Laman Webantu   KM2A1: 4447 File Size: 12.8 Kb *



TJ SP MGG: UMNO Buat Kesilapan Lagi
By M.G.G. Pillai

12/5/2001 7:41 pm Sat

MGG 1101

[Umno melakukan kesilapan lagi dalam menonjolkan ia betul-betul mahu membersihkan diri dari politik wang. Dato' Zainol Mohammad Isa masih dikekalkan dalam kerajaan negeri walaupun jawatankuasa disiplin parti sudah memberi keputusan. Manakala itu, Khalil Yakob juga tidak digantung walaupun Fauzi sudah membuat pengaduan lengkap dengan bukti dan lapuran polis. Selagi Umno tidak sanggup mengorbankan semua banjingan dalam Umno ia akan reput sendirian. Banyak krisis yang menghempap Umno kini dipercayai berpunca dari orang dalam sendiri yang memberontak dengan cara tersendiri. Siapa yang menerajui MPSJ jika tidak orang Umno sendiri. Siapa yang membocorkan rahsia pembangunan Kg Medan jika tidak orang Umno juga. Inilah yang sedang berlaku dalam Umno kini - pemimpin yang kurang ajar telah diajar dengan cara tersendiri kerana politik wang yang sudah menjadi-jadi. Makin kerajaan melindungi orang terpenting parti semakin banyak rahsia menjelma nanti. Semuanya itu akan semakin mengaibkan parti. Lebih baik menyerah diri dari melawan dalam peperangan yang sukar ini akibat perbuatan diri sendiri.
- Editor
]


Terjemahan SPAR 01.008


UMNO Buat Kesilapan Lagi

(UMNO Shoots Itself In The Foot Again)

Lembaga disiplin UMNO telah mendapati enam ahlinya terlibat dengan politik wang dalam pencalonan di peringkat bahagian, yang lepas. Mereka telah digantung daripada bertanding sebarang jawatan untuk satu ketika sebagai satu contoh betapa teruknya keadaan yang sudah membarah dan perlu dibanteras itu. Sebaliknya, pelbagai alasan telah dikemukakan kenapa orang yang digantung itu mesti dibiarkan seperti dulu. Salah seorang daripada enam itu ialah ahli exco kerajaan negeri Kedah. Menteri Besar telah bingkas mempertahankan kewibawaan exco itu dan mahu beliau terus memegang tugasnya. Kelmarin, naib presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berkata Dato' Zainol Mohammad Isa, tidak perlu digantung daripada jawatan exconya 'kerana kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengekalkan jawatan beliau.'

Inilah kesan politik wang yang menguasai UMO kebelakangan ini. UMNO boleh bertegas itu bukan yang sebenarnya, tetapi inilah hakikatnya. Orang-orang perniagaan memanjakan ahli UMNO untuk naik bertapak di tangga yang megah dan mewah. Selama 20 tahun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, wang ringgit sudah memainkan peranan besar dalam politik orang UMNO sehinggakan orang kaya baru terutama sekali para juak dan kroni memperagakan kegemilangan kekayaan yang ada pada mereka seiring jalan dengan kedudukan politik mereka pula. Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi. Peniaga yang menonjol sengaja dibiarkan menaja mesyuarat dan majlis UMNO. Apakala perkara semacam ini menjadi perkara biasa, ia merupakan langkah kecilan sebelum orang yang kaya raya menempekkan kuasa mereka dalam jawatan parti. Inilah keadaan yang lebih serius sekarang ini berbanding satu dekad yang lalu. Apabila kontrak dan projek diagihkan kepada peniaga pilihan sahaja, adalah mudah diandaikan betapa wang yang banyak sudah berpindah tuannya. Seorang ahli yang diberikan hak untuk membangunkan sebuah kawasan di Petaling Jaya Selatan (Kampung Medan), di mana tercetusnya satu rusuhan kaum baru-baru ini, mendapati kesukaran untuk membangunkan tempat itu. Wang sogokan yang dibayarnya untuk tujuan asal itu hilang lesap begitu sahaja.


Apabila UMNO menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk memantau politik wang, ia bukannya untuk menangangi masalah itu secara berdepan, tetapi secara berdikit-dikit sebagai satu lakonan. Ia mahukan pemimpin lama dalam parti yang masih disegani lagi untuk membuat keputusan dan berkompromi dengan situasi itu dengan kenyataan yang berulang-ulang sebelum mengenepikan segala syor yang dikemukakan. Seorang pemimpin negeri yang mengepalai jawatankuasa disiplin membuat ugutan meletakkan jawatan seandainya syor jawatankuasanya diketepikan. Perkara semacam ini sudah tentu akan diikuti di negeri-negeri yang lain juga.

Namun, satu krisis besar yang sudah lama membuatkan parti bergegar sengaja dibekukan agar tidak membesar. Tuduhan seorang ahli DUN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman terhadap Setiausaha Agong Parti, Khalil Yaakob, nampaknya senyap tanpa tanda ada sesuatu yang akan meletup. Perkara yang serius dan amat jelas itu diringi pula oleh satu lapuran polis. Sebagai presiden UMNO, Perdana Menteri sepatutnya sudah menggantung jawatan orang itu dengan spontan. Sebaliknya dia sengaja tidak melakukan sebarang tindakan. Dia juga tidak ambil kisah ugutan Fauzi meletakkan jawatannya sebagai wakil DUN Beserah. Fauzi berkata dia telah menyerahkan surat letak jawatan kepada Menteri Besar, Adnan Yaakob. tetapi surat itu belum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya. Seandainya pilihanraya kecil diadakan di Pahang, besar kemungkinan kerusi itu akan berpindah kepada PAS. Dato' Fauzi memang menyokong mantan timbalan perdana menteri yang sedang sakit dalam penjara. Tindakannya membuatkan UMNO bercempera. Jadi, politik wang dan kemelut Anwar yang menggoncang UMNO sekarang.


Seandainya masalah politik wang diselesaikan - dengan cara membuat ikrar yang jelas dan melaksanakannya - UMNO akan memburukkan lagi masalah yang membabitkan Anwar. Bukannya disebabkan adanya pertalian antara dua perkara ini. Tetapi, kalau politik wang tidak dapat diselesaikan ia hanya akan memperkuatkan lagi pengaruh orang-orang Anwar dalam UMNO. Masalah UMNO sekarang ialah orang-orang yang mahu dikenakan tindakan disiplin itu adalah mereka yang bertaring kuasanya yang mampu mencetuskan masalah yang tidak ternilai kekuatannya seandainya mereka diheret untuk disingkirkan. UMNO sedang bergolak, dengan kehangatan perbalahan yang bergelegak; menyebabkan kepimpinan parti mudah disangkak. Cara menteri-menteri UMNO menangani masalah kuota pelajaran baru-baru ini menunjukkan betapa mereka sudah tidak mampu bertindak sekata lagi. Setiap tindakan mencetuskan banyak kecelaruan, bukan sahaja kepada rakyat marhaen malahan kepada sesama mereka.

Sudah tidak ada kepimpinan lagi. Kabinet yang ada sudah tidak berguna, tidak boleh diselamatkan lagi. Perdana Menteri boleh terus mengada-ngada menunjukkkan kuasa memberikan arahannya, tidak ramai yang mahu terus mendengar cakapnya. Orang Melayu sudah bangun memberontak. Apa yang terjadi kepada pengarah urusan Country Heights bukannya satu kebetulan. Ini merupakan satu lagi pertanda betapa sokongan akar umbi semakin berganjak posisi. Apabila sokongan kerajaan yang berganjak itu adalah sokongan marhaen Melayu, bererti kerajaan sedang berada dalam satu keadaan berbahaya, kerana tertekan. Apabila kerajaan tidak mampu bertindak apabila kepentingannya disangkak, banyak hal lagi yang akan tersedak. Usaha kerajaan untuk memekap pemberontakan tidak pun mampu mencetuskan ketakutan seperti yang selalu diharapkan. Pada kali ini, seandainya tidak ada sesuatu yang dilaksanakan untuk membaiki keadaan barah yang menjangkiti UMNO, ia akan menular tanpa ada tepiannya. Tidak ada satu pun tindakan yang dilaksakannya sejak beberapa bulan yang lalu menunjukkan UMNO mampu melawan secara berkesan,


MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR 01.008

Sabtu 12.5.2001.




Rencana Asal:


UMNO Shoots Itself In The Foot Again

The UMNO disciplinary board found six guilty of money politics in the recent divisional elections, and suspeneded them from contesting party elections for a period, it should have shown seriously to halt an endemic problem. Instead, excuses are given why they should be allowed to continue as before. One of the six is a state executive councillor from Kedah. The mentri besar's immediate response is how valuable he is to the state, that his offences did not matter, and he would remain. Yesterday, an UMNO vice president, Tan Sri Muhyuddin Yassin, says Dato' Zainol Mohamed Isa need not be sacked from the executive council "as the state has the right to retain him".

It is money politics which rule UMNO these days. It can insist it is not. But that is the rule. Business men nurture UMNO members into positions of influence and affluence. In the explosion of money men under the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed's 20 years in office, the newly rich business men, especially cronies and courtiers of the establishment, burnished their financial clout with political machinations. This cannot be denied. Prominent Malay business men are asked to contribute to holding of UMNO meetings. When that is allowed, it is a small step for rich independent UMNO members to buy their way into office. If anything, this is more serious now than it was a decade ago. When contracts and projects are given to favoured business men, it is safe to assume that much money has changed hands. One man given the right to develop one area in Petaling Jaya South, where the racial clashes took place recently, finds he cannot develop it. The money he paid to acquire it is lost for ever.

So, when UMNO established this discpilinary committee to monitor money politics, it would not meet the problem head on, but only by piece meal. It wanted respected party elders to decide, and compromised them first by frequent statements of what they would do, then by defying them. The UMNO supreme council should have met and affirmed or rejected the decisions. Instead, party leaders make statements that make the leaders even more confused about rooting out money politics. One state UMNO leader in charge of discipline threatens to resign if his committee's recommendations are ignored. And this can be replicated in other states.

Yet, the one major crisis on its hands, which an UMNO state assemblyman, Dato' Fauzi Abdul Rahman, lobbed against the UMNO secretary-general, Tan Sri Khalil Yaakob, is in no man's land. It was serious, detailed, and came in the form of a police report. The UMNO president, who is also prime minister, should have removed the man straight away. Instead, he does nothing. Neither has he acted upon Dato' Fauzi's threat to resign as state assemblyman. He said he had submitted his resignation to the mentri besar of Pahang, Dato' Adnan Yaakub, but it has yet to be forwarded to the Elections Commission. A byelection in Pahang now could well see PAS retaining it. Dato' Fauzi supports the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, and has thrown the UMNO machinery into confusion. So, it is money politics and the Anwar affair that weighs UMNO down.

But if UMNO does not resolve this crisis over money politics -- and it can do this only by a firm declaration of intent, which it then carries out -- it would aggravate the Anwar problem. Not that there is any connexion between the two, but that if money politics is unresolved, it would strengthen the Anwar forces in UMNO even more. UMNO's problem though is that those it must force out or retire are the party strongmen who can cause untold problems to it if they are reined in or forced out. UMNO is in ferment, with its internal contradictions so severe that its ability to lead is severely challenged. How UMNO ministers handled the education problem recently is one indication that it is every man for himself at the top. Every act brings forth more confusion, not only with the public, but amongst themselves as well.

There is no leadership. The cabinet is beyond redemption. The Prime Minister hectors and orders, but few listen to him. The Malay rebels. What happened to the Country Heights managing director in the last few days is no accident. It is yet another sign of support moving away from the government. When that support is Malay, the government is in serious trouble. When it cannot act firmly in what gnaws at its vitals, more of that is in store. Its attempt to rein in dissent did not induce the fear it normally would. UMNO is, if nothing is done to turn it around, in the final stages of political cancer. Nothing it has done in recent months suggest it is fighting back.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my