Laman Webantu KM2A1: 4445 File Size: 13.2 Kb * |
TJ SP MGG: Episod Country Heights: Keributan Yang Berterusan By M.G.G. Pillai 12/5/2001 4:55 pm Sat |
MGG 1091 [Lee Kim Yew nampaknya tersasul keliru antara cukai tanah
(kerajaan) dan cukai taksiran (majlis perbandaran). Campur
tangan Kaveas yang baru dilantik menteri itu lagi meributkan
keadaan. Sudahlah Mahathir baru sahaja kepeningan dengan
isu kuota angkara menteri pelajaran - beliau dihempap lagi
dengan karenah timb. menteri perumahan dan kerajaan tempatan
baru(a) ini. Lain kali pilihlah menteri berdasarkan kebolehan
semulajadi - bukannya untuk kepentingan politik sendiri.
Sepatutnya Kaveas campur tangan dalam masalah pembeli-pemaju
yang masih tidak berkesudahan itu. Majlis Perbandaran adalah
entiti tersendiri yang berkuasa mengikut perlembagaan dan
kementerian tidak boleh campurtangan dalam soal penguatkuasaan
kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan. Lainlah kalau
ia menyimpang. Kenyataan Kaveas jelas cuba mengganggu proses
perundangan - dia sepatutnya dikenakan tindakkan kerana itu
terpapar jelas tanpa bayang-bayang. (The Country Heights Raid: The Kerfuffle Continues)
Syarikat Country Heights* Berhad, yang tersenarai di BSKL, berhutang
dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) RM9 juta yang merupakan
pembayaran taksiran yang tertunggak. Sebagai sebuah syarikat pemaju,
Pengarah Urusan, Tan Sri Lee Kim Yew ternyata keliru dengan perbezaan
antara cukai tanah dengan cukai taksiran. Timbalan menteri kerajaan
tempatan dan perumahan, M.Kayveas menunjukkan marahnya apabila MPSJ
bertindak menyita premis Country Heights kerana hutang tertunggak itu.
Dia marah kerana MPSJ tidak meminta bantuan kementeriannya untuk
menyelesaikan perkara itu. Tan Sri Lee tidak menafikan adanya tuntutan
itu yang dibayarnya setakat RM3.8 juta. Soalnya sekarang
syarikatnya masih lagi tertunggak RM9 juta. Kenyataannya telah
terlebih membayar RM3.6 juta terhadap cukai tanah tidak seharusnya
menjadi satu peringatan kepada MPSJ. Cukai tanah ialah kepada kerajaan
negeri sedangkan cukai taksiran ialah kepada majlis perbandaran.
Kalau diikutkan tanggapan Kayveas, Lee Kim Yew sepatutnya tidak boleh
diganggu, kerana 'dia telah banyak menyumbang terhadap pembangunan
negara dengan menukar wajah sebuah lombong tinggal menjadi satu
projek kebanggaan negara.' Peguam mantan KPN Rahim Nor pun pernah
berkata: beliau telah banyak berkorban kepada keselamatan negara,
sehinggakan kalau dia melanyak seorang mantan timbalan perdana menteri
yang digari tangannya dan ditutup matanya, dia seharusnya dimaafkan.
Mahkamah tidak bersetuju. Saya pun tidak bersetuju dengan pendapat
Kayveas itu. Dia telah berkata, secara mengingkari peraturan perlembagaan, MPSJ
sepatutnya telah meminta jasabaik kementeriannya untuk campurtangan.
Kenapa pula? Adalah menjadi pengetahuan ramai betapa kementerian beliau
itu sedia membantu para pemaju yang mempunyai masalah dengan para
pembeli rumah. Kisah betapa kementeriannya bergelumang dengan kemelut
IWK tidak perlu diulang-tayang lagi. Kisah kegagalan kementeriannya
menyelesaikan masalah rumah murah tidak perlu juga kita ulangkan.
Kalau kita mahu mengungkit sebarang contoh bagaimana kementerian pernah
berbakti kepada para pembeli, semua fail mengenainya tenggelam dalam
timbunan fail-fail yang membusut tingginya. Sebenarnya, bukanlah satu
amalan biasa untuk kementeriannya memberikan bantuan kepada para
pembeli terhadap para pemaju perumahan yang pelahap sifatnya.
Ataupun mengkritik majlis perbandaran yang tidak meminta bantuan
kementeriannya. Saya ingin bertanya, pernahkah Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, yang merupakan satu lagi majlis perbandaran, meminta bantuan
kementerian beliau dalam perkara yang serupa? MPSJ tidak perlu
bantuan itu, malahan tidak sepatutnya mendapatkannya. Perkara ini amat
jelas mengikut perincian perlembagaan. Mampukah Kayveas bertegas seperti
itu kalau Selangor diperintah oleh kerajaan parti pembangkang?
Bolehkah dia bersedia dengan bantuannya kalaulah masalah yang
dihadapi oleh Lee Kim Yew itu terjadi di Kuala Terengganu ataupun
Kota Bahru? Sepatutnya kita melupakan sahaja apa yang keluar daripada mulut
timbalan menteri ini. Seharusnya dia dimaafkan kerana tidak tahu apa
yang dicakapkannya. Ataupun apa yang dilakukannya. Sumbangan beliau kepada
integrasi nasional dan perpaduan negara adalah setakat memakai Baju
Melayu dengan bersongkok ketika merasmikan mesyuarat tahunan bahagian
UMNO. Keceluparannya dalam kenyataan akhbar yang dimestikan memberikan
ruangan yang jelas kepada kata-katanya itu memberikan gambaran betapa
pincangnya masyarakat Malaysia masakini. Dia beranggapan, penonjolan
adalah lebih penting daripada kenyataan. Kain sepanjang lima ela
yang dibikinnya menjadi sepasang baju difikirkannya memadai dijadikan
lambang integrasi nasional dan perpaduan negara. Kalau begitu, kain
sepanjang enam ela sesuai juga untuk dijadikan kain (kapan). Inilah yang
banyak diperlukan nanti seandainya rancangan politik yang bercanggah
dengan amanah rakyat itu menjadi satu amalan nasional.
Saya bukannya memperlekehkan pakaian Baju Melayu dan songkok. Ini
merupakan pakaian orang Melayu. Masanya akan tiba apabila Baju Melayu
akan menjadi pakaian rasmi negara, tetapi evolusinya mestilah mencontohi
cara 'cheongsam' yang memberi laluan kepada pemakaian 'baju kurung' oleh
masyarakat Cina. Perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa. Negara kita
mempunyai pelbagai kaum di mana setiap kaum dan agama mempunyai ruang
yang sama. Besar kemungkinannya, di satu masa hadapan yang terdekat,
pakaian Baju Melayu akan menjadi pakaian rasmi negara tanpa paksaan
tetapi kerana pilihan. Sekarang bukanlah masanya. Kepelbagaian bangsa dan agama yang membuatkan
Malaysia seperti yang wujud kini. Tetapi, pemimpin Cina dan India
dalam kerajaan seolah-olah mempunyai kecenderungan untuk melupakan
kepelbagaian ini dan sengaja meminggirkan diri daripada pendapat umum
untuk mengukuhkan pembangunan masyarkat bangsa-setakat memperkayakan
diri sendiri sahaja. Kita nampak betapa keghairahan Kayveas itu adalah
untuk mendapatkan markah, kerana Lee Kim Yew adalah kroni Perdana
Menteri. Pengerusi Country Height adalah adik ipar kepada Perdana
Menteri. Bukankah pelik apabila UMNO ataupun MCA sengaja bersikap
membisu seribu bahasa dalam kemelut Country Heights terhadap MPSJ?
Sepatutnya Kayveas tidak melangkahkan kakinya ke kancah yang tidak
berani dicuba oleh orang politik yang lain. Dia cuba menegakkan benang
basah. Kalau ada sesiapa yang merasa tersentuh hati, orang itu ialah
Perdana Menteri. Setakat ini dia tidak pun berkata apa-apa. Tentu sekali
tidak selepas segala keributan yang membabitkan seorang pesakit yang
menjadi banduan di Sungai Buluh. MGG Pillai Rencana Asal: The Country Heights Berhad, a listed company, owes the
Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) RM9 million in
assessment arrears. As a housing developer, its managing
director, Tan Sri Lee Kim Yew, seems confused about the
difference between quit rent and assessment. The deputy
minister for local government and housing, Dato' M. Kayveas,
when he berates the MPSJ when it moved to seal Country
Heights premises for non-payment. It should have asked his
ministry to sort it out, he thunders. Tan Sri Lee does not
deny the claim, only that he had paid RM3.8 million. That
may be, but his compay still owes RM9 million. That he
overpaid RM3.6 million in quit rent for the properties is no
concern of the MPSJ. Quit rent is collected for the state,
assessment for the municipality. Neither is that, in Dato' Kayveas' belief, Tan Sri Lee
should not have been touched because he "has contributed
immensely towards development by turning a former tin mine
into something the country can be proud of". The jailed
former Inspector-General of Police, Tan Sri Rahim Noor's
lawyer said so, too: he contributed immensely to the
security of the country so that even if he beat up a
handcuffed and blindfolded former deputy prime minister,
Dato' Seri Anwar Ibrahim, he should be excused. The court
disagreed. As I of Dato' Kayveas' view.
He says, in defiance of constitutional propriety, the
council should have asked his ministry to intercede. Why?
It is open knowledge his ministry would aid developers in
any confrontation with house buyers. The way his ministry
messed up the IWK fiasco needs no repetition. How it did
not resolve the matter of low cost houses bears no
repetition. If you must seek the good the ministry has done
for housebuyers, it would be buried amongst the files which
shortchanges them. It is not, in practice, the ministry's
role to protect the house buyer from rapacious housing
developers. Or criticise municipal councils for not asking
for its help. Would, may I ask, the Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur, another municipal council, ask his ministry for help
in matters like these? The MPSJ need not, indeed should
not. And it is so defined constitutionally. Would Dato'
Kayveas have so insisted if Selangor was administered by an
opposition party? Would he have been as forthcoming (?) if
Tan Sri Lee's investments for which he did not pay his
assessment rates were in Kuala Trengganu or Kota Baru?
One should normally ignore what this deputy minister
says. He should be forgiven for he doth not know what he
sayeth. Or does. His contribution to national integration
and national unity is to wear Baju Melay and songkok when he
opens UMNO divisional meetings. His trite response, which
he elaborated in a press release, and woe betide the media
which does not give it the gravitas it does not have,
underscores much that is wrong in Malaysian society. He
believes form is more important than substance. Five yards
of cloth ensures national integration and unity. Six is
needed for a shroud. Which we would all need sooner than
later if such c##k-eyed politically expedient plans become
national practice. Did the UMNO Siputeh division meeting attain a gravitas
because the Indian deputy minister came dressed in Baju
Melayu? Curiously, why does he not come in Baju Melayu when
he opens PPP meetings, and insist that every one should be.
And state his plans for national integration and national
unity, which no doubt would be news to his members. Until
he puts his money where his mouth is, he should be dismissed
as the political crank he is. I caste no aspersions to wearing Baju Melayu or the
songkok. It is the dress of the Malay. In time, the Baju
Melayu could well be the national dress of the Malaysian but
it must evolve as the cheongsam made way for the baju kurung
amongst the Chinese. It cannot be forced. This is a
multiracial country in which all races and religions have a
place. It is possible, at some future stage in the future,
it could become the national dress that all would wear not
under compulsion but by choice. Not now. This diversity of races and religions is what
makes Malaysia what it is. But Chinese and Indian leaders
in the government have a special penchant to ignore the
diversity and fall in line with the majority -- to ensure
not their community's, but their own, development. So,
Dato' Kayveas pitches in to earn brownie points because Tan
Sri Lee is a crony of the Prime Minister. The Country
Height's managing director is Dato' Seri Mahathir's
brother-in-law. Is it not curious that neither UMNO nor MCA
rose to support Tan Sri Lee against the MPSJ? Dato' Kayveas
should not tread where other politicians fear to tread. He
rises to defend the indefensible. If any one should be
offended, it is the Prime Minister. And he has said nothing
so far. He cannot. Not after that kerfuffle over an infirm
prisoner in Sungei Buloh. M.G.G. Pillai
|