Laman Webantu KM2A1: 4398 File Size: 14.3 Kb * |
TJ SP MGG: Apakah Anwar Dimasukkan Semula Ke Penjara? By M.G.G. Pillai 6/5/2001 1:41 pm Sun |
MGG 1041 [Kerajaan memang banyak kali tergagap-gagap keputusan menangani
sakit Anwar. Sekejap boleh, sekejap lagi tidak boleh. Kini Anwar
diberi pilihan tetapi Mahathir pula yang menjawabnya seolah-olah
Mahathir yang menjadi pesakitnya pula. Sekaligus ini mendedahkan
kerajaan memang tidak ikhlas dan sengaja membuang masa sehingga
sakit Anwar sudah bertambah teruk jadinya. Makin teruk kerana
terpaksa berkerusi roda dan berbekang dilehernya. Padahal ini boleh
dielakkan jika Anwar dibiarkan mendapat rawatan luar mengikut
pilihan sendirinya dan kerajaan tidak perlu bising atau mengeluarkan
sebarang belanja kerana dunia reformasi mampu mengongkosnya.
Helah sakit Rahim Nor terbongkar jua bila IJN tidak menerimanya -
sudah tentu kerana memang tiada penyakit berbahaya dalam dirinya
- jika tidak sudah lama dia ke sana atau menginap di wad hospital
kerana serius penyakitnya. Dia hanya dilapurkan keluar dari IJN
disaat terlalu hampir dengan penghukuman keatasnya sahaja. Sebelum
itu dia bersandarkan kepada doktor peribadinya cuma - ini tentulah
kerana sakitnya tidaklah seteruk mana atau sakit mengada-ngada.
Bukankah Rahim pernah berbohong kepada dunia bahawa Anwar sihat
dan sejahtera selepas dilebamkan olehnya sampai hampir tidak
bernyawa? Chua, Hamid Albar, Dollah Badawi dan kini Mahathir mahu berlagak
sebagai doktor. Patutlah Anwar masih terbiar kerana mereka semua
bukan doktor pakar tetapi doktor politik yang preskripsinya
selalu bertukar. Akibatnya pesakit semakin kritikal sehingga
terpaksa dibekang leher dan berkerusi roda. Jika lumpuh nescaya
rakyat akan mengejar semua doktor ini yang kurang ajar.
- Editor] (Is Dato' Seri Anwar Going Back To Prison?)
Seperti biasa kerajaan terjebak dengan muslihat teka-teki yang dipasangnya.
Kerajaan gagal mendapatkan sokongan rakyat marhaen bahawa Anwar sengaja
melakonkan kesakitannya. Jika muslihat kerajaan disokong tentulah akhbar
utama dibanjiri pelbagai surat yang menyerlahkan perasaan rakyat marhaen.
Setelah mengizinkan seorang pakar endoskopik Belanda memeriksa Anwar,
kerajaan menjadi gugup memutar belitkan apa yang dikatakannya, dan
melaporkan kalau pembedahan itu boleh dilaksanakan di negara ini, dia sudah
pun bersedia. Akan tetapi, Dr. Hoogland enggan melakukan pembedahan dalam
keadaan dan suasana bilik bedah yang baru sahaja diada-adakan dan dengan
keadaan iklim politik yang tidak menyelerakan. Kini, Dato' Seri Anwar
diberikan pilihan tentang keadaan penyakitnya, dan dia menolak pilihan itu.
Dia diberitahu akan dihantar kembali ke penjara. Kini, kerajaan mengumumkan
betapa ia mengkaji semula perkara itu dan belum lagi membuat keputusan
selanjutnya, kata Chua (yang memenangi pilihanraya dengan undi orang Melayu
Johor - penterjemah).. Kerajaan sengaja melecehkan perkara in kerana dua sebab: Dato' Seri Anwar
sudah pun memakai pengekang leher dan kalau keadaan belakangnya tidak
diberikan rawatan dia akan menjadi lumpuh ataupun mendapat siksaan yang
lebih teruk lagi. Dia bergerak dengan sokongan kerusi roda. Mata lebam yang
dihidapnya setelah dihenyak dengan pukulan maut karate yang begitu kejam
oleh bekas KPN Rahim Noor, ketika tanganya digari dan matanya dipekap rapat,
sebaik sahaja Anwar ditangkap, adalah sesuatu yang mengaibkan. Apabila dia
dibenarkan memakai pengekang leher dan duduk disorong dengan kerusi roda
untuk menjawab soalan mahkamah dalam pengadilan terhadap tuduhan korupsi dan
kelakuan sumbang (yang sengaja dikonspirasikan -penterjemah) sudah tentu
semua itu akan menyedarkan betapa besarnya fitnah seorang perdana menteri
terhadap seorang banduan. Alasan kedua membabitkan pemenjaraan minggu lalu
yang dikenakan terhadap Rahim Nor. Dia telah diberikan layanan istimewa,
sehingga menaikkan lagi kesangsian rakyat terhadap peranan kerajaan dalam
perkara itu. Apabila rayuannya ditolak, minggu lepas, Rahim Nor telah dibawa ke dalam
sebuah bilik mahkamah yang kosong dan bukannya ke dalam lokap mahkamah. Dia
tidak pun digari seperti peraturan yang semestinya. Pada jam 2 petang,
sebaik sahaja mahu dibawa ke penjara dalam sebuah 'Black Maria' dia mengadu
sakit dada dan tidak pula dihantar ke Hospital Besar tetapi dibawa terus ke
IJN (Institut Jantung Negara). Doktor di situ enggan memasukkannya ke dalam
wad dan lima jam kemudiannya dia dibawa ke penjara Kajang. Apakah
keistimewaannya layanan semua itu kepada seorang manusia yang telah
menghitamkan pasukan polis diraja yang dipimpinnya, kerajaan yang pernah
diberikan khidmatnya dan mata orang yang pernah dimangsakannya? Dia diberi
layanan istimewa sedangkan Dato' Seri Anwar sedang mengerang kesakitan
memerlukan pembedahan mengikut pilihannya sendiri seperti yang pernah
dijanjikan oleh kerajaan tetapi menafikannya di saat terakhir. Menteri Chua
harus membuat penjelasan kenapakah kerajaan membenarkan Dr. Hoogland
memeriksa Dato' Seri Anwar kalau kerajaan tidak mempunyai sebarang niat
untuk membenarkan beliau pergi ke luar negara untuk pembedahan itu?
Kenapakah perkara ini tidak diperjelaskannya di tahap awal lagi, sebaliknya
dia terus mengetatkan peraturan hari demi hari sebagai mempertingkatkan
konfrontasi? Apabila Perdana Menteri memberikan kata muktamad untuk menutup segala
pilihan sehari sebelum banduan itu membuat pilihannya, perkara itu menjadi
satu pengetahuan umum sebagai agenda politik. Sama ada kerajaan suka ataupun
tidak kesihatan Dato' Seri Anwar adalah merupakan tanggungjawab kerajaan.
Masalah kerajaan bukan sahaja menyangkuti tanggungjawab menjaga keselamatan
banduan tetapi kini menjadi perkara hangat di mahkamah rakyat terbuka.
Kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rencana bagaimana mahu mengekang
kedegilan Anwar. Kini, sikap berdegil ini sudah menjangkit di segenap aspek
dasar kerajaan dan pendiriannya. Malahan, keupayaan kerajaan dan juga
Perdana Menteri untuk terus bertahan memegang tampuk kuasa banyak bergantung
kepada bagaimana banduan istimewa ini ditangani. Kerajaan sudah mengasak
Dato' Seri Anwar ke satu sudut di mana melangkah ke belakang bererti
kemusnahan diri dan pergerakan yang telah dipeloporinya.
Anwar tidak boleh mundur secara politik, moral, dan peribadi, kerana
prinsipnya -- melainkan mencemar dirinya sendiri. Ini adalah sesuatu
tindakan yang tidak akan dilakukan oleh Anwar sendiri. Mahathir telah
menuduh Anwar kerana mempolitikkan penyakitnya itu. Apakah yang telah beliau
dan kerajaannya lakukan? Yang membuakkan ketegangan dalam iklim politik
Malaysia sekarang ini ialah Konfrontasi antara Banduan dengan Perdana
Menteri. Inilah kemelutnya yang membuatkan kerajaan berada di satu situasi
yang kaku dan kelam, berkemungkinan akan mereput dari dalam. Daripada kamar
penjaranya, pembangkang yang berprinsip ini telah mendesak dan memaksa
kerajaan untuk beralah ke satu tahap yang tidak mungkin diberikan
pertimbangan sebelum 2 September, 1998. Yang lebih menyenakkan Perdana
Menteri, tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim betapa wujudnya satu konspirasi
terhadapnya, yang telah dinafikan sekeras-kerasnya (oleh Perdana Menteri
musibat itu - penterjemah), kini sudah semakin ketara akan kebenarannya.
Lebih banyak getaran akan bergegar, bukan untuk Dato' Seri Anwar tetapi
untuk Perdana Menteri. Kepada seorang Banduan istimewa itu kematian bererti
kebebasan daripada kesakitan yang ditanggunginya. Kepada seorang Perdana
Menteri ia adalah laksana satu keazaban yang dihayati oleh bangkai yang
masih bernyawa. Rencana Asal: Is Dato' Seri Anwar Going Back To Prison?
When the government firmly decides on a course of action, it
is not an act of finality as one would expect, but to find
ways to vary it. It does not matter if it has to do the
third brake-light on motor vehicles or the return of the
jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar
Ibrahim, from his "luxurious" ward at the General Hospital
to spartan quarters at Sungei Buloh prison. After he was
brusquely told he would if he did not agree to a surgical
option he rejects, the health minister, Dato' Chua Jui Meng,
dilly dallies when asked when. "A detailed briefing has
been given to diplomats, the Parliament and the media. The
records are clear," he said airily and offhandedly. What,
pray, has this to do with the ultimatum on his surgery Dato'
Seri Anwar was given? As usual, the government is caught in a conundrum of
its own making. It could not get public support for its
view that Dato' Seri Anwar fakes his illness. If it had,
the mainstream would have outrageous letters about it.
After allowing the Dutch endoscopic surgeon to examine him,
it got cold feet, misrepresented what he had to say, and
said if the surgery could be done locally, he could. But Dr
Thomas Hoogland refuses to operate in strange conditions in
makeshift operating theatres in a hostile political climate.
Now, Dato' Seri Anwar is given options about his medical
condition, and he rejects it. He is told he would be sent
back to prison. The government now claims it has to study
the matter further and has not decided upon its next move,
says Dato' Chua. The government drags its feet for two reasons: Dato'
Seri Anwar is in a neck brace and if his back condition is
untreated, he could be paralysed and worse. He is in a
wheelchair. The infamous black eye, after the then
Inspector-General of Police, Tan Sri Rahim Noor, confronted
a shackled and blindfolded just arrested Dato' Seri Anwar
Ibrahim with deadly karate chops, was bad enough. That he
is brought in a neck brace and wheel chair to answer the
remaining charges of s###my and corruption against him
throws more calumny on the Prime Minister more than the
Prisoner. The second is the jailing last week of Tan Sri
Rahim for two months. He is given special treatment,
raising even more doubts about the government's role in it.
When his appeal was dismissed last week, Tan Sri Rahim
was taken to an empty court room instead of the court
lockup. He was not handcuffed, as rules required. At 2 pm,
just before he was to be taken to prison in a Black Maria,
he complained of chest pains and rushed not to the General
Hospital but to Institiut Jantung Negara. But doctors there
would not admit him and five hours later was sent to Kajang
Prison. Why this special treatment for a man who blackened
the police force he led, the government he served under, the
eye of the man he beat up? He is treated with kid gloves
while Dato' Seri Anwar is in intense pain, needs immediate
surgical care but wants one of his choice, led up the garden
path and then denied him. Dato' Chua should explain why the
government allowed Dr Hoogland to examine him when it had no
intention to allow him to go overseas for the operation?
Why did he not make this clear at the outset, instead of
tightening rules as he went along to step up the
confrontation? When the Prime Minister closed all options the day
before the Prisoner was to decide, the matter became
publicly and irrevocably political. Whether it likes it or
not, the question of Dato' Seri Anwar's health is the
government's responsibility. Not in the custodial sense it
has over every prisoner, but in the court of public opinion.
The government did not at any time have a plan how to
contain the Anwar rebellion. It now spills over into every
aspect of government policy and decision. Indeed, the
government, and the Prime Minister's, survival depends now
on how the Prisoner is handled. It forced Dato' Seri Anwar
into a corner from which retreat destroys him and the
movement he spawned. He cannot back down -- politically, morally,
personally, on principle -- except at unacceptable cost to
himself. Dato' Seri Mahathir can accuse him of politicising
his ailments. What does he and his government do? The
underlying tension in Malaysian politics is this Prime
Minister-Prisoner confrontation, which has brought the
government to a standstill, and is breaking up from within.
From his prison cell, his principled opposition forces the
government to concede much that it would not have even
considered before 2 September 1998. Even worse for the
Prime Minister, Dato' seri Anwar's allegation of a
conspiracy against him, hotly denied, now seems to be true.
More shocks are in the cards, not for Dato' Seri Anwar but
for the Prime Minister. For the Prisoner, death is his
release from his pain. For the Prime Minister, a
living death. M.G.G. Pillai |