Laman Webantu KM2A1: 4420 File Size: 9.2 Kb * |
TAG SP 104: B2 Syarikat Teksi Petronas By Harun Rashid 9/5/2001 5:43 pm Wed |
TAG 104 B2/B3 [Dua gambar di dalam rencana ini sudahpun menjawab beberapa teka-teki
kemanakah perginya teksi Petronas yang cuba dimegahkan selama ini. Perhatikan
warna catnya masih belum luntur lagi tetapi enjin di dalamnya sudah musnah
sama sekali kerana dipacu oleh gas ali sedangkan itu tidak mengikut spesifikasi.
Selama ini semua penumpang teksi ini rupanya telah menjadi BAHAN UJI tanpa
mereka ketahui. Nasib baik tidak ada yang mati akibat kedunguan pihak pengurusan
dan teknikal Petronas yang hanya tahu membeli tetapi tidak rajin menguji
dan mengkaji - sedangkan disitulah sebenarnya terletak KUNCI kejayaan satu-satu
industri otomotif dunia. Kunci ini juga tidak akan diberi oleh syarikat
seperti Mitsubishi kepada kita dalam pembuatan enjin Proton walaupun kita
mungkin membeli alat untuk membuatnya - tetapi kita tidak diberi kepakaran untuk
menciptanya kerana itu rahsia yang akan memakan tuannya. Jepun tidak sebodoh
itu mahu mengajar segala-galanya kepada kita kerana industri kereta adalah
ekspot penting mereka. Tidak banyak syarikat kereta mampu hidup lama walaupun ia dulunya hebat dan
dieskpot keserata dunia. Dan tidak ada syarikat minyak dunia yang menjadi
pembuat kereta kerana ia amat kompleks dan lebih tinggi risikonya. Malangnya
Mahathir yang asyik berwawasan itu tidak nampak itu semua. Industri otomotif
amat bergantung kepada otak manusia dan komputer - bukannya kilang sahaja.
Mereka cuma menyerahkan minyak sahaja untuk diuji oleh mereka yang pakar
mengujinya sahaja seperti pasukan litar lumba - sebab itulah industri ini
mampu hidup sampai hari ini. Jurutera lumba adalah antara jurutera terhebat
di dunia kerana mereka telah menguji semua dengan ekstrimnya - termasuk teksi
Petronas dengan sedikit lainnya. Mengapa tidak kepada mereka kita bertanya
dulunya? (The Petronas Taxi Company) Oleh: Harun Rashid Akan tetapi teksi-van yang menarik dengan warna merah-putih (warna parti
politik lanun dan penyangak - penterjemah) itu dirundung kesulitan untuk
menerokai SETIAP jalanraya di ibukota, kerana itu terpaksa di bawa untuk
direhatkan, dua tahun kemudiannya, di aras kedua-bawahnya di bahagian letak
kereta di menara kembar KLCC. Memang tidak sukar menempatkan van tersebut di
situ kerana masih banyak lagi ruang meletakkan kereta disebabkan kekurangan
penggunanya. Lagipun menara kembar itu adalah lambang tarikan pelancong,
tempat sesuai sebagai latar belakang babak perfileman, yang merupakan punca
bahaya kepada penerbangan udara, halaman luas untuk rakyat berdemo
menyanggah kejijikan kerajaan dan sekarang dijadikan tempat istirahat teksi
yang tidak boleh digunakan. Sekitar 200 unit van-teksi itu telah dikeluarkan di bawah label Enviro.
Sekitar 100 unit menjadi sumber bahan gantian di bahagian penyeliaan.
Terdapat beberapa masalah penyeliaan yang memaksa Petronas menyediakan
kemudahan membaikinya di Shah Alam. Salah satu sebab kenapa kos memperbaiki kereta menjadi mahal ialah
disebabkan Syarikat Renault telah pada tahap awal lagi tidak mengikuti
spesifikasi penyediaan kereta. Semua enjin dalam 1,000 teksi yang dimport
itu tidak boleh menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya. Inilah yang
dikatakan 'binawe' punya kerja!!!!! - penterjemah).
Inilah penyebabnya kenapa terlalu banyak enjin yang rosak kerana injap yang
mudah terbakar. Masalah ini telah diperakukan oleh seorang jurutera Renault
yang secara kebetulan datang dengan pasukan 'Renault Formula One'. Sebelum
munculnya jurutera ini, tidak ada seorangpun manusia di Kuala Lumpur yang
sedar akan perihal yang menyebabkan kepincangan enjin semua kereta
(teksi-van) baru itu. Namun, jurutera Renault itu turut bekerjasama
memengapkan perkara ini tanpa mahu menggembar-gemburkannya untuk pengetahuan
mereka yang membeli teksi itu. Kalau anda diberitahu wujudnya satu ribu teksi yang tersimpan selama lebih
dua tahun di aras bawah di tempat meletak kereta di KLCC, tentu sekali anda
akan menganggap berita itu dengan penuh keraguan, lebih lagi kalau anda
pernah meletakkan kereta anda di bangunan yang sama. Kereta teksi yang mesra
alam itu memang mudah kelihatan walaupun diletakkan di bahagian bawah dan
kawasannya sengaja dikepung dengan tali panjang menandakan ianya satu
kawasan larangan. Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan betapa
kereta-kereta itu disusun di tempat simpanannya untuk menampung habuk di
tempat letak kereta KLCC di aras 'basement'.
Menyedari kemungkinan bertambahnya tukang sibuk yang mahu jaga tepi kain
orang lain, kebanyakan kenderaan MPV itu telah mula dialihkan ke Shah Alam,
dan didedahkan kepada pancaran mentari (sun-bathing kata orang putih -
penterjemah). Semua kenderaan itu disusun dengan rapi dan terselindung di
sebalik satu pagar yang tinggi, menunggukan nasib yang mungkin lebih baik
lagi, selepas bermandikan cahaya mentari. Sesiapa yang turut mahu jadi Pak
Sibuk perlu membawa bersamanya satu tangga untuk memanjat tembok.
Rencana Asal: by Harun Rashid Apr 24, 2001 Several years ago Petronas decided to enter the taxicab business.
A fleet of 1,000 specially designed taxi cabs were purchased from
Renault of France. They were to be equipped with engines
designed to burn exclusively natural gas. The vehicles were duly
shipped to Kuala Lumpur, where they were licenced to prowl the
city streets. They are large multi-purpose vans (MPV), capable of
carrying five adults and luggage to the new KLIA airport.
But the attractive red and white vans have had difficulty finding
room on the streets, and therefore are to be found parked, two
and a half years later, in the lower level of the KLCC twin towers
parking garage. There is adequate parking because the building
lacks tenants. The twin towers today stand as a tourist
attraction, a movie set, an air navigational hazard, a venue for
public protest of government folly, a swimming pool for toddlers,
and now a taxi parking garage. Over 200 of the new cabs have been put into service under the
Enviro label. Another 100 serve as a source of spare parts in the
maintenance yard. There have been serious maintenance
problems, and Petronas has facilities to perform repair and upkeep
located in Shah Alam. Part of the reason for the big repair costs is
found in the fact Renault failed to follow the specifications. The
engines in the 1,000 cabs are not designed to burn natural gas.
This helps to explain the excessive number of engine failures due
to burned valves. This problem was verified by a visiting Renault
engineer who came to Kuala Lumpur with the Renault Formula One
team. No one in Kuala Lumpur seems aware of this unfortunate
fact, and the Renault engineer has not felt it necessary to put the
buyers wise. If someone told you that a thousand new taxicabs were parked for
over two years in the lower level parking garage of the KLCC, you
would rightly be sceptical, especially if you had recently parked
there. The environmentally friendly cabs are visible to the public,
though they have been placed on the lower deck and access is
roped off. These pictures show the taxicabs gathering dust in the
KLCC basement parking lot. |