Laman Webantu KM2A1: 4425 File Size: 11.1 Kb * |
TAG SP 105: B3 Keemasan Masa Yang Hilang By Ram 10/5/2001 4:32 am Thu |
TAG 105 [Projek penswastaan telah menghadiahkan banyak durian runtuh buat
kroni tanpa perlu jauh berlari tapi malangnya ia gagal menyumbang apa-apa
yang memanfaatkan negara melainkan kerugian, hutang dan keaiban sahaja.
Padahal mereka membolot perniagaan yang mereka ceburi dan mendapat pinjaman
dengan mudah dari beberapa institusi. Yang peliknya mereka tidakpun dihukum
apa-apa tetapi digemukkan lagi dengan projek lumayan tanpa henti. Kerajaan
sepatutnya membiarkan sahaja mereka mampus kerana ada lebih ramai lagi usahawan
yang jauh lebih baik dari mereka di negara ini yang mampu mengharumkan nama
negara (dan nama Umno juga jika itu yang dipinta). Membela mahluk perosak
akan merosakkan imej Umno juga malangnya Mahathir sengaja membiarkan mereka
bermaharaja lela kerana dia pun tumpang sekaki juga dengan harapan tiada
sesiapa tahu akan rahsianya. Tetapi Tuhan Maha Kaya - apa yang ingin ditutup itu terbuka juga. Krisis
ekonomi telah menelanjangkan kesemuanya dan internet pula menyebarkannya
keseluruh dunia dengan sekelip mata cuma dan dari sebuah komputer sahaja.
Semua itu akan terpendam untuk meledak di satu hari bila cukup ramuannya
dan bertemu ruasnya. Dan tempoh itu sudah tidak lama kerana pemimpin Umno
juga ada membacanya dan sudah mula bosan dengan Mahathir sehingga terkata
apa yang tidak terkata sebelumnya. Semoga kesedaran itu tiba sebelum bom
ekonomi menghancurkan semua kerana kita sudah kesuntukkan masa.
- Editor] Sesuatu pasaran saham mungkin menganggap sepi satu peristiwa yang dianggap
luar biasa. Tetapi, dengan munculnya beberapa kumpulan syarikat yang semakin
tidak mampu bernafas lega dalam kegiatan niaganya, sambil mengharapkan belas
kasihan peruntukan dana awam untuk terus wujud menimbulkan keresahan rakyat
marhaen. Tindakan Menteri Kewangan membeli balik 30% saham MAS daripada Naluri,
syarikat induk Tan Seri Tajuddin Ramli, adalah satu lagi contohnya. RM1.8
bilion dana rakyat marhaen dihamburkan kepada Naluri (dan bukannya MAS)
sebuah syarikat yang dibebani hutang bertapuk sebanyak RM1 bilion yang tidak
pun mampu membayar tanggungan faedah hutang itu.
Sekarang kerajaan membeli balik Sistem LRT daripada Renong dan syarikat yang
lain dengan harga RM 6 bilion. Ekran telah dibayar RM900 juta sebagai pampasan kepada projek Bakun
(ampangan) walaupun Ekran gagal melancarkan kerja-kerja yang dikontrakkan
itu, dan projek itu akan dipulihkan semula.
Petronas telah mengambil-alih Proton daripada DRB-Hicom dengan harga
melebihi RM1 bilion kerana hutang bertapuk DRB-Hicom yang tidak mampu
dilunaskannya. Sebelum itu, syarikat perkapalan negara, MISC telah membeli asset syarikat
perkapalan Konsortium Perkapalan dengan harga RM1 bilion kerana Konsortium
pun dibebani hutang melebihi RM1.2 bilion yang turut diserap oleh MISC. Bank Bumiputra telah menanggung hutang bertapuk sehingga menghakiskan sama
sekali modal (dana kerajaan) sekitar RM2 bilion yang terpaksa disuntik
semula kepada Kumpulan Commerce Asset, sedangkan kerajaan menyerap jaminan
hutang bertapuk itu. Satu billion di sini, satu billion di sana, akhirnya semua itu adalah wang
sebenarnya yang memberikan gambaran satu polar yang menyongsang harapan
rakyat Malaysia. Kalaulah manusia yang bergelar usahawan itu nampak dan sedar bahawa projek
mereka itu semakin kecundang dan berjaya pula memujuk kerajaan mengambil
alih urusan niaga itu daripada tanggungan mereka, sudah tentu ia menjanjikan
lebih banyak lagi pembaziran di masa hadapan. Setiap usahawan yang diberikan
satu projek besar sepatutnya mampu meraih keuntungan yang berpadan yang
menjadi haknya. Tetapi kalau dia kerugian, dijualnya kembali syarikat itu
kepada kerajaan yang menggunakan dana rakyat marhaen untuk membelinya
semula. Malaysia sudah tentu memegang rekod dunia kerana menswastakan
keuntungan dan memilik-negarakan kerugian. Yang menjadi pemenang adalah
segelintir usahawan yang disebut berjaya itu dan yang menjadi kecundang
adalah rakyat jelata. Rakyat marhaen menjadi mangsa kerana menanggung kerugian yang berlaku. Hasil
cukai kerajaan perlu dinaikkan untuk menyerap keperluan dana membeli balik
projek yang kantul itu. Rakyat marhaen terpaksa membayar kos yang tinggi
kerana khidmat yang dulunya didapati percuma melalui pembayaran cukai.
Jeritan rakyat jelata akan menjadi lebih meninggi tidak lama lagi, apabila
PLUS (anak syarikat UEM) memberi ingatan kepada pengguna lebuhraya Utara
Selatan, bahawa mengikut perjanjian konsesi mereka kadar tol akan dinaikkan
lagi sebanyak 30% bermula Januari hadapan.
Kos Jangka Panjang Yang Menakutkan
Secara jangka panjang negara akan menanggung beban kos yang sungguh tinggi.
Hutang kerajaan akan terus naik dan memerlukan sumbangan rakyat marhaen
untuk melunaskannya. Syarikat yang baik-baik tidak lagi mampu mendapatkan
modal daripada pasaran yang tidak lagi diberikan penghormatan secara serius.
Kerajaan pun tidak akan berupaya mendapatkan pinjaman daripada pasaran
global dengan mudahnya. Kalau kumpulan syarikat yang haprak masih terus disangga, sumber yang
sepatutnya disalurkan kepada menyokong dan membelai kumpulan baru dan yang
dinamik boleh menjadi terpesong. Ekonomi negara akan didominasi oleh
syarikat dinosaur yang tidak pandai bersaing di pasaran antarabangsa. Inilah
yang memungkinkan negara menjadi terus terpinggir daripada arus perjalanan
pasaran global kerana kepentingan diberikan untuk melindungi syarikat
anak-anak emas dan anak-didik yang mahu terus bernafas.
Kesan pengurusan yang songsang dan pembaziran sumber yang penting semakin
menyerlah mengikut peredaran masa laksana faedah secara kompaunding
(compounding interests). Sebuah negara yang membazirkan harta kekayaannya
adalah laksana sebuah keluarga yang membazirkan harta kekayaan sewenangnya.
Orang-orang yang dulunya menjadi kaya-raya akhirnya menjadi papa kedana.
Adalah amat sukar membayangkan betapa Burma selepas Perang Dunia Kedua dulu,
merupakan salah sebuah negara terkaya yang mempunyai pendapatan per kapita
yang paling tinggi di kalangan negara Asia Tenggara. Adalah menakutkan apa
jadinya kepada Malaysia 20 ataupun 30 tahun daripada sekarang, seandainya
dasar yang ada terus dilaksanakan dengan cara menggila.
Rencana Asal: Highlights from Aliran Monthly It is the public that bears the cost of privatisation gone wrong in Malaysia
by Ram Part 3 (Final) A Disturbing Pattern is Taking Shape
The market may shrug off an exceptional case. But the pattern of seeing
groups that would not stay afloat on their own, surviving through public
funds channelled their way is most disturbing.
The Ministry of Finance's decision to buy back 30% of MAS from Naluri, the
holding company of Tan Sri Tajudin Ramli, is another example: RM1.8 billion
of public funds went to Naluri (not MAS), a company that otherwise had RM1
billion of debt that it could not service the interest on.
The government is buying back the LRT systems for RM6 billion, from Renong
and others. Ekran was paid RM900 million as compensation for the Bakun dam project
although Ekran could not get the project off the ground - and that project
is now being revived. Petronas acquired Proton from DRB-Hicom for over RM1 billion as the latter
also has multi-billion ringgit loans that it cannot service.
Earlier, the national shipping company, MISC, bought shipping assets from
Konsortium Pekapalan for RM1 billion, as Konsortium was also burdened by
excessive debt of RM1.2 billion which was also assumed by MISC.
Bank Bumiputra which raked losses that wiped out its capital (government
funds) of nearly RM2 billion was injected into the Commerce Asset group
with the government underwriting the bad loans.
A billion here, a billion there - it soon adds up to real money and a
disturbing trend for all Malaysians. If the so-called entrepreneurs see that when their projects go bad they can
get the government to take these off their hands, it will most certainly
guarantee greater waste in the future. Any entrepreneur who can get a large
project should do so: if he makes a good profit, it is his; if he makes a
loss, he sells it back to the government to recover his cost with public
funds. Malaysia must be holding the world record for privatizing profits
and socializing losses. The winner would be the (few) successful
entrepreneurs; the losers are the public.
It is the public that bears the costs of privatization going wrong. Not
just in higher government revenues that will be necessary to foot the bill
of buying back these projects. But also in higher costs they have to pay
for the services previously they used to get for free via paying taxes. The
outcry from the public will get louder in a few months, when PLUS (a UEM
subsidiary) reminds road users that by their concession agreement, toll
rates on the North-South highway are to be increased by 30% effective next
January. The Long-term Cost is Frightening
The cost to the nation, in the long-run, will be heavy. The government?s
debt will rise and eventually the public will have to pay up. Good
companies will not be able to raise capital in a market that is no longer
taken seriously. The government itself may not be able to raise financing
as easily in international markets. If badly managed groups continue to be propped up, resources that should go
towards nurturing new and dynamic groups get diverted. The economy will be
dominated by dinosaurs that cannot compete internationally, which will
require the country to become increasingly insulated from the world economy
and globalization - so that favoured ones continue to be protected.
The effects of bad management and wasteful use of resources magnify over
time, like compounded interest. For a country to use its resources
wastefully is like for a company or a family to squander its wealth. People
who used to be prosperous become paupers. It is hard to imagine that just
after the Second World War, Burma had one of the highest per capita incomes
among South East Asian nations. It is frightening to consider how Malaysia
will rank 20 or 30 years from today, if present policies run their course.
-Ram (Aliran)- |