Laman Webantu KM2A1: 4437 File Size: 18.7 Kb * |
TAG SP 110: B1 Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad By Harun Rashid 11/5/2001 1:02 pm Fri |
TAG 110 [Sejak Ahmad Tajuddin Ali digugurkan dari TNB, tidak
ada berita gembira buat pelabur TNB. Sebaliknya hidup mereka
asyik terteka-teka sepanjang masa sejak Tajuddin tiada. Dulu
mereka meneka apakah kadar tarif akan dirombak semula berikutan
naiknya kos bahan bakar janakuasa kini mereka terpaksa meneka
lagi sejauh mana TNB mahu melibatkan diri di dalam projek Bakun
yang amat menakutkan mereka. Kata-kata Mahathir tempoh hari
amat memeranjatkan mereka sehingga pengurusan TNB terpaksa
membetulkan suara Mahathir dalam malu-malu pengantin sahaja.
Tetapi itu sudah terlewat dan saham TNB sudahpun menjadi mangsa.
Pelabur sudah tidak percaya kerana tentu ada muslihat Jamaluddin
Jarjis dilantik menjadi ketuanya - kerana Umno mahukan dana dan
nama TNB sebagai kenderaan untuk mencari wang agar Bakun hidup
semula. Langkah ini amat merbahaya kerana TNB sendiri masih hidup
berhutang RM40 bilion banyaknya sedangkan kebanyakkan asetnya
merata-rata dan tidak boleh diguna semula melainkan oleh syarikat
yang terlibat dalam bidang yang sama. Masalahnya tidak ada syarikat
lain yang serupa dalam negara kita. Dengan kata lain, banyak
asetnya tidak berguna atau laku buat sesiapa.
TNB mungkin akan muflis kerana ia amat bergantung kepada pengguna
sahaja sebagai sumber wangnya dan ini tidak boleh dinaikkan seikut
suka kerana banyak syarikat yang akan muflis juga kerananya (melalui
tindakbalas berangkai ala domino). Pendeknya dengan menceburkan diri
di dalam Bakun, TNB sebenarnya memetik suis untuk memadamkan riwayat
hidup dirinya selama-lamanya. http://home.yqi.com/harunrashid1/66Tenaga.html
Oleh: Harun Rashid. Setelah mengambilkira pelbagai situasi yang membabitkannya, apakah soalan
bahawa Tenaga Nasional sedang dirundung masalah kemuflisan itu satu
retorika semata-mata? Selalunya kemuflisan ataupun bankrapsi adalah hasil daripada satu
keputusan mahkamah, yang diekori satu ketetapan yang merupakan satu
kenyataan untuk catatan rasmi juga. Permohonan bankrapsi (bankcruptcy)
adalah satu tindakan di mana si pemiutang mendapatkan relief
(kelegaan) daripada tuntutan pemberi kredit ataupun si piutang.
Prosiding kebankrapan membuat penentuan penerima serahak, yang
mengendalikan perjalanan sesuatu perusahaan (enterprise) di bawah
lindungan mahkamah semasa segala urusan penggulungan dilaksanakan
terhadap perusahaan tersebut Dalam satu prosiding kebankrapan yang biasa, perangkaan membabitkan
longgokan hutang si pemberi kredit tidak dinyatakan secara terperinci,
kerana si piutang itu dimestikan menerima hanya sebahagian
daripada bebanan hutang yang tertanggung itu dan bersetuju melupakan
hutang yang secara fizikalnya masih berbaki. Tindakan melucutkan hak
segala asset (aset) korporat syarikat yang terbabit itu dilaksanakan
dan digunakan sebagai bayaran hutang yang tertanggung.
Prosiding kebankrapan, yang mungkin menjadi bahan kejutan kepada ramai
orang, merupakan satu fenomena yang boleh dijangka akan terjadi apabila
pihak pengurusan sesuatu korporat itu melaksanakan beberapa keputusan
pengurusan yang menjurus ke arah fenomena itu. Pada lazimnya, kegagalan
mengemudikan perjalanan perniagaan sesuatu korporat itu dengan baik
yang menyebabkan berlakunya tindakan-tindakan untuk melancarkan prosiding
kebankrapan tersebut. Terdapat dua fasa yang mendahului sesuatu prosiding kebankrapan. Yang
pertama, ia berpunca daripada kesilapan memilih dan melantik ketua
ekskutif syarikat korporat yang terbabit. Yang kedua berkisar kepada
suasana dan keadaan urusniaga yang dicetuskan oleh keputusan pihak
pengurusan sehinggakan tanpa bersifat pilih kasih dan belas kasihan
menghenyak korporat itu kepada satu situasi yang mencetuskan pengumuman
kemuflisannya. Apabila asset sesuatu urusan korporat tidak menjana perolehan pendapatan
yang mencukupi untuk menyelesaikan tuntutan liability (tanggungan)
semasa, ia pun mewujudkan satu keadaan berdefisit yang secara
teknikalnya adalah satu keadaan yang ketaksolvenan. Kadangkala
situasi semacam ini adalah hasil penurunan keuntungan yang sememangnya
merupakan sebahagian putaran niaga yang normal. Kerana itu ia mudah
dijangkakan dengan ketara dan peruntukan boleh dilaksanakan dalam bentuk
simpanan penjimatan untuk menangani tempoh keperitan seperti itu tanpa
membahayakan jangka hayat sesuatu perniagaan itu.
Dalam satu situasi menekan yang berpanjangan simpanan pun boleh
terhakis, dan sebarang suntikan modal yang baru boleh diusahakan dengan
cara menjual aset ataupun dengan menjual saham baru ataupun bon (surat
janji). Bagi sebuah korporat yang membekalkan elektrik asetnya adalah
termasuk beberapa setesen janakuasa, menara pencawang,
transformer-transformer (penjana-haba) dan peralatan pendawaian yang
menyambung semuanya itu. [transformer=alatubah - Editor]
Di samping itu semua terdapat juga tiang-tiang lampu yang perlu dibeli
dan pencawang di banyak tempat, talian wayar penghubung daripada satu
tempat ke tempat yang lain di sepanjang jalan. Jikalau bekalan bawah tanah
diperlukan, kos pembekalan adalah tinggi. Kebanyakan aset dalam situasi
begini merupakan aset yang tidak mudah dipasarkan secara bebas. Namun,
pusat penjana memang boleh dipisah-pisahkan dan dijual untuk menjana
dana, seperti yang pernah dilaksanakan oleh Tenaga untuk mendapatkan
wang membayar faedah pinjamannya.
Ada satu alternatif menangani keperluan ini dengan cara menerbitkan saham
yang baru ataupun bon, seperti yang kerap dilaksanakan oleh Tenaga, dan
dengan cara itu ia melunturkan nilai saham yang sedia ada.
Menerbitkan suratjanji hak (rights) ataupun waran (warrants) tidak
dianggap sebagai aktiviti korporat yang bertanggungjawab dan popularity
mendapatkan dana dengan cara ini di pasaran saham telah membayangi
kemalapan pasaran saham itu sendiri sehinggakan ia tidak mempunyai pilihan
selain merasakan satu penurunan popularitinya itu yang menghenyaknya
secara berterusan. Tenaga telah menjual banyak kemudahan menjana letrik, dipaksa pula menerima
dana untuk membeli roti daripada pembuat yang membeli oven daripadanya.
Ataupun bersedia menerima tawaran daripada sesiapa sahaja yang berminat
mengeluarkan bekalan tenaga untuk berkongsi pakai grid negara. Dasar
korporat ini memang dipandang dengan penuh keraguan di kalangan pemerhati
industri bekalan janakuasa kerana inilah juga dasarnya yang telah
dicuba oleh gergasi korporat janakuasa letrik di California yang
tersungkur kemuflisan akhirnya.
Kemuflisan gergasi korporat di California itu telah menjadi bahan ejekan
Perdana menteri Malaysia, yang memang sudah tua dan mudah terkencing dalam
seluar kalau terlalu banyak ketawa. Tetapi, setelah diberitahu bahawa
negara ini pun sudah lama meniru kaedah dan dasar barat yang sama itu,
barulah dia menggelabah mengarahkan agar tidak dijual lagi stesen
janakuasa. Dia memang mudah bertukar fikiran, membuat perubahan apabila
memerlukannya dan kerap membuat kesilapan dalam melaksanakan perubahan
itu. Sikap melompat terkinja-kinja daripada satu langkah yang lemah
kepada langkah yang lebih lemah lagi mencetuskan ketakutan di kalangan
pengurus dana luarnegara yang semakin gelabah untuk terus terapong
dalam teluk pelaburan yang penuh buaya dan jerung.
Kini, dasar baru Tenaga itu telah ditukarkan semula, mengekalkan janakuasa
yang ada dan membakar apa juga bahanbakar yang sediaada. Ini bermakna
penggunaan disel, arangbatu, gasasli ataupun sebagai kajian, minyak sawit.
Menggunakan minyak sawit sebagai bahanbakar memang merupakan satu
permulaan. Ia adalah komoditi yang mudah digunakan oleh industri sabun,
kosmetik dan mask-memasak. Di Malaysia minyak sawit sedang berada dalam tahap yang berlebihan. Salah
satu sebabnya kerana mainan kesukaan perdana menteri yang melibatkan
kadar pertukaran matawang negara dengan dollar. Keadaan bekalan yang
berlebihan ini membuatkan perdana menteri memberi arahan, agar minyak yang
selama ini digunakan dalam kuali, kini digunakan pula untuk bahan bakar.
Dia memang yakin dengan kebolehannya, sebagai seorang manusia yang
banyak anggota yang banyak tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
Di California terdapat banyak pembekal bahan tenaga yang mempunyai
ampangannya sendiri. Ampangan ini terletak di satu wilayah padang pasir
yang memerlukan taliair untuk pertanian. Orang-orang di sana telah
bersatu mencari dana pada satu ketika dulu kerana mempunyai wawasan
memasang ampangan di pergunungan Sierra Nevada yang menjadi sempadan
memisahkan California Utara dengan bahagian selatannya. Taliair inilah
yang menyalurkan bekalan air untuk peparitan pertanian di Lembah San
Joachin. Ampangan yang dibina di sepanjang perairan itu telah membekalkan
kuasa hairdo sebagai bonusnya. Air dan tenaga elektrik adalah dua barangan yang mudah dipasarkan.
Kedua-dua jenis bekalan ini tidak pun menjadi punca krisis negara. Malahan
keupayaan janakuasa syarikat swasta telah menyumbang kepada kestabilan
pengagihan bekalan letrik keseluruh negara menerusi grid nasional. Semua
syarikat pembekal bebas ini menggunakan bon jangka panjang sebagai sumber
modal kerja mereka dan semua suratjanji ini diberikan penakrifan yang
tinggi. Tidak ada satu pun syarikat swasta ini yang dirundung masalah
kemuflisan. Berbeza pula keadaaannya dengan Tenaga Nasional yang menerima wang
operasi bulanan daripada para pengguna. Barangannya ialah bekalan letrik
yang dibeli oleh para pelanggan dengan kadar tertentu pada setiap kilowat
per jam seperti yang dirakamkan oleh meter yang dipasang siap.
Memang terdapat masalah biasa membabitkan yang culas membayar dan
segelintir pengguna yang mencuri bekalan dengan mengubah suai bacaan
meter yang diberi. Pada masa yang baik-baik, kutipan bayaran bulanan mencukupi menanggung
kos operasi dan memberi ruang membayar faedah pinjaman yang sedia ada
setiap kali tiba masa pembayarannya. Kegagalan melunaskan bebanan
hutang semasa akan membawa padah dikenakan tindakan prosiding
kebankrapan yang memang sedia diaturkan. Dengan hal demikian si piutang
mulalah mengawasi perjalanan operasi penghutang setiap kali berlakunya
kelecehan pembayaran hutang ketika tiba masanya dan mengikut jumlah
hutangnya. Syarikat pembekal letrik memang selalunya mempunyai hutang yang besar
kerana setiapkali dibina kompleks dan peralatan baru ia memerlukan wang
yang banyak sebagai modalnya. Sebahagian besar pendapatan yang diterima
disalurkan dulu untuk membayar faedah yang dikenakan oleh hutang yang
besar itu. Satu ketika dulu Tenaga (TNB) dikemudikan oleh seorang pengerusi yang
berwibawa, Tan Sri Dr. Tajuddin Ali. Dia telah dialihkan tahun lalu untuk
memberi laluan kepada seorang ahli parlimen sebagai penggantinya.
Walaupun pengerusi pengganti ini mempunyai tauliah yang nampak berwibawa
juga, rakyat marhaen tidak mempunyai keyakinan kenapakah seorang ahli
politik dipilih sebagai calon difikirkan terbaik; untuk syarikat gergasi
itu, untuk pemegang saham syarikat dan juga kepada penggunanya. Di
Malaysia, politik bermakna UMNO dan UMNO adalah sinonim dengan korupsi,
kolusi dan kroni yang berkonspirasi. by Harun Rashid May 10, 2001 Bankruptcy is normally the result of a court hearing, followed by
a ruling in which the formal declaration is entered into the records.
The application for bankruptcy is an action in which the debtor
seeks relief from the claims of creditors. The bankruptcy
proceeding assigns a receiver, who operates the enterprise under
the court's protection while the affairs of the enterprise are
wound down. In the ordinary bankruptcy this proceeding never satisfies the
debts of the creditors, who must settle for a fraction of their
claims and write off the balance as a loss. Thus all assets of the
corporation must be forfeit in partial payment of outstanding
obligations. Bankruptcy proceedings, while a surprise to many, may be
anticipated by a chain of events that begin in the decisions of
executives who manage the affairs of the enterprise. It is the
failure of the executives to properly guide the fortunes of the
business that leads inexorably to the bankruptcy proceeding.
There are, roughly speaking, two phases that precede the formal
bankruptcy. The first involves the failure in selection of executive
leadership, while the second is the actual business conditions that
flow from these decisions and lead inexorably to the final and
formal declaration. When the assets of a corporation do not generate sufficient
income to meet current liabilities a deficit conditon exists which is
techanically a condition of insolvency. This sometimes results
from temporary downward deflections in the normal business
cycle, and as such are forseeable and provisions may be made in
the form of prudent reserves to ride over these periods without
jeopardy to the long range survival of the enterprise.
In a period of prolonged distress, reserves are exhausted, and
new capital must be raised from the sale of assets or the
issuance of new shares or bonds. For an electrical utility the
assets include generating plants, distribution towers,
transformers and wires to connect them all together.
In addition there are poles to buy and plant in place, supporting
wires to each and every building along the road. Where
underground utilities are required the expense can be much higher.
Most of these assets are not particularly marketable. But the
generating plants are separable, and may be sold off to generate
cash, as Tenaga has done to raise money to make interest
payments. An alternative is to issue new shares or bonds, as Tenaga
continues to do, though both methods represent dilution of the
value of existing shares. [Issuing rights and warrants is not
considered responsible corporate activity, and the popularity of
this avenue of raising cash casts another deep shadow over the
Malaysian stock market. It has nowhere to go but down ... and
out]. Tenaga has sold many of its generating facilities, forced to take
the cash and buy bread from the baker who bought its oven, or
from anyone else interested in building new capacity in order to
join the grid. This policy is viewed with scepticism from industry
observers, noting that even California's regulated utility giants
became bankrupt after a similar experiment.
The prime minister of Malaysia, an elderly man, found this
misfortune so hilarious he all but moistened his trousers in glee.
Later, somewhat sobered by a slow recall that he himself had
parroted the Western policy, he promptly called a halt to further
sales of generating plants. He is a flexible fellow, capable of
reacting to events, though frequently faltering in judgement. This
fondness for hopping feebly from frail foot to frailer foot is
frightening for foreign fund managers fighting to stay afloat in the
Malaysian crocodile pond. So now Tenaga policy is reversed, retaining its remaining plants,
and they are to burn whatever fuel is handy, which means diesel,
coal, natural gas, or as an experiment, palm oil. Palm oil as a fuel
oil is something of a novelty. It is a commodity commonly used in
cosmetics, soap and cooking. In Malysia it is in surplus, due in part to the prime minister's
favorite toy, the ringgit peg to the US dollar. The surplus of palm
oil has prompted the prime minister's decision to chop it from the
wok to the fire. He is confident of his abilities, a man of many
parts, most malfunctioning. In California there are utility districts having their own dams.
They are located in a desert region requiring irrigation for
agriculture, and have with great foresight, raised money to build
dams in the Sierra Nevada mountains to the East, which divide
California north to south, in order to provide irrigation water to the
San Joachin Valley. These dams were designed to provide
hydroelectric power as a bonus. Both the water and the electricity are marketable items. None of
these utility districts are included in the present crisis. In fact, it
is the generating capacity of the independent hydroelectric
producers which contributes substantial stability to the statewide
distribution grid. All have used long term bonds as a means of
raising capital, and these instruments carry the highest of ratings.
None are close to bankruptcy. Contrast that with the case of Tenaga National, gets its monthly
operating money from those who use its product. Its product is
electricity, and its customers buy it at an agreed rate per kilowatt
hour as recorded by meters placed on site. There are the normal
problems of poor payers and others who cheat by shunting the
meters. In good times the monthly take covers operating expenses and
allows for paying interest on the outstanding debt as it comes
due. Failure to pay current liabilities is tantamount to a declaration
that bankruptcy proceedings are being contemplated, thus
creditors put the operation on a credit watch when there is a
perceived delay in receiving payment for claims due and payable.
Utilities typically have large debt because the installation of new
services requires large amounts of capital for infrastructure
development. Much of the income of utilities is used to pay the
interest on this large debt. The capable chairman of Tenaga, Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, was
removed last year, replaced by a member of parliament. Though
the necessary credentials were put forward, the public has no
confidence that the choice of a politician was best for the
company, the shareholders or the consumers. Politics means
Umno in Malaysia, and Umno means corruption, kinship and crony
conspiracy.
|