Laman Webantu KM2A1: 4430 File Size: 12.1 Kb * |
TAG SP 108: Reformasi Sistem, Hentikan Diskriminasi By P. Ramasamy 10/5/2001 9:56 pm Thu |
TAG 108 [Masalah pendidikan yang berbaur perkauman sebenarnya telah
lama kerana ia telah dipolitikkan untuk menjaga masa depan Umno.
Malah ia semakin bermasalah lagi kerana menteri pelajarannya asyik
bertukar kerana tidak mengikut citarasa diktator yang melantiknya.
Inilah satu-satunya kementerian yang seolah-olah menjadi paspot
tradisi untuk menjawat jawatan tertinggi dalam negara sehingga
ramai yang tertipu bahawa itu bukan jaminan sebenar-benarnya tetapi
lebih kepada untuk menduga menterinya.
Apa yang menarik menteri pendidikkan baru(a) ini telah menyusahkan
ramai orang termasuk rakan BN juga. Dengan tercetusnya krisis ini
beliau nampaknya akan semakin teruji lagi sedangkan isu SRJKC dulu
masih belum selesai. Lain kali jangan tunjuk pandai jika masih
di tahap kaldai. Selagi politik mengawal pendidikkan masalah tidak
akan selesai kerana rakyat sudahpun cukup pandai.
- Editor] Oleh P. Ramasamy Kuala Lumpur - Politik yang berdasarkan kaum di Malaysia telah menyebabkan
keadaan yang haru-biru di dalam sistem pendidikan pada amnya dan
universiti-universiti khususnya. Sebagai contoh, pengambilan masuk
pelajar-pelajar universiti dan pelantikan pensyarah-pensyarah, ketua-ketua
pentadbiran dan lain-lain tertakluk kepada polisi-polisi dan garis panduan-
garis panduan yang memberikan kelebihan kepada orang-orang Melayu dan
mengenepikan bukan Melayu. Malah, selama beberapa tahun, universiti-universiti di dalam negara ini,
terutamanya institusi pengajian tinggi Awam, seolah-olah berfungsi hanya
sebagai tempelan kepada kerajaan. Akhir-akhir ini telah bising diperkatakan
di Malaysia tentang hakikat bahawa golongan bukan Melayu yang memperolehi
keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia -
yang setaraf dengan O-level - telah dinafikan kemasukan mereka ke
universiti-universiti. Terdapat beberapa kes di mana pelajar-pelajar yang mendapat semua A di dalam
mata-mata pelajaran yang diambil telah ditolak kemasukannya tanpa sebarang
alasan. Walau bagaimanapun, secara umumnya adalah dipercayai bahawa
pelaksanaan sistem kuota di universiti-universiti telah menghalang pihak
yang berkuasa dari memberi pertimbangan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu,
terutamanya mereka dari aliran sains. Yang menghairankan adalah apabila terdapat satu atau dua universiti yang
telah membenarkan pengambilan pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidakpun
memperolehi keputusan yang mengkagumkan seperti yang lainnya. Mengapa
pelajar-pelajar ini diterima masuk adalah tidak jelas. Sesetengah pakar
pendidikan berpendapat bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu yang kurang
berkelayakan diterima dengan tujuan untuk mengurangkan persaingan yang
sengit dengan pelajar-pelajar Melayu.
Biarpun kerajaan mengambil berat akan penolakan masuk pelajar-pelajar bukan
Melayu dengan kejayaan yang baik itu, adalah tidak diketahui bagaimana ia
akan memulihkan keadaan tanpa menjejaskan sistem kuota kaum yang telah
berjalan sekian lama di universiti-universiti. Pendidikan adalah satu bidang
yang agak sensitif buat kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang
ini. Terlalu banyak penekanan terhadap pengambilan masuk pelajar-pelajar
Melayu akan menyinggung masyarakat Cina dan India. Dan kelompok masyarakat
inilah yang bertanggungjawab memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang
ada sekarang melalui undi mereka di dalam pilihan raya umum yang lepas.
Walaupun pengambilan masuk pelajar-pelajar universiti berdasarkan satu
pecahan di mana bangsa Melayu dibenarkan sehingga merangkumi 55% dari
kumpulan itu, pengagihan sebenar pelajar-pelajar telah menjadi satu perkara
yang amat dititik-beratkan oleh para ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu.
Pecahan tertentu ini tidak menerangkan bagaimana pelajar Melayu dan bukan
Melayu akan diagihkan ke dalam pelbagai jabatan dan fakulti-fakulti.
Melalui sistem kuota dalaman universiti-universiti, terdapat kecenderungan
untuk menghadkan bilangan pelajar-pelajar bukan Melayu di dalam
jabatan-jabatan yang strategik seperti perubatan, pergigian, undang-undang,
perniagaan dan sains komputer. Seperti biasa, ramai pelajar-pelajar bukan
Melayu yang tidak diterima mengikut bidang yang dipohon dan akhirnya mereka
hanya menjalani pengajian di dalam bidang-bidang kemanusiaan dan sains
sosial. Kementerian Pendidikan perlu bersikap terbuka dan tampil memberikan
penjelasan berkaitan dengan perkara ini kepada umum. Ia tidak sepatutnya
terus mengamalkan sikap berat sebelah di dalam pengambilan pelajar-pelajar,
berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ketinggalan zaman yang telah
dihasilkan sewaktu zaman yang hangat dengan politik perkauman pada tahun
1960an dan awal 1970an. Pelajar-pelajar yang baik, tanpa mengira kaum, perlu diberi tempat di
universiti-universiti awam kerana tidak semuanya mempunyai kemampuan dari
segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sistem Apartheid
mesti dihentikan supaya generasi muda di negara ini dapat mengambil bahagian
di dalam sistem yang lebih besar dan, dengan itu, menyumbang ke arah
kesejahteraan negara. Seperkara lagi yang membimbangkan berkenaan dengan universiti-universiti
awam di negara ini adalah kaedah yang digunakan di dalam pelantikan
pensyarah-pensyarah. Dengan penggunaan polisi langkah-mengiyakan yang tidak
kena pada tempatnya itu, pihak universiti lebih mengutamakan pengambilan
pensyarah-pensyarah Melayu. Bahkan terdapat banyak jabatan-jabatan yang
tidak langsung mempunyai pensyarah-pensyarah bukan Melayu, apatah lagi yang
dilantik ke bidang pentadbiran. Selama beberapa tahun, dengan diskriminasi yang terang-terangan terhadap
pensyarah-pensyarah bukan Melayu, universiti-universiti dipenuhi
kebanyakannya dengan kakitangan-kakitangan berbangsa Melayu. Di dalam hal
ini, tidak banyak bezanya di antara universiti-universiti dengan
jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.
Ada kebaikan di dalam polisi langkah-mengiyakan yang diambil oleh kerajaan
pada awal tahun 1970an. Namun prinsip ini sepatutnya tidak menjadi satu
langkah yang menafikan peluang-peluang kepada kumpulan-kumpulan kaum yang
lain. Cara pembahagian wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam kerajaan telah
banyak dipersoalkan dan ini telah membawa kepada masalah yang timbul
sekarang. Hanya sekarang baru kita saksikan parti-parti politik seperti MCA, Gerakan,
MIC dan lain-lainnya secara tiba-tiba mengambil berat akan masalah yang
telah berlarutan selama beberapa dekad, disebabkan oleh sikap mereka yang
mendiamkan diri sekian lama dan dasar politik 'angguk' mereka.
Rencana Asal: Reform system, end discrimination
by P. Ramasamy For instance, the intake of university students and the
appointment of lecturers, administrative heads and others have
been subjected to policies and guidelines that give predominance
to Malays and exclude non-Malays. In fact, over the years, universities in the country, especially
the public ones, have functioned as though they
were mere appendages of the government.
Lately, there has been much hue and cry in Malaysia over the fact
that non-Malays who obtained excellent passes at the Sijil
Pelajaran Malaysia examinations - the equivalent of O levels -
were denied entry into universities. There were cases of students obtaining all As in their subjects
but were denied entry for unknown reasons.
Anyway, it is believed generally that the operation of a quota
system in universities has prevented the authorities from giving
consideration to non-Malay students, especially in the science
stream. The irony is that one or two universities actually allowed the
intake of non-Malay students who did not obtain
impressive results like the others. But why these students were taken in is unclear. Some educational
experts think that less qualified non-Malay students were accepted
so as to reduce stiff competition with the Malays.
While the government is concerned about the rejection of non-Malay
students with excellent qualifications, it is not known how it is
going to rectify the situation without upsetting the prevailing
ethnic quota system in Education is one area that the present Barisan Nasional government
is quite sensitive about. Too much emphasis on the Malay intake
might upset the Chinese and Indian communities. And these are the
communities that were mainly responsible for voting the present
government to power in the last general elections.
Although the present intake of university students is based on a
ratio that allows Malays to make up 55 per cent of the group, the
actual distribution of students seems to be the main concern of
non-Malay parents. This particular ratio does not tell how Malays and non-Malays will
be distributed in the various departments
and faculties. Given the universities' internal quota system, there has been a
tendency to restrict the number of non-Malay students in strategic
departments such as medicine, dentistry, law, business and
computer science. Invariably, many non-Malay students are not accepted into the
disciplines they applied for and they end up doing humanities and
social sciences. The Ministry of Education needs to come out in the open and
explain matters to the public. It cannot go on practising double
standards in the intake of students, based on some outmoded
criteria that were hatched in the heat of racial politics in the
1960s and early 1970s. Good students, regardless of their racial origin, must be given
places in public universities simply because not all of them have
the financial wherewithal to study abroad.
The system of apartheid must be stopped so that the younger
generation in the country can develop a stake in the larger system
and, thereby, contribute to the well-being of the country.
The other worrisome aspect of public universities in the country
is the nature of the appointment of lecturers.
Given the misplaced application of the affirmative-action policy,
universities tend to employ only Malay lecturers.
In fact, there are many departments that do not even have
non-Malay lecturers, let alone those with administrative
appointments. Over the years, given the overt discrimination against non-Malays,
universities have become staffed predominantly by Malays. In this
respect, there is not much difference between universities and
government departments in the country.
There is merit in the affirmative-action principle adopted by the
government in the early 1970s. But this principle should not become a means of denying
opportunities to other ethnic groups. It was largely the unquestioning nature of the non-Malay
representatives in the government that contributed to the present
state of affairs. Only now are we witnessing political parties such as the Malaysian
Chinese Association, Gerakan, the Malaysian Indian Congress and
others suddenly awakening to a problem that has been there for a
few decades, caused unwittingly by their long years of silence and
'yes-man' politics. |