Laman Webantu KM2A1: 4432 File Size: 25.5 Kb * |
TAG SP 109: Majlis Untuk Augustine By Brando Pereiro 10/5/2001 10:52 pm Thu |
TAG 109 [Sila maklum rencana ini adalah sketsa sahaja.... kerana di negara
Malaysia kebebasan bersuara memang ada tetapi tidak ada kebebasan selepas
bersuara. Seperti biasa sebarang masalah atau kekurangan sambutan dan sokongan
terhadap kerajaan BN akan dipalitkan puncanya kepada musuh kerajaan BN sahaja...
- Editor] Laporan: Brando Pereiro, Kuala Lumpur.
Majlis yang dianjurkan itu memang sungguh berwarna-warni. Dihadiri oleh
tetamu yang ternama dan termasuklah semua nama besar dalam masyarakat
guaman. Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul memang diraikan untuk menerima
satu anugerah khas Perdana Menteri yang bernama 'Anugerah Penghakiman
Gemilang" Di samping itu dia akan menerima satu lagi anugerah yang khas
diberi nama 'Judge Obedience de Puppeto" (ini adalah rangkuman dua bahasa
Italiano-Feranco, kalau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bolehlah disebut:
Hakim Badut Yang Paling Pengikut). Anugerah tambahan itu merupakan yang
julung-julung kali dihadiahkan kepada mana-mana hakim di negara ini. Pihak
Polis Diraja Malaysia pula akan tumpang sekaki untuk memberikan hadiah khas
juga kepadanya. Anugerah itu diberi nama "Medal Gullibo In Supido" (dalam BM
bolehlah disebut juga sebagai 'Medal Pelahap yang Bengong') Pemberian PDRM
ini adalah kerana mengenang jasa beliau yang bersedia memberikan kerjasama
dan kesabaran terhadap anggota PDRM. Apabila melihatkan banyaknya kurniaan
yang diberikan kepada hakim ini, Jabatan Ketua Peguam Negara pula yang
bernama "Justice Prejudice La Extraordinaire" (dalam BM bolehlah disebut
Hakim Prejudis Luar Biasa). Hadiah itu adalah sebagai cenderahati kepada
kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi di sepanjang sesi mahkamah itu.
Tetamu Kehormat majlis itu ialah Dr. Mahathir Oleh kerana menjangkakan
penyertaan ramai tetamu pada malam itu, penganjur majlis telah mengatur agar
pengurusan Putra World Trade Centre menyediakan tempat duduk untuk empat
ribu orang tetamu jemputan. Hampir semua manusia yang merupakan warga
penghakiman dan guaman termasuklah, peguam, pendakwa, hakim, perangka
undang-undang, pegawai polis dan juga keseluruhan anggota kabinet telah
dijemput untuk meraikan majlis itu. Ruang dewan memang disolek dengan hiasan
belon yang bergantungan dan alat-alat kerlipan untuk memberikan suasana yang
meriah pada majlis itu. Krew TV dan radio serta wartawan memang sedia
menantikan majlis itu bermula untuk merakamkan suasana yang sungguh meriah
itu. Tetapi, semakin hampir waktu majlis itu sepatutnya dimulakan, ada sesuatu
yang semacam tidak kena pada malam itu. Barisan tempat duduk di hadapan
memang dikhaskan kepada rakan-rakan setugas Paul. Malangnya,{Hakim RK
Nathan}, {Sri Gopal Ram}, Lamin Yunus, Abdul Wahab Patial dan seorang hakim
Mahkamah Tinggi yang baru {Mokhtar Abdullah} yang menghadirkan diri. Ketua
Hakim Negara yang baru bersara {Tun Eusoff Chin} ada turut serta, tetapi
mana menghilangnya Ketua Hakim Negara yang baru Dzaiddin? Kenapakah dia
begitu berani menghilangkan dirinya? {Ariffin Jaka} kelihatan duduk
bersendirian, memandang lantai dan mempamerkan wajah yang pucat langsai,
seolah-olah hadiah itu semua sepatutnya dialah yang menerimanya. Dia muncul
itu pun kerana dijanjikan satu hadiah saguhati.
PDRM telah diwakili oleh KPN Norian Mai dan bekas KPN Rahim Noor, dan
merekapun kelihatan bingong duduk di antara kerusi yang banyak kosong. Di
kalangan menteri, yang datang cuma Menteri Kehakiman, Rais Yatim bersama
yang menteri yang taat setia, Ling Liong Sik dan yang berlagak sendirian
Samy Velu. Barisan yang dikhaskan untuk warga guaman mempunyai seorang
peguam sahaja, Rajasegaran; yang menjadi terkenal kerana tindakan guamannya
terhadap Majlis Peguam. Ada juga beberapa orang isteri yang turut serta
menemani suami mereka. Namun, pada keseluruhannya galeri orang kenamaan
memang kelihatan kosong dan suram tanpa ramai para jemputannya.
Di bahagian tempat duduk jemputan orang awam, keadaan nampak lebih ceria
lagi. Satu kumpulan pelajar daripada {Augustine Paul School of Puppet
Judges} - (kalau dalam BM bolehlah disebutkan sebagai Akademi Hakim Badut
Augustine Paul) - memenuhkan satu ruang tempat duduk di situ. {Sekolah
Tukang Ampu Rafidah Aziz @ Rafidah Aziz School of Ball Carriers} turut
diwakili oleh sepuluh orang pelajar walaupun pengetua sekolah sedang berada
di seberang laut. Azizan Abu Bakar kelihatan asyik mendengarkan celotehan
Ummi Hafilda, mungkin mahu mengingati setiap nasihat daripada perempauan
yang semakin montel itu walaupun pakaian barunya tidak mampu menyorokkan
lemak yang semakin bertapuk dalam badannya.
Mahathir memang dijangka muncul bila-bila masa sahaja seperti yang
dibayangkan oleh penganjur yang kelihatan gelisah tidak keruan. Mereka sibuk
bercakap di telefon menghubungi sesiapa sahaja yang termampu dan memujuk
sesiapa saja yang menerima panggilan mereka itu . "Mana dia Pemuda UMNO?,
Mana dia Pemuda MCA?, Mana dia Wanita UMNO?", Apa halnya dengan Puteri
UMNO?, Cepaaaat! bawa Siti Norhaliza ke sini! Apakah awak tidak bayar
petugas kilang dan anak-anak sekolah untuk hadir?, Cepat, bawa sesiapa saja
ke sini, Tolonglah! Lim Kit Siang pun awak pujuklah!!! Tolonglah!..
ayooooohhh!!!!" Demikianlah paniknya dan terdesaknya panggilan telefon
yang mereka buat untuk mencari sesiapa sahaja agar datang meraikan
majlis itu. Suara terdesak itu semakin kedengaran di sebalik segala
bisik-bisik yang menyelubungi seluruh ruang dewan itu.
Sudah terlambat semua itu. Tiba-tiba daun pintu besar terbuka membolehkan
Perdana Menteri menunjukkan muka. Dia diikuti oleh rombongannya yang
diiringi oleh kebisingan hingar-bingar yang ketara bunyinya. Apakah bunyi
bising itu datang daripada mulut-mulut manusia yang akan memenuhi ruang
dewan itu? Tetapi, kenapakah mereka menjeritkan "reformasi!" DAN "Undur
Mahathir!!" Pintu besar itu ditutup rapat dan diselak kuncinya.
Sebaik saja semua jemputan yang hadir duduk, juruacara telah menyambut
kedatangan mereka sambil meminta maaf kerana suasana dewan yang lengang.
Beliau memberikan alasan ramai tetamu jemputan sengaja takut untuk hadir
pada majlis itu kerana takutkan kumpulan reformasi yang tunjuk perasaan yang
mungkin bersenjatakan mortar, bom molotov, dan pelancar roket. Ada juga
jemputan yang ketawa kecil tertahan-tahan, kerana merasa sedikit kelucuan.
Namun, juruacara terus menampilkan wajah yang serius sahaja sambil
mempersilakan tetamu kehormat menyampaikan ucapannya.
Dr. Mahathir yang kelihatan berang bercampur keletihan itu mengangkat
mukanya untuk melihat keadaan ruang duduk yang hampir lengang. Dia memulakan
ucapan dengan menuduh dengan garangnya semua parti pembangkang kerana
menyebabkan kedatangan jemputan yang memeranjatkannya. "Pihak pembangkang
mesti sudah mengugut dan menyogok orang ramai agar tidak datang menghadiri
majlis ini," demikian celuparnya kata-kata yang meletup dari mulutnya.
Kemudian dia memuji Augustine Paul kerana wataknya sebagai seorang hakim
yang patut dicontohi. "Inilah dia seorang {hakim contoh}.. dia menjalankan
tugasanya dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan kerajaan - kalau ada
pun dia berbuat kesilapan, itu adalah kadangkala disebabkan penghakimannya
yang tidak masuk akal.. tetapi ini adalah kerana sifatnya yang memang
luarbiasa kerana mahu mengampu., satu hari nanti semua hakim negara ini akan
mempunyai sifat seperti ini. Sekali sekala orang yang hadir itu bertepuk
juga seolah-olah menyetujuinya, sambil Ling Liong Sik kerap berdiri untuk
menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bagi.
Kemudian, tibalah masanya Augustine Paul berucap. Ketika dia melangkahkan
kaki ke tempat berucap, pembesar suara memainkan lagu berjodol "Tie Me
Kangaroo Down, Sport" (Ini lagi orang Australia ketika bermain ragbi-
penterjemah) sebagai iringan langkah kakinya. Apabila muzik berhenti,
Augustine Paul telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
"hamba sahaya ini". Dia berkata: "Warga penghakiman seharusnya menaruh
sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Eksekutif Negara. Sesiapa yang
didakwa kerana aktiviti anti-kerajaan MESTI dihukum. Perdana Menteri sebagai
Ketua Eksekutif mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan untuk menangkap
sesiapa tanpa perbicaraan. Adalah mencemarkan ikrar penghakiman untuk
menyanggah hak itu.. Suhakam harus tutup mulut. Dr. Mahathir adalah
pemberian Tuhan kepada negara ini." Begitulah Augustine meleret-leret dalam
ucapannya. Para jemputan semakin malu mendengarkan ucapannya itu. Dia
mengakhiri ucapannya dengan satu ikrar yang diucapkan dengan penuh
bersemangat: "Janganlah tanya apa yang anda boleh sumbangkan kepada rakyat
jelata, tanya apa yang anda boleh sumbangkan kepada Eksekutif Negara!"
diapun melangkahkan kaki untuk mendapatkan kerusinya, dengan iringan muzik
yang sama ketika dia mahu berucap itu.
Majlis telah diserikan oleh satu pertunjukan permainan patung. Pertunjukan
itu melibatkan satu patung yang memakai cemara-hakim dan pakaian gebar
seorang hakim yang sedang terkinja-kinja menarikan irama yang diminati oleh
tuannya. Kemudian pelajar-pelajar daripada 'Augustine Paul School of Puppet
Judges' melakonkan semula babak-babak tertentu dalam kes penghakiman ke atas
Anwar Jeritan "Tidak Relevan" telah menyelubungi suasana dewan. Beberapa
babak lakonan telah ditontonkan bagaimana Hakim Paul berjuang mati-matian
mempertahankan ketegasannya menentang segala kebenaran dan kenyataan yang
dikemukakan di hadapannya, semata-mata kerana dia mahu membuat keputusan
yang telah dirancangnya. Pertunjukan hiburan itu diakhiri dengan satu
deklamasi solo di mana penghukuman yang mengampu dan bersifat pro-kerajaan
telah dirakamkan oleh Paul, ketika mendengar kes beberapa tahanan ISA yang
membabitkan isu 'habeas corpus'. Deklamasi itu telah dipersembahkan laksana
satu lakonan opera Shakespeare. Selepas itu tibalah upacara menyerahkan anugerah. Sambil tepukan dan pujian
yang sederhana, setiap anugerah itu didedahkan sebelum diserahkan kepada
Augustine Paul. Anugerah istimewa daripada Perdana Menteri itu merupakan dua
ekor kangaroo yang dibuat dengan gangsa, yang menyokong sebuah mahkota yang
berwarna keemasan. Pada mahkota itu ada perkataan 'PM' terukir menonjol
dengan ketaranya. Anugerah sebagai 'Hakim Badut Yang Setia' pula merupakan
patung yang dibuat daripada kayu dan berbentuk lembaga yang ada tali terikat
pada beberapa tali. Patung kayu itu memakai pakaian seorang hakim yang
memegang satu martul (penukul) di tangannya. Tali yang diperbuat daripada
perak itu boleh menggerakkan kepala dan lutut patung itu dan membolehkannya
tertunduk-tunduk dan melutut mengikut orang yang menggerakkan tali yang
tergantung. Ada satu punat tersorok yang boleh ditekan-tekan. Punat ini
apabila ditekan membolehkan patung itu mengeluarkan suara "tidak relevan"
dengan garangnya dan martul itu pun akan menghentak satu kepala yang
tiba-tiba tersembul keluar untuk menadah penangannya.
Medal polis untuk anugerah "Pelahap Yang Bongok" itu merupakan satu pingat
perak yang terukir perkataan 'Goofy' (nama seekor anjing bodoh dalam Siri
Disney). Di bahagian sebelah yang lagi satu terukir pula kata-kata: "Kepada
Polis Kita Berikan Kepercayaan. Darinya Kita Terima Segala Alasan." Hadiah
untuk "Hakim Prejudis Luar Biasa" itu pula dibuat dengan rupa 'Dewi
Keadilan' yang memegang satu neraca yang senget di tangan kirinya, sambil
tangan kanannya di letakkan kepada bibirnya seolah-olah memberikan isyarat
shhhhh. Tanpa sebarang lilitan penutup matanya, Dewi Keadilan itu memakai
satu penampal yang menempek satu matanya sebagai simbol bagaimana keadilan
sengaja diabaikan seolah-olah satu perkara yang tidak boleh dilihat. Satu
kain selempang yang bertulis "TIDAK RELEVAN" melengkapi pakaiannya.
Augustine Paul nampak begitu ceria Setiap kali dia menyambut hadiah dan
anugerah daripada Mahathir. Apatah lagi dengan adanya sinaran cahaya dan
kilauan pantulan lampu jurufoto dan televisyen yang merakamkan upacara itu.
Dia begitu terharu dengan segala pemberian itu sehinggakan terbawa-bawa
dengan kelakuan membongkok-bongkok, tertunduk-tunduk dan lutut-melutut dan
diperhatikan oleh Mahathir dengan perasaan bangga dan ceria sambil semua
gelagat mereka itu dirakamkan oleh kamera untuk sejarah negara. Orang ramai
membuat komen selepas itu betapa upacara itu adalah satu lambang bagaimana
warga kehakiman negara sudah bertukar peranan menjadi khadam dan hamba
sahaya kepada ketua negara yang berlagak laksana maharajah.
Kemudian, tibalah giliran Ariffin Jaka menerima hadiah saguhatinya. Mahathir
telah berucap sedikit dengan memberikan sindiran tajam betapa Ariffin
"sepatutnya melindungi ketua negara daripada diaibkan, namun beliau telah
memberikan satu {penghukuman yang tepat} akhirnya." Hadiah Ariffin itu
berbentuk ukiran tiga ekor beruk; satu ekor menutup matanya dengan tangan,
satu ekor menutup mulutnya dengan tangan dan yang seekor lagi itu melekapkan
telinga dengan tangannya. Ukiran itu dibuat dengan plastik murahan dan
disapu cat berwarna perak. Ia merupakan satu kiasan untuk mengingatkan
seseorang manusia kepada hubungannya dengan penghakiman dan ketua negaranya.
Apabila upacara itu selesai, para wartawan telah mengerumuni Augustine Paul
untuk bertemuramah. "Tuan, apakah anda percaya dengan pengadilan yang tuan laksanakan?"
"Nanti dulu. apakah saya percaya adanya udara yang saya sedut ini?"
"Tuan Hakim, apa pandangan kawan-kawan sekerja anda sekarang?"
"Mereka boleh pergi jahanam. Saya sudah ada ramai kawan-kawan baru dan
berkuasa di jawatan yang tinggi-tinggi."
"Sebagai seorang Katholik, apa pandangan anda terhadap Tuhan dan kedudukan
anda di hari di dunia yang lagi satu.?"
"Ha! Aku akan bohongi iblis dan aku akan taubat sebelum mati."
"Macam mana anda boleh tidur pada malam hari?"
"Orang mengira kambing biri-biri, saya kira wang ringgit.."
Pintu besar pun dibuka dan Augustine Paul telah diiringi untuk menunjukkan
muka pada pancaran suria. Kemunculannya itu disambut dengan laungan
reformasi pada mulanya yang bertukar bunyi kepada "hakim pariah, hakim
pariah." Pelbagai jenis lambang sumpah seranah dibaling ke arahnya
termasuklah kasut, selipar, tin minuman dan juga telur tembelang. Dia telah
dibantu memasuki sebuah kereta untuk menyelamatkan dirinya.
Rencana Asal: An Augustine Event SEACHANGE NEWS - 05 May 2001 Reported by Brando Pereiro in Kuala Lumpur.
A Pro-Establishment Judge Decorated in a Bizarre Event that
Blurred the Line Between Accolade and Mockery
It was to be a gala occasion, a grand event attended by dignitaries
and luminaries of the legal fraternity. High Court judge Augustine
Paul was to be feted and awarded the prestigious "Prime Minister
Award for Judicial Excellence". In addition to this distinction, he
will be the first recipient of the newly created "Judge Obedienco de
Puppeto " award for outstanding service to the government. And as
if this is not enough, the Royal Malaysian Police will be presenting
him with an impressive sounding "Medal Gullibo in Stupido" for the
unusual tolerance he has shown towards the police force. Not to be
outdone, the Attorney-General Office hastily cobbled together an
award it called "Justice Prejudis La Extraordinaire" in recognition
of Paul's unwavering loyalty to the cause of the prosecution.
The guest of honour was none other than Dr. Mahathir himself.
Expecting a huge crowd, the largest hall in the famous Putra World
Trade Centre with a seating capacity of four thousand was pressed
into service. Practically everybody of any note in the judiciary and
law enforcement fraternity including lawyers, prosecutors, judges,
lawmakers and police officers were invited as were the entire
Cabinet. Balloons and tinsel decked the hall giving it a festive
atmosphere. Television crew and journalists stood by to record this
august event. As the time drew closer to the official opening, something was not
quite right. The huge hall was not filling up as expected. There was
Paul's peers seated in the front row, but disappointingly only Judge
RK Nathan, Sri Gopal Ram, Lamin Yunus, Abdul Wahab Patail and
the newly elevated Mohtar Abdullah had shown up. Retired Chief
Justice Tun Eusoff Chin was among them, but where was the new
Chief Justice Dzaiddin? He could be so disrespectful to stay away
could he? Ariffin Jaka was sitting by himself, his eyes downcast
and sullen looking as if the honour should have been his. He had
only shown up because he was promised a consolation prize.
The police force was represented by IGP Norian Mai and ex-IGP
Rahim Noor and they seem lonely sitting among the empty seats.
As for government ministers, only Law Minister Rais Yatim, the
ever-obedient Ling Liong Sik and the dogmatically loyal Samy
Vellu were holding the fort. The space reserved for lawyers had
one lone attendant, a bewildered looking Rajasegaran who had
gained famed by his lawsuits against the Bar Council sitting
uncomfortably by himself. A few wives were with their husbands but
on the whole the VIP gallery looked sparse and forlorn.
The public seats were looking better. A team of students from the
Augustine Paul School of Puppet Judges filled a sizeable pocket.
The Rafidah Aziz School of Ball Carriers sent a delegation of ten
students but their headmistress was away on a foreign trip. Azizan
Abu Bakar was spotted listening intently to Ummi Hafilda, probably
devouring words of advice from the plump woman whose lavish
clothes could not hide her new fat. Among them a group of drivers
of the dignitaries sat impassively. Mahathir was due anytime soon and the organisers were getting
frantic. They picked up the phone and screamed at whoever was
unfortunate enough to be at the other end of the line. "Where's
Umno Youth? Where's MCA Youth? Where's Wanita Umno? What
about Puteri Umno? Get Siti Norhaliza here prompto! Didn't you pay
for school children and factory workers to come? Get ANYBODY
here, please! Even Lim Kit Siang!!?aaiiyohhh?" And the torrent of
frenzied yelling and pleading rose audibly above the muted
whispers in the carnivorous hall. But it was too late. The great doors opened and in swept the prime
minister's entourage, bringing with it the din and commotion of noisy
crowd outside. Was this the crowd which would fill up the hall and
save the day? But they were yelling "reformasi!" and "Mahathir
resign". The doors were hastily closed and bolted.
When the dignitaries were seated the master of ceremony
welcomed all those present and apologized for the poor turnout. He
postulated that many guests were afraid to attend this event due to
fear of the reformasi demonstrators who may be armed with mortars,
molokov c##ktails and rocket launchers. At this a titter went through
the audience who no doubt found this amusing. However the
speaker put on a brave face and called for the guest of honour to
give his speech. Dr. Mahathir looking grim faced and tired stared down the vast hall
past the sparse pockets of people to the endless tiers of empty
seats beyond. He began his speech by blaming the opposition
parties harshly for the poor turnout. "The opposition must be
threatening and bribing people not to attend this event", he
thundered. Then he went on to praise Augustine Paul for being a
good judge with who should be emulated. "Here is an exemplary
judge?he dispenses justice with the interests of the government in
mind?if at all he has any fault, it is that sometimes his judgements
are not too logical?but this is due to his extraordinary desire to
please?someday all judges will be made this way". As he droned
on, the audience clapped politely at key points with Ling Liong Sik
standing at times to show his enthusiasm.
Then it was time for Augustine Paul to give his speech. The
loudspeakers blared the tune from Tie Me Kangaroo Down, Sport
as he made his way to the rostrum. When the music faded he
thanked Mahathir profusely for his high praise for "this unworthy
pimp". He said, "The judiciary must have complete and total trust in
the wisdom of the Executive. Anybody charged with
anti-government activities MUST be convicted. The Executive has
the unquestionable right to detain people without trial. It is
sacrilegious to question this right?Suhakam should shut-up?Dr.
Mahathir is God's gift to the nation" On and on he his fawning
speech went as an embarrassed silence filled the hall. He
concluded by declaring emphatically, "Ask not what you can do for
the public, ask what you can do for the Executive!" As he made his
way back to his seat strains of Tie Me Kangaroo Down, Sport
floated through the hall again. The monotony of speeches was broken by some light entertainment
in the form of a puppet show. This featured a puppet wearing a
judicial wig and judicial robes dancing and jerking to his master's
tune. Then students from the Augustine Paul School of Puppet
Judges presented a skit depicting highlights from the Anwar
corruption trial to show the fine points of Judge Paul's handling of
this troublesome case. Cries of "irrelevant!" punctuated the air. The
point was driven home again and again of how judge Paul bravely
and single-handedly fought tooth and nail against the avalanche
of truth and facts to bring the trial to the desired conclusion. The
entertainment ended with a solo recital in which the fawning
pro-government judgment of Paul during the hearing of the ISA
detainees' writ of habeas corpus was recited like a Shakespearean
play. Then it was time to present the awards. Amid polite clapping and
light cheering, each award was unveiled and presented to a
beaming Paul. The PM's Award for Judicial Excellence featured
two bronze kangaroos supporting a gold painted crown on which
the words PM were boldly emblazoned. The award for Judge
Obedienco de Puppeto came with a stick-like figure in judicial
robes holding a gavel which could cleverly bow its head and bend
its knees controlled by silver strings. When a hidden button was
pressed, it could even intone the words "irrelevant" sternly and the
gavel would pound on a head which popped up. The police's
Medal Gillibo in Stupido was a large silver medal on which was
inscribed the head of Goofy, the Disney stupid dog. On its reverse
side the words "In Police We Trust. All Reasons Accepted" were
engraved. The Justice Prejudis La Extraordinaire was an object of
clever symbolism with Lady justice holding a slanted scale in her
left hand and the forefinger of her right hand held to her lips in a
ssshhhh gesture. Instead of a blindfold, she wears an eyepatch
over one eye to denote how justice can be selectively blind or
seeing. A sash with the words "IRRELEVANT" completed her attire.
So Augustine Paul was the picture of rapture as he came up to
receive award after award from Mahathir with the flash of
photographers and television cameras recording his most dazzling
moment. So overcome was he with emotion that he did an
impromptu jig with lots of bowing, scraping, groveling and
knee-bending as Mahathir watched in amusement and television
cameras recorded his ridiculous gyrations for posterity. People
were to comment later that it was a fair representation of how the
Judiciary has become a servile clown of the Executive.
Then it was time for Ariffin Jaka to receive his consolation prize.
Mahathir had a few choice words for him, calling him "a twit who
should have protected the Executive from embarrassment and
exposure even though he gave the right judgement in the end". His
award was a sculpture of three monkeys, one with its hands
covering its eyes, another with its hands over its mouth and the
third with its hands pressed against its ears. Made of cheap plastic
and painted silver, it was a fitting reminder to the man on the
relationship between the judiciary and the Executive.
When the event ended journalist crowed around Augustine Paul to
interview him Among the exchange were:
"Sir, do you believe in the justice you dispense?"
"Look at me mister, do I believe in breathing air?"
"Judge, how do your peers and your friends view you now?"
"They can go to hell. I now have many new and powerful friends in
high places". "As a Catholic, what about your relationship with God and your
position in the afterlife?" "Ha! I will cheat the Devil. I will repent just before I die".
"How can you sleep at night?" "People count sheep, I count money" Then the doors were opened and Augustine Paul was escorted out
into the bright sunshine. As he appeared into public view, the cries
of reformasi turned to shouts of "pariah judge, pariah judge". A
variety of impromptu missiles were thrown his way including shoes,
slippers, drink cans and even rotten eggs. He was hastily bundled
into his car and driven away before things got uglier.
|