Laman Webantu   KM2A1: 4396 File Size: 9.1 Kb *



TAG SP 94: Alangkah Angkuhnya Kerajaan Sekarang
By Cicittokleh

6/5/2001 11:35 am Sun

TAG 094

[Rakyat kerap dipersalahkan dan menjadi mangsa kata-kata yang tidak enak dari kerajaan. Bukan kata-kata sahaja, malah turut didera dengan berbagai peraturan yang berakhir dengan pemberian wang - baik yang melalui resit di atas meja, mahupun yang lalu di bawah meja. Sudahlah menukar kad pengenalan misalnya tidak percuma, sesiapa yang enggan atau lewat pula akan didenda. Kerajaan kerap menukar-nukar dan mengada-ngada supaya semakin kering wang kita dan semakin kaya kroni semua. Seolah-olah rakyat menjadi hamba sepanjang masa yang perlu menyara kerajaan - bukan sebaliknya.

Sepatutnya kerajaanlah yang lebih banyak menolong rakyat - bukan rakyat yang asyik menolong kerajaan sehingga simpanan hari tua pun rela ditebuk berjuta-juta tanpa sebarang bantahan yang berkesan. Peranan dan ketuanan antara kerajaan dan rakyat sudah diterbalikkan. Salah rakyat juga kerana masih berdiam dan terlalu takut untuk membantah sedangkan itu amat mudah dengan memangkah kertas sahaja di hari pengundian... Akibatnya terpaksalah hidup dalam keadaan yang semakin berkurang sedangkan si kroni hidup teramat senang lagi lenang kerana hutang mereka kita rela tunaikan. - Editor]



Terjemahan: SPAR-03-003

Malaysiakini


Alangkah Angkuhnya Kerajaan Sekarang

(Arrogant government at work again)

Oleh: Cicittokleh, Terengganu.


Nampaknya keangkuhan kerajaan Malaysia memang tidak ada tepiannya. Kini, kerajaan mahu semua rakyat Malaysia yang menetap di luar negara pulang apabila mahu memperbaharui pasport mereka Kerajaan beranggapan bahawa rakyat Malaysia di luar negara adalah golongan 'moron' (bebal, dungu dan bahlol - mengikut tafsiran DBP) yang tidak mampu berfikir sendirian kerana tidak sealiran dengan cara kerajaan berfikir dan kerana itu mesti dicuci otaknya sekali sekala.

Berapa lamakah agaknya kerajaan memikirkan idea haprak ini? Pernahkah pihak yang merencana kerja bodoh ini memikirkan kesengsaraan yang akan tercetus nanti? Seorang rakyat Malaysia yang menetap di luar negara terpaksa mengorbankan masa yang berharga dan perbelanjaan untuk memperbaharui pasportnya sedangkan dia tidak pun menerima sebarang bantuan dan sokongan yang amat diperlukannya daripada kerajaannya sendiri (kerajaan Malaysia) di negara orang.

Inilah keangkuhan yang menghanyutkan kerajaan Malaysia ke zaman purba feudal, di mana seorang raja adalah tuannya dan rakyat jelata adalah hamba sahaya. Hubungan tuan-hamba ini sudah pun diputar-balikkan dalam negara-negara maju dan sedang diputar-balikkan semula secara berdikit oleh kerajaan Malaysia. Sepatutnya kerajaan yang berkhidmat kepada rakyatnya, tetapi kini rakyat yang dikerah untuk menghambakan diri kepada pemerintahnya.

Cuba ambil contoh polis dan mahkamah. Pemerintah tidak pernah merasa segan dan silu untuk mengerahkan satu bahagian jabatan kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga ketenteraman awam, membuat kerja-kerja mengugut dan mengancam golongan yang sepatutnya mereka lindungi dan sumbangkan perkhidmatan mereka. Kerana itu, keyakinan dan kepercayaan terhadap golongan pengugut ini akan terhakis dan tercemar lebih lama lagi tempohnya selepas para politikus haprak melepaskan markas kemewahan hidup mereka yang sedang dinikmati itu. Keangkuhan mereka, telah menipu mereka untuk mempercayai bahawa adalah merupakan hak mereka menyalah-gunakan institusi awam ini untuk menyempurnakan nafsu-nafsi mereka.

Mereka menganggap perbendaharaan negara sebagai khazanah warisan emak-bapak mereka. Sedangkan segala dana yang ada adalah sumbangan rakyat Malaysia yang bekerja keras, untuk dibelanjakan bagi tujuan kepentingan rakyat dan kebajikan awam. Kebanyakan kroni para pemimpin jenis ini jarang sangat menyumbang sesuatu kepada perbendaharaan negara, malahan lebih kerap menyedut dan menakek secara berulang busut khazanah negara itu. Mereka tidak ambil peduli bagaimana beratnya risiko rakyat marhaen yang terpaksa mengharungi timbunan hutang negara yang menggunung tingginya dan segala bebanan hutang disebabkan skim penyelamatan syarikat muflis yang mereka cetuskan. Keangkuhan telah membutakan mata hati para pemimpin politik ini kepada garisan pemisah yang mereka langgari yang menjadi sempadan kepada tugas awam dengan rompakan berleluasa yang mereka lakukan secara terbuka.

Akibat kerja bajingan yang dilaksanakan oleh ahli politik ini terhadap Malaysia dan rakyatnya adalah merupakan dosa yang tidak boleh diampunkan. Rakyat Malaysia sebenarnya turut membuat dosa kerana merelakan para pemimpin politik ini terus menjahanamkan institusi awam dan merompak khazanah negara. Kesannya telah menyebabkan satu pasukan polis yang amat mudah disuapkan dengan rasuah, sistem penghakiman yang tidak lagi bermaruah, dan timbunan hutang yang akan turut ditanggung oleh generasi anak-anak yang belum lagi bersekolah.

Dari sudut akauntabiliti, ia sudah pun diperangkap oleh ISA bertahun dulu lagi dan tidak pun dibebaskan sejak itu.

Rakyat Malaysia mesti bersatu untuk sama-sama berani menghapuskan sikap angkuh dan membebaskan akauntabiliti yang sudah lama dipenjarakan; bukan untuk kepentingan rakyat yang ada tetapi untuk kepentingan generasi yang akan datang. Cucu-cicit anda tidak akan mengampunkan anda kerana merelakan mereka mewarisi satu warisan yang haprak dan mengaibkan.


Cicittokleh, Kuala Terengganu.

Jumaat 4/5/2001.


Terjemahan: SPAR-03-003




Rencana Asal:


http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/05/2001050407.php3

Friday May 4

Arrogant government at work again

Cicittokleh

Kuala Terengganu

2:39pm, Fri: The Malaysian government's arrogance knows no bound. Now the government wants to make Malaysians living overseas come back to renew their passports on the pretext that Malaysian overseas are morons, unable to think for themselves because they do not subscribe to the government's way of thinking and therefore needs to be brainwashed every now and then.

I wonder how much thought had gone into this new bizarre idea. Have the drafters of this insane order given any thought as to how much hardship it would cause? A Malaysian living overseas will have to spend invaluable time and resources to renew his or her passport instead of getting much-needed assistance and representations from his or her government in foreign lands.

This is the kind of arrogance that has brought the Malaysian government back to feudal times, when a ruler is master and the people its servants. This master-servant relationship, which has been reversed in the developed world is slowly being rolled back by the Malaysian government. Instead of the government serving the governed, the people are now being asked to serve the rulers.

Take the police and the courts, for example. The rulers have no compunction in using the division of the government that keeps public peace and safety, to intimidate and control the very people these institutions are supposed to serve. As a result, confidence and trust in these public institutions will be tarnished and tainted long after the present politicians leave their temporary stations in life. Their arrogance, however, deceives them into believing that it is their right to use and abuse these public institutions for their own purpose.

The public purse is treated like theirs. Never mind that the money comes from all hardworking Malaysians, to be spent on public interest and welfare. Never mind that these politicians' own cronies hardly contributed anything to the treasury except for making repeated and massive drawdowns. Never mind that the Malaysian public has to shoulder ridiculous risks and debts associated with numerous bailouts. Arrogance will not let these politicians realise how far they have crossed the line between public duty and public robbery.

The damage these politicians are doing to Malaysia and Malaysians is unforgivable. Malaysians are also committing an unforgivable mistake by allowing these politicians to continue wrecking public institutions and plundering the nation's treasury. The status quo would leave a legacy of easily-bought police force, untrustworthy courts and a mountain of debts to our children.

As for accountability, it was imprisoned under the ISA many years ago and has not seen the light of day since.

Malaysians must now gather their courage to wipe away arrogance and release accountability from imprisonment, not for their own sake but for the sake of generations to come. Your children will not forgive you for leaving them a shameful heritage.