Laman Webantu   KM2A1: 4411 File Size: 11.3 Kb *



TAG SP 100: B1 Keemasan Masa Yang Hilang
By Ram

8/5/2001 9:47 am Tue

TAG 100 B1/B3

[Negara kita mempunyai banyak kekayaan tetapi ia telah dikorek melalui beberapa permainan dibursa melalui pihak ketiga. Renong yang sarat berhutang itu memindahkan bebannya kepada UEM dengan harga yang tidak sepadan tetapi ditelan dengan bulat hati walaupun mendapat bantahan pemegang saham minoriti. Ia bagai membunuh diri sendiri agar si buah hati tidak mati - padahal buah hati itu langsung tidak ambil perduli apa mahu jadi dengan kekasih setianya ini. Sampai kini janjinya itu tidak ditepati dan asyik tertangguh acap kali kerana ia memang tidak ada bakat menjaga diri sendiri sejak dulu lagi.

Akibatnya kekasih tadi sudah tidak bermaya lagi sehingga terpaksa mengemis sedeqah di pintu tol setiap hari. Malah tempoh meminta itu diperpanjangkan lagi oleh kerajaan kerana terlalu banyak hutang yang bergantung di kaki. Siapakah yang membayar semua ini jika tidak kita rakyat yang bermandikan peluh mencari rezeki setiap hari.

Kini simpanan hari tua kita pula di KWAP dan KWSP telah dikorek terang-terang di siang hari tetapi kita masih lagi berdiam diri. Siapakah yang amat dungu di sini jika tidak kita sendiri? Tunjukkan kejantanan kita dengan menyertai piket MTUC jika tidak hiduplah dengan tol jika itu pilihan yang lebih bistari. Usah diharap kepada parlimen kerana ia sudah gagal berfungsi kerana speaker dengan mudah boleh menutup suis sesuka hati kununnya untuk menjaga keselamatan dalam negeri. Padahal - keselamatan Mahathir dan kronilah yang dijaga selama ini. Dengan berdiam diri kita bukan hanya akan membunuh diri sendiri - malah membunuh berjuta-juta lagi hidup generasi yang akan datang nanti.
.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-07-001-1


Keemasan Masa Yang Hilang Bahagian Pertama

(The Cost of Time to the Nation)


Oleh: Ram Aliran


Kalau diambil kira latar-belakang penyenaraian TimedotCom, adalah tidak sukar memahami kenapa agensi-agensi kerajaan amat gemar menggunakan wang rakyat marhaen untuk urusan penyenaraiannya. Apabila syarikat semacam itu mendapat restu disenaraikan, ia memberikan gambaran betapa mudahnya dana rakyat marhaen dihamburkan untuk menyangga kumpulan-kumpulan niaga yang sepatutnya dibiarkan lingkup kemuflisan beberapa tahun yang lalu. Yang lebih penting lagi, pasaran saham negara dibiarkan menjadi mangsa putar-belit yang sudah tentu menjelekkan pelabur tempatan dan juga luar negara, lantas mencemarkan kewibawaan satu alat penting dalam usaha menaikkan wibawa kewangan negara.

Penyalah-taburan sumber yang beragenda apabila dilaksanakan secara senyap-senyap sudah tentu akan menghalang pertumbuhan ekonomi negara menjadi mantap. Apakah tidak mungkin gelagat ini akan menjerat Malaysia sehingga menjadi sebuah negara contoh di mana dasar negara sengaja diputar-putar untuk menyelamatkan segelintir manusia sehingga tergadainya keupayaan membangunkan satu sistem ekonomi yang mapan dan mampat, layak bersaing secara global? Apakah kekayaan negara akan terus disauk secara beragenda untuk kemudahan hanya segelintir manusia sehingga menafikan hak rakyat jelata?

Rekod Kerjaya Kumpulan Renong Yang Haprak

Hanya pada November yang lalu, syarikat induk TimedotCom, Renong menjalin satu perjanjian kontroversi dengan sekutunya, UEM. Renong bercadang menyuntik semua asetnya dan memindahkan semua tanggungannya (liability ataupun hutang) kepada UEM, dengan nilai asset itu mencecah RM6.7 juta.

Bagaimanakah nilai aset itu mencecah RM6.7 juta masih samar ceritanya. Beberapa penganalis pasaran menganggarkan sekurang-kurangnya 30% lebih tinggi daripada nilai sepatutnya mengikut nilaian pasaran terbuka. Perjanjian semacam itu sememangnya satu transaksi yang besar rupanya. Ia bersamaan dengan jumlah nilai pasaran UEM yang sudah tentu lebih tinggi nilai pasarannya daripada nilai Renong. Kesannya memang telah diduga apabila harga saham Renong dan UEM di pasaran terbuka menjunam sehingga separuh harga biasa pada beberapa minggu berikutnya.

Ekoran peristiwa ini, pada Disember 2000, UEM telah sekali lagi mengecewakan para pelaburnya. Syarikat ini mempunyai satu 'put option' yang perlu dilaksanakannya. Bermakna satu pilihan untuk melaksanakan satu transaksi ke atas 30% saham Renong yang boleh dijual kepada Timbalan Pengerusi, Tan Sri Halim Saad selewat-lewatnya pada Februari 2001. Nilai 'option' itu adalah sebanyak RM3.2 bilion ataupun pada kadar RM4.30 sesaham Renong yang bersamaan dengan lebih dua kali ganda daripada harga pasaran biasa. Dengan melaksanakan pilihan 'put' itu, UEM sepatutnya menerima lebih RM3 bilion yang amat berguna kepadanya untuk mengurangkan bebanan hutang yang sedang mencanak pada tahap melebihi RM15 bilion. Jumlah hutang ini boleh mencanak lagi dengan tambahan RM5 bilion daripada perjanjian November itu dengan Renong, (termasuklah hutang piutang yang ditanggung oleh sekutu Renong).

Sebaliknya, UEM membuat pengumuman yang ia membenarkan Tan Sri Halim tambahan lanjutan masa selama lima belas bulan, sehingga Mei 2002, untuk melunaskan pembayarannya. Tan Sri Halim sepatutnya melunaskan tiga kali bayaran berjumlah RM100juta setiap kali pembayaran itu, sebagai pembayaran faedah menyeluruhi 2001. Dia telahpun meminta lanjutan dua bulan, pada pembayaran faedah yang kedua, dan pasaran menjadi kaget sama ada dia mampu membuat pembayaran itu sepenuhnya (tanpa campur tangan kerajaan untuk membantunya sekali lagi).

Adalah berfaedah kalau kita merenung kembali bagaimana UEM terjebak kepada musibah ini. Pada November 1997, ketika pasaran saham Malaysia merudum serentak dengan krisis kewangan Asia, secara tiba-tiba UEM membuat pengumuman betapa ia telah membeli sekitar lebih 30% saham Renong. Ini merupakan blok saham yang sama yang telah diberikan takrif 'put option' untuk kegunaan Tan Sri Halim Saad. Kos yang membabitkan UEM ketika itu ialah RM2.3 bilion. Ini merupakan satu jumlah wang yang besar memikirkan UEM sudah mempunyai hutang bertapuk sebanyak lebih RM8 bilion. Malahan faedah (bunga) yang tertanggung sudah naik mencanak lebih 20% disebabkan negara sedang dilanyak ketandusan wang tunai.

Ada pihak yang mengatakan bahawa taktik pembelian saham Renong itu adalah satu tipu muslihat untuk mengekalkan harga tinggi saham syarikat. Selesai sahaja pengumuman itu UEM pun menghentikan pembelian saham Renong dan seperti yang sudah dijangkakan nilai saham UEM dan Renong jatuh merudum sehingga memotong separuh harga tertingginya pada waktu itu. Apakah satu kebetulan bahawa pembelian saham Renong oleh UEM ketika itu bertujuan untuk melegakan harga saham dengan cara menyokongnya sambil memberikan kelegaan kepada pemegang saham yang utama dan besar-besar, termasuklah Tan Seri Halim yang memiliki hampir 30% saham Renong itu?


....bersambung....




Rencana Asal:

Highlights from Aliran Monthly
http://www.malaysia.net/aliran/

It is the public that bears the cost of privatisation gone wrong in Malaysia

Part 1

by Ram

If one considers the background to the listing of Time dotCom, it is not hard to see why government agencies had to use public funds for the listing. That such a company obtained listing anyway, is a sad reflection on how public funds are being used to prop up groups that should have folded up years ago. More importantly, that the stock market is being abused in a way that will deter both domestic and international investors undermines a key instrument of raising financing for the nation.

Systematic misallocation of resources silently but surely retards economic progress. Will Malaysia become a sad example of how policies become twisted to save a few but jeopardizes the nation?s ability to develop a vibrant economic system able to compete internationally? Will the nation?s wealth continue to be systematically squandered for the benefit of a few at the expense of all?

The Murky Record of the Renong Group

Only last November, the ultimate controlling parent of Time dotCom, Renong, entered into a controversial deal with associate, UEM. Renong proposed to inject all its assets and transfer all its liabilities (i.e. debts) into UEM, valuing its assets at RM6.7 billion.

How a value of RM6.7 billion for these assets was arrived at was not made clear. Some market analysts estimated that it was at least 30%, or some RM2 billion, higher than the market value. A deal of that size is obviously a large transaction in itself. It was about the size of the total market value of UEM - and certainly much higher than the market value of Renong. The result, not surprisingly, was that both UEM and Renong share prices fell by about half over the following weeks.

Following this, in December 2000, UEM disappointed investors again. The company had a put option - i.e. the option to exercise at its discretion - on 30% of Renong that could be sold to its Vice-Chairman, Tan Sri Halim Saad by February 2001. The value of the option was RM3.2 billion or RM4.30 per share on Renong, more than double the market value. By exercising the put, UEM should have received just over RM3 billion that would have been very useful to reduce its total debt running at over RM15 billion (and which would have gone up about another RM4.5 billion from the November deal with Renong, including debt of Renong associates being assumed).

Instead, UEM announced it would grant Tan Sri Halim a fifteen month extension, to May 2002, to make the payment. Tan Sri Halim is supposed to make three RM100m interest payments over 2001. He has already asked for a two month extension on the second interest payment, and the market is concerned over whether he will ever be able to pay the full amount (without the government stepping in yet again).

It is worth looking back on how UEM got into this mess. In November 1997, when share prices in Malaysia and the region were crumbling during the Asian financial crisis, out of the blue UEM announced that it had bought just over 30% of Renong. This was the same block on which it now has the put exercisable on Tan Sri Halim. The cost to UEM then was RM2.3 billion - a huge amount for UEM to have come out with in cash when it had debts already of over RM8 billion - and interest rates were skyrocketing to over 20% as the country was going through a credit crunch.

Some saw the purchase of the Renong shares as an attempt to hold its share price up. After the announcement UEM ceased further purchase of Renong shares and not surprisingly Renong and UEM fell by more than 50%. Was it just coincidence that UEM?s purchase apparently was the only thing supporting Renong?s share price for a while giving temporary relief to its shareholders, including Tan Sri Halim, who owned almost 30% of Renong?

....to be continued....