Laman Webantu KM2A1: 4402 File Size: 8.3 Kb * |
TAG SP 96: Penghukuman Dua Mahkamah Tinggi Yang Berbeza By Spirit of Truth 7/5/2001 4:40 pm Mon |
TAG 096 [Ketua Hakim Negara perlu bertindak dalam dua kes yang sama
yang menghasilkan keputusan yang berbeda ini. Ia telah mencemarkan
institusi kehakiman yang memang telah lama disangsikan oleh rakyat
negara ini. Krisis ini seperti menguji di mana Ketua Hakim yang baru
itu sedang berpijak. Beliau perlu memilih antara keadilan ataupun
ketakutan. Kita meramalkan beliau akan berdiam diri.... demi jawatan
yang dipegang. Dari situ Mahathir akan tahu institusi kehakiman sudah
pun berada di dalam tangan - dan beliau boleh terus melakukan tangkapan
sehingga angka 98? FeU (Two High Court Judgments Vary In ISA Habeas Corpus)
Rakyat Malaysia menjadi gerun dan terkejut menyaksikan dua daripada
penghukuman yang paling bercanggahan diisytiharkan oleh dua orang hakim
mahkamah tinggi mengenai permohonan Habeas Corpus oleh mangsa yang terbabit.
Augustine Paul, hakim yang mula-mula mendengarkan permohonan Habeas Corpus
(tunjukkan tubuh-badan - penterjemah) oleh lima orang tahanan ISA, telah
menolak permohonan itu dengan tegas seperti yang dijanjikan. Beliau memberi
alasan dengan menyebut sebab-sebab keselamatan negara dan hak polis
menjalankan tugas mereka. Berbeza pula dengan keputusan haprak itu, seorang
lagi hakim mahkamah tinggi telah mendengar permohonan yang serupa mengenai
dua lagi tahanan ISA itu, dan memerintahkan agar dua orang mangsa ISA dibawa
untuk menghadirkan diri mereka di mahkamah.
Dua keputusan hakim yang ternyata datang dari dua khemah yang bertentangan,
telah mencetuskan krisis pengadilan, dengan mendedahkan kepada rakyat
marhaen betapa wujudnya sesuatu yang memang tidak betul dan munasabah dengan
salah seorang daripada dua hakim tersebut. Keputusan yang kontroversi ini
mendedahkan satu pengadilan yang berbelah-bagi kerana telah dirasuk pengaruh
kebajingan yang dikotak-katikkan oleh tangan eksekutif kerajaan. Hakim
Augustine Paul, yang terkenal dengan sikap 'tidak relevan' beliau dalam
perbicaraan Anwar yang penuh dengan tipu helah, ternyata sudah termakan budi
ketua eksekutif negara, sehinggakan tidak lagi mampu membuat sebarang
pilihan selain memuaskan kehendak tuan politiknya dan menolak permohonan
tahanan ISA. Ini memang sudah dijangkakan dan rakyat Malaysia yang biasa
dengan gelagat hakim yang sungguh korup dalam kes perbicaraan palsu Anwar
dulu, memang tidak pun terkejut apabila 'hakim mahkamah kangaroo' menyatakan
pendiriannya. Menyanggah pendirian ini ialah Hakim Hishamuddin. Beliau telah memberikan
arahan mahkamah agar polis mengemukakan dua tahanan yang menjadi mangsa ISA
itu ke muka pengadilan dalam beberapa hari yang mendatang. Penghukuman
begini memang amat diharapkan tetapi tidak berapa dijangkakan setelah
melihatkan bagaimana penghakiman telah diabadikan dan dijadikan mainan
nafsu-nafsi seorang eksekutif yang zalim. Apatah lagi selepas terjalinnya
episod 'blockbuster' perbicaraan Anwar. Dalam 'perbicaraan abad ini' rakyat
Malaysia telah disogokkan dengan jijiknya, bagaimana pengadilan telah
diaibkan sehingga melutut untuk menerima arahan seorang diktator yang kejam
dan menghukum seorang mangsa yang tidak berdosa dan tidak berupaya untuk
mempertahankan dirinya, Anwar Ibrahim.
Dua keputusan hakim yang bercanggahan ini terus mempunahkan jentera
kehakiman yang sudah pun busuk dan mereput, sambil menghayunkan satu libasan
yang amat dahsyat kepada kepimpinan Mahathir yang amat bangsat. Kini, si
bangsat ini sudah dikira sebagai manusia yang bertanggungjawab
mempunah-ranahkan system kehakiman Malaysia. Kecelaruan dan kerosakan kepada
jentera pengadilan telah mencemarkan susunan ketata-negaraan Malaysia,
menjadikannya rapuh dan lumpuh kepada tindak-tanduk dan nafsu-nafsi satu
barisan eksekutif yang tidak berwibawa di bawah pimpinan seorang penyangak
bernama Mahathir. Keputusan hakim yang berbeza ini memperakukan dengan amat jelas betapa
konspirasi mega yang dilakar oleh Mahathir (Mahathirian Conspiracy) telah
direncana dengan sifat yang begitu kejam untuk memfitnah dan mendakwa Anwar
Ibrahim. Sudah menjadi satu kenyataan yang jelas bahawa Anwar telah
dihumbankan keluar daripada arena politik oleh Mahathir yang dihantui
ketakutan yang amat sangat kerana dirundung kerisauan bahawa Anwar tidak
akan menjamin keselamatan diri dan juga ahli keluarganya. Peristiwa inilah
yang membogelkan banyak amalan penipuan dalam pentadbiran penghakiman oleh
Mahathir. Inilah yang terus memercikkan bara kejijikan yang menghakiskan
kewibawaannya, sehingga meruntun beliau ke kancah penghinaan yang akhirnya
akan terus membebani segala dosanya untuk jatuh melutut daripada puncak
kuasa. Terjemahan: SPAR-06-001 Rencana Asal: FeU http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_67.html
Two High Court Judgements Vary in ISA Habeas Corpus
Malaysians are awestruck and dumbfounded to witness one of
the most intriguing contradictory judgments meted out by
two high court judges on identical Habeas Corpus
applications by ISA victims. Augustine Paul, the first
judge to hear the first application of the five ISA
detainees, rejected the application outright, as expected,
citing national security reasons and the right of the
police to do so. Contrary to this, the high court judge who
heard another similar application for two other ISA
detainees , ordered the two victims to be brought to
court. These two, surprisingly diametrically opposite rulings,
has triggered another judiciary crisis, revealing to the
general public that something is seriously not right with
either one of the judges.This controversial rulings exposes
a divided judiciary, infiltrated maliciously by the
executive arm of the government Judge Agustine Paul,
notorious for his "irrelevance" in the badly flawed Anwar
trial, obviously beholden to the executive, had no choice
but to please his political master and reject the ISA
detainess application. This was expected and Malaysians
having seen the antics of this corrupted judge in the faked
Anwar Trial, were not at all surprised when this "kangaroo
judge" made his stand. Opposing this was the judge Hishamuddin's verdict, who
ordered the police to present the two ISA victims in court
in the next few days. This judgment was hoped for but the
least expected after having seen how the judiciary was
enslaved and subjugated by a cruel executive, especially
after the infamous "blockbuster"Anwar trial. In this trial
of the century, Malaysian watched with aghast, how the
judiciary was beaten to its knees to obey a ruthless
dictatorship, and convict an innocent and defenseless
victim, Anwar Ibrahim. These two opposing rulings further devastates the
already rotten judiciary, striking a heavy blow to the
hated leadership of Mahathir, who is now being perceived as
the person largely instrumental in the wrecking of the
Malaysian judiciary.The havoc and damage to the judiciary
has tarnished the polity of Malaysia, rendering it effete
and vulnerable to the whims and fancy of an irresponsible
executive, led by the wicked Mahathir.
These divergent rulings has also further confirmed the
well believed Mahathirian conspiracy which was mercilessly
used to slander and persecute Anwar Ibrahim. As such it has
now become an established fact that Anwar was illegally
thrown out of politics by a fear stricken Mahathir, who
believed Anwar would not have guaranteed his and his
family's safety. These events that has disclosed the
fraudulent administration of justice by Mahathir, adds fuel
and impetus to his eroding credibility, which has dragged
him into a hopeless situation, eventually causing his final
infamous sin ridden downfall from power.
|