Laman Webantu KM2A1: 4438 File Size: 15.7 Kb * |
TJ SP MGG: Country Heights Dijadikan Pekasam By M.G.G. Pillai 11/5/2001 6:46 pm Fri |
MGG 1071 [The Mines Golf Resort and Exhibition Centre - hampir disita
premisnya minggu ini kerana tidak membayar cukai taksiran
kepada MPSJ sebanyak RM9 juta. Ia dimilikki oleh Country Heights
yang dipegang oleh Lee Kim Yew. Mahathir sudah tidak mampu membela semua kroninya kerana
dirinya sendiri pun sudah penuh dengan masalah yang memeningkan
kepala. Apatah lagi untuk masuk campur dalam kes yang mungkin
akan menjerut dirinya. Keadaan politik masakini menyebabkan
Mahathir terpaksa mengurangkan liabiliti. Oleh itu semua
kroni perlu mempelajari sesuatu dari kes Lee Kim Yew ini.
Mereka terpaksa bergelut sendiri jika tersilap langkah kerana
Mahathir tidak mampu teraib di saat ini. Dia masih demam sejak
Fauzi mengirim sindiran tajam serta MTUC yang nyaris-nyaris
turun padang. Tambah lagi Malaysia kini adalah bursa yang
paling teruk prestasinya di Asia sekarang ini.
Mahathir sedang mengurangkan liabilitinya kerana kemarahan
rakyat dan ahli Umno sendiri sudah menjadi-jadi sehingga BBM
sendiri tiba-tiba menyerangnya bila peluang luas terbuka.
Malah si diam dulu pun terkata juga apa yang terpendam dulunya.
Tradisi tidak mengkritik pemimpin secara terbuka sudahpun
dilanggar kerana sudah tidak tahan sakit yang terasa. Lagipun
Mahathir sendiri yang telah mengajarnya di mana beliau mengaibkan
Anwar secara terbuka walaupun berdasarkan bukti seorang yang mudah
lupa. (Country Heights In A Pickle) Tan Sri Lee memang rapat dengan perdana menteri. Beliau
memang tidak pun bersikap merendahkan dirinya dalam perkara
ini. Oleh kerana semua Tan Sri memang diberikan satu macam
penghormatan, tindakan menyita itu tidak pula dilaksanakan
secara fizikalnya. (Cukup setakat olok-olok sahaja -
penterjemah). Tindakan Majlis Subang Jaya itu berpunca
daripada satu perkara kecil melibatkan kadar taksiran cukai yang
bernilai RM9 juta yang dipertikaikan. Perkara itu tertunda bukan
disebabkan oleh satu panggilan telefon, seperti yang sepatutnya
berlaku di masa dulu-dulu, dan para pegawai pula meletakkan
notisnya, tetapi kerana ada pembayaran sebahagian jumlah yang
dituntut itu bernilai RM851,000.
Yang mengejutkan Tan Sri Lee ialah terjadinya perkara itu
terhadapnya. Dia telah berjaya melepaskan dirinya daripada
rimba dunia korporat, melalui ihsan dan jasabaik Dr. Mahathir.
Dari situlah dia naik mencanak meniti tangga impian yang tidak
pernah dibayangkannya dulu dengan iringan nafiri Darulboleh.
Tetapi, dia juga tidak terbayangkan betapa dia juga boleh
dihanyutkan dengan cara yang menghantui para kroni sebelumnya.
Setiap seorang peniaga Cina yang dididik dan ditimang oleh
Perdana Menteri sejak dua puluh-tahun yang lalu naik tersadai
untuk akhirnya lesap di skrin radarnya. Kita memang kenal
siapa mereka dengan kekerapan muka mereka muncul di akhbar-akbar
bersamanya. Semua mereka itu adalah lambang naik turunya konsep Malaysia
Boleh: Tan Sri Eric Chia, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Datuk
Paduka (Dr) Ting Phek Kiing, Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Lee
Kim Yew - setiap seorang manusia ini menganggap bahawa
mereka mempunyai hubungan yang istimewa dengan perdana
menteri dan merasa kecil hati kalau ada usaha perdana menteri
mencari orang lain pula. Apa yang terjadi semalam kepada Tan
Sri Lee sebenarnya tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi
kepada orang-orang yang mendahuluinya. Begitu juga dengan
syarikat mereka, tanpa naungan politik sudah tentu akan diruntun
oleh bebanan hutang yang menggunung tingginya.
Tetapi, tentu ada lagi kisah lain disebalik dongeng hikayat
turun-naik ini. Kalau pun perdana menteri telah diberitahu dulu,
ataupun Tan Sri Lee telah menelefonnya, perdana menteri tidak
akan mampu menyekat perkara itu daripada berlaku seperti itu.
Perdana menteri tidak mahu campurtangan sebaik sahaja sesuatu
tindakan sudah dilaksanakan. Begitu juga, satu andaian boleh
dirumuskan apabila sesaorang kroni menghadapi kesulitan ia
mungkin merupakan satu petanda ada sesuatu yang tidak kena
dalam persahabatan mereka. Lagipun dia sudah pun mengaku
betapa menteri kabinet dan pegawai tinggi kerajaan kerap tidak
mengambil peduli arahan-arahan yang diberi. Mungkin juga
tindakan Majlis Subang Jaya itu adalah satu tindakan operasi
yang tidak direstu. Sebaliknya, adalah tidak mungkin perkara
semacam itu boleh berlaku. Yang masih samar sekarang apakah Tan Sri sudah terkeluar
daripada senarai keistimewaan dan sengaja dibiarkan menjadi
ratahan segala serigala yang kelaparan? Memang dia sudah
lama tidak kelihatan terutama sekali selepas pesawat khas
peribadinya Boeing 737, yang pernah dipinjam oleh Perdana
Menteri beberapa kali untuk terbang keluar negeri, terpaksa
dipulangkan kembali kerana Tan Sri Lee gagal melunaskan
sewaan pajakannya. Kalau dibandingkan keangkuhannya satu
ketika dulu dengan kemunculannya semula kali ini, memang tidak
menyerlahkan banyak perbezaannya. Itu pun kalau diambilkira
keangkuhan dan gelagat orang yang mendahuluinya. Dua orang
telah bertindak mengemukakan tindakan mahkamah yang tinggi
harganya sehinggakan kini mereka melutut menanggung
bahananya. Kini, campurtangan politik sudah menunjukkan taringnya. Orang
Melayu marhaen sudah mula menunjukkan keresahan mereka.
Perdana Menteri cuba bertahan dengan bantuan lidah dan gigi
palsunya. Untuk bertindak seperti itu, perdana menteri mesti
menunjukkan barang bukti dalam bentuk manusia yang terpaksa
dijadikan mangsa. Contohnya yang pertama ialah
pertelingkahannya dengan menteri kewangan. Contoh kedua ialah
tindakan anaknya yang keluar daripada mainan besar dunia
koperat seperti yang digembar-gemburkannya. Perdana menteri
mahu terus berjuang peperangannya sendiri dan tidak lagi
mampu mempunyai bebanan yang sarat-sarat yang akan
melecehkannya. Tindakan terhadap Tan Sri Lee, betapa pun tepatnya tindakan
itu, adalah satu sindiran tajam daripada golongan elit Melayu
terhadap ketua feudal yang terlalu rakus nafsunya. Bukannya
mudah sesaorang itu memperlekehkan seorang ahli taman
larangan istana maharajah dan mengenakan denda seperti yang
dilaksanakan oleh Majlis Munisipal Subang Jaya. Sebaliknya
pula, apakah tindakan itu satu lagi langkah silat dalam
lawan-sampai-mati antara perdana menteri dengan Rasputinnya,
Tun Daim? Jawapannya ialah Ya bercampur Tidak.
Sudah menjadi satu hukum ganas dalam perhukuman masyarakat
rimba, politik dan juga urusniaga, sesiapa yang tidak lut sifatnya,
harus menyorokkan kepala ke dalam debu ketika bahagian atas
kepalanya itu sedang dilutu oleh tembakan peluru. Apabila
sesaorang itu mudah memijak kaki orang lain tanpa mahu
meminta maaf kepadanya, tindakan kurang ajar itu memang tidak
mudah dilupakan. Kesakitan yang dirasa tidak akan mudah dilupa
dan apabila perkara itu diceritakan kepada rakan sekaum dan
sebangsa sudah tentu balasannya muncul berganda-ganda.
Kebongkakan Tan Sri Lee di zaman kegemilangannya dulu
memang sukar untuk luput dari ingatan. Bukan dia sahaja yang
berperangai begitu. Dia tidak mudah menjawab kembali pesanan
panggilan sesiapa. Dia kerap berusaha menonjolkan dirinya
dalam pelbagai alat cetak untuk berlagak sebagai seorang tokoh
yang sudah mempunyai segala-galanya. Sekali lagi dia belragak
seperti yang pernah dilakonkan oleh orang-orang yang
sebelumnya. Tetapi sesaorang yang dijemput untuk duduk
tertenggek di pucuk kayu licin, orang itu sudah tentu tidak
mempunyai sebarang pengalaman berperang dalam dunia
korporat yang terjadi dalam usaha memanjat kayu licin itu. Kini
dia terhumban di bahagian bawah, di pangkal kayu licin itu.
Inilah yang terjadi kepada Tan Sri Lee. Tentu sekali dia akan
terkebil-kebil sedangkan jejari yang mengeluarkan surat perintah
mahkamah (writ) itu dulu, akan tetap dengan tugasan seterusnya.
-MGG Pillai- Rencana Asal: Country Heights In A Pickle When the Subang Jaya Muncipal Council went yesterday (09 May 01)
to Country Heights Holdings Berhad, a listed company, to seal its
premises and confiscate what could be moved, it is yet another
indication of cronies falling like nine pins. Tan Sri Lee Kim Yew,
in a press conference, is horrified at what happened. He did not
mention it, but the Prime Minister's brother-in-law, General Tan
Sri "Freddie" Hashim Ali, is on its board as chairman.
Tan Sri Lee is close to the Prime Minister, and made no bones
about it. Tan Sris still have some clout, so the sealing and
confiscation did not take place. It was over a small matter of a
disputed RM9 million in assessment areas. It was stayed not be a
telephone call, as it would have been in times past, and the
officials put on notice, but a part payment of RM851,000.
What would have shocked Tan Sri Lee is it happened to him. He
pushed his way through the corporate jungle, when in Dr Mahathir's
good books, and rose to heights undreamt of as a Bolehland business
man. But he did not realise he would go the way of past cronies:
every one of the Chinese business men Dr Mahathir nurtured in the
past twenty years have disappeared from his radar screen. You know
who they are by the frequency by which they appear with him in the
newspapers. They echo the rise and fall of Malaysia Boleh: Tan Sri Eric
Chia, Tan Sri Vincent Tan, Tank Sri Dato' Paduka (Dr) Ting Pek
Khiing. Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Lee Kim Yew ... Every one
presumed a special relationship and felt slighted when the Prime
Minister chose someone else. What happened yesterday to Tan Sri
Lee is no different to what happened to his predecessors. And
their companies, without prime ministerial patronage, are bogged
down in debt. But there is more to this tale of rise and fall. If the Prime
Minister had been consulted, or Tan Sri Lee had phoned him, he is
in no position to prevent it. Once action is taken, he would not
intervene. By the same taken it is fair to assume that if a
favoured crony is in trouble, it is a sign of a failing
relationship. He admits cabinet ministers and civil servants often
ignore his instructions. It is possible this could have been a
rogue operation. But then it may not.
What is not clear is if Tan Sri Lee is out of favour and was
fed to the wolves. He has been out of the picture awhile,
especially after his specially-opulent Boeing-737, which the Prime
Minister used on several of his trips overseas, had to be returned
when he could not service the lease. The contrast between his
arrogance then and his contrite appearance is again not unusual, if
you look at how his predecessors behaved. Two went into high
profile law suits which sank them even further.
For now politics intrudes. The Malay ground rebels. The Prime
Minister holds his ground, fights back tooth-and-nail. But to do
so, he must produce bodies. His clash with his finance minister,
Tun Daim Zainuddin, is one; his son's corporate seppukku another;
he must fight his own battles and he cannot with indefensible
baggage. This action against Tan Sri Lee, however correct it is, is
nevertheless a metaphorical challenge from the Malay elite against
its feudal leader. One does not go against the Prime Minister's
favourite business man with impunity as the Subang Jaya Muncipal
Council did. On the other hand, is this yet another leaf in the
fight-unto-death between the Prime Minister and his Rasputin, Tun
Daim? Yes and No. The brutal law of the jungle, in politics and business,
requires all who are vulnerable to keep their heads beneath the
line of fire. This is easier said than done. When one steps on
toes and refuses to apologise, the hurt is remembered. When it is
collectively on a community or the country, it would be repaid a
million fold. Tan Sri Lee's arrogance in his heyday is one to be savoured.
He is not the only one. He would not return calls. He would not
answer intrusive questions. He would ceaselessly find himself in
what passes off as Malaysia's business and economic magazines, as
if it is a sign of arrival. Again, he behaves as his predecessors
did. But when you set atop a greasy pole by being lifted there,
you are unused to the corporate battles on the way to the greasy
pole. He is thrown into the deep end, as Tan Sri Lee Kim Yew now
is. The moving finger having writ, moves on ...
Rujukkan Tambahan: KL's top tourist destination is forced to settle its taxes as 30 municipal
officers arrive to seal the premises KUALA LUMPUR - Selangor's top tourist destination - The Mines Golf Resort
and Exhibition Centre - almost had its premises sealed this week for
non-payment of RM9 million (S$4.3 million) in taxes.
The move was averted only after it forked out RM851,000 as part-payment, The
Sun reported. The resort, which also includes the Mines Water Front Business
Centre, is a leading venue for international meetings and favoured
by visiting foreign dignitaries. It is owned and run by Country Heights Holdings.
On Wednesday, the Subang Jaya Municipal Council sent 30 enforcement
officers to Country Heights to seal its premises and confiscate movable property.
MPSJ public relations officer Shira Haniza Yaakop said several warnings had
been sent to the company, which had defaulted on its payments since 1998.
The team stopped at the business park, said to owe more than RM900,000.
Before they could proceed to the Mines Golf Resort, Country Heights sought a
settlement. Later, managing director and majority shareholder Lee Kim Yew criticised MPSJ
at a press conference. He said the company regretted that the council had 'deemed fit to use such
coercive measures'. 'To date, we have made payments totalling RM3.8 million to the council.
Furthermore, we never said we would not pay.
'The fact that the company had made an over-payment of RM3.6 million in quit
rent should be taken into account,' he said.
While MPSJ had a right to recover outstanding dues, it could not simply 'march
in to seal the place with the press in tow', he said.
He pointed out that the company had taken care of many of the services that
MPSJ was responsible for. 'How can the council demand that we pay up the assessment rates when they
failed to discharge the duties appropriately?
'Can we see some services before we pay up?' he asked. |