Laman Webantu KM2A1: 4426 File Size: 10.7 Kb * |
TAG SP 106: B3 Syarikat Teksi Petronas By Harun Rashid 10/5/2001 5:30 pm Thu |
TAG 106 Satu ketika dulu pemandu teksi KLIA memprotes pengurusan dengan tidak
hadir atau sengaja tidak membayar saman - malangnya mereka mungkin tidak
tahu ia mahal kerana sogokkan sebenarnya. Kini pemandu itu sudah bertukar
memandu kereta yang tidak berlogo pula kerana sudah cukup arif segalanya.
Lama-kelamaan mungkin lebih ramai yang akan menyertai mereka kerana
berpadan penat dengan pendapatan yang diterima. Usah dibimbang dengan
pihak berkuasa kerana pemandulah yang lebih berkuasa sebenarnya.
Lagipun, Petronas sendiri sudah terlalu banyak kerja menguruskan teksi
yang sudah tidak mahu bekerja.... (The Petronas Taxi Company) Oleh: Harun Rashid April 24, 2001 Ada tiga jenis kereta yang menanti penumpang di perhentian teksi di KLIA.
Jenis pertama berwarna putih, kebanyakannya ada mempunyai satu penudung
plastik berbentuk tudung saji di bumbungnya. Tudung saji plastik ini direka
untuk menyorokkan satu alat sistem satelit canggih-manggih (STS-Satellite
Tracking Sistem-penterjemah) yang dihubungkan dengan komputer untuk
memberikan maklumat tercanggih akan kedudukan kenderaan yang memasang
alatnya. Kontrak membekalkan sistem itu telah dianugerahkan kepada seorang
kroni berasaskan kepintarannya dalam bidang juru-jualan. Memang alat itu
sungguh 'hi-tech', sehinggakan tidak ada negara lain yang telah memasangnya.
Pemasangan alat ini merupakan satu kebanggaan dalam dasar Malaysia Boleh Apa
Saja. Memanglah sistem itu bersifat indah khabar dari rupa. Oleh kerana dasar
'Malaysia Boleh' makanya sistem itu dibeli, kerana 'Malaysia Boleh Ditipu
Selalu'. Keseluruhan alat itu tidak boleh berfungsi untuk menepati
pembeliannya. Kerana itu segala gembar-gembur mengenai alat 'hi-tech' yang
paling canggih di seluruh dunia itu terpaksa ditarik balik untuk diperam
selamanya, secara senyap-senyap sahaja. Seorang penyamun yang bijakSINI
mendapat kontrak itu, tetapi barangannya yang direkomen itu tidak dicuba
lebih awal dulu akan kegunaannya, sehinggakan wang yang berjuta terhambur
begitu sahaja. Satu ketika dulu syarikat teksi limosin itu telah diberikan monopoli
menyediakan perkhidmatan teksi. Tetapi kegagalan memberikan khidmat yang
cemerlang telah menyebabkan syarikat itu kehilangan hak monopolinya.
Begitulah juga dengan enjin kereta Renault dulu. Sepatutnya ada pakar yang
memeriksa dulu dan memperakukan bahawa apa yang dibekalkan oleh jurujual itu
adalah bertepatan dengan janji-janjinya.
Di banyak negara lain, apabila perkara semacam ini berlaku ia mewajibkan
penyiasatan rapi untuk mencari sebab-musabab kenapa perkara semacam itu
boleh berlaku. Masa depan orang yang bertanggungjawab membuat keputusan
bebal semacam itupun dipersoalkan. Mungkin ada yang terpaksa menerima
padahnya. Tetapi, tindakan pengurusan seperti itu tidak diamalkan di
Malaysia. Di Malaysia, tidak ada seorangpun yang pernah dicela kerana
kesilapan semacam itu. Masalah yang dicetuskannya sengaja dipengap sebagai
satu kisah yang merugikan sahaja untuk ditanggungi bebanan hutangnya oleh
pembayar cukai, yang merupakan rakyat marhaen yang semakin papa kedana.
Oleh kerana para pegawai sedar mereka tidak akan diapa-apakan seandainya
silap, perlakonan mereka merupakan sesuatu yang boleh diperlekehkan. Itu
jugalah sebabnya sifat-sifat keunggulan dalam urusan niaga dan pengurusan
atasan tidak dapat bertapak dengan kukuh. Kegagalan mereka hanya diselubungi
oleh lebih banyak kereta canggih-manggih seperti Mercedes Benz, lebih banyak
mahligai di bukit tinggi-tinggi, dan lebih banyak saham dalam akaun
peribadi. Dompet wang yang besar-besar yang dipegang oleh manusia berkepala
besar adalah lambang keegoaan para peniaga Malaysia terutama sekali mereka
yang hanya bergantung kepada naungan patriak, sogokan wang lendir dan
naungan politik lidah menjelir. Dua gambar di bawah ini menunjukkan dua jenis teksi bandaraya; setiap satu
jenis menunggu di perhentiannya, menunggukan panggilan untuk mengisi
kekosongan disebabkan khidmat limosin yang pincang. Di gambar pertama ialah
sedan empat-pintu; kebanyakannya telah dilengkapi penjana gas asli dalam
skim pemasangan berpakej. ![]() ![]() Para pemandu menunggu giliran masing-masing dengan penuh kesabaran, sambil
menyumpah seranah secara terpendam segala ulat yang pintar mengelat dengan
menggunakan kereta peribadi. Kereta sapu ini kerap berlegar-legar secara
senyap untuk berhenti di ruang 'ketibaan' di mana penumpang yang keletihan
daripada perjalanan jauh mudah dilencongkan untuk menaikki kereta mereka
yang tidakpun mempunyai sebarang tauliah untuk menjadi kereta penumpang yang
berlesen. Para penumpang itu tidak tahu membezakan antara kereta sewa yang
sah dan yang haram kerana kebanyakan kereta sewa yang sah beratur di
bahagian luar sambil kepanasan.
Pengerusi Petronas memang sentiasa sibuk berada di meja besarnya di puncak
menara kembar yang separuh kosong itu. Sambil sibuk bekerja tentu dia sibuk
juga memerhatikan jerubu di sekelilingnya. Nun, jauh di bahagian bawah, arah
matahari terbenam, ada tujuh ratus (700) kenderaan baru yang sudah dibayar
cukai jalannya, premium insurannya, tetapi tersusun dan tersadai di satu
kawasan lapang yang mudah dipanah hujan dan mentari Shah Alam. Semua
kenderaan itu terselindung di sebalik pagar yang tinggi; membisu dan
menunggu kalau-kalau nasib berubah untuk dibawa pergi.
....TAMAT.... Rencana Asal: by Harun Rashid Apr 24, 2001 There are three types of cabs in waiting corrals at KLIA. First are
the white limousines, many with their space age bubble yet atop.
This strange plastic dome was designed to conceal an advanced
satellite position system, computer-linked to give accurate
information of the vehicles whereabouts. The contract for the
system was given to a favored friend on the basis of super
salesmanship. It was indeed high tech. No other country uses it. It
was destined to be another first for The Malaysian Book of Failed
and False First Feats. The system was highly ballyhooed. The system was bought. But
it never worked. There was interference with the airport radar,
and thus the high tech idea was quietly shelved. A smart idea got
the contract, but it was not tested for feasibility, and the money
was wasted. Many of the empty plastic domes still remain atop
the limousines, a reminder that the race for development requires
engineering study and testing for feasibility. There must be market
research to determine demand. Though a monoply was given to the limousine company, the failure
to provide the promised level of service has required that the
monoply be canceled. As in the case of the Renault engines,
someone must verify that the salesman can and has delivered the
promised goods. In countries where there is an appreciation of these requirements,
failure is followed by a finding of fault. The future of responsible
decision makers becomes cloudy, and there may be a rain of
heads. Not in Malaysia. In Malaysia no one is ever held
accountable, and the problems are quietly written off as an
unfortunate loss for the poor taxpayers, who are daily getting
poorer. Because executives know they will not be held accountable for
mistakes, performance is far over par for the course. Thus the
important traits associated with superior business acumen fails to
develop. Failures are followed only by more Mercedes Benz cars,
more mansions on the hill, and more shares in the account. Fat in
the wallet and fat in the head mark the Malaysian businessman,
especially those totally dependent on patriarchy, payoffs and
political patronage. These two pictures show the two types of city cabs, each in its
assigned waiting corral, on queue to fill the void caused by poor
limousine service. In the first picture are the standard four-door
sedans, many with the natural gas conversion package installed.
![]() ![]() The drivers wait their turn patiently, quietly cursing the touts who
skirt the queue in private cars, cruising smoothly to the arrival
dock, where tired arriving passengers are easily diverted into their
un-painted, un-metered, un-licenced, un-regulated private
vehicles. The passengers have no way of knowing there are lots
of legal cabs waiting out in the sun.
The chairman of Petronas is at his air conditioned desk high atop
the empty twin towers, gazing out into the haze. Far below, to the
southwest, 700 new MPV's, road taxes paid afresh, stand silently
saddled under the hot Shah Alam sun, sidling behind high fences,
awaiting a courtesy call to conquest. ....Concluded.... Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Petronas Taxi Company |