Laman Webantu KM2A1: 4407 File Size: 15.8 Kb * |
TJ SP MGG: KLIA Yang Kurang Berfungsi By M.G.G. Pillai 7/5/2001 10:15 pm Mon |
MGG 1061 [Semakin hari KLIA semakin memalukan kita di sisi dunia kerana
terlalu pendek aqal merencananya. Tanpa perkhidmatan sokongan yang
cekap dan kos yang berpatutan tiada sesiapa pun akan sudi untuk
menjengah projek gila di dalam hutan ini sehingga lima syarikat
penerbangan gergasi dunia pun sudah lari. Ini kerana bukan kehebatan
yang dicari tetapi kemudahan serba serbi yang mencuit hati kerana
dekat, senang dan murah didapati. KLIA sudah gagal untuk berfungsi
untuk manusia tetapi sekadar untuk kapal terbang sahaja sedangkan
manusia lebih ramai dan lebih menyumbang banyak wang dari kapalterbang
yang muncul sekali sekala itu. Masalah KLIA tidak akan selesai selagi semua projek difaraidkan kepada
kroni kerana keuntungan diri melebihi kepentingan negara ini. Contohnya,
nampak sangat seperti ada konspirasi di mana perkhidmatan bas sukar
dilihat (kerana sengaja disembunyi) tetapi teksi di depan pintu keluar
sudahpun menanti. Penumpang sahaja tidak cukup untuk menghidupkan
kedai-kedai di sini kerana kebanyakkan yang membeli itu bukannya mereka
yang mahu terbang untuk pergi. Sebab itulah kedai makan pun boleh
lingkup di sini. Sebenarnya semua kesilapannya bermula dari awal-awal
lagi sehingga sudah sukar untuk dinyahkan pergi.
Banyak krisis semakin menghempap menteri kaum Cina yang dilantik oleh
Mahathir akhir-akhir ini. Leong Sik dengan KLIA - makin banyak syarikat
lari. Fong berdepan dengan kemelut piket MTUC dan pembuangan pekerja
industri - hanya satu dari enam isu MTUC selesai dan 2,000 pekerja
terbuang/seminggu. Kheng Yaik pula dengan masalah minyak kelapa sawit -
sehingga ber'barter trade' kerana gagal mempromosi dan masalah harga
sawit yang menyebabkan anak Peneroka FELDA berhenti bersekolah.
Chua masih sakit kepala dengan penyakit JE, HFMD, dan Anwar. Apa yang
menakutkan kita ialah banyak kes yang ditangani oleh Chua menyebabkan
bukan sahaja binatang mati tetapi manusia pun mati!!!.
- Editor] (The Dysfunctuional KLIA) Kalau kita buat perbandingan antara lapangan terbang di rantau ini dengan
menggunakan kayu pengukur yang menjurus kepada kemudahan para pelancong dan
pengguna, KLIA akan berada di tempat paling corot pilihan kita. Lapangan
terbang ini sudah lama siap dibina tetapi tiga tahun sudahpun berlalu,
hubungan keretapi masih belum siap lagi. Lapangan terbang ini sukar dilawati
kerana berada di pinggir hutan, melainkan cara mendekatinya dapat
dipermudahkan. Pusat tempahan-masuk di bandaraya masih belum tersedia,
seperti juga hubungan tren projek itu masih tergendala. Kemudahan hotel yang
berpada harganya langsung tidak wujud di lapangan terbang itu. Kos
pengangkutan untuk pergi ke sana memeritkan poket, melinangkan airmata.
Pelancong yang baru sampai selalu terkapai-kapai, mencari maklumat yang
hampir tidak ada untuk memudahkan mereka menyedari bumi nyata Malaysia.
Kompleks yang penuh ukiran dan arca itu, semakin mereput seperti yang
disebut oleh mereka yang pernah mendarat di situ. Sudah menjadi dasar rasmi
memaksa setiap pengembara menggunakan khidmat limosin yang mahal harganya,
sedangkan arah ke stesen bas sengaja dikelirukan untuk mencetuskan perasaan
malas dan letih untuk berjalan.
Lima syarikat penerbangan antarabangsa sudah pun menamatkan perkhidmatan
mereka. Banyak lagi yang akan mengekori mereka. Kementerian pengangkutan,
seperti lazimnya, menonjolkan suasana keceriaan di sebalik setiap kekalutan,
masih tidak tersentuh perasaannya dengan keadaan yang semakin mengaibkan. Ia
cuba memaksa syarikat yang mengundurkan diri itu untuk rojok semula dengan
sogokan pelbagai imbuhan. Tidak ada satupun insentif itu mengambil kira
masalah keluar-masuk pusat bandar dengan cepat dan selesa. Halangan utama
yang menyekat seseorang keluar daripada lapangan terbang itu adalah terlalu
mahal dan terlalu memakan masa. Seseorang yang tiba lewat dan kelaparan,
seperti yang dialami oleh seorang kawan, akan teraba-raba mencari tempat
untuk makan kerana tempat semacam itu memang tidak kelihatan. Balairong
santapan (food court) yang menjanjikan satu senarai hidangan yang
menyelerakan dan memalukan airliur basi, sudah ketiadaan senarai hidangannya
kerana pengurusnya sudah lama cabut lari. Berlegar-legar mencari arah memang
satu pengalaman juga. Kos sewaan ruang makan di situ begitu tinggi harganya,
sehinggakan restoran ternama yang pernah membuka gerai makan di situ sudah
lama menuutup pintu. Seandainya anda tiba dari dalam negara ataupun Singapura, masa untuk menanti
ketibaan bagasi anda adalah lebih lama daripada tempoh penerbangannya. Lagi
lama pula perjalanan anda untuk sampai di rumah. Semakin ramai orang yang
menaikki teksi ataupun keretapi untuk pergi ke Johor ataupun Pulau Pinang
kerana tempoh penerbangan yang sungguh lama kalau dibuat perbandingannya.
Pengagih bagasi (carousels) yang sungguh canggih bikinannya, jarang sangat
berfungsi seperti sepatutnya menyababkan bagasi diletakkan di alat pengagih
yang jauh-jauh lokasinya. Semua ini adalah himpunan kekecewaan yang
menghampakan pelancong yang muncul di KLIA.
Syarikat Malaysian Airport Berhad beranggapan bahawa sebaik sahaja lapangan
terbang itu berfungsi seluruh dunia adalah tawanannya. Keangkuhannya itu
sungguh menakjubkan. Khidmat limosin telah difaraidkan kepada seorang kroni,
yang menjanjikan secara ugut-mengugut keunggulan system GPS yang dikatakan
canggih-manggih yang mampu memantau teksinya kepada satu ruang laluan yang
paling pantas untuk diikutinya. Kini, tidak ada lagi contoh GPS itu, kerana
ia tidak dibenarkan berfungsi kerana mengganggu alat elektronik KLIA yang
sungguh sofistiket*. Satu tudung saji plastik yang dulu tertenggek di
bumbung teksi sudah pun dikopek dan tidak berguna lagi**. Khidmat teksi
semakin menggila memberikan keuntungan yang menggila juga. Yang paling cekap
berfungsi ialah 'ulat-bulu' di situ yang begitu pintar menjodohkan seorang
pengembara dengan teksi yang diperlukannya, dalam masa lima minit selepas
seseorang melepasi pemeriksaan imigeresen dan kastam. 'Ulat' ini cukup
berpengalaman menentukan sesiapa yang tertunggu-tunggu limosin rasmi
dilencongkan dengan segera kepada teksi yang lain. Begitulah cekapnya
penyangak perkhidmatan teksi ini kerana kemampuannya menyediakan fulus yang
kena harganya ke tangan yang sedia menampungnya.
Kita pernah diberitahu mengenai Tren ERL (Hubungan Rel Ekspres) yang
dijanjikan siap dalam setahun selepas permulaan bikinannya. Harga tambang
ialah RM35 satu hala yang dikatakan lebih murah daripada tambang teksi.
Sesiapa yang menaikki keretapi daripada KL ke JB dan Singapura akan
dikenakan harga yang sama, dan tiba tanpa sebarang kerumitan dan gangguan.
Pembikinan Rel Ekpres itu tergendala kerana rakan niaga usahasama projek itu
masih bertelagah dan keliru siapa yang membikin apa dulu. Apabila seorang
'Klon' turut serta pertelagahan itupun reda, tetapi projek itu masih
tergendala. Dato' Seri Ling Liong Sik boleh menjanjikan bulan jatuh ke riba untuk
menarik pelancong dan perkhidmatan penerbangan datang ke KLIA. Tidak ada
sesiapa yang mahu mempercayainya. Sesuatu lapangan terbang hanya akan
berguna kalau ada sistem keluar masuk yang cepat dan selesa. Satu ketika
dulu Lapangan terbang Don Muang di Bangkok memang berkeadaan kelam-kabut.
Kini semuanya sudah dibereskan membuatkan lapangan terbang itu menyenangkan.
Demikianlah takrifannya walaupun lapangan terbang itu sesuatu yang
menakutkan ketika mendarat. KLIA kini diberikan status gajah putih. Ia
tersembul di tengah kelompongan. Syarikat penerbangan terpaksa menyediakan
pengangkutan kepada penumpangnya kalau mahu bersaing untuk berniaga. Kaedah
ini telah ditegah dan ada pihak yang kena sanggah. Khidmat limosin yang
canggih itu mesti digunakan, kata mereka. Lima syarikat teksi yang bersekutu
di situ sudahpun cabut menutup buku. Pegawai KLIA masih belum sedar lagi
kalau syarikat penerbangan mahu terus memancing pelanggan, syarikat itu
mesti memberikan layanan yang tidak lagi mampu diberikan oleh majlis
penerbangan. Lebih banyak lagi syarikat yang akan undur. Apabila pengunduran
mereka itu ditelan sejarah, adalah amat sukar memujuk mereka untuk berpatah
arah. Saya memang tidak berani memandu kereta untuk menyambut kawan-kawan. Papan
tanda yang ada terlalu mengelirukan sehingga memesongkan arah hala yang anda
tujui. Kalau ada ahli keluarga kami yang pergi ke lapangan terbang
menghantar saudara mara, kami akan berbelanja antara RM200 hingga RM300
hanya untuk tambang kenderaan. Untuk menaikki bas anda perlu bersabar
mencari jalan menghala ke perhentian bas itu. Dengan kata mudah KLIA adalah
satu contoh bagaimana lapangan terbang itu direncana dan diuruskan oleh
birokrat. Selagi itulah cara pengurusannya selagi itulah gelaran gajah putih
akan menyelimuti namanya. Tetapi, adakah sebarang usaha untuk mencari apa
penyakitnya dan bagaimana mahu memperbaikinya? Memang ada, tetapi oleh
kumpulan yang sama yang telah menjahanamkannya. Lebih banyak musibah yang
akan datang melanda. MGG Pillai Catatan Penterjemah: Cerita sistem bertudung saji yang menganggu fungsi elektronik lapangan
terbang itu adalah satu putarbelit kepada kisah sebenar. Sistem yang
digunakan itu adalah satu prototaip yang memang banyak taik hidungnya.
Lagipun ia digunakan sebagai alasan untuk menonjolkan kecanggihan projek
kroni Pemuda UMNO dan menaikkan wang deposit untuk calon yang berminat
memberikan khidmat teksi, untuk kepentingan kroni yang hanya goyang kaki.
** Eloklah dicadangkan agar salah satu tudung saji plastik itu dihadiahkan
sebaga cenderahati kepada Perdana Meneri.
Rencana Asal: The Dysfunctional KLIA When you compare with airports in the region, one that is
the worst, using the yardstick of convenience to the
traveller, is Malaysia's KLIA. The airport was built, but
not the promised rail connexion, which three years later, is
still not ready. The airport is in an area difficult to get
to, which is fine if how to get there was convenient. A
city check-in point is, like the rail-link, way behind
schedule. There are no convenient hotels nearby, and
transport to those there costs an arm and a leg.
Travellers are left to their own devices once they land,
with no help or helpful signs to get him off the ground.
The cavernous complex, for that is what it is, begins to
fall apart as word gets around of the pitfalls of those who
land there. An official policy is to force the traveller
towards the official limousine service, and those who want
to go by bus would find it extremely inconvenient to get to
the stand. Five international airlines have closed down their
services. More would follow. The transport ministry, as
usual looking for the bright side especially when there is
none, is unfazed. It tries to force airlines back in by
offering incentives. But none of these incentives include
how to get to the centre of town as quickly and
expeditiously as possible. The obstacle course one has to
run to get out of the airport is not only expensive but
often invites a long wait. If you arrive late and hungry,
as happened to a friend recently, no food is available.
The food court, which promised an array of dishes that would
water the mouth of gourmets, is listless and largely empty.
Finding your way around is a disaster. The rental on the
food court is so high that reputable restaurants which had
opened stalls there quickly closed them down.
If you come in from within the country or Singapore, it
takes longer to retrieve your baggage than to fly in. And
longer to get to your home. Indeed, many just hop on a taxi
or train to get to Penang or Johore, for it takes as long to
fly. The state-of-the-art baggage carousels do not often
function as it should, or baggage is collected at remote
carousels. All this adds to the frustrations travellers
face when coming into KLIA. The Malaysian Airports Berhad believed that one the
airport is operational, the world is its oyster. Its
arrogance is unbelievable. The taxi system was farmed out
to a crony, and threats and promises of the state-of-the-art
GPS systems which could direct a taxi to where is needed at
the quickest possible time. But there is no sign of the GPS
now; it cannot be used because it interferes with KLIA's
sophistacated electronics. The ugly plastic dome each of
the official taxis had to be wear is now dismantled.
Service is atrocious, and taxis do a roaring business. The
most efficient in the airport now is the tout, who marries
travellers and taxis so efficiently that one is in a taxi
within five minutes of clearing immigration and customs. He
also sees to it that those queing in vain for the official
limousine service are quickly diverted. This works because
he palms his way out with the right dollop of cash into the
right hands. We are now told of this ERL train that would be ready
in a year. The cost is RM35 one-way, cheaper, we are told,
than the taxi fare. But to anyone wanting to go to Johore
Bahru or Singapore, that is what it would cost him if he
travelled by train. And reach without hassles or
aggravation. The construction of the ERL is delayed because
the partners could not agree who should build what. With a
Sibling's intercession, it is all settled. But the train is
still not ready. Dato' Seri Ling Liong Sik can promise the earth to
attract the traveller and airline to KLIA. No one believes
him. An airport is useful only if there is a quick and easy
way out of it. Bangkok's Don Maung airport often is a mess,
but once one clears it, one is on its way in minutes. This
is so even in airports one shudders of landing in. The KLIA
has become a white elephant. It is stuck in the middle of
nowhere. Airlines find they have to pick up their
passengers if they want business. This was resented, and
some were warned off. The excellent limousine service
should be used, they said. Five of them moved out. The
KLIA chaps do not realise that if airlines want to retain
their passengers, they must provide what the system does
not. More would opt out. And it would be difficult when
all is in place to ask them to come back.
I would not dare to drive to KLIA to pick up friends.
The road signs are so horrendously inadequate or missing
that if you follow them, your would not arrive at your
destination. If a family of our go to the airport to see
off a relative, it would set it back, by public transport,
between RM200 and RM300. If you travel by bus, finding your
way to the terminals is an obstacle course. KLIA in short
is a perfect example of an airport conceived and run by
bureaucrats. So long as it remains that way, it would be a
white elephant. But is there an attemt to find out what is
wrong and how could it be turned around? Yes there is, but
by the same group that has mishandled it. The worst is yet
to come. M.G.G. Pillai
|