Laman Webantu KM2A1: 4444 File Size: 18.9 Kb * |
TJ SP MGG: Anwar Dan Masyarakat Madani By M.G.G. Pillai 12/5/2001 4:30 pm Sat |
MGG 1081 [Jika Umno ikhlas untuk membaiki dirinya ia tidak akan membuang
Anwar sejak dulu lagi. Kehadiran Anwar, antara lain, untuk membaiki
Umno. Beliau tidak memilih PAS mungkin kerana Umno lebih memerlukan
dirinya untuk mereformasikan Umno sebagaimana yang dijanjikan oleh
Mahathir. Dengan itu, Umno yang bersih itu nanti dan PAS akan boleh
bersatu - sekaligus menjawab isu 'perpaduan melayu' seandainya itu
yang ingin dituju. Dengan tersisihnya Anwar, tembelang Umno terbongkar dan rakyat semakin
sedar. Orang melayu mula memberontak dan kaum lain juga turut sama -
dan mereka seiring bersama tanpa ikatan parti sebagaimana yang terserlah
dalam kes SRJKC, Kg Medan dan mungkin MTUC. Faktor Anwar telah merangsang
dan mengikat mereka dalam parti reformasi yang tidak perlu didaftarkan
untuk dikenali - tetapi ia tetap hidup sampai hari ini. Anwar telah
menyatukan rakyat negara ini walaupun dia tersiksa dan mungkin lumpuh
dianiayai. Beliau telah membentuk satu masyarakat madani yang telah mula
sedar kini. (Anwar and Civil Society) Lagi galak kerajaan Malaysia menggunakan kekerasan mengazabkan mantan
perdana menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, lagi kerap pula ia
dihenyak musibah. Perdana Menteri Dr. Mahathir telah menyalahgunakan
kuasa untuk memutarbelitkan kebenaran dan mengusahakan Anwar terus
tertekan kerana menganggapnya sebagai berbahaya kepada nasib dirinya dan
juga UMNO. Sejak Anwar disingkirkan daripada UMNO dan juga kerajaan
pada September 1998, satu episod konfrontasi terus berpanjangan di
mana Anwar terus berada di tempat yang membolehkannya semakin
bertenaga sedangkan Mahathir terus tersedu dan semakin tidak bermaya.
Sebab-sebab perkara ini berpanjangan bukan kerana masalah perundangan
ataupun perubatan tetapi ia adalah masalah politik. Warisan politik Dr.
Mahathir sedang disagat tanpa terubat seandainya dia tidak bertindak
ganas terhadap seorang wirawan yang dijadikannya banduan. Selama 20
tahun sebagai perdana menteri, tak kiralah apa juga kebaikan yang telah
dilaksanakannya hingga kini, akan dikenang berdasarkan caranya
menjadikan negara ini tunggang-balik tanpa keruan, dan menjadikan
masyarakat Melayu yang berbudi bahasa dan tinggi sopan santunnya
menjadi musuh politik yang bagak yang sanggup membekukan
pemerintahannya menjadi sebuah kerajaan yang tidak releven berstatus
haprak. Kecenderungan Mahathir memuaskan nafsunya memusnahkan Anwar, menjadikan
tindakan gilanya sebagai satu tindakan peribadi yang bersifat
berdendam. Perbuatan biadap ini amat bertentangan dengan budaya orang
Melayu dan menggugat martabat UMNO yang sejak lima dekad yang lalu
mengharumkan maruah dan martabat Melayu betukar rupa menjadi satu
parti yang tidak bermaruah dan berguna lagi. Selagi masalah Anwar itu
tidak diselesaikan, selagi itulah berterusannya status kejijikan
parti dan selagi itu pula berkecamuknya konfrontasi dalam parti.
Kerajaan tidak pun menceritakan perkara sebenarnya. Cuma mengulang-ulang
apa yang diberitahu oleh UMNO mengenainya. Dr. Mahathir bertegas
bahawa pentadbirannya adalah satu kesinambungan ketetapan UMNO, di mana
hanya dia yang menentukan percaturan politiknya. Ketika taufan desas-desus
melanda negara mengatakan bahawa KPN Rahim Nor telah melanyak Anwar
yang baru sahaja ditangkap dan tangannya digari di bahagian
belakangnya, berita angin itu dinafikan dengan kerasnya. Dr. Mahathir
dan ketua pergerakan wanita UMNO, Rafidah Aziz telah bersekongkol
menyatakan bahawa lebam di mata Anwar adalah kesan kerja-kerja yang
dibuatnya sendiri. Ternyata, kenyataan mereka itu adalah satu
pembohongan dan Rahim Nor pun kini dipenjarakan. Mahathir mahupun
Rafidah masih belum memohon maaf kerana penipuan biadab mereka itu
sehingga kini. Setiap awan mendung ada garisan kilauannya. Mereka yang mengenali Anwar
ketika berkuasa dulu sedar betapa beliau tidak banyak berbeza dengan
ahli politik UMNO yang biasa. Akan tetapi, Anwar mempunyai wawasan,
betapapun terdapat kecacatannya, betapapun tahap ketemadunan satu
masyarakat yang dikatakan madani sifatnya, yang makna sebenarnya sudah
lama pupus daripada kamus UMNO dan perbendaharaan katanya. Ia sudah
menjadi satu sumber kata-manis sahaja, yang bermadu di hujung bibir.
Itulah yang cuba diterapkan dalam UMNO sehingga gagal dan beliau
sendiri yang tersingkir. Seperti yang kita sedar kini, penentangan
terhadap usaha penerapan itu adalah terlalu membarah kuasanya
sehinggakan melampaui jangkaan sesiapa. Cara kerajaan menangani
masalah ini memberikan kita gambaran betapa kuatnya kuasa penentangan
itu sebenarnya. Walaupun terpenjara, wawasan Anwar itu menjadi satu harapan yang
pada asalnya bersifat kecil-kecilan, kini membesar menjadi satu
kenyataan. Inilah padahnya apabila UMNO dan BN sengaja memperlekehkan
rakyat marhaen. Setelah memenangi pilihanraya, demokrasi dipengapnya,
dan hak rakyat untuk bersuara ditekannya pula. Gelagat ini memang boleh
laku selagi negara gila sakan dengan kekayaan dan pasaran saham mencanak
dipacu syaitan. Apabila ekonomi merudum, segala kepincangan system
pemerintahan yang jijik itu pun jatuh terdedah berdentum-dentum. Keadaan
menjadi teruk lagi apabila masyarakat Melayu merasa diaibkan setelah
melihatkan budaya bangsa sengaja diperlekehkan. Terpaksalah kerajaan dan
juga UMNO merasakan bahananya dan mencari jalan meredakan keadaan.
Yang menyebabkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dipertikaikan ialah
cara Rahim Nor melanyak Anwar sehinggakan lebam matanya (dan membiarkan
beliau terbaring tanpa rawatan selama lebih empat hari- penterjemah).
Timbalan perdana menteri yang merangkap menteri dalam negeri menyedari
perkara ini. Ketika merujuk kepada penangkapan ISA yang terbaru, dia
cepat sekali berkata bahawa 'satu mata lebam sudah memadai' dan
berkata bahawa dia 'tidak mahu melihat ada mata lebam lagi'. Pada
lazimnya, ahli keluarga dibenarkan menziarahi para tahanan dalam
jangkamasa 60 hari mereka ditahan untuk disoal siasat. Salah seorang
yang ditahan itu adalah anak saudara YDP Agong (kerana ibu saudara
YDPA itu adalah ninda kepada yang ditahan itu). Mungkin kerana
wujudnya pertalian itu yang memaksa kerajaan berlembut dengan
penglaksanaan ISA itu. Namun, perundangan itu sudah tidak ditakuti lagi
seperti empat tahun yang lalu. Baru-baru ini Parlimen telah memeranjatkan ramai pegawai kerajaan apabila
membincangkan masalah Kuala Lumpr yang kebanjiran, seperti yang
diketengahkan oleh pihak pembangkang. Dulu, Parlimen enggan membincangkan
kisah pergaduhan di Kampung Medan, dan pelbagai masalah semasa yang
dikemukakan. Kalaulah perkara itu ditolak juga kritikan rakyat marhaen
pasti membara semula. Parlimen terpaksa menyedari peranannya yang bukan
lagi seperti tukang cop sahaja. Isu semasa perlu dibincangkan seperti
yang sepatutnya dan tidak lagi menyorok sebalik majoriti besar yang
ada di tangan kerajaan. Perubahan yang muncul berlaku secara perlahan. Inilah yang menyebabkan
kemunculannya itu sukar untuk ditangani. Akhbar-akhbar utama sudah
terpaksa mengubah inti beritanya. Walaupun bersikap sebagai tukang
penyebar propaganda kerajaan, terutama sekali dalam kemelut konfrontasi
Mahathir-Anwar, terdapat perubahan dalam pemberitaannnya.
Mereka tidak ada pilihan lagi kerana rakyat marhaen enggan membeli.
Kini, mereka menerbitkan cerita politik yang seandainya diterbitkan
tiga tahun yang lalu pasti mampu menendang ketua pengarang keluar
di pintu. Mereka sedar sekarang betapa nasib mereka untuk bernafas lega
bukan terletak kepada kerajaan. Rakyat marhaen yang menentukannya.
Pendidikan melegakan pemikiran. Itulah teras perjuangan UMNO pada
1946 ketika ia dilancarkan. Tetapi UMNO pada 2001 tidak pula
menganggapnya sebagai satu warisan. Perjanjian antara UMNO dengan MCA
dan MIC tidak akan bertahan seandainya tidak disuburi dan dibenarkan
berkekalan. Rusuhan kaum 1969 dulu telah membuatkan kerajaan
cenderong memberikan keutamaan kepada dominasi orang Melayu. Kaedah ini
boleh berfungsi selagi kaum lain tidak mempertikaikannya dan orang
Melayu menerima naungan politik UMNO. Apabila orang Melayu memberontak, dan kaum Cina dan India yang
berdiam diri selama ini ikut serta; sama ada secara fizikal dan
juga secara semangatnya dulu seperti yang sedang berlaku, kerajaan
pun menjadi gelabah seolah-olah dikejar hantu. Bukan calang-calang
sebab musababnya kenapa UMNO amat gentar dengan Parti Keadilan. Sifat
kelahiran Keadilan yang kepelbagaian kaumnya itu yang menjadi satu factor
yang membuatkannya lebih relevan lagi daripada Parti Negara ciptaan Dato
Onn Jaafar selepas beliau berundur daripada UMNO. Dato' Sri Onn Jaaffar
telah menubuhkan Parti Negara sebaik sahaja cadangannya agar UMNO
menerima keahlian bukan Melayu ditolak menyebabkan beliau menarik diri
daripada parti. Bagaimana pun kita menganalisa semua ini, politik
Malaysia banyak berkisar kepada konfrontasi antara perdana menteri dengan
seorang banduan. Inilah yang akan berakhir dengan kebaikan untuk semua
rakyat Malaysia. MGG Pillai Terjemahan: SPAR01-07 Rencana Asal: Column Harakah 15-31 May 01 The reasons why is neither legal nor medical but
political. Dr Mahathir's political legacy is sullied beyond
repair if he does not put the prisoner in his place. His
20-years as prime minister, for all the good it has done,
would be remembered for how he turned Malaysian society
upside down, and made the quiescent Malay an intractible
political foe and who froze his government into irrelevance.
Dr Mahathir's personal interest to see his former
protege destroyed makes what happens to Anwar personal and
vindictive. It goes against the Malay grain and it
threatens to make UMNO, a honourable party which for five
decades gave the Malay his pride and place, irrelevant and
impotent. The more the Anwar problem is unresolved, the
more the irrelevance and impotence, the more the
confrontation in the political divide.
The government does not tell what happened; it only
echoes what UMNO has to say. Dr Mahathir insists his
administration echo UMNO's views, one in which he can only
run for his political life. When rumours surfaced that the
former Inspector-General of Police, Tan Sri Abdul Rahim
Noor, had beaten up the handcuffed and blindfolded just
arrested Anwar, it was vigorously denied. Dr Mahathir and
the UMNO Wanita leader, Datin Rafidah Aziz, said Anwar had
beat himself up. Since then they were proved wrong, Rahim
is in jail. Neither Dr Mahathir nor Rafidah apologised.
But the dark clouds hide a silver lining. Those who
knew Anwar in office found him no different from the
run-of-the-mill UMNO politician. But he had a vision,
however flawed, of a civic and civil society, whose meaning
had disappeared from the UMNO dictionary. It was more than
lip service. But he could not forge it within UMNO. The
opposition to it, as we now find out, was more virulent than
it was thought to be. How the government conducts itself in
this affair gives you a hint of what could have been.
But Anwar in prison spewed a movement which turns his
hopes, willy nilly, into reality. UMNO and the National
Front government took the people for granted. Once elected,
it denied the people its democratic, civic and civil voice.
That worked so long as the country did well economically,
the stock exchange rose sharply, but when hard times hit,
the inadequacies of the system shone through. Worse, when
when the politically dominant Malay is angry that Malay
cultural norms are defied, the government and UMNO
inevitably is forced on the defensive.
The government's and UMNO's monopoly on power is
broken. The National Human Rights Commission, Suhakam,
strikes a more independent stance, challenging the official
view, and, in the light of the recent ISA detentions,
demanding, in the manner of opposition parties in times
past, that they be brought to court and to see their
families. A high court judge orders that two detainees in
whose name habeas corpus petitions are filed be brought to
court, the first time in memory one has so ordered.
What brought the Internal Security Act into disrepute
is the black eye Tan Sri Rahim inflicted upon Anwar. The
deputy prime minister and home minister, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi, realised this that he said publicly after the
recent ISA arrests that "one black eye is enough" and did
not want to see "two or three more". Unusually, families
are allowed to see the detained within the initial 60 days
of interrogation. That one of those detained is a nephew of
the Yang Dipertuan Agung (whose aunt is his grandmother)
could have forced that, but the ISA is not as feared as it
was four years ago. Suhakam was set up to mollify foreign criticism in the
wake of the Anwar imbroglio. It was Suhakam that got Tan
Sri Rahim to admit he beat up a handcuffed and blindfolded
Anwar. Police regulations forbid investigation of prisoners
and detainees when handcuffed or blindfolded. He got away
lightly with a two-month sentence. But that he was
convicted and jailed makes the point. Future cases of
political brutality when it comes to court would not be
leniently treated. The invogorated Malaysian would not
allow it. The Anwar medical problem forced the health
minister, Dato' Chua Jui Meng, to give a full account in
Parliament and answer questions for 30 minutes. That he had
to shows the re-emergence of a democratic society in which
elected officials are kept on their toes.
Parliament, to the shock of many government members,
discussed the recent Kuala Lumpur flash floods, as the
Opposition demanded. It would not discuss the South
Petaling Jaya racial clashes, and other current issues of
the day. It it had been disallowed, the public protests
would have accelerated. Parliament is forced to look upon
its role as more than a rubber stamp, to have issues of the
day discussed as it is meant to and not hide behind the
government's huge electoral majority. Changes come but slowly. When it does, it cannot be
reined in. Even the mainstream newspapers are forced to
improve its coverage. While they remain the government's
mouthpiece, especially in the Mahathir-Anwar confrontation,
they have improved beyond imagination. They had no choice:
the public refused to buy them otherwise. They carry
political stories which three years would have earned the
editors the sack. They realise that their survival no
longer depends not on government's, but the people's,
support. Education frees the mind. UMNO's raison d'etre in
1946, at its founding is not UMNO's in 2001. The compact
which UMNO had with MCA and MIC before independence cannot
be sustained if it is not nurtured and kept alive. The
riots of May 1969 changed the government's orientation to
decidedly one of Malay dominance. That works so long as the
other races do not question it, and the Malays accept UMNO's
hegemony. When the Malay rebels, and the quiescent Chinese and
Indian joins hands with him, in fact or in spirit, as now,
the government totters. It is not without reason it is the
National Justice Party or Keadilan that UMNO is frightened
of. Keadilan's multiracial stance has more relevance in
Malaysian politics today than had Dato' Sir Onn Jaffar's
Independence of Malaya Party, which he formed after UMNO
refused to open its doors to non-Malays. However you look
at it, Malaysian politics is reduced to its basic
confrontation between Prime Minister and Prisoner. For the
better of all Malaysians. M.G.G. Pillai |