Laman Webantu KM2A1: 4400 File Size: 19.2 Kb * |
TJ SP MGG: Para Pelajar dan Duta-Duta Malaysia By M.G.G. Pillai 7/5/2001 5:20 am Mon |
MGG 1051 [Mahathir mahu duta-duta kerajaan mendekati pelajar di luar
negara sedangkan tugas duta sudahpun berjuta-juta dan tidak
terkejar semuanya kerana makan-minum, bermain, jemput menjemput,
dan berkepit pun tugas juga. Tugas yang masih ada itupun masih
banyak cacat dan celanya inikan pula untuk mendidik pelajar yang
tentunya lebih pintar dari mereka kerana lebih banyak membaca
dan lebih aktif dalam isu semasa. Kerajaan sebenarnya memerlukan
satu kumpulan penggempur sepenuh masa yang lebih hebat dari pelajar
semua - malangnya tiada sesiapa pun layak untuk menghadapinya. Malah
Mahathir sendiri terpaksa mengawal soalan dan peserta kerana
bimbang teraib di seluruh dunia diserang kata-kata cuma.
Hujah Umno tidak bermaya dan lebih sesuai untuk wargatua sahaja
sedangkan pelajar sudah jauh kedepan dari segala. Sampai hari ini
tidak ada pemimpin Umno yang sanggup berdepan dengan pelajar dalam
suasana terbuka melainkan dikawal pengunjungnya. Ini adalah kerana
pemimpin Umno semuanya dungu-dungu belaka - jika tidak Mahathir
sendiri tidak akan melantik mereka kerana nanti tergugat pula
dirinya. Salah Mahathir sendiri sebenarnya.
] Para Pelajar dan Duta-Duta Malaysia
(Students And Malaysian Ambassadors) Beliau meminta duta-duta Malaysia dibawa pulang dan diberi penjelasan
tentang dasar-dasar kebangsaan, sesuatu yang biasa berlaku di dalam amalan
diplomatik seluruh dunia, untuk menghadapi para pelajar di luar negara.
Beliau tidak rela melihat 'sesetengah' orang Malaysia -- tidak pula
dinyatakannya dengan jelas tetapi adalah tidak keterlaluan untuk menganggap
orang yang dimaksudkannya itu termasuklah Dato' Fadzil Noor, Haji Hadi
Awang, Sdr. Lim Kit Siang, Dr. Chandra Muzaffar, Datin Wan Azizah --
'mempengaruhi' pelajar-pelajar, di mana ramai yang kini mengamalkan sikap
anti kerajaan. Dari itu, beliau mengumumkan bahawa 'pada masa-masa hadapan,
duta-duta kita perlulah menjalankan hubungan yang rapat dengan para pelajar
kita'. Keprihatinan yang tidak diduga terhadap pelajar-pelajar di luar negara amat
ketara sekali: meskipun kehadiran Umno amat dirasai di kalangan
pelajar-pelajar luar negara sehinggakan kerajaan dengan bongkaknya
mengatakan bahawa semua pelajar -- merujuk lebih kepada pelajar-pelajar
Melayu daripada pelajar-pelajar Cina atau India -- mempunyai pemahaman yang
jelas tentang dasar-dasar rasmi dan boleh diharapkan untuk memberi sokongan
terhadap dasar-dasar tersebut. Namun itu hanya berkesan selagi isu-isunya
berbentuk pendapat atau idea : kehidupan yang lebih baik untuk rakyat
Malaysia untuk tahun-tahun yang mendatang. Bagi kerajaan Malaysia apa yang
perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar hanyalah untuk mengulang-kokok
kenyataan rasmi kerajaan dan kemudiannya diupah dengan jemputan rasmi ke
Perhimpunan Agong Umno. Bahkan, kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi kita di luar
negara tidak mempedulikan langsung pelajar-pelajar walaupun dengan kewujudan
penasihat-penasihat pelajar Pelajar-pelajar, dengan lain perkataan, hidup di dalam satu ruang kosong di
negara asing, kebiasaannya tidak dipedulikan oleh Suruhanjaya Tinggi atau
Kedutaan, dan dibiarkan membawa nasib mereka sendiri. Alam semulajadi
bencikan ruang kosong, dan apa yang diperlukan untuk menarik mereka
sebenarnya adalah dengan sering bersemuka dan membantu mereka dengan
masalah-masalah yang timbul. Apabila kesedaran Islam berada di kemuncak,
ramai yang menyertai persatuan-persatuan Islam dan mencabar pandangan dunia
kerajaan Malaysia untuk memikirkan tindakan yang perlu diambil. Kerajaan
tidak bertindak dengan cepat dan bersungguh-sungguh. PAS Mengambil
tanggungjawab ini dan berjaya mendapat kepercayaan mereka. Kerajaan pula
gagal di dalam pertembungan ini. Ia bertindak, seperti biasa, sedikit demi
sedikit : hanya beberapa kerat menteri-menteri yang akan turun untuk
memadamkan semangat Islam, memberi beberapa ucapan yang disiarkan dengan
panjang lebar di dalam akhbar-akhbar utama, dan akhirnya dipuji-puji di atas
tugas yang cemerlang. Kemudian muncul tanggal 2 September, 1998. Dan para pelajar, termasuk mereka
yang pro-kerajaan, mahukan jawapan-jawapan. Mengapa Timbalan Perdana
Menteri, Anwar Ibrahim yang satu-satunya dipecat, ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri, dipukul sehingga hampir maut oleh tidak salah lagi
Ketua Polis Negara, dipenjara untuk selama 15 tahun di atas kesalahan rasuah
dan kes liwat yang boleh dipersoalkan? Pelajar-pelajar luar negara ini,
dengan ramainya terus menjauhkan diri. Penyokong-penyokong kuat Anwar
mengambil peluang menghampiri mereka, secara sistematik dan berterusan,
menyebabkan kerajaan kehilangan mereka sekali lagi. Ia masih lagi tidak
berjaya. Apabila Perdana Menteri bercakap kepada para pelajar luar negara,
ianya dilakukan di dalam suasana yang dikawal, para hadirin diperiksa, dan
mereka yang bertanyakan soalan-soalan akan ditegur terang-terangan jika
didapati berbunyi kritikal. Dr. Mahathir sebenarnya meletakkan kuda di belakang pedati. Beliau
beranggapan bahawa para duta dan Pesuruhjaya tinggi boleh melakukan
segala-galanya. Tetapi adakah misi-misi diplomatik di luar negara mempunyai
senarai nama-nama pelajar Malaysia di negara-negara tempat mereka bertugas?
Tiada. Ia hanya mempunyai senarai pemegang-pemegang biasiswa kerajaan, tidak
lebih dari itu. Dan seringkali ianya tidak dikemaskini. Berlawanan sekali
dengan Singapura, sebagai contohnya. Mereka bukan hanya mengenali siapa
pelajar-pelajar mereka, swasta mahupun kerajaan, tetapi juga pelajar-pelajar
Malaysia yang cemerlang, dan mengikutinya dengan rapat sekali, menawarkan
kerja dan kewarganegaraan kepada mereka yang bersetuju untuk menetap di
negaranya. Sekiranya kerajaan ingin memenangi pertarungan ini, pemimpin
utama pelajar perlu diberi penjelasan yang sebaik-baiknya dan diminta agar
menyebarkan maklumat tersebut. Mungkin sudah agak terlambat untuk itu.
Sepatutnya perkara yang mula-mula perlu dilakukan dahulu adalah dengan
menggesa duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya agar mendekati para pelajar.
Pernah juga mereka melakukannya sekali. Tetapi kini, tidak lagi. Kehidupan
seorang diplomat terlalu memenatkan -- dengan berbagai-bagai majlis yang
perlu dihadiri, permainan-permainan golf, dan terpaksa bergegas ke lapangan
terbang untuk menerima kedatangan pelawat-pelawat dari tanahair -- bagi
mereka untuk menambah satu lagi bidang tugas seperti ini.
Seorang Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pernah ditegur kerana tidak berada di
lapangan terbang yang sejauh 1000 batu pada tengah malam untuk menemani
menterinya yang singgah selama satu jam sebelum meneruskan perjalanan ke
London. Seorang lagi yang lain telah diminta untuk memberikan penjelasan
mengapa beliau melakukan lawatan, tanpa kebenaran, ke sebuah negara 'asing'
yang sejauh 3500 batu -- pegawai yang bertugas itu tidak tahu bahawa negara
tersebut termasuk di dalam sempadan kawasan jagaannya yang tidak memerlukan
sebarang keizinan untuk ke sana. Selama beberapa tahun Wisma Putra telah
kehilangan matlamat penubuhannya, terutamanya apabila ia mengambil keputusan
yang merugikan lebih sedekad yang lalu untuk mencanangkan Perdana Menteri
dan menyamakan pandangan-pandangan peribadinya sebagai pandangan rasmi
negara. Duta-duta telah dihukum kerana tidak memberikan sokongan yang
sepenuhnya kepada pandangan-pandangan beliau, atau pernah menyoal atau lebih
teruk lagi, mencabar pandangan-pandangan tersebut.
Para duta dan pesuruhjaya telah dikawal ketat pergerakan mereka dan
kebanyakannya tidak terdaya untuk melawan dan akhirnya hanya bertugas sambil
mencari keseronokan untuk diri sendiri. Tindak balas yang dibuat oleh Wisma
Putra terhadap apa yang berlaku sekarang, terutamanya konfrontasi di antara
Perdana Menteri dan 'bakal penggantinya', adalah dengan menghantar
bahan-bahan bacaan akhbar-akhbar utama tempatan. Saya telah melihat
sebahagian dari laporan-laporan tersebut, yang telah ditunjukkan kepada saya
oleh duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya apabila saya menziarahi mereka di
sana. Itupun hanya mereka yang bersedia untuk bertemu dengan saya. Mereka
begitu takut jika berlaku sesuatu terhadap diri mereka seandainya mereka
dilihat bersama dengan saya dan ramai yang meminta saya supaya menjauhi
kediaman mereka. Apabila perkara sebegini telah dijadikan satu budaya, dengan para duta dan
pesuruhjaya seolah-olah takut kepada bayang-bayang mereka sendiri, bagaimana
wakil kepada kerajaan Malaysia boleh meyakinkan pelajar-pelajar mereka
sendiri? Sepertimana yang berlaku kepada masalah perubatan Dato' Seri Anwar
Ibrahim, kerajaan tidak mahu menerima langkah perawatan yang syorkan tetapi
mempersoalkan motif Dato' Seri Anwar Ibrahim pula. Cara pengendalian yang
tidak betul, sebagaimana yang berlaku kepada lain-lain isu politik yang
melanda Malaysia sejak September 1998, begitu jelas kelihatan sehingga kita
tidak yakin langkah-langkah terbaru yang diambil akan membuahkan hasil.
Kerajaan tidak akan membentangkan isu-isu tersebut di hadapan duta-duta dan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi negara luar tanpa sebarang kaitan politik
seperti yang sepatutnya, tetapi mahu mereka menyebelahi kerajaan di dalam
perbalahan politik tempatan. Adalah sesuatu yang menarik juga kerana penjelasan yang diberikan adalah
untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang khususnya belajar di luar
negara. Tiada sesiapapun yang cuba untuk mengambil langkah yang sama
terhadap mereka yang belajar di dalam negara. Adakah sesiapa di dalam
barisan kabinet yang boleh melakukannya? Saya tidak dapat mencadangkan
sesiapapun yang layak, walaupun digunakan pasukan-pasukan polis yang
bersenjata untuk memastikan keadaan yang aman, siapakah yang berani untuk
mengunjungi semua institusi pengajian tinggi Malaysia dan menjelaskan kepada
mereka tentang perkembangan politik di Malaysia? Apakah Perdana Menteri
berkeupayaan untuk melakukannya? Ataupun Timbalan Perdana Menteri?
Menteri-Menteri Besar? Mana-mana pemimpin Umno? Sekiranya mereka tidak
boleh, mampukah duta-duta dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya? Jika mereka sendiri
tidak berani, apa pula yang dapat diharapkan dari duta-duta dan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya tersebut?
-M.G.G Pillai- Terjemahan: SPAR-02-002 Rencana Asal: Students And Malaysian Ambassadors
The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, says
Malaysian students overseas "are not an easy lot to deal
with because other Malaysians come to disturb them". Who
are the "other Malaysians" he talks of? Why do students
listen to "other Malaysians" and not to what he has to say
of Malaysian policy? What happened to the "well-staffed"
students affairs departments in Malaysian embassies and high
commission? Why are not they engaging the students? More
to the point, why does he want Malaysian ambassadors to
cultivate the students now when they have ignored them for
years? He wanted Malaysian ambassadors brought back to be
briefed about national policies, a normal occurrence in
diplomatic practice throughout the world, to engage with
students overseas. He cannot have "some" Malaysians -- he
does not mention who but it is fair to assume that they
include Dato' Fadhil Noor, Haji Hadi Awang, Mr Lim Kit
Siang, Dr Chandra Muzaffar, Datin Wan Azizah -- "incite" the
students, many of whom become anti-government. Therefore,
he announces, that "in future, our ambassadors are required
to be in close contact with out students".
This unexpected concern for students overseas is real:
despite UMNO's overwhelming presence amongst them, it has
been the government's boast that the students overseas --
here he refers to the Malay rather than the Indian or the
Chinese -- had a clear understanding of official policy and
could be relied upon to support the government in its
policies. But that worked only so long as the issues were
notional: a better life for Malaysians in the years to
come. The students were required to do no more than to beat
the official drum, and be rewarded for it by invitations to
the UMNO General Assembly. Indeed, the embassies and high
commissions, despite the presence of student counsellors,
ignored the students. The students, in other words, live in a vaccuum in a
foreign country, generally ignored by the high commission or
embassy, and left to their own devices. Nature abhors a
vaccuum, and all it requires to attract them is to talk to
them regularly and help them with problems as they arise.
When Islamic proselytisation was at its height, many joined
student Islamic societies and challenged the Malaysian
government worldview of what they ought to do. The
government did not act swiftly and determinedly. Into this
breach, PAS stepped in and got their loyalty. The
government lost this confrontation. It reacted, as usual,
in bits and pieces: a few ministers would rush down to put
out the Islamic fire, make a few speeches dutifully reported
at length in the mainstream newspapers, and backs patted for
a job well done. Then came 2 September 1998. And students, even the
rabidly pro-government, wants answers. Why was the deputy
prime minister, one Anwar Ibrahim, sacked, detained under
the Internal Security, beaten to an inch of his life by the
Inspector-General of Police no less, jailed for 15 years on
questionable charges of corruption and s###my? No minister
could face them anymore, even if only to talk of the
weather. The students overseas, in a bloc, shifted away.
The Anwaristas had got to them, systematically and
regularly, that the government lost them yet again. It
still cannot. When the Prime Minister speaks to students
overseas, it is in controlled conditions, guests checked,
and those with questions told bluntly if they veer to the
critical. Dr Mahathir puts the cart before the horse. He assumes
the ambassadors and high commissioners can hit the ground
running. But do the diplomatic missions overseas have a
list of Malaysian students in their countries? It does not.
It has a list of government scholars, but of no one else.
And it is often not even up to date. Contrast that with
Singapore, for instance. They not only know who their
students, private and scholarship, but also of Malaysian
students who do well, and keep in close touch, offering jobs
and citizenship to those who would agree to settle on the
island. If the government wants to win this battle, key
student leaders must be properly briefed and asked to spread
the word. But it is probably too late for that. For it
must first energise the ambassadors and high commissioners
to start talking to them. They used to once. Not any more.
The rigours of diplomatic life is just too hectic -- what
with the constant round of diplomatic parties, golf games,
and rushing to the airport to receive visitors from home --
for them to take on this additional chore.
One Malaysian high commissioner was ticked off for not
turning up in the middle of the night at an airport 1,000
miles away to keep his minister company during a one-hour
stopover en route to London. Another ambassador was asked
to explain why he visited, without permission, a "foreign"
country 3,500 miles away -- the desk officer did not know
that it was within the territorial boundaries of the country
he represented and he did not need special permission to go
there. Wisma Putra over the years have lost its raison
d'etre, especially when it took the fatal decision more than
a decade ago to promote the Prime Minister and his views as
that of the land. Ambassadors were punished for not being
so supportive of his views, or even questioned or worse
challenged them. Ambassadors and high commissioners are kept on a tight
leash that most just give up the ghost and enjoy themselves.
Wisma Putra's response to events of the day, especially now
in the confrontation between the Prime Minister and his
nemesis, is to send them copies of the mainstream
newspapers. I have seen some of these reports, which
ambassadors and high commissioners show me when I call on
them in distant lands. That is those who would see me.
There are too frightened of what would happen to them if
they are seen with me and many who just ask me off their
premises. When this is the culture, with ambassadors and high
commissioners frightened of their own shadows, how could
Malaysian representation convince even their own students?
As the episode with Dato' Seri Anwar Ibrahim's medical
problems ensured, the government accepts no official action
but to question Dato' Seri Anwar's motives. How it
mishandled this, and other political issues which dominates
the Malaysian landscape since September 1998, is so patently
obvious that one cannot assume this latest directive would
work. The government will not put the issues before the
ambassadors and high commissioners as neutrally as it
should, but want them to go on to bat for the government in
a local political squabble. It is interesting also that this brief to engage the
students applies to those studying overseas. No one
attempts to engage them locally. Is there anyone in the
cabinet who could do that? I can think of no one, even with
battalions of armed policemen at hand to keep the peace, who
would dare to go to all Malaysian institutions of higher
learning and engage with them about Malaysian political
developments. Could the Prime Minister? The deputy prime
minister? The mentris besar? any UMNO leader? If they
cannot, how could the ambassadors and high commissioners?
If they dare not, would the ambassadors and high
commissioners? M.G.G. Pillai
|