Laman Webantu KM2A1: 4403 File Size: 15.5 Kb * |
TAG SP 97: Kemusnahan BBGS - Kuala Lumpur By Farish Noor 7/5/2001 5:53 pm Mon |
TAG 097 [Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang begitu berjasa
dan bernostalgia itu bakal padam bukan sahaja namanya malah
semua bangunannya bersekali. Ia menjadi mangsa pembangunan
wawasan Mahathir yang tidak tahu menghargai sejarah silam yang
telah membentuk sebahagian penduduk negara ini dengan begitu
cemerlang. Padahal masih ada bersepah tanah yang boleh
dibangunkan tanpa perlu memusnahkan satu identiti nilai Asian.
Memang anih Mahathir menyelar Barat ingin memusnahkan nilai
Asian tetapi beliau sendiri mengizinkan ia dimusnahkan. Malah
menara KLCC lebih bersifat Morokan, Masjid Putrajaya lebih kepada
Isfahan dan Mahligai berciri Taj Mahal. Ramai tidak tahu Taj Mahal
dibina dari batu marmar putih yang paling mahal dan tahan calar.
Ciri-ciri seperti ini juga muncul di Putrajaya - khususnya di mahligai
yang dikatakan cuma beberapa juta. Batu marmarnya sahaja sudah
entah berapa juta - itupun belum dikira lagi ukirannya. Itu semua
bukannya percuma - sebab itulah rakyat tidak dibenarkan untuk melihat
semua yang tersembunyi di dalamnya kerana kos sebenar memang ratusan juta.
- Editor] (The destruction of BBGS Kuala Lumpur)
Oleh: Farish Noor Sejarah, sekali dibiarkan pergi, tidak akan datang kembali
Malaysia adalah serupa dengan negara membangun lainnya dalam cara jalinan
hubungan dengan sejarah silam yang sungguh kelam. Sebagai sebuah negara
membangun kita memang berusaha sedaya upaya melakar wibawa menonjolkan gaya
di arena antarabangsa. Memang banyak dekadnya kalau bukan abadnya betapa
perjuangan kita kecundang disebabkan pelbagai rintangan yang menghalang.
Dalam usaha kita menyingkirkan perangai hodoh orang lain semakin banyak
negara maju yang cuba meyakinkan kita bahawa cara mereka adalah kaedah
jempolan yang layak ditiru. Sikap berat sebelah para orientalis yang
menghuni ruang sejagat meminggirkan kita kepada tepian sejarah dunia, dan
segala pencapaian warisan bangsa kerap sangat dihumban kepada nota kaki
sejarah sahaja. Dalam banyak hal, kita telah menyaksikan bagaimana kewujudan kepincangan ini
telah mengasak negara membangun ke satu penjuru. Kita mundur ke satu ruang
sempit pemikiran parokialisme, keistimewaan pribumi dan ketuanan budaya
politik - semua itu adalah usaha untuk meyakinkan betapa kita juga mempunyai
sejarah bangsa yang boleh dibangga. Dalam beberapa hal pengimbauan minda ke
zaman silam boleh melahirkan mantera yang luarbiasa malahan juga pemikiran
yang memualkan tentang apa yang dianggap sebagai rupa bentuk sejarah Asian
yang tulen. Sama ada disukai ataupun tidak, ada satu perkara yang tidak dapat kita
nafikan ialah kepelbagaian sejarah kita. Sejarah kita yang paling baru
sememangnya diulit kisah purba penjajahan dan hubungan kita dengan negara
barat. Pertembungan ini memang mencetuskan kesan yang amat menarik kisahnya.
Penjajahan membawa bersama pembangunan yang boleh dipersoalkan, namun ia
turut membawa juga banyak perubahan yang ternyata kebaikannya.
Kaedah pendidikan rakyat yang moden yang diperkenalkan dulu adalah salah
satu perubahan yang datang melanda. Kita tidak boleh menafikan kaedah
penyebaran pendidikan secara terbuka, meluas dan percuma adalah salah satu
kesan yang terbaik dan mampat dalam pertembungan antara Timur dengan Barat.
Inilah yang mendorong kepada terbinanya beberapa institusi pendidikan -
termasuk sekolah seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Latihan
(Perguruan) Sultan Idris (SITC), St. John's Institution, Victoria
Institution, Sekolah Convent Bukit Nanas dan Sekolah Perempuan Bukit Bintang
(BBGS). Yang ironinya, institusi pelajaran ini kekal sehingga kini sebagai
satu ingatan bukan semua yang dijalin dengan Barat tidak semestinya berkisar
dengan yang negatif belaka. Malahan, dengan terbinanya beberapa maktab dan
institusi pendidikan dengan tajaan Eropah itu, telah mempergiatkan aktiviti
reformasi di kalangan pemikir Melayu-Islam seperti Syed Sheikh al-Hadi,
hingga mengiurkan semangat mereka untuk membina banyak lagi madrasah
berbentuk moden (contohnya Madrasah al-Hadi di Melaka dan Madrasah al
Mansoor di Pulau Pinang yang akhirnya dimusnahkan) juga.
Kerana itu, apabila tersebarnya berita tapak lama Sekolah Perempuan Bukit
Bintang (BBGS) akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembangunan
komersial, ia mencuit satu perasaan kehilangan dan kepiluan kepada mereka
yang prihatin tentang mengekalkan apa juga tangkal azimat yang menjalinkan
kita kepada sejarah silam. BBGS telah diasaskan pada 1893 oleh pengembang agama Kristian di
Brickfields. Tapak itu berpindah ke Bukit Bintang Road di tapak yang ada
sekarang pada 1930. Berbeza dengan maktab elit yang dibina untuk anak-anak
lelaki (dan tidak untuk golongan puteri-puteri) kepada raja-raja dan sultan,
BBGS adalah untuk mendidik anak-anak golongan miskin dan juga kaya. Motto
sekolah itu ialah: 'Nisi Dominus Frustra' - (Without God, All In Vain
ataupun boleh diMelayukan sebagai Tanpa Tuhan Yang Esa Semuanya Tidak
Terlaksana. (Kalau mahu lebih berkesan lagi bolehlah disebut, 'Kepada Allah,
Kita Berserah. - penterjemah)' Selama satu abad, BBGS telah memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
warga wanita di Malaysia. Sekolah itu dibina ketika penduduk Malaya ketika
itu amat liat membenarkan anak-anak perempuan mereka belajar di sekolah
(kerana takutkan mereka menjadi terdidik, dalam banyak hal). Inilah
sekolahnya yang memberikan peluang kepada gadis-gadis muda untuk dididik dan
layak melangkahkan kaki memasuki ambang kehidupan masyarakat yang moden.
Inilah peluang yang amat jarang dapat disediakan. Apa pun anggapan kita
terhadap budaya politik penjajah ketika itu, tidaklah boleh dinafikan betapa
kumpulan manusia yang mengasaskan sekolah itu dulu berjaya menyumbang secara
positif dan berkekalan kepada sejarah pembangunan negara kita ini.
Adalah satu ironi untuk merakamkan sumbangan mereka kepada pembangunan
Malaysia dengan penghargaan berbentuk begini: Sekolah itu akan dirobohkan,
untuk memberi laluan kepada 'pembangunan' (sedangkan rantau ini hampir lemas
kebanjiran pembangunan ruang niaga yang berlebihan). Para pelajar BBGS kini
sudah pun dipindahkan ke satu bangunan sekolah yang baru, yang khabarnya,
mempunyai status sekolah pintar di Cheras dan dijangka akan mempengaruhi
sekolah-sekolah persekitarannya. Nama terbaru kepada sekolah yang baru dan
lebih besar itu ialah Seri Bintang. Bukan sahaja BBGS akan dirobohkan secara
fizikalnya, namanya pun akan pupus untuk ditelan mewarnai sejarah Malaysia.
Tidak ada pembangunan untuk masa depan yang mampu menggantikan kehilangan
cebisan sejarah silam. BBGS, MCKK, SITC, VI,, St. John's - semua ini adalah
nama-nama keramat yang dipahat dalam khazanah ingatan rakyat Malaysia. (Saya
pun pernah dididik di St.John's). Sebarang usaha untuk mengalihkan ataupun
memusnahkan bangunan-bangunan itu sebagai laluan kepada apa yang akan
disebutkan di masa hadapan tidak akan mampu dijadikan rupa pampasan dan
gantirugi kepada trauma dan tekanan betapa lenyapnya cebisan sejarah silam.
Seandainya pembangunan ini diteruskan (dan besar kemungkinan ia akan
diusahakan begitu) bererti kita sudah pun diperlekehkan dengan satu hanyunan
yang sungguh kejam terhadap usaha kita menyimpan dan mengekalkan cebisan
sejarah silam kita. Mungkin juga akhirnya nanti, semua sekolah yang gah
sejarah silamnya ini (MCKK,VI, St. John's) akan terhumban ke tepian bingkai
sejarah silam, juga. Di tengah-tengah kelompongan yang diwujudkan hasil
ketiadaannya itu, kita telah membina banyak tugu dan pelbagai rupa bentuk
bangunan batu yang tidak punya wajah dan rupa yang bermakna selain daripada
sebagai simbol ketaksuban kepada agama baru yang bergelar Kapitalisme
sebagai penggantinya. Alangkah sedihnya menyaksikan sebuah negara seperti
Malaysia yang berterusan menonjolkan dirinya sebagai kawah yang menghasilkan
kecamukan budaya dan sejarah kepelbagaian kaumnya - terpaksa menyimpang
peradabannya menyembah bumi persis satu pinggiran bandar yang homogen di
Long Angeles yang penuh dengan ruang niaga dan gerai beli-belah sahaja.
Ada satu lagu kebanggaan BBGS yang tidak lama lagi akan mewarnai sejarah dan
luput daripada ingatan, yang pernah melaungkan satu semangat menegakkan
nilai hidup yang berkemungkinan satu hari nanti akan luput juga. Sudah tentu
kehilangan ini akan sama dirasakan oleh seluruh rakyat Malaysia juga.
Didiklah kami memahami kehijauan usia Terjemahan: SPAR-07-002 Rencana Asal: History, Once lost, Cannot Be Regained.
By Farish A Noor. Malaysia, like all developing countries, has an ambiguous
relationship with its past. We are a developing nation that
is desperately trying to carve a niche of its own in the
international arena. Decades (if not centuries) of struggle
have brought up before obstacles of all sorts. In our
efforts to industrialise and modernise our economies we are
often thwarted by the nefarious wrongdoings of other, more
developed countries that continue to insist that theirs is
the only model to be emulated. The orientalist biases that
remain in the global arena relegate us to the margins of
world history, and our historical achievements are often
consigned to the footnotes of history.
In many cases we see how these inherent inequalities have
pushed developing countries to the corner. We retreat back
into forms of parochialism, native essentialism and the
politics of authenticity- all in the attempt to show that we
too have a history to be proud of. In some instances these
flights into the past can conjure up weird and even
repugnant notions of what a purely authentic asian past may
be like. But like it or not, one thing we cannot afford to do is to
deny the complexities of our past. Our recent history in
invariably bound up with the history of colonialism and
contact with the West. This encounter has had mixed and
interesting results. Colonialism brought along with it many
questionable developements, but it also brought with it many
positive changes. The introduction of modern public education happens to be
one of them, and we cannot deny that the spread of open,
free and public education was one of the better results of
the encounter between East and West. This led to the
creation of a number of institutions of learning- Including
schools like the Malay College of Kuala Kangsar (MCKK), the
Sultan Idris Training College (SITC), St. Johns Institution,
Victoria Institution, the Convent School of Bukit Nanas and
the Bukit Bintang Girls School (BBGS). Ironically these
institutions remain with us as a reminder of the fact that
the encounter with the West was not always a negative thing.
The fact that the Europeans had built such colleges and
institutions spurred on the reform activities of a number of
Malay-Muslim thinkers like Syed Sheikh al-Hadi, prompting
them to build a number of modernist-reformist madrasahs
(like the Madrasah al-Hadi in Melaka and the Madrasah
al-Mashoor in the Penang that was later destroyed) as well.
So the news that the Bukit Bintang Girls School (BBGS) is
about to be destroyed for the sake of commercial development
can only arouse a sense of loss and sadness for those of us
who are concerned about preserving out precious links to the
past. BBGS was founded in 1893 by European missionaries in
Brickfields. It was later moved to Bukit Bintang Road where
it is presently located in 1930. Unlike the elite colleges
that were built for the sons (and never the daughters) of
the Rajas and Sultans, the BBGS was meant for the daughters
of the poor as well as the rich. The school's motto was
'Nisi Dominus Frustra' - Without God, All is in vain.
The BBGS played a crucial role in the education of young
women in Malaysia for nearly a century. Built at a time when
Malaysians were reluctant to send their daughters to school
(for fear that they might be educated, of all things), it
provided one of the very few opportunities for young women
to be educated and thus enter the space of modern civil
society. It provided opportunities at a time when they were
few and far between. And whatever we think or say about the
politics of colonialism then, it cannot be denied that the
school's founders had managed to make a positive and lasting
contribution to the development of this country of ours.
It is therefore ironic to note that their contribution to
Malaysia's development has been rewarded with this: The
school is now to be torn down for the sake of 'development'
(at a time when the entire region is drowning in a tide of
over-development in commercial infrastructure). Students of
BBGS have now been relocated to a new school building,
purportedly a smart school in Cheras which is intended to
encompass other schools. The name of the new larger school
is Seri Bintang. So not only is BBGS being demolished
physically, even its name is being erased from the annals of
Malaysian history. But no development in the future can ever compensate for the
lost of the past. BBGS, MCKK, SITC, VI, St. Johns- these are
names that have been etched in the collective memory of
generations of Malaysians. (I myself was educated at St.
Johns). Any attempt to remove or destroy these buildings for
the sake of what may come in the future cannot possibly
compensate for the trauma of loss of the past.
Should this development go ahead (and most likely it will),
we would have dealt another blow to the effort to preserve
the history of this country. Perhaps in time all these
schools (MCKK, VI, St. Johns) will be relegated to the
backwaters of the past as well. But in the void left by
their absence, we have built only new and featureless
tabernacles dedicated to the new religion, Capitalism,
instead. How sad it is to see a country like Malaysia- which
continues to present itself as a wellspring of heterox
cultures and histories- reducing itself to a mere subhurb of
Los Angeles with its homogenous malls and shopping centres
instead. The school song of BBGS, which soon will pass into memory,
echoes the values of an age which may one day become
extinct. And that can only be a loss for all of us
Malaysians: BBGS, we pledge to thee, Teach us to bear the yoke in youth,
|