Laman Webantu KM2A1: 4395 File Size: 8.2 Kb * |
TAG SP 93: RAIS - Dijinak Dan Dirobotkan By Martin Jalleh 6/5/2001 10:05 am Sun |
TAG 093 [Rencana ini terlalu banyak fakta sehingga tidak dapat diwarnakan
nanti sakit mata membacanya. Ini menunjukkan betapa teruknya Rais
Yatim menyanggahi dirinya dalam setiap perenggan dan keadaan.
Tektik bersalin kulit ini bukannya sifat seorang manusia - tetapi sekor
binatang yang tidak berpakaian yang selalunya berlidah panjang yang
berbisa sengatnya atau air liurnya. Itulah satu kiasan dari tuhan
malangnya ramai manusia tidak perasan.
Inilah sifat hipokrit - satu amalan tradisi Umno yang tidak akan
terbakar walaupun jambatan sudahpun hangus atau parti sudah pun
bertukar atau mempunyai ijazah tinggi dari negara luar.
Begitulah dahsyatnya seseorang itu bila berijazah Umno - dia akan keluar
untuk kembali semula kerana hatinya tetap Umno walaupun bajunya penuh
logo dan semangat 46 di mana-mana. Pendeknya - Umno sudah menjadi satu
'ugama' kerana ia dipegang teguh walaupun bercanggah dengan prinsip ugama.
Segala-galanya telah dikorbankan demi Umno sedangkan ia kini sudah semakin
terpupus dari dunia. Alangkah dungunya....
- Editor] Terjemahan: SPAR-03-002
(RAIS - Reformed And Reinvented) Dalam satu seminar Majlis Peguam pada 1997, orang ini pernah bersuara
lantang mengatakan: 'Kuasa ISA telah diperpanjangkan melalui 20 pindaan
sejak 1960..' -- yang menjadi ironinya sekarang, manusia yang sama telah
meminda pendiriannya tentang ISA dengan kekerapan yang serupa.
Manusia ini juga telah menunjukkan betapa: 'dalam semua pindaan ini, ada
trenda yang bukannya bertujuan meneguhkan peraturan undang-undang tetapi
menambahkan lagi kepada himpunan kuasa eksekutif yang ada di bawah Akta ini
dan juga di bawah perundangan yang lainnya' -- kini orang yang sama berusaha
untuk mengekalkan kuasa yang disebutkannya itu.
Inilah manusia yang menulis 'Freedom Under Executive Power in Malaysia' di
mana dia telah ghairah menulis pelbagai dalil kenapa ISA harus dimansuhkan
-- kini dia mengarut: 'ISA masih relevan' (lihat Star 23.4.01).
Inilah manusia yang (satu ketika dulu) begitu lancar dan meyakinkan telah
menulis: 'penahanan tanpa perbicaraan sememangnya amat bertentangan dengan
hukum-hukum perundangan' - kini dia berpura-pura bahawa 'penahanan tujuh
orang itu tidak pun melanggar hak asasi manusia kerana dibenarkan oleh
undang-undang' (NST,15.4.01) Inilah manusia yang sungguh berusaha memberikan penjelasan yang secara
terus-terang, bulat-bulat dan tegas dalam tesis kajiannya bahawa penahanan
tanpa bicara adalah satu pelanggaran asas terhadap hak asasi manusia dan
sengaja menghina hukum perundangan, -- kini dia memutar-belitkan perkataan
teknikal dan berkhutbah: 'penahanan sebegitu tidak melanggar hak asasi
manusia' (NST 15.4.01). Inilah manusia yang satu ketika dulu sungguh berani dan lantang bersuara:
'Pemerintahan melalui undang-undang dan bukannya oleh undang-undang
mempunyai priority dan keutamaan dalam banyak aspek perundangan kemanusiaan'
kini mencadangkan bahawa penahanan di bawah ISA adalah adil selagi ia
dilaksanakan 'mengikut lunas undang-undang'(NST15.4.01)
Manusia yang begitu meyakinkan untuk menunjukkan betapa kerajaan telah
memperkukuhkan ketuanan eksekutif 'dengan cara menggunakan darurat, keadaan
keselamatan negara dan keadaan ketenteraman awam' --- kini memilih untuk
berlagak rabun dengan mengulang-ulang kenyataan rasmi negara bahawa
penangkapan terbaru itu 'melibatkan keselamatan negara dan ketenteraman
awam' (Sun 15.4.01) Inilah manusia yang satu ketika dulu menjadi 'bingung' dengan 'sikap
ketenangan dan gelagat selamba rakyat Malaysia dalam menghadapi dan menerima
(semua) salahgunaan kuasa berbanding hak-hak.' Kini mencemuh SUHAKAM kerana
terlalu 'ghairah' (15.4.01) Inilah manusia yang kini bertugas di Jabatan Perdana Menteri, yang pernah
meramalkan betapa masa depan peraturan undang-undang dan hak asasi manusia
di Malaysia akan menjadi 'suram' --- malangnya dia kini merupakan penyumbang
utama kepada keadaan 'suram' negara. Dato Dr. Rais Yatim tidak lagi bebas daripada cengkaman 'Kuasa Eksekutif'
yang pernah dicemuhnya satu ketika dulu. Tumpuannya bukan lagi tentang
'keselamatan dalam negeri', tetapi menentukan 'keselamatan' kuasa yang kini
merupakan sebahagian pembabitannya dan yang menjadikan beliau taksub
kepadanya. Dia turut bersalah bersama 'kuasa-kuasa yang dahsyat' yang pernah
digambarkan dengan kata-katanya sendiri sebagai 'menggugat mekanisma
mengawasi dan mengimbangi, yang begitu penting dalam satu system yang
melaungkan demokrasi yang didahului oleh hukum undang-undang' dan 'yang
telah mencetuskan satu budaya takut.' Martin Jalleh 4 Mei, 2001. == Rencana Asal: Sumber: [sangkancil] mailing list. The man, who, during a Bar Council seminar in 1997, highlighted
the fact that "...the ISA powers have been extended through 20
amendments since 1960..." -- very ironically, has, of late, "amended"
his stand on the ISA with almost similar frequency.
The man who also pointed out that "...in all these amendments the
trend has not been to strengthen the rule of law, but to add on to the
already formidable array of executive powers under the Act, as well as
those in other legislations" -- now chooses to perpetuate such powers.
The man who wrote "Freedom under Executive Power in Malaysia",
wherein he so passionately provided several reasons why the ISA
should be abolished -- now says: "The ISA is still relevant" (Star,
23.4.01). The man who so eloquently and convincingly wrote that "detention
without trial is indeed the antithesis to the rule of law" -- now
pretends that "the detention of the seven (however) does not
violate human rights as is allowed for under the law" (NST,
15.4.01). The man who toiled strenuously to explain, implicitly and explicitly,
in his dissertation, that detention without trial is a fundamental
breach of human rights and an affront to the rule of law -- now plays
with petty technicalities and preaches "detention per se does not
violate human rights" (NST,15.4.01). The man who once courageously revealed: "Rule by law and not rule
of law supersedes and takes priority in most aspects of ruling the
people..." -- now suggests that the recent ISA detentions were justified
as long as they were done "within the ambit of the law" (NST,15.4.01).
The man who was enlightened enough to show that the Government
established executive supremacy by "taking advantage of emergency,
security and public order situations" -- now chooses to be blind by
parroting the official line that the recent arrests "concern security and
public order" (Sun, 15.4.01). The man who once was "perplexed" by the "seemingly calm and
patronising attitude of the Malaysian people in facing and accepting
(these) excesses vis-a-vis their rights..." -- now criticises the Human
Rights Commission of Malaysia for being "exuberant" (NST, 15.4.01).
The man in the Prime Minister's Department, who once predicted that
the future for the rule of law and human rights in Malaysia would be
"dismal" -- has, very tragically, become a major contributing cause
of the present "dismal" state of affairs.
Datuk Dr Rais Yatim is not free from the "Executive Power" he once
denounced. His concern is not about "internal security", but to ensure
the "security" of the power which he is now very much a part of and
captivated with and in.. He is as guilty as the "formidable powers" that have, in his very own
words, "thrown off-balance the mechanisms of checks and balances
that are so vital in a system that claims to be democratic and guided
by the rule of law" and "created a culture of fear".
Martin Jalleh, 4 May 2001
|