Laman Webantu KM2A1: 4413 File Size: 11.0 Kb * |
TAG SP 101: B1 Syarikat Teksi Petronas By Harun Rashid 8/5/2001 10:22 pm Tue |
TAG 101 [Dalam rencana bersiri ini pembaca akan dapat menelah
apakah Petronas begitu hebat mencakar angkasa sehingga terlalu
banyak bidang diceburinya sedangkan syarikat minyak dunia
yang lebih hebat darinya pun hanya bermain di tempat-tempat
yang selamat sahaja. Malah Esso sendiri hanya membina menara
yang tidak setinggi mana di KLCC dan ia untuk dirinya cuma -
bukan untuk disewa. Sekali pandang gas asli ada potensinya untuk memacu kenderaan
seperti teksi di dalam alam yang asyik berjerubu walaupun
kebakaran di Indonesia sudah hampir tiada. Petronas telah
melabur berjuta-juta untuk melengkapkan stesen minyaknya sahaja
dengan gas asli tetapi kini teksinya kelihatan semakin tiada
walaupun baru beberapa tahun meluncur di jalanraya. Malah teksi
lama jenis Opel masih ada - cuma ia bertukar warnanya sahaja agar
si Proton dapat gemuk sentiasa. Tetapi si gemuk ini pun sakit
juga dan Petronas lagi yang datang menyangganya sedangkan kepakaran
memang tiada. Rencana bersiri ini akan membongkar ke mana perginya semua teksi
Petronas itu semuanya sedangkan teksi lain yang jauh lebih tua masih
ada sedangkan yang membinanya tidak pun empunya bangunan yang mencecah
angkasa memecah rekod dunia. (The Petronas Taxi Company) Oleh: Harun Rashid Satu hikayat berbentuk caca-marba mungkin boleh dikemukakan kali ini
membabitkan automobil yang mesra alam, pelancongan, sebuah syarikat minyak
dan sebuah lapangan terbang. Ini adalah satu bidang kajian bagaimana
kerakusan ahli politik tempatan menjahanamkan pengurusan yang berkesan
terhadap syarikat-syarikat yang diamanahkan untuk mereka awasi.
Apabila minyak mula digerudi di perairan Malaysia, ia diuruskan oleh sebuah
syarikat yang merupakan penyimpan amanah rakyat yang pada asasnya adalah
pemilik tanpa geran-khas segala hasil mahsul khazanah bumi Malaysia. Para
menteri negara ini diberikan pula amanah rakyat menyelia pengurusan syarikat
itu dan melantik eksekutif yang pintar serta berwibawa untuk meraih pulangan
maksima daripada satu sumber pendapatan yang besar, yang tidak ada galang
gantinya. Segala kegiatan urus-niaga syarikat minyak nasional itu belum pernah lagi
diberikan satu penelitian yang menyeluruh dan bersungguh-sungguh, sedangkan
berbilion wang ringgit yang sudah ghaib tanpa sesiapa mampu menjelaskan mana
perginya. Perdana menteri dan menteri kewangannya tidak bersedia mengizinkan
sebarang usaha pengauditan bersasaran dari luar untuk mengesan arah mana
segala wang selewengan itu telah menghilang. (mungkin dengan permaidani
terbang - penterjemah). Simpanan minyak di Malaysia, kalau mengikut kadar penyedutan sekarang,
dijangka akan kontang dalam jangkamasa lima belas tahun. Namun, memang
banyak tersimpan lagi gas asli di dasar bumi. Pasaran gas asli perlu
dipertingkatkan lagi. Untuk memenuhi sasaran ini beberapa pangkalan gas asli
cecair telahpun dibina, kapal khas untuk mengangkutnya telahpun dibeli, dan
sudah diusahakan juga kilang-kilang baru untuk menyaring gas asli agar
menghasilkan bermacam bahan bakar yang berguna.
Malaysia menikmati pendapatan yang lumayan daripada industri pelancongan.
Para pelancong amat bencikan jerebu yang merupakan salah satu fenomena
tahunan di Malaysia. Selalunya Malaysia menuduh kerja-kerja tebang dan bakar
secara berleluasa di Indonesia sebagai penyebabnya, walaupun ada kalanya
tuduhan diajukan juga kepada asap kereta dalam negara. Asap hutan di
Indonesia itu sudahpun lesap atau menghilang ditiup bayu. Tetapi angkasa
Malaysia masih lagi kuat berjerubu. Penelitian kini tertumpu kepada enjin
kereta yang berlegar di jalan raya.
Enjin kereta diesel yang teruk keadaannya di Malaysia mengeluarkan asap
kotor yang berlebihan. Terdapat ribuan lori dan bas yang menggunakan enjin
diesel di seluruh negara, terutama sekali di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
Lagipun, terdapat lebih satu juta motorsikal yang menggunakan enjin
dua-lejang yang memang terkenal mengeluarkan asap tebal dan gas yang keras
baunya. Kita perlu campurkan pula sekitar 17,000 teksi berlesen (tidak
termasuk teksi sapu - penterjemah) yang hampir dua kali ganda banyaknya
apabila dibandingkan dengan hanya 8,000 teksi di Bandaraya New York.
Enjin yang menjana gas asli memang bersifat mesra alam. Kalau semua enjin
jenis ini digunakan secara menyeluruh, kadar enap-cemar yang berbahaya yang
dikeluarkan oleh ekzos bas, lori, kereta dan motorsikal akan menurun secara
lebih ketara. Inilah prospek niaga yang mengghairahkan Petronas. Berbagai
masalah dapat dibereskan dengan sedikit usaha, laksana sambil menyelam
bolehlah minum airnya. Ini bererti sudah ada pasaran yang mampu menerima gas asli yang berlebihan.
Simpanan minyak boleh dilanjutkan tempohnya, jerebu dapat dikurangkan dengan
lebih berkesan, industri pelancongan boleh dipertingkatkan. Semua itu
menjanjikan kejayaan yang pasti. Yang perlu dicongak dengan muktamadnya
ialah kos projek dan kadar pulangannya nanti.
Petronas bertindak membekalkan gas asli padat (pressurized natural gas)
kepada beberapa stesen minyak. Pam yang khusus untuk pembekalan gas itu
telah dipasang. Kebanyakan pelanggan adalah syarikat teksi yang telah
menerima tawaran Petronas untuk memasang tabung (gas) tambahan dan
karb###tor yang membolehkan kereta mereka berfungsi secara dua pilihan
menggunakan bahan bakar. Kereta boleh digerakkan sama ada menggunakan petrol
ataupun gas asli dengan hanya menggentel punat suis sahaja.
Paip-paip bawah tanah telah dipasang seluruh negara untuk membekalkan gas
kepada stesen tertentu, peralatan pam khusus dipasang, dan jumlah teksi yang
diubahsuai telah meningkat untuk menggunakan bahan bakar yang menjimatkan.
Gas asli telah dijual dengan kadar yang menarik untuk menarik pemilik
syarikat teksi turut serta dalam usaha itu.
Rencana yang dianggap sebagai satu integrasi menegak meyakinkan betapa
sistem pembekalan gas asli itu adalah sesuatu yang realistik. Cara
pengagihan pelbagai kontrak kerja dalam rancangan itu tidak akan disentuh
dalam penulisan ini kerana difikirkan lebih sesuai dijadikan bahan renungan
di lain kali. Tetapi ada satu kisah perniagaan yang menarik perhatian,
hingga mencetuskan pelbagai soalan tentang keupayaan eksekutif pengurusan
Petronas. ....bersambung.... Rencana Asal: The Petronas Taxi Company by Harun Rashid Apr 24, 2001 Oil was discovered in Malaysian waters. This led to a national oil
company titularly titled to all the people of Malaysia in undivided
shares. The ministers of the country are entrusted with
overseeing its management and appointing skilled executives to
derive maximum returns for what is a major source of national
income, though from a non-renewable resource.
The activities of the national oil company have not been subjected
to critical scrutiny, and there are billions of dollars not now
accounted for. The prime minister and the on-lam finance minister
do not allow any objective external auditing to discover in which
direction the diverted dollars disappeared.
The oil reserves of Malaysia, at present rates of production, are
expected to be exhausted within fifteen years. But there are
ample reserves of natural gas. The market for natural gas needs
to be developed. Toward this end liquified natural gas facilities
have been built, ships purchased to transport the product, and
new plants built to convert natural gas into other useful fuels.
Malaysia derives significant income from the tourist business.
Tourists do not like haze, and there is a history of haze in
Malaysia, usually blamed on Indonesian land clearing fires or local
internal combustion engines. The Indonesian fires are out, but the
haze continues. The focus now is on the exhaust of internal
combustion engines. Diesel engines in poor condition emit significant smoke in
Malaysia. There are thousands of diesel lorries and buses on the
roads of Malaysia, especially in the Federal Territory of Kuala
Lumpur. In addition there are over a million motor bikes, many of
which have older two-cycle engines, notorious for their emission
of smoke and fumes. To these must be added Kuala Lumpur's
17,000 taxi cabs, which may be compared with only 8,000 in New
York City. Natural gas engines are environmentally friendly. If these engines
were used exclusively, the amount of noxious emissions
discharged into the air by buses, lorries, cars and motorbikes
would be significantly decreased. Petronas found the prospects
interesting. Several birds could be killed with one stone.
A market would be developed for the excess natural gas, oil
reserves would be extended, the haze would be reduced, and the
tourist business would be enhanced. It seemed a sure winner. One
need only calculate the costs and project a rate of return.
Petronas decided to supply pressurised natural gas to some of its
petrol stations. Special pumps were installed to dispense natural
gas to customers, who were existing taxi companies accepting
Petronas's offer to subsidise the installation of additional tanks
and carb###tors to allow their cars an option to run on either petrol
or natural gas, at the flip of a switch.
Underground lines were laid cross country to selected stations,
dispensing pump equipment was installed, and the number of
converted cabs began to increase until now lines form for the
frugal fuel. Natural gas is sold at a very attractive price to entice
taxi company owners to participate in the exercise.
Seen as vertical integration, the investment in natural gas delivery
systems is realistic. The manner in which the various contracts
were given is not today's subject, and will be treated as a
necessity in order to bring the idea to fruition. There is another
related business decision, however, that attracts attention, raising
questions about the executive capability of the Petronas
management. Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Petronas Taxi Company |