Laman Webantu KM2A1: 4427 File Size: 27.2 Kb * |
Surat Terbuka Kepada Ketua Hakim Negara By CDB 10/5/2001 5:59 pm Thu |
[Ketua Hakim Negara sepatutnya berbuat sesuatu berikutan polis
menterbalikkan keputusan Hakim Hishamuddin dengan menggunakan mahkamah
Persekutuan melalui Hakim Abdul Malek agar menangguhkan kehadiran dua
tahanan ISA - Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haron. Khabar angin bertiup
kencang salah seorang dari mereka sedang tercedera teruk dibelasah polis
- iaitu Abdul Ghani Haron. Beliau (mungkin) dijangka akan dipaksa mengaku
palsu menggunakan tektik militan untuk menyelamatkan air-muka polis.
Ketua Hakim Negara juga patut bertindak kerana dua kes yang serupa
menghasilkan keputusan yang berbeda. Keputusan Hakim Augustime Paul
menolak rayuan habeas corpus bercanggah dengan keputusan Hakim
Hishamuddin. Seperti biasa kita meramalkan Ketua Hakim Negara tidak
akan berbuat apa-apa walaupun institusi kehakiman sudah tercemar
dengan teruknya lainlah kalau beliau mempunyai kekuatan prinsip yang
tiada tandingnya. Dengan membisunya ketua hakim negara Mahathir
akan dapat membaca bahawa dialah yang PALING BERKUASA atas segala-galanya
dan boleh melakukan tindakkan yang seterusnya untuk mengaibkan SESIAPA
sahaja yang tidak disangka berdasarkan lapuran akhbar sahaja jika perlu
atau satu dua 'kaji-selidik' palsu polis bertopengnya. Ini bermakna
bilangan yang akan ditangkap ISA sebenarnya mungkin mencecah angka 98
dan itu mungkin termasuk ahli Umno juga - termasuk Fauzi Rahman juga.
Dengan ini dia akan menjamin takhtanya sehingga mati agaknya.....
- Editor] YAA Tan Seri, Terlebih dahulu ingin saya 'memperkenalkan' diri saya, iaitu seorang
rakyat jembel yang tidak punya apa-apa kepentingan, kedudukan mahupun
pangkat dan harta di dalam masyarakat. Meski pun saya bukanlah 'sesiapa' pun
di dalam masyarakat kecuali hanyalah sebagai rakyat biasa yang tidak punya
apa-apa, tetapi saya masih lagi memiliki hati dan keyakinan yang teguh
mencintai keadilan dan kebenaran. Bagi saya, sebagai manusia yang bebas
merdeka, yang tidak menjadi hamba abdi kepada sesama manusia, nikmat
keadilan dan kebenaran yang Tuhan kurniakan tidak dapat disukat dengan harta
benda dan wang ringgit. Melainkan mereka yang menjadi hamba abdi atau rela
diperhambakan dirinya oleh sesama makhluk, maka baginya nikmat keadilan dan
kebenaran tersebut boleh diukur atau dijual beli, samada dengan material
wang ringgit mahupun dengan maruahnya sendiri. Orang yang memiliki jiwa
yang besar, bukan sahaja akan menghargai nikmat tersebut, malah akan berbuat
apa sahaja untuk mempertahankannya. Tetapi orang yang berjiwa kerdil dan
hamba, digertak atau dijegilkan sedikit biji mata oleh seseorang yang lebih
'tuan' daripadanya pun akan menggeletar kepala lutut.
YAA Tan Seri, Mesej saya dalam perenggan di atas penuh dengan maksud yang tersirat.
Sebagai orang yang arif dan terpelajar, saya percaya Tan Seri begitu
memahaminya. Seperti mana rakyat yang lain, perlantikan Tan Seri sebagai
Ketua Hakim Negara (KHN) saya sambut dengan penuh debaran dan harapan yang
menggunung tinggi di dada. Kerana apa Tan Seri? Ya, kerana seperti yang
Tan Seri maklum, sistem perundangan dan kehakiman di negara kita yang
dicintai ini sesungguhnya telah diperkotak-katikkan menjadi seperti barang
mainan atau pun lakonan wayang sahaja oleh seorang manusia yang bernama
Mahathir. Sebelum kehadiran Tan Seri sebagai KHN rakyat majoriti telah
luput sama sekali kepercayaan terhadap integriti kehakiman dan perundangan
negara. Keabdian dan kehambaan sikap dan sifat yang ada dalam diri KHN
sebelum Tan Seri dan Peguam Negara yang digelar rakyat sebagai Dugong itu
telah menjadikan martabat kehakiman dan undang-undang negara seperti berada
di dalam jamban atau kolam najis sahaja. Ketundukan dua manusia yang
memegang amanah besar itu kepada pihak eksekutif menjadikan maruah bidang
kehakiman dan perundangan lebih teruk dari perempuan jalang yang mencari
makan di lorong-lorong gelap. Apabila diri telah kotor dan cemar, maka
kekotoran yang dibawa itu terus, bukan sahaja terpalit kepada bidang
kehakiman dan undang-undang tersebut, malah membuatkan pandangan umum
seperti mempercayai yang negara ini tidak ubahnya seperti negara republik
pisang yang dipenuhi oleh monyet-monyet dan beruk sahaja.
YAA Tan Seri, Tan Seri pun sudah maklum yang krisis keyakinan terhadap kewibawaan
undang-undang dan kehakiman di negara ini sudah bermula semenjak 1988 lagi
apabila KHN ketika itu, Tun Salleh Abas telah dipecat secara tidak beretika
oleh Mahathir, ketua eksekutif yang paling cabul sekali lakunya. Semenjak
krisis pemecatan Tun Salleh dan lima orang lagi hakim mahkamah agung itu,
pandangan umum rakyat terhadap institusi ini begitu sinis sekali.
Sungguhpun begitu, siapalah yang mampu untuk berbuat sesuatu bagi
memperbaiki keadaan kerana 'orang tua' yang liat nyawanya itu masih terus
berkuasa hingga kini. Dan semenjak itu jugalah saya melihat mereka yang
menjadi hakim-hakim seolah-olah cuma membaca skrip yang tertulis sahaja di
atas meja penghakimannya. Keputusan yang betul keluar dari mulut dan
penghakiman para hakim hanyalah mungkin jika kes yang diadili tersebut hanya
melibatkan orang-orang kecil dan bangsat yang hidup melarat di sudut-sudut
masyarakat. Namun jika ianya kes yang melibatkan golongan ningrat yang mempunyai seribu
kepentingan dengan pemerintah, hakim-hakim nampaknya mengadili kes-kes
mereka berdasarkan skrip yang telah tertulis di atas dahi masing-masing.
Inikah sahaja keadilan yang dijunjung tinggi itu? Inikah sahaja keadilan
yang diperi-peri oleh hakim-hakim itu? Dan jauh dari itu - adakah ini sahaja
nilai keberanian yang ada di dalam hati dan jiwa para hakim yang kununnya
memegang teguh prinsip keadilan dan kebenaran itu? Kenapa begitu kerdil dan
miskinnya jiwa dan hati para hakim-hakim yang berkhidmat sekarang ini Tan
Seri? Kenapa terlalu dhaifnya kekuatan untuk menjadi seorang pemberani bagi
seseorang hakim sekarang ini Tan Seri? Kenapa terlalu bangsatnya jiwa
hakim-hakim sekarang ini Tan Seri, daripada memiliki hati dan semangat
pahlawan untuk berpegang kepada prinsip, 'daripada hidup bergelumang dosa
dan kemunafikan, lebih baik mati bergalang tanah'? Apakah hakim-hakim
kini terlebih ramai yang disuntik dengan hormon kebaculan dan kebetinaan
sehingga mereka terlupa yang mereka asalnya jantan?
YAA Tan Seri, Baru-baru ini, lebih kurang dua minggu yang lepas, saya telah 'menghentam'
Ketua Polis Negara kita, Tan Seri Tuan Hj Norian Mai kerana tingkah lakunya
yang buruk dan terlalu menampakkan jiwa abdi dalam diri dan uniformnya.
Sifat kerelaan menjadi abdi dan diperlakukan seperti seorang abdi kini
seolah-olah telah menjadi suatu budaya bagi setiap mereka yang memegang
ketua utama sesuatu jawatan. Kalau dulu hanya mereka yang menjadi
balaci-balaci politik sahaja yang menjadi si bebal dan si tolol kepada
tuan-tuan politik mereka, tetapi kini bukan sahaja si bebal dan si tolol
yang menjadi balaci politik sahaja yang kemaruk nak menjadi hamba kepada
pemimpin politik, tetapi telah melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara,
Ketua Hakim Negara dan mungkin 'Negara' sendiripun terpaksa akur dan tunduk
kepada pemimpin yang zalim dan bersikap kuku besi itu. Apa sudah jadi
dengan mereka-mereka ini semua Tan Seri? Adakah sindrom penyakit AIDS
atau 'Aku Ikut Dosa Sama atau Akibat Iblis Dan Syaitan' yang menjadi
tuan-tuan politik yang berkuasa telah menyelinap ke dalam jiwa-jiwa para
hakim menyebabkan mereka diserang sindrom lumpuh ketahanan jatidiri, lantas
sudah tidak mampu dan punya kekuatan lagi untuk mempertahankan kebenaran dan
keadilan, maka dengan itu merelakan sahaja integriti dan maruah institusi
yang suatu waktu dulu begitu disanjung tinggi itu dilacurkan sebegitu rupa?
Saya dan rakyat yang lain tidak tahu sampai bila krisis kepercayaan terhadap
kredibiliti hakim-hakim dan mahkamah ini akan berterusan. Saya dan rakyat
tidak tahu sampai bila hakim-hakim harus menjadi pak sanggup dan pak turut
kepada pihak eksekutif dalam memenuhi kehendak hawa nafsu mereka walhal di
dalam perlembagaan negera telah jelas mencatitkan konsep 'seperation of
powers' antara ketiga-tiga cabang prinsip pengasingan kuasa itu. Saya dan
rakyat tidak tahu sampai bila hakim-hakim akan terkekang dan terbungkam
daripada menjunjung kembali prinsip keadilan selagi mereka masih bersedia
untuk menjadi hamba dan selagi mereka masih meletakkan jiwa mereka sekerdil
jasad mereka sendiri kepada pemimpin politik seumpama Mahathir itu. Tan
Seri sendiri pun maklum bahawa selepas Tun Salleh Abas siapa lagi hakim yang
berani menjadi jantan dalam membuat keputusan yang berdasarkan prinsip
keadilan? Selepas Tun Salleh Abas, siapa hakim lagi yang berani untuk
meletakkan kebenaran sebagai asas menjatuhkan hukuman apabila sesuatu kes
itu tidak menyebelahi pemerintah? Selepas Tun Salleh Abas, siapa lagi
hakim-hakim yang berani berkata 'NO' kepada kes-kes yang melibatkan
kepentingan pemerintah? Apakah kesemua kes-kes tersebut sememangnya layak
dimenangi oleh pemerintah semata-mata berdasarkan prinsip kebenaran dan
keadilan yang hakiki? Kalau begitu apalah malangnya nasib Anwar Ibrahim berjuang beratus-ratus
hari di mahkamah semata-mata untuk membuktikan yang dia tak bersalah, walhal
keputusan penghakiman sudah pun ditetapkan melalui skrip? Kalau begitu
apalah sialnya nasib Lim Guan Eng kerana selepas merayu terus terkulai layu
di kandang besi selama 18 bulan? Kalau begitu, apalah celakanya nasib si
Azmin, meskipun telah dibebaskan oleh mahkamah sesyen tetapi disabitkan
pula kesalahannya di mahkamah tinggi? Inikah 'keadilan' yang begitu luhur
yang amat dibangga-banggakan oleh mereka yang bernama hakim? Banggakah
Augustine Paul yang berwajah tikus itu selepas menjatuhkan hukuman 6 tahun
penjara ke atas Anwar? Banggakah hakim yang menjatuhkan hukuman 18 bulan
ke atas Guan Eng? Banggakah hakim Akhtar Tahir spesis seketurunan Mahathir
itu apabila menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Azmin? Jika inilah
kebanggaan mereka, saya percaya institusi dan integriti kehakiman kita
selayaknya dilabelkan sebagai mahkamah para beruk dan monyet sahaja. Apakah
bukan suatu keanehan selepas tragedi yang menimpa Tun Salleh, tiada satu kes
pun yang melibatkan pembangkang dimenangi oleh mereka?
YAA Tan Seri, Saya ingin bertanya kepada Tan Seri, apakah selepas tragedi yang menimpa Tun
Salleh Abas, hakim-hakim kini seperti sudah terkena badi? Seolah-olah
hakim-hakim kini seperti robot dan dirobotkan? Seolah-olah hakim-hakim kini
sudah kehilangan taring dan menjadi singa sarkas sahajakah? Sudah lupakah
Tan Seri akan prinsip pengasingan kuasa yang diasaskan oleh Montesquieu yang
menegaskan kepercayaan bahawa sebarang kuasa yang terpusat kepada seseorang
individu akan mengancam kestabilan rakyat dan negara kerana penyelewengan
dan penyalahgunaan kuasa yang akan wujud dan individu tersebut akan
cenderung untuk menjadi pelaksana undang-undang, menjadi hakim yang
membuat pengadilan dan keputusan dan menjatuhkan apa-apa hukuman menurut
kemahuannya? Dan sudah lupakah Tan Seri akan prinsip pengasingan kuasa
yang menegaskan bahawa badan eksekutif fungsinya hanyalah menjalankan kuasa
eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman? Apakah
semuanya ini hanya tinggal semangatnya di atas kertas yang bertulis sahaja?
Kenapa hakim-hakim menjadi terlalu takut untuk 'menghalang' kemahuan pihak
eksekutif dalam sesuatu penghakiman? Atau kerana hakim-hakim kini lebih
sayangkan tembolok dan perut mereka sahaja daripada mempertahankan yang hak?
Apakah kisah ngeri yang menimpa hakim Syed Ahmad Aidid beberapa tahun
dahulu masih menghantui mereka sehingga kebenaran dan keadilan terpaksa
dikorbankan? YAA Tan Seri, Perlantikan Tan Seri pada awal tahun ini oleh Majlis Raja-Raja telah
disambut dengan penuh harapan oleh segenap lapisan rakyat. Harapan rakyat
terhadap Tan Seri begitu tinggi untuk memulihkan semula wibawa institusi
kehakiman. Wibawa yang telah musnah dan dileburkan oleh anjing-anjing
hitam seperti Augustine Paul dan Ariffin Jaka. Wibawa yang telah dilacurkan
oleh Eusoff Chin dan Hamid Omar. Wibawa yang telah diporakperandakan oleh
pemimpin bernama Mahathir. Apakah Tan Seri mampu untuk memulihkan semula
wibawa itu dalam keadaan rakan-rakan Tan Seri sebelum itu lemas dalam asakan
dan tekanan untuk mempersetankan keadilan dan kebenaran? Apakah Tan Seri
mampu untuk memulihkan semula wibawa yang telah dilacurkan oleh Eusof Chin
dan Hamid Omar dahulu? Apakah Tan Seri mampu mengembalikan semula
keunggulan sistem keadilan kita ke tahap sepertimana yang dijunjung tinggi
oleh Tun Salleh Abas dahulu? Apakah Tan Seri memiliki tahap keberanian
sehebat Tun Salleh Abas, yang rela mengorbankan dirinya demi prinsip yang
dijunjung? Apakah Tan Seri memiliki jiwa seberani lima orang hakim
mahkamah agung yang 'terkorban' bersama Tun Salleh Abas dahulu?
YAA Tan Seri, Sebenarnya rakyat menanti dan memerhati dengan penuh teliti sikap dan
tindakan Tan Seri sebagai bukti. Selagi ianya tidak pasti, rakyat akan
menjadi resah di hati. Kewibawaan Tan Seri sebagai KHN tidak akan ada
bezanya daripada mereka yang sebelum Tan Seri jika tiada sebarang keputusan
yang berani dapat dibuat untuk memulihkan keadaan. Prestasi dan reputasi
para hakim dan institusi mahkamah kini masih berada di tahap longkang. Bau
busuk yang direnjiskan oleh Eusof Chin masih lagi menusuk ke lubang hidung
rakyat dan rasa mual serta loya mereka kepada pihak mahkamah masih tidak
jauh berbeda seperti sebelum ini. Apa perasaan Tan Seri kini atau Tan Seri
sendiri sudah tidak banyak pilihan yang ada untuk merobah keadaan? Jika
inilah keadaannya, saya percaya yang Tan Seri juga tidak mampu memiliki jiwa
besar yang berani. Seberani seperti seorang anak jantan yang sanggup
menongkah arus di tengah-tengah gelombang dan ancaman jerung yang ganas di
lautan yang gelap gelita dari sinar keadilan.
YAA Tan Seri, Di sana ada berjuta-juta mata yang sedang memerhati dengan penuh
berhati-hati akan tindakan Tan Seri selanjutnya untuk mengembalikan semula
kredibiliti hakim-hakim itu. Tindakan hakim Mohd Hishamuddin dalam
keputusannya beberapa hari lepas mungkin serba sedikit dapat menyinarkan
harapan yang kelam itu. Tetapi apabila pihak polis berjaya mendapatkan
perintah penangguhan di mahkamah persekutuan, bukankah ianya turut mencabar
maruah hakim dan mahkamah tinggi berkenaan? Bukankah itu menunjukkan hakim
seperti dipersendakan? Bukankah itu seperti mahkamah tidak lagi dihormati
dan dipatuhi? Bila ini terjadi, siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan?
Pihak polis kah yang tidak menghormati keputusan hakim itu atau sememangnya
hakim-hakim kini sudah tidak lagi dihormati oleh sesiapa pun termasuk oleh
polis sendiri? Apakah hakim-hakim kini sudah tidak mempunyai 'daulat' lagi
akibat kebangsatan mereka menurut telunjuk para bajingan politik yang tidak
siuman? Apakah kebebalan Augustine Paul dan Ariffin Jaka dahulu menjadi
titik rintis yang orang tidak perlu lagi menghormati hakim-hakim? Inilah
tugas berat yang patut Tan Seri menjawabnya!
Nabi kita, Muhammad s.a.w. telah memberikan suatu amaran yang keras dalam
suatu Hadithnya yang masyhur, 'Hakim itu ada tiga golongan. Satu sahaja
yang akan masuk syurga, manakala dua golongan lagi akan terjun neraka. Yang
akan masuk syurga ialah seorang hakim yang mengetahui kebenaran dan dia
memberi keputusan berdasarkan kebenaran itu. Hakim yang akan masuk neraka
ialah mereka yang tahu kebenaran tetapi berbuat zalim dalam keputusannya.
Begitu juga hakim yang membuat keputusan dalam keadaan ia jahil, maka juga
akan terjun neraka' Saya ingin mengingatkan bahawa seseorang hakim hendaklah membuat keputusan
dengan bijaksana, adil dan amanah dalam menjalankan tugas. Hakim juga
hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua pihak ketika di dalam
mahkamah. Apakah prinsip yang mulia begini diamalkan oleh hakim-hakim
sekarang ini? Kenapa dan mengapa hakim-hakim begitu kerdil dan gersang
jiwanya daripada merasa gerun dengan amaran Nabi s.a.w. itu? Apakah amaran
Mahathir Mohamed lebih hebat dan agung dari amaran Nabi Muhammad? (s.a.w.)
Apakah ancaman balasan neraka Nabi Muhammad (s.a.w.) terlebih ringan dari
aancaman dan balasan ?neraka? Mahathir Mohamed?
Kadang saya merasa hairan dengan sikap sesetengah daripada kita ini. Mengaku
beriman dengan Allah s.w.t , mengaku yakin dengan syurga dan neraka, mengaku
percaya dengan hari kiamat, tetapi nampaknya dalam tindak tanduk semasa
menjalankan 'amanah dan tanggungjawab' ke atas kepalanya itu lebih banyak
bertuhankan Mahathir Mohamed daripada bernabikan Nabi Muhammad s.a.w.
Ariffin Jaka misalnya, adalah suatu contoh yang malang dalam sistem
kehakiman negara ini kerana ketakutannya terhadap Mahathir Mohamed
membuatkan beliau marah dan benci apabila ada 'tertuduh' membacakan
ayat-ayat suci al Quran dan hadith Nabi Muhammad [s.a.w.] di dalam mahkamah.
Sampai begitu sekali Tan Seri? Sampai sebangsat itukah jiwa Ariffin Jaka
yang kununnya sewaktu menjawat jawatan hakim dahulu bersumpah setia mahu
menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran?
Saya percaya keadaan dan nasib malang sistem kehakiman negara kita tidak
akan berkesudahan daripada dirundung sebegini selagi hakim-hakim masih
memiliki jiwa bangsat yang begitu kerdil. Selagi hakim-hakim memiliki jiwa
hamba yang rela diperhambakan. Selagi hakim-hakim memiliki sifat dan budaya
yang membayangkan ketandusan ruh keberanian yang sepatutnya menjadi naluri
mereka. Selagi hakim-hakim menjadi bacul dan pengecut daripada menzahirkan
keberanian untuk mempertahankan prinsip keadilan. Selagi hakim-hakim lebih
rela dicerca dan dipandang hina oleh rakyat daripada digertak dan dijerut
leher mereka oleh tuan politik yang sedang berkuasa. Selagi hakim-hakim
lebih sayangkan perut dan tembolok mereka melebihi kepentingan keadilan dan
kebenaran. Selagi hakim-hakim mempersetankan keimanan dan ketakwaan mereka
kepada Allah s.w.t. dan kepercayaan masing-masing (bagi yang bukan Islam).
Maka selagi itulah walau siapa pun yang menjadi Ketua Hakim Negara, keadaan
tetap tidak akan berubah atau kelihatan seperti mahu berubah. Adakah Tan
Seri akan terasa pedas kalau cili yang dimakan itu ditelan tanpa dikunyah?
YAA Tan Seri, Terlalu ramai rakyat yang meletakkan sejuta harapan terhadap Tan Seri untuk
memperbetulkan semula kerosakan (bukannya kepincangan) yang telah berlaku di
dalam sistem kehakiman kita. Kerosakan yang bukan sahaja perlu di ?overhaul?
tetapi perlu digantikan seperti baru , dengan imej dan citra baru, dengan
visi dan misi baru, dengan harap dan harapan baru. Itulah kehendak rakyat
terbanyak. Betapa tinggi harapan yang menggunung, berat lagi bahu yang
menanggung, namun jika Tan Seri tidak memiliki jiwa sebagai seorang
pemberani, sebagai seorang yang berjuang dan berpegang dengan prinsip
keadilan dan kebenaran, maka harapan akan tinggal harapan sahajalah. Masa
yang akan berlalu akan meninggalkan Tan Seri dengan sejuta cemuhan dan
hinaan daripada rakyat yang kecewa. Maka dengan sebab itulah Tan Seri perlu
menoleh ke belakang dan lihatlah rakyat yang berdiri teguh untuk mendokong
Tan Seri. Apakah Tan Seri terfikir yang dokongan sejuta rakyat akan terlebih
rapuh dari sokongan seorang PM? Apakah Tan Seri terfikir apa yang terjadi
kepada Tun Salleh Abas? Bukankah beliau dibuang oleh PM tetapi ditatang
oleh rakyat, lalu mengangkatnya sebagai pemimpin mereka? Bukankah ini
sesuatu yang agung dan mulia? Dan Tan Seri lihatlah pula orang yang didokong
oleh PM tetapi cuma disanjung oleh taik-taik judi. Bukankah ini semua suatu
iktibar yang patut direnungi bagi mereka yang ingin mendapat pengajaran?
YAA Tan Seri, Dua belas hari sebelum persaraannya, hakim Dato' Sheikh Daud Hj Ismail telah
meninggalkan wasiat yang begitu bermakna kepada Tan Seri. Antara lain beliau
berkata; 'Di penghujung perkhidmatan saya dalam bidang kehakiman (12 hari lagi saya
akan pencen) saya berdoa (bukan permohonan writ saman tetapi berdoa
sesungguhnya) agar YAA Tan Seri dengan hidayah daripada Allah dan sokongan
daripada semua pihak membawa kembali kemegahan sistem kehakiman sepertimana
pada suatu waktu dahulu dan meletakkan kehakiman di tempatnya yang sebenar,
iaitu dihormati dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat termasuk
pihak eksekutif. Kebebasan kehakiman mestilah tidak dikompromi. Setelah
berkhidmat selama 37 tahun, saya merasakan yang saya layak untuk memberi
sedikit nasihat kepada para hakim. Janganlah menjadi 'yes man'. Jadilah
seorang 'hakim'. Berpeganglah kepada sumpah jawatan kamu untuk taat kepada
negara Malaysia, bukan taat kepada mana-mana individu. Jika kamu mahukan
rakyat hormati kamu, kamu terlebih dahulu mestilah hormati rakyat. Jika anda
mahu dihormati, anda hendaklah menghormati'.
Demikianlah harapan dan nasihat yang mulia dari seorang yang telah melalui
pahit getir sebagai seorang hakim. Namun malangnya di akhir perkhidmatannya,
beliau melihat begitu hodoh sekali rupa sistem kehakiman yang telah dinodai
oleh pihak eksekutif. Dan beliau telah melahirkan harapan yang tinggi agar
Tan Seri dapat merobah keadaan sebelum ianya menjadi terlebih buruk dan
hina. Hanya keberanian sahajalah yang dapat menjadikan seseorang itu
pemberani. Hanya keberanian sahajalah yang dapat menjadikan seseorang itu
sanggup menongkah arus dan melawan badai. Hanya keberanian sahajalah yang
dapat menjadikan seseorang itu wira dan pejuang yang bakal meninggalkan nama
yang harum di dalam masyarakatnya. YAA Tan Seri, Sebelum mengakhiri kalam, saya juga ingin melahirkan harapan sepertimana
hakim Dato Sheikh Daud tadi. Dan saya percaya bukan saya mengharap ianya
secara bersendirian kerana nun di sana jutaan rakyat yang memerlukan
perlindungan nyata terlebih tinggi pengharapan mereka untuk melihat apa yang
telah musnah dan roboh itu ditegakkan kembali. Hanyalah kecekalan,
keberanian dan jiwa besar sebagai seorang pejuang sahaja yang dapat
memungkinkan Tan Seri untuk pergi lebih jauh lagi meredah samudera yang luas
yang dipenuhi oleh jerung ganas yang sedang menggila itu. Namun saya
percaya, jika Tan Seri meletakkan Allah s.w.t. sebagai sebaik-baik
pelindung, barang apa jua yang diredhaiNya hasil niat hati kita yang ikhlas,
Insya Allah akan mendapat berkat dan kejayaan. Sesungguhnya dalam keadaan
sekarang, rakyat seluruhnya berada di belakang Tan Seri. Jadilah seorang
pemberani Tan Seri! Nyahkan kedurjanaan kuasa eksekutif dari berterusan
mencabuli apa yang bukan haknya! Salam Hormat dari, Cucu Datuk Bahaman Rencana Tambahan Editor: http://news.catcha.com/my/content.phtml?1&010&&
afpnews.cgi&cat=malaysia&story=010508091258.0pn2426r.txt
Malaysian judge lets police delay detainees' court
appearance KUALA LUMPUR, May 8 (AFP) - Malaysian police Tuesday obtained a last-minute
stay against a judge's order that they bring to court two opposition activists who have
been detained without charge for four weeks.
Last Friday Judge Mohamad Hishammuddin Mohamad Yunus ordered police to produce
the pair in Shah Alam high court, west of Kuala Lumpur, on Tuesday morning.
Before that hearing began, lawyers for police chief Norian Mai went to federal court
judge Abdul Malek Ahmad, who granted them a six-day interim stay against the order.
The full federal court, which is not sitting this week, will next Monday hear police
objections to the lower court's order.
N. Gobalakrishan and Abdul Ghani Haroon, both officials of the opposition National
Justice Party (Keadilan), were arrested on April 10th and 11th under the controversial
Internal Security Act (ISA), which allows indefinite detention without trial.
They have been held in a secret location and denied visits from family or lawyers.
Judge Hishammuddin had ordered they be produced in court Tuesday while lawyers
continue a habeas corpus application to secure their release.
Hishammuddin said "the right to be present is a constitutional right" and refused to
grant lawyers for the police a stay against his order.
An opposition leader urged police to drop their objections to producing the pair in court.
Lim Kit Siang, chairman of the Democratic Action Party, said in a statement that this
would dispel fears that police might be covering up abuse of the detainees.
Defence counsel Sivarasa Rasiah told reporters the habeas corpus hearing at Shah
Alam would be adjourned until next week pending the federal court's decision.
"This is just an interim order which preserves the status quo. The real arguments will
be on Monday as to the correctness or otherwise of (Hishammuddin's) order," he said.
The two are among 10 supporters of jailed ex-deputy premier Anwar Ibrahim who have
been arrested under the widely-criticised ISA.
Last month another high court dismissed habeas corpus applications by five other
detainees on the grounds that courts had no power to challenge arrests by police under
the ISA. Prime Minister Mahathir Mohamad and police chief Norian Mai have said Anwar's
supporters planned to use explosives and weapons in street demonstrations to topple
the government. No evidence of this has so far been made public.
Anwar, who is serving 15 years in jail for abuse of power and s###my, has described
his detained supporters as "victims of vindictiveness."
Rights group Aliran reiterated its call Tuesday for all detainees to be released and for
the repeal of the ISA, which it described as a "despicable instrument of authoritarian
rule." It said it was "totally unreasonable and unacceptable" for police to bar the Human
Rights Commission of Malaysia (Suhakam) from visiting the detainees, adding this
raised fears about their safety. "The longer it takes for an independent body to ascertain the truth... the stronger will be
the public suspicion that the ISA detainees cannot be visited and cannot be produced in
court because they have in fact been brutalised," it said in a statement.
Aliran urged Suhakam to reject "lame explanations" from the police and assert its legal
rights to visit the detainees. Police since last week allowed family visits to four ISA detainees, with a fifth to be
permitted to see his family later Tuesday.
|