Laman Webantu KM2A1: 4446 File Size: 15.2 Kb * |
TAG SP 112: B2 Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad By Harun Rashid 12/5/2001 7:30 pm Sat |
TAG 112 [Untuk melaksanakan Bakun kerajaan memerlukan wang. Kerajaan
tidak mengumumkan bagaimana ia mahu mencari wang untuk menghidupkan
Bakun satu ketika dulu. Kenyataan Mahathir kini membayangkan TNB
menjadi instrumen penting dalam projek ini. Tetapi TNB sendiri tidak
mempunyai dana berbilion itu melainkan dengan merencana pengeluaran
bon. (TNB sendiri masih berhutang RM40 blion). Ini diharap akan
menjanakan bukan eletrik tetapi wang untuk kempen pilihanraya nanti.
Apa yang menakutkan ialah pulangan untuk projek Bakun ini mungkin
amat lambat seandainya ada. Kalau hendak diharap kepada pengguna
domestik ia tidak berbaloi. Jika industri pula - banyak faktor lain
perlu diambil kira. Eletrik sahaja tidak memadai kerana logistik juga
penting. Masalahnya sistem pengangkutan darat dan laut Sarawak masih
teruk dan memerlukan belanja yang berbilion juga. Lagipun banyak penduduk
Semenanjung enggan berhijrah ke Sarawak walaupun gajinya lumayan ditawarkan
Mereka mempunyai keluarga di sini yang tidak ingin dipisahkan demi mengejar
kekayaan. TNB amat bergantung kepada tarif eletrik untuk hidup. Dan hanya itu
sahaja yang dapat dimainkan jika kesesakkan wang. Jika bon matang atau
tertunai dahulu sebelum sempat di isi wang, TNB akan menggelepar
mengerang kesakitan. Tarif eletrik tidak boleh dinaikkan sesuka hati
kerana rakyat yang sakit nanti akan menghumban kerajaan BN dengan senang.
Dengan memetik suis Bakun, TNB mungkin mampus muflis terkena kejutan
eletrik yang menakutkan. http://home.yqi.com/harunrashid1/66Tenaga.html
(The Bankruptcy of Tenaga Nasional) Oleh: Harun Rashid. Untuk melaksanakan rencana itu, perdana menteri beranggapan Sarawak
mestilah diberikan wang yang dihulurkan melalui satu bentuk pelaburan dalam
pembikinan Ampangan Bakun. Wang yang diperlukan untuk membiayai kempen
politik masih belum ada lagi. Soalnya sekarang, bagaimana mahu
mencarinya? Jawapan kepada soalan itu berkisar kepada Tenaga, dan helahnya nanti ialah
wang itu diperlukan untuk pembikinan Ampangan Bakun. Tenaga ataupun TNB
akan digunakan sebagai satu kereta perisai untuk membiayai kempen
politik Sarawak. Untuk melaksanakan rencana gergasi itu TNB perlu mencari
dana yang diperlukan. Untuk mendapatkan wang tunai, TNB perlu menjual
bon-bon yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion ringgit. Oleh
kerana Bakun tidakpun mempunyai nilai sebanyak itu sebagai sumber
pendapatannya, tapak pendapatan yang ada di Semenanjung Tanah Melayu
perlu turut digunakan sebagai cagarannya.
Dengan 'membiayai' Ampangan Bakun itu, hutang TNB akan mencanak hampir
RM40 bilion banyaknya, dengan hanya segelintir bahan untuk dijadikan
alat ofset. Seterusnya nanti segala kos pembiayaan Bakun yang belum pun
mempunyai sebarang sumber pendapatan, akan menjadi satu biawak hidup
yang akan terus dipikul sehingga menjejaskan kelakonan (performances)
TNB. Saham-saham TNB, disebabkan kebajingan musibat yang memegang
jawatan perdana menteri sedang diulit lumpur-lumpur 'coppererdam' Bakun.
Inilah yang disedari oleh warga pasaran saham menyebabkan berlakunya
keretakan kepada harga saham TNB.
TNB tidak akan mampu keluar daripada pengalaman ini dengan nafas yang
lega. Walaupun beberapa kerugian dapat diperbaikki secara yang diluar
dugaan, dan satu tahap keuntungan dapat dijangkakan. Kemungkinan naiknya
harga bahan bakar dan gas akan menyumbang lagi kepada masalah ini, dan
berkemungkinan dinaikkan kadar tarif yang sedia ada dan menaikkan juga
kemarahan para pengguna. Pengerusi baru TNB Jamaluddin Jarjis yang memang popular kerana
kerja-kerja yang pelik-pelik telah terburu-buru cuba membetulkan keadaan
yang merunsingkan; hasil keceluparan perdana menteri yang mencetuskan
isu ini. Beliau berkata bahawa kenyataan perdana menteri mengenai
pembabitan TNB dalam Bakun memerlukan satu tafsiran yang jelas.
Sebenarnya bukan sahaja Tenaga yang sedang dihenyak masalah. Adalah
penting membaca lapuran RAM (Rating Agency Malaysia) terbitan 16 November,
2000 dengan jelasnya. Lapuran itu melapurkan kerugian yang besar yang
ditanggung oleh TNB dalam pelaburannya di Pakistan.
Perdana menteri sudah semakin berusia dan usianya itu semacam satu
keemasan yang mengeras bersama jawatannya. Dia sudah bernekad bahawa
pilihanraya yang akan datang ini mesti dimenanginya, walaupun ini bererti
dia mesti memenjarakan semua ahli parti pembangkang. Untuk mencapai
ketakburan itu dia telah merencana pembinaan lima lagi penjara baru
dan mula melancarkan proses pengambilan tenaga polis dan angkatan
tentera yang baru. Semua ini dikira penting kerana perdana menteri mempunyai anggapan
bagaimana memberikan peluang kepada rakyat marhaen untuk membuat pilihan
seperti yang baru-baru ini ditunjukkannya dalam isu system kemasukan
pelajar universiti berasaskan kuota perkauman. Baru-baru ini satu kumpulan
mewakili rakyat marhaen telah berkumpul di sebuah bangunan kerajaan untuk
menyerahkan memorandum kepada menteri kerajaan berkaitan hal yang
membabitkan rakyat marhaen. Bayangkan apabila rakyat marhaen tidak
dibenarkan menjejakkan kaki mereka memasuki bangunan yang dibina dengan
hasil peluh rakyat biasa. Perdana menteri menganggap setiap kali rakyat berhimpun ia merupakan
satu ancaman kepadanya. Lantas dia mengistiharkan himpunan rakyat
marhaen seperti itu adalah haram, sambil meraba-raba mencari barang bukti
kalau ada roket dan bom, sambil membuat andaian himpunan itu bakal
mencetuskan usaha berbisa untuk menggulingkannya daripada persada kuasa.
Dia beranggapan bahawa penyertaan rakyat dalam proses membuat sesuatu
keputusan kerajaan itu sebagai satu sanggahan kepada kepimpinannya. Dia
telah merancang agar satu kumpulan polis rahsia yang berlagak sebagai
pemberita merakamkan setiap himpunan untuk simpanan. Semua nama
direkodkan, semua tangkapan dirancangkan. Inilah dia demokrasi Malaysia
mengikut acuan perdana menteri yang sebenarnya seorang diktator yang
berfikiran dia tidak akan mati-mati. Rakyat Malaysia, apatah lagi orang dunia sejagat tidak lagi mempunyai
sekelumit keyakinan terhadap Mahathir. Tetapi dia berbelanja besar
untuk membayar gaji satu kumpulan wartawan yang mempunyai tugas khas
menyolek setiap lembaran akhbar dengan segala bentuk propaganda yang
mampu diusahakan oleh persuratkahabaran yang sudah jatuh hina bertaraf
khadam dan hamba abdi. Berbalik kita kepada kisah kemuflisan tadi. Kita boleh membayangkan satu
peristiwa di hari muka, ketika satu lembaga manusia yang telah dikeraskan
menjadi mummia seakan-akan seorang perdana menteri di Putrajaya yang
dipamirkan mengeras duduknya di sebuah kerusi perdana menteri yang
tersimpan dalam sebuah peti kaca. Setiap ulangtahunnya, barisan
pengunjung dan pemujanya akan beratur berbaris sambil melekapkan telapak
tangan di dinding kaca dan merenung ke arah lembaga yang amat boros di
masa hidupnya. Inilah manusia berhati syaitan yang pernah membina bangunan
yang tinggi-tinggi untuk mencakar langit sehingga tidak tercakarnya lagi
dan memberi ruang kepada kemunculan lalang yang tinggi-tinggi;
sehinggakan monyet, ungka dan beruk bergayutan dan bermain sesuka
hati. ....Tamat.... -Harun Rashid- Khamis 10 Mei, 2001. Rencana Asal: by Harun Rashid May 10, 2001 The prime minister is Umno, and Umno is the public purse, and the
public purse controls Tenaga, and thus it may truly be said that
the prime minister is the de facto chairman of Tenaga National. As
a politician the prime minister wants to win the state elections in
Sarawak. To do that, he feels Sarawak must have the benefits of money
spread about as investment in the financially defunct Bakun Dam.
The money for the campaign fund is missing. The question is,
where to find it? The answer is Tenaga, and the subterfuge is that the money is to
pay for the Bakun Dam. Tenaga is being used as a vehicle to fund
the Sarawak campaign. In order for Tenaga to do that, it must
find the cash. In order to raise the cash, Tenaga must sell at least
RM10 billion more bonds. Because Bakun will not amount to much
as a source of income, the existing income base on the peninsula
must be used to repay the bonds. By assuming this large obligation, which cannot be put on the
books as an offsetting asset, since a non-performing dam is
much like a non-performing loan, Tenaga will then become
technically bankrupt, or very nearly so. That Bakun can generate
electricity but not income is beside the point. This is politics, not
business. After financing the Bakun Dam, Tenaga will owe almost RM40
billion, with very few offsetting assets. The continuing expenses
of Bakun, with no compensating income, will be a permanent,
continuing drain on future performance. The shares of Tenaga,
thanks to the political plotting of the prime minister, are now
mired in the mud of the cofferdam. The market takes note, with
consequent weakness in the share price.
The increased debt will call for an annual interest payment of over
RM3 billion, without considering any retirement of principal. The
present income of Tenaga cannot meet this level of interest, even
if income increases substantially. Tenaga reported profits of
RM1.5 billion for the year ended August, 2000. The assumption of
more debt for the Bakun Dam thus puts Tenaga into a position
from which expectation of early extrication requires extrasensory
energy. Tenaga cannot hope to survive this experience, even if recent
profits, coming on the heels of a string of losses, improve beyond
all expectation, and the new level of profitability is sustainable.
The impending increase in the price of fuel gas adds to present
problems, and perhaps necessitates an unpopular and inflationary
rate increase. Tenaga's new chairman, Dr Jamaludin Jarjis, with his keen
politician's sense of the ridiculous, quickly rushed to repair the
damage, stating that the prime minister's statement regarding
Tenaga's participation in the Bakun Dam requires "interpreting." It
is not convincing. Everyone knows who controls Tenaga, the
electricity rate, the gas fuel costs, and everything else in
Malaysia. It is the prime minister. And the prime minister is a man of
politics, not a skilled business executive with managerial acumen.
It is not just Tenaga that is in trouble. It is instructive to read
carefully the November 16, 2000 report by Ratings Agency
Malaysia (RAM), the inhouse credit agency of Malaysia, regarding
Tenaga's operational prospects. Another interesting press report
of Oct 31, 2000, tells of the disaster (and huge losses) Tenaga
faces in its Pakistan adventure. The prime minister has aged in place, and now seems due to
harden in his chair. He is resolute that the next election is to be
his, even if he must jail all the members of the opposition. To this
end he has ordered five new prisons and begun a recruitment
drive to increase the police and military contingent.
These are necessary because the prime minister's idea of giving
the people an opportunity to decide, as he recently invited them
to do in the matter of racially based quotas for entry into
Malaysia's public university system, entails delivery of
memoranda to ministers via meetings on the doorstep of publicly
owned buildings devoted to public business. Public entry is denied.
The prime minister, however, finds any such democratic
assembly a threat. He promptly declares such meetings illegal,
finding amid the assembled citizens evidence of rockets and
bombs, seeing a riot-to-be or other violent attempt to topple him
out of his chair. He finds public participation in decisions to be an
affront to his leadership. He orders the secret police, disguised as
newsmen, to take videos for later filing. Names are recorded.
Arrests are planned. This is democracy in Malaysia, courtesy of
the prime minister cum dictator. The people of Malaysia, and more and more the world, do not
have confidence or trust, and this in spite of the best efforts of
his bought and paid for press gang, who daily pave the printed
pages with the best public relations propaganda a servile press
can deliver. But the bankruptcy. That is all in the future, when the mummified
figure of the prime minister is on display in Putrajaya, wired erect
in his chair. Each birthday the line of worshippers will paddle past
to print a palm on the glass and paste an eye on the wastrel of a
man who broke the banks, who built the unfinished and abandoned
buildings, where tall grass grows while monkeys play.
....concluded.... Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Bankruptcy of Tenaga Nasional |