Laman Webantu KM2A1: 4399 File Size: 19.6 Kb * |
TAG SP 95: Bekerjasama Dengan Kami Kalau Tidak Mahu Mati By Koh Swee Yong 7/5/2001 5:21 am Mon |
TAG 095 [Koh Swee Yong, seorang mangsa ISA yang ditahan begitu lama
(9 tahun) menceritakan pengalaman ngerinya disiksa secara fizikal
dan mental sehingga diugut nyawanya. Sampai hari ini dia tidak pun
dibicarakan apa-apa kerana kesalahannya memang tiada - tetapi
kesalahan kerajaan memang ada dan boleh mengaibkan kerajaan sendiri
jika dibicara secara terbuka. Koh telah mengabadikan pengalamannya di dalam sebuah buku berbahasa
Cina. Buku ini tidak dipertikaikan pun kesahihannya oleh pihak
berkuasa - sekaligus membayangkan ianya benar belaka. Semua
pemimpin pembangkang dan Umno sendiri harus bersedia untuk
menghadapi ISA yang mungkin menjerut mereka juga kerana Dahlia
sudahpun mendedahkannya. Penangkapan ISA kali ini sedikit berbeda kerana ia seperti menguji
taring beberapa pihak - PAS, Suhakam dan pemimpin Umno sendiri.
Beberapa pemimpin keaADILan yang ditangkap itu adalah saksi penting
kes undi hantu di Lunas yang perlu diterbalikkan (turn-over). PAS
memang teruji dan ternyata ia kurang menyerlah di sini. Suhakam
kelihatan berjaya kerana mampu memalukan Rais dan mendesak kerajaan
membuka sedikit pintu ISA. Mengikut beberapa sumber Ummno, Musa Hitam
mungkin orang yang kedua yang amat ditakuti oleh Mahathir selepas Anwar.
Suhakam nampaknya semakin bersinar walaupun masih pudar. Mahathir
sebenarnya sudah tidak mempercayai hampir semua orang sekarang sebab
itulah beliau mengugut untuk menggunakan ISA untuk politik wang juga.
Itu adalah sindiran buat sesiapa yang berani menyingkirkannya kerana
polis bertopeng memang berada di belakang Mahathir sehingga Dollah
Badawi pun bagai tidak tahu menahu semua tindak-tanduknya. Dollah dan
Rais kini seperti berlaga dengan Musa Hitam sedangkan Mahathir baru
'meminang' Ku Li selepas bercerai 'talak satu' dengan Daim. Tetapi
dia mungkin kawin semula kerana hati masih cinta dan perlu berlakun
semoga selamat semuanya. Ini cuma analisis sahaja... tetapi mungkin
ada benarnya. (Artikel asal di Malaysiakini Jumaat 4/5/01)
Bekerjasama Dengan Kami Kalau Tidak Mahu Mati
(Cooperate Or We Will Gun You Down) Oleh: Koh Swee Yong - Bendahari PRM & Mangsa ISA 1976-1985
Saya pernah mengalami peristiwa penangkapan oleh Polis Cawangan Khas (SB:
Special Branch) ke atas anak lelaki jiran saya yang menjadi ahli Parti
Rakyat ketika itu. Sebaik sahaja mendengar anaknya tertangkap, bapanya yang
sudah tua itu menjadi pucat lesi. Dia berlari terus ke rumah untuk membuang
segala barang-barang kepunyaan anaknya. Dia menjadi takut dan terlalu gugup.
Apakah yang ditakutkannya itu? Dia takut dengan ISA (Akta Keselamatan Dalam
Negeri) Apa maknanya ISA? Kenapakah orang terlalu takut akannya? Kenapakah mereka
terlalu mencemuhnya? Kenapakah mereka mahukan ISA dihapuskan? Ketika itu
saya masih samar dengan perkara yang berkaitan dan tidak pun tahu apa
salahnya. Seolah-olah ada sesuatu yang mudah lekang daripada ingatan.
Tempat yang Gelap dan Sunyi
Saya mahu ceritakan empat perkara berkaitan dengan pengalaman saya di tahan
di bawah ISA.
Wajah Momok ISA Banyak cerita ngeri yang saya dengar daripada tahanan lain ketika saya
berada di kem tahanan. Semua cerita ini ada kaitannya dengan penyiksaan
fizikal dan mental yang dihenyak ke atas para tahanan. Selepas saya
dibebaskan, muncul satu semangat untuk menulis satu buku menceritakan segala
kisah ngeri itu. Saya mahu semua orang tahu kisah sebenar betapa zalimnya
ISA itu. Saya mahu dedahkan wajah momok ISA.
Masih ramai orang dalam masyarakat kita yang memikirkan ISA adalah sesuatu
yang O.K. kerana ia digunakan ke atas puak komunis dan anasir subversif.
Mereka terlalu jujur, mungkin ISA telah disalahgunakan sejak ia
dikuatkuasakan pada 1960 untuk menekan dan menghapuskan para pembangkang
ahli politik yang memerintah dan juga kumpulan yang menentang.
Ia merupakan satu alat yang sungguh kebal kepada elit yang memerintah untuk
mengekalkan kuasa. ISA bukan sahaja tidak demokratik dan zalim, ia juga
tidak mempunyai ciri-ciri keinsanan dan amat menghina manusia. Orang-orang
yang mempunyai perasaan peri kemanusiaan memang tidak akan merelakan
kewujudan ISA secara berterusan. Selama sembilan tahun saya telah dipenjarakan secara kejamnya kerana
'jenayah' dan tuduhan kerajaan BN yang tidakpun berani mereka dedahkan pada
satu mahkamah terbuka. Penangkapan terbaru terhadap sepuluh orang pemimpin
dan aktivis parti Keadilan Nasional dan pergerakan reformasi adalah satu
lagi pengaiban kepada negara. Seandainya mereka itu bersalah merancang
demonstrasi militan, mereka seharusnya dikemukakan kepada perbicaraan
terbuka yang adil. Jika tidak, ia hanya menunjukkan betapa BN adalah satu
koalisi pengecut dan bersikap diktator.
Rakyat marhaen semakin sedar akan hak mereka untuk berhimpun secara aman
untuk menunjuk perasaan. Pemuda UMNO pun telah menunjuk perasaan di hadapan
Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Menggunakan kuasa ISA untuk menekan tunjuk
perasaan secara aman semakin tidak dapat diterima dan dikutuk oleh
keseluruhan masyarakat yang ada. Kerajaan BN sedang kerugian dan kalah
peperangannya untuk memikat hati dan minda rakyat dengan cara menggunakan
ISA. Tidak Betul Oleh kerana saya adalah seorang mangsa ISA dan pernah mengalaminya sendiri
kezaliman ISA, saya tidak mahu melihat Akta itu menzalimi orang lain lagi.
Setiap manusia mempunyai hak kepada perbicaraan yang terbuka dan adil.
Adalah tidak betul untuk menuduh seseorang melakukan jenayah dan
menghumbannya ke dalam penjara tanpa perbicaraan. Banyak negara lain yang
telah menghapuskan undang-undang yang menyerupai ISA di negara mereka
Saya pernah menyusun satu buku yang merakamkan semua peristiwa mengenai
tahanan ISA daripada 1960 hingga 1996. Buku itu telah diterbitkan pada 1999
dan berjodol 'Empat Puluh Tahun Dicengkam ISA'. Setakat ini hanya versi
Bahasa Cina yang disediakan. Buku ini adalah satu usaha saya yang tidak seberapa untuk menjentik
kesedaran rakyat terhadap ISA agar mereka memahami kejijikan dan kezaliman
akta itu. Hanya apabila lebih ramai manusia menyebutkan 'Hapuskan ISA' yang
membolehkan ISA itu dihapuskan.
KOH SWEE YONG ialah ahli beberapa pertubuhan hak asasi manusia; SUARAM
(Suara Rakyat Malaysia), HAKAM (Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia) dan
Amnesty International Malaysia (AIM). Dia telah berkempen tanpa penat untuk
penghapusan ISA dan telah menganggotai Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk
meneruskan perjuangannya dengan wadah lain pula. Kini, dia adalah Bendahari
PRM. Artikel asal di Malaysiakini: http://202.56.157.37/News/2001/05/2001050404.php3
Friday May 4 Life under ISA: 'Cooperate or we will gun you down'
by Koh Swe Yong 11:49am, Fri: During my secondary school days, one of my
classmates once mentioned teasingly, 'Beware of Clause 8 of the
ISA'. I did not understand what he said then.
I had also come across an arrest by the police Special Branch of
my neighbour's son, who was a Parti Rakyat member. On hearing
of his son's arrest, the aging father's face turned pale.
He ran straight home to get rid of all his son's belongings
indiscriminately. He was fearful, very fearful indeed. Why was he
so fearful? Because of the ISA (Internal Security Act)!
What is the ISA? Why are people so scared of it? Why are they
critical of it? Why do they want it to be abolished? I was unclear
then and did not know what was wrong with it. Somehow it slipped
my mind. Later, soon after my graduation from the University of Malaya, I
was detained under the ISA for nine years. My nine years?
experience has taught me why the ISA, which has been so often
criticised and condemned, must be abolished.
'Dark and quiet place' I would like to give a brief account of four instances with regard to
my experience under the ISA.
ISA's ugly face I heard many horrible stories about the sufferings of the other
detainees while I was held in the detention camp. These stories
are mainly about physical and mental tortures inflicted on the
detainees. After my release, I felt a strong urge to produce a book
telling these stories. I wish to let all the people know from real
stories how inhuman the ISA is. I want to expose the ugly face of
the ISA. There are people in our society who still think that ISA is okay, so
long as it is used on the communists and the so-called subversive
elements. They are too naive. The ISA has been abused right from
its introduction in 1960 to suppress and wipe out political
opponents as well as dissidents. It has been a powerful tool for the ruling elite to maintain its power.
ISA is not only undemocratic and draconian, but also inhuman
and immoral. There is no way people with conscience can
condone the continued existence of the ISA.
For nine years I had been unjustly incarcerated for a 'crime' that
the BN (Barisan Nasional) government dared not put me in front of
an open and fair trial. The recent ISA arrests of ten leaders and
activists from the Parti Keadilan Nasional and the reformasi
movement are another disgrace to the country. If they were guilty
of planning militant demonstrations, then put them before open and
fair trials. Otherwise, it only goes to show that the BN is cowardly
and dictatorial. Increasingly, people are aware of their rights to peaceful assembly
and demonstration. Umno youths have themselves demonstrated in
front of the Selangor Chinese Assembly Hall. The use of the ISA to
suppress peaceful demonstrations is increasingly unacceptable
and being condemned across all sections of the society. The BN
government is losing the battle to win the hearts and minds of the
people by resorting to the ISA. Not right Because I am an ISA victim and have experienced for myself the
cruelty of the ISA, I do not wish to see it doing any more harm to
others anymore. Everyone has the inalienable right to an open
and fair trial. It is not right to accuse someone of committing a
crime and throw him or her into prison without trial.
What more when it is used to crack down one's political
opponents. It was intolerable in ancient societies and is also
deplorable now to detain someone without trial. Many countries
have already done away with laws akin to the ISA.
I have compiled a book that documents all the instances of ISA
arrests from 1960 to 1996. It was published in 1999 and titled
Forty Years under ISA. So far only the Chinese version is
available. The book represents my humble attempt to raise the people's
consciousness on the ISA so that they can understand the
wickedness and cruelty of it. It is when more and more people
utter 'I Say Abolish' to the ISA that it will be abolished one day.
KOH SWE YONG is now a member of human rights organisations Suaram (Suara Rakyat Malaysia), Hakam (Human Rights Society Malaysia) and Amnesty International Malaysia (AIM). He has been campaigning relentlessly for the abolition of ISA and has joined Parti Rakyat Malaysia (PRM) to continue his struggle on another platform. He is currently the PRM Treasurer. |