidak pun
merungut akan hal itu kerana dia terlalu sibuk dengan kerja
lambung-melambungnya sehinggakan ketiadaan masa lain untuk mengambil tahu.
Apabila kontrak pembinaan lima kapal baru untuk kegunaan Petronas dibuka,
peluang untuk mengaut wang sogokan pun turut terbuka sama. Beberapa
temu-janji diatur dengan menggunakan talian telefon yang memang dirakam oleh
Petronas. Wang tunai telah dikirimkan dengan utusan khas ke Kuala Lumpur,
dialihkan ke dalam beg rasmi di sebuah restoran sambil yang terbabit makan
malam bersama menjamu selera. Semua itu sudah diperhatikan. Beberapa
eksekutif Petronas menyumpah seranah kerana kehilangan wang peruntukan bonus
mereka. Rakyat Malaysia terpaksa membayar, melalui Petronas, lebih 20 persen lagi
harga sebenar lima buah kapal yang mahu dibeli oleh Petronas itu. Caj
lebihan ini merupakan wang sogokan yang dibalun oleh menteri-menteri dan
pegawai perbendaharaan parti yang memerintah. Kerja-kerja songlapan sudah
diketahui oleh ramai warga Petronas. Oleh itu Pengerusinya tidak boleh
berlagak pura-pura tidak tahu-menahu. Dia tidak mengemukakan sebarang
rungutan, mungkin kerana dia mahukan butir-butir songlapan itu terus menjadi
rahsia perniagaan. Rahsia syarikat memang mesti diawasi. Petronas adalah di
bawah kawalan menteri kewangan, yang juga berperanan sebagai bendahari
parti. Dia juga mempunyai kepentingan perniagaan peribadi.
Memang banyak lagi yang diketahui. Cuma belum didedahkan lagi. Kumpulan yang
kaya raya sedang menjemput yang berani dan berupaya, tawaran lumayan menjadi
wartawan penyiasatan. Wartawan begini menjadi musuh ketat lanun-lanun di
banyak negeri. Mereka bertugas dengan berbekalkan harapan menegakkan
keadilan dan proses demokrasi. Apa yang diperlukan ialah keinginan membara
dan sebuah mesin komputer. Memang wujud keseronokan dan juga bahaya. Inilah
peluang kepada si pintar menjalankan peranannya. Tarikannya memang
menakjubkan, bahananya pula memang menyeronokkan.
Media di Malaysia berstatus Pak Turut juga. Ini adalah disebabkan keperluan
mendapatkan permit tahunan yang memang mencekik keinsanan. Kumpulan kader
suruhan wartawan profesional ditekan untuk menjadi khadam mengelirukan
konspirasi. Mujurlah pasaran terus jatuh merudum secara bebas dan parti yang
berkuasa mesti mendapatkan dana untuk menjentik pasaran hadapan agar
bergerak mengikut rentak yang dipalsukan.
Di Malaysia rahsia episod sogokan Mitsui dan kemelut bon kerajaan bernilai
lima billion dollar yang disalurkan melalui system songlapan Labuan (Labuan
Island international Money Laundering And Fraud Center) masih lagi belum
terbongkar. Namun, semua rahsia mengenainya akan didedahkan juga.
Kerja-kerja merompak di zaman ini mudah ketara dan terlalu jelas kesannya.
Mereka yang memberitahu kebenaran tidak boleh terus diugut agar berdiam
dengan cara memenjarakan mereka berseorangan. Menteri-menteri purba masih
berkeyakinan bahawa teknik lama menzalimi orang secara mengurung mereka
masih boleh dikuatkuasakan lagi. Inilah yang ditentang oleh ahli parti
golongan muda yang lebih memilih dasar terbuka, kejujuran dan keinsanan.
Inilah jurang generasi dalam tamaddun Malaysia kini.
Masyarakat lanun mengekalkan sejarah panjang akan kegiatan mereka di Selat
Melaka. Malaysia sudah pun memiliki kapal ronda yang baru serta laju untuk
membendung nafsu-nafsi mereka. Namun, lanun yang hebat-hebat masih lagi
melayari tujuh samudera yang ada. Mereka masih mengekalkan nafsu kepada
judi, balak dan minyak. Nafsu serakah inilah yang mewarnai panji-panji
Malaysia yang mesti diketahui oleh sesiapa yang berminat dengan perairan
niaga Malaysia. Memang, Malaysia sentiasa menyimpan satu lagi jenis bendera
yang bersedia untuk dikibarkannya. Itulah bendera lanun berlambangkan tengkorak yang melopong mulutnya. Diterjemahkan oleh: SPAR-05-001 Rencana Asal: A Party Of Pirates by Harun Rashid There is a natural hunger to know the truth. This makes keeping secrets
difficult. Criminals must be especially vigilant to prevent their crimes
from becoming widely known. In an effort to prevent detection and
disaffection, a number of standard subterfuges are used. A popular method is
to conceal the truth by cleverly camouflaging it in the clothing
of a lie. This method is a blatant attempt to trick the innocent eye (mind).
A secret, in this age of the internet, has a short life. This fact does not
act as a deterrent to those whose greed obscures any appreciation of
present realities. Today misguided government policies have put everyone
into the position of the spy, and reports are promptly put forth
for all to see. A crook finds more tacks in the carpet now-a-days.
Such vigilance does not prevent routine and regular attempts to find new
wrinkles. The entrepreneurial spirit is constantly probing for new
technological weaknesses. There is a new honest man born every day,
innocent of the world's wiles, bravely stepping forth into the snake pit of
international business. The snakes are waiting.
Governments have secrets to keep, and other governments are interested in
those secrets as a means of self-protection. There are governments whose
malicious ministers parade as honest, truthful men. They feel safe behind
the Official Secrets Act, subjugation of the media, and the intimidation and
arrest of those bold enough to publicise.
In the days of the Spanish Main there were ships outfitted as innocent
merchantmen, flying the flags of a friendly and neutral country. Other
merchantmen, spying the flag at a distance, allowed these vipers to approach
without suspicion. The pirate ships flew false colors from the
mainmast in order to gain confidence that allowed for a successful
deception. Once the range closed, the false flag was lowered, and the skull
and crossbones of the Jolly Roger were hoisted. The gunports were opened to
reveal hidden cannon. A few shots across the bow were usually sufficient to bring the victim about
for a final approach and boarding. The captured vessel and crew were quickly
despoiled, and once the more valuable cargo was transferred the
unsuspecting ship was usually burned. The crew often disappeared with the
burning hulk into the depths of deep sea silence.
Some governments today fly false colors. Malaysia is one of them. The entire
structure of the party-in-power is filled end-to-end with pirates. There is
not a party member holding a position above that of village head
who can stand close investigation. This is a strange thing to find in the
new millenium, and certainly there will be loud protestations that this is
false news. In Malaysia those who tell secrets are put into prison, on the theory that
bad news ripens into something more palatable. It seldom does.
The party-in-power does not wish the world to know of the treatment of
prisoners. The longest trial in Malaysian history is the on-going
prosecution of a woman who told these secrets. She is charged with false
news. A man who reported the misdeeds of party ministers publicly has
been prosecuted interminably, and there is no end to his persecution by the
prosecutors, acting as the cat's paw of the party-in-power.
The ex-finance minister, who of all people knows many secrets, has been
arrested without bail and kept incommunicado. His medical problems, brought
about by imprisonment, have forced him to be hospitalised. But
the home minister warns, "If he talks too much he goes back to prison." It
is too late. The ex-finance minister has already revealed the truth of the
matter. The continuing attempts to maintain silence add greatly to the frustrations
of the party-in-power. Their ability to remain in power is threatened by
widespread public discontent. The Anwar Ibrahim incident has been a flashing
beacon that warns the world there is danger. Most mariners know there are
pirates in Malaysian waters. There is a even a real-time website devoted to
news of the daily pirate attacks in Malaysian waters.
What is not so well known is that the Malaysian government as operated by
the party-in-power is itself a conspiracy composed of a band of pirates. The
party-in-power in Malaysia, in the persons of its ministers, daily truts its
imaginary achievements before the commercial world, proudly boasting of
trivial triumphs in an effort to conceal the underlying deceit. These are
seen as nothing more than the false colors. The Jolly Roger is ready at
hand. A small example suffices to reveal the general tone. Let the failure of the
party-in-power to bring a quick resolution to these matters act as
confirmation of the accuracy of this admittedly jaded view.
News reports today complain South Korea secretly subsidises the building of
ships. Shipbuilding employs large numbers of people, utilises major
resources such as steel. Shipbuilding is big business. Malaysia buys
ships. Therein lies opportunity. The chairman of the national oil company, Petronas, is thought to be a
capable executive. Under his care has been put the national car corporation,
the national airline, the national shipping company, and numerous other less
weighty enterprises. He is thought to be a capable juggler.
He is also compliant. Under his watchful eye the party-in-power has removed
a major royalty payment to one of Malaysia's northern states. Located within
this state is Perwaja Steel, a favorite enterprise of the
party-in-power, into which enormous sums of public money have been converted
into useful private and party accounts.
A fraud investigation into missing funds has been delayed by the
party-in-power. Delay is a principal means of protecting secrets. An
investigation is announced, a scattering of progress reports is issued
intermittently, The new PAS government in the northern state of Terengganu refuses to drop
further public money into the Perwaja Steel rat hole, and the royalty
payment from Petronas has been diverted as replacement. The Petronas
chairman has not vigorously complained. He is apparently distracted by the
large number of enterprises he juggles.
When contracts for five new ships were let by Petronas, an opportunity for
large kickbacks was opened. Arrangements were made on the recorded telephone
lines of Petronas. The cash was duly delivered to Kuala Lumpur by courier,
transferred to an official bagman in a local restaurant over dinner. All was
observed. Petronas executives cursed the loss of their bonus money.
The Malaysian public, through Petronas, must now pay for the five ships a
generous 20% overcharge, which went into the pockets of the ministers and
treasury of the party-in-power. The transaction is widely known throughout
Petronas, and the chairman cannot be ignorant. He does not complain, perhaps
preferring the details of the transaction remain a trade secret. He is a
good, compliant executive. Company secrets must be kept. Petronas is
controlled by the finance minister, who also serves as party treasurer. He
has private business interests. Electoral fraud is the principal prop to the party-in-power. Trusted party
members previously responsible for gerrymandering and voting day
irregularities have changed sides, taking their knowledge with them. Their
secrets are such a threat they have been incarcerated. It is part of a
keep-the-secrets policy put in place by the pirates of the party-in-power.
The party-in-power is old, of another time, and there is little appreciation
of the new millenium. They do not see that their pirate ship is on
international radar, constantly visible by satellite to all, everywhere in
the world. Many more secrets are known, yet to be told. The rich lore calls out to the
bold and the brave, offering a career of investigative journalism. The
journalist is thus the foe of the pirate state, carrying forward
mankind's hopes for justice and democratic processes. The entry fee is low.
All that is needed is desire and a computer. There is excitement and danger.
Just the thing for the bright to bite a tooth into. The
allure is magnetic, the reward rapturous.
The media in Malaysia is compliant also, with an annual permit acting as a
boot on the throat. The cadre of professional journalists is suborned to
cover-up the conspiracy. Happily, the market for their fickle
fiction freely falls, and the party-in-power must find funds to finance
future falsity. In Malaysia the secrets of the Mitsui bribe and the five billion US dollar
government bond scam funneled through Malaysia's Labuan Island International
Money Laundering And Fraud Center are still hidden. But
these secrets, too, will be told. Piracy today is too obvious, too
transparent. Those who tell the truth cannot be silenced by threats of solitary
confinement. The ancient ministers still believe the old strategy of cruel
solitary confinement will still work. The younger party members, however,
do not, opting instead for a policy of honesty, openness and humanity. That
is the modern Malaysian generation gap.
Pirates have a long history in the Straits of Malacca. Malaysia has new fast
patrol boats to curb their appetite. But the big pirates still sail the
seven seas. They have a special appetite for gambling, timber and oil. Their
colours are the ensign of Malaysia. Let commercial interests of the world's
waters beware. There is another flag in Malaysia's locker, waiting to be
flown. It is the Jolly Roger.
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Party Of Pirates |