Laman Webantu KM2A1: 4456 File Size: 8.1 Kb * |
C174: Antara Castro Dan Mahathir By Cili Api 14/5/2001 5:26 am Mon |
[Castro menyindir Mahathir? Ada tiga rangkap kata beliau yang
membayangkan sedemikian. Malangnya akhbar tempatan tidak dapat
mengesan sindirannya yang begitu tajam.
Kita petik beberapa rangkap dalam rencana media antarabangsa:
Castro praised Iran for what he said was its role in combating
imperialism after the 1979 revolution which toppled the U.S.-backed Shah.
(Reuters - Patrick Chalmers 11/05/2001)
Cuban President Fidel Castro praised Malaysia on Friday for standing
up to Washington and the forces of globalization, and said Latin America
needs a similar spirit of rebellion. (AP - 11/05/2001)
Though Mahathir and Castro share outspoken criticism of Washington,
the U.S. is Malaysia's largest trading partner while Cuba languishes
under a four-decade trade embargo. (AP - 11/05/2001)
"There are two rebels in the world, one is Dr Mahathir and the other
is me." - Castro (AFP - 12/05/2001) Cuban President Fidel Castro went sightseeing Saturday on the second
day of his visit to Malaysia, touring the world's tallest buildings
and declaring he feels "closer to heaven." (AFP - 12/05/2001)
Menara Petronas 'hampir dengan syurga' - maknanya hampir memampuskan
negara dengan hutang menggila kerana Cuba pun tidak mengambil langkah
yang serupa. Pemberontak Mahathir cuma di mulut sahaja kerana dia mengikat perjanjian
rahsia dengan Amerika di belakang tabir sebenarnya. Cuba mampu hidup
walaupun menghadapi sekatan ekonomi Amerika, tetapi Malaysia amat
bergantung kepada Amerika sehingga Mahathir membenarkan Iraq dibom dengan
dahsyatnya melalui panggilan talifon sahaja.
- Editor] PEDAS-PEDAS CILI API (13hb Mei 2001) ANTARA CASTRO DENGAN MAHATHIR Cili Api tertarik dengan tiga perkara yang disebut oleh Fidel Castro,
Presiden Cuba, semasa beliau menjadi tetamu rasmi Dr M @ Cek Det.
Sebenarnya beliau bukan sebenarnya tetamu negara. Itu sebab beliau tidak
dibawa menyaksikan keadaan pekerja-pekerja ladang, penduduk-penduduk
setinggan dan Orang Asal. Pertama, apabila ditanya tentang serangan Eropah dan Amerika terhadap rekod
hak asasi Cuba, Castro berkata 'Kami merasa bangga dikritik oleh mereka
sebab kami tidak pernah menggunakan gas pemedih mata terhadap rakyat kami
dan tidak pernah memukul rakyat kami.' Cili Api lihat tidak ada satu pun
media tempatan yang melaporkan ini. Sungguhpun beliau menujukan kata-kata
ini kepada Presiden Bush, nampaknya semua media sedar bahawa ia juga
merupakan sindiran tajam kepada Bush Kecil di Malaysia, secara sengaja atau
tidak. Kedua, apabila ditanya apa pandangannya selepas dibawa melawat KLCC,
bangunan tertinggi dalam dunia, dia berkata, 'Saya menghampiri syurga di
sini'. Ayat ini kelihatan mempunyai unsur sindiran juga. Mungkin kerana
menyedari sindiran ini, maka media berbahasa Melayu menukarnya kepada 'Saya
seperti di ruang angkasa'. Ini lain sedikit maknanya. Tidak tahu mengapa
media tidak bertanya beliau apa rasanya selepas dijamu di mahligai
Mahafiraun. Ketiga, ketika ditanya sama ada Cuba mempelajari apa-apa dari Malaysia,
Castro menjawab, 'Ada dua orang pemberontak dalam dunia, seorang Dr Mahathir
dan seorang lagi saya.' Maksudnya ialah mereka memberontak menentang kuasa
Amerika Syarikat. Cili Api setuju dengan pendapat Castro tentang dirinya
sendiri, tetapi berbeza pendapat mengenai pendapatnya terhadap Cek Det.
Mereka tidak boleh dibandingkan, kerana jauh panggang dari api.
Tidak lama selepas Castro berjaya menjatuhkan diktator Batista dan
menegakkan pemerintahan barunya, Presiden Kennedy telah memerintahkan
serangan ke atas Cuba. Operasi serangan yang dikenal sebagai Bay of Pigs itu
berjaya dipatahkan oleh rakyat Cuba di bawah pimpinan Castro. Selepas itu
Cuba dikenakan sekatan ekonomi, yang mengakibatkan rakyatnya menderita.
Castro memberontak menentang Amerika dan juga diktator yang disokong oleh
mereka. Tetapi bagaimana dengan Cek Det? Beliau cuma menyerang penjajah baru Amerika
Syarikat hanya dengan kata-kata. Tetapi, cakap lain dan buat lain? Cek Det
bergantung kepada Amerika dalam bidang ekonomi. Perdagangan dengan Amerika
dan pelaburan dari Amerika sangat besar dibanding dengan lain-lain negeri.
Cek Det sendiri pada tahun 1984 menandatangani perjanjian pertahanan dengan
Amerika, yang membuka negara kita seluas-luasnya kepada penjajah baru itu.
Ada pangkalan Amerika di Cuba, akan tetapi itu hasil perjanjian yang dibuat
oleh diktator Batista dengan Amerika dulu.
Cili Api lihat Amerika Syarikat tidak begitu ambil apek sangat terhadap Cek
Det. Dia hanya menyerang dengan mulut. Jadi Amerika perlu serang balik
dengan mulut saja. Amerika tahu Cek Det mahu bergantung kepadanya dari segi
ekonomi dan pertahanan. Lagi pula sekarang ini Cek Det sedang berusaha
hendak berbaik-baik dengan Presiden Bush, yang lebih bebal dan tidak kurang
zalimnya berbanding dengan presiden atau naib-presiden Amerika sebelumnya.
Cili Api faham, sebagai tetamu istimewa Cek Det, Castro terpaksa
berdiplomasi dengan memuji tuan rumahnya. Agaknya jikalau Castro melawat
Iraq, tentu dia akan memuji Saddam dan rakyat Iraq pula kerana kuat
menentang serangan bersenjata dan sekatan ekonomi yang dilakukan oleh
Amerika ke atas mereka. Cili Api ingin tahu apa yang dikatakan oleh Castro semasa melawat Iran dan
Algeria. Bukankah tekanan dan sekatan Amerika terhadap negara dan rakyat
Iran masih teruk? Di Algeria pula, Amerika telah membantu golongan tertentu
di sana untuk mengambil kuasa, apabila rakyat membuat keputusan menyokong
parti-parti Islam. Sekarang ini pun Amerika tidak berapa senang dengan
pemerintah dan rakyat Algeria yang tidak hendak tunduk sangat kepada kuasa
imperialis Amerika. Bagaimana pula dengan China? Castro tahu semua ini. Tapi takkanlah dia
hendak puji pemimpin-pemimpin China, Iraq, Iran dan Algeria di depan batang
hidung Cek Det. Takut-takut akan jadi kecut pula batang hidung itu.
Lagi pula, mana asasnya hendak menyamakan Cek Det dengan Castro sebagai
pemberontak dalam negeri? Dari mula lagi Castro menentang diktator Cuba
bernama Batista itu. Beliau sanggup mengangkat senjata dan naik gunung.
Batista telah membunuh, menghukum dan memukul ramai pejuang-pejuang rakyat
Cuba yang bangun menentang kezalimannya.
Cek Det yang diampu-ampu oleh media tempatan sebagai wira hampir sama
kedudukannya dalam negeri dengan diktator Batista. Cuma Batista disokong
oleh Amerika, manakala Cek Det menentang Amerika dengan mulut kerana dia
tidak puas hati pemimpin dan media Amerika tidak memuja-memujinya. Kita
mesti jangan lupa bahawa apabila dipuji oleh Presiden Bush Tua (Senior)
dulu, Cek Det terus sokong resolusi PBB yang dikemukakan oleh Amerika untuk
mengebom Iraq. Kezaliman dan dasar dalam negeri Cek Det lebih dekat dengan diktator seperti
Batista itu. Cek Det menzalimi Anwar yang kerana berani menentangnya, dia
menggunakan polis untuk memukul reformis yang berhimpun secara aman kerana
mencabar kedudukannya, dia menggunakan ISA yang zalim untuk menahan
pejuang-pejuang yang mencabar kezalimannya serta korupsi kroni-kroniya, dan
dia menguasai serta memperalatkan bukan saja polis, tetapi juga mahkamah dan
media untuk memastikan pemerintahan zalimnya terus berpanjangan.
Cili Api faham mengapa Castro tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal
dalam negeri Malaysia. Sebenarnya banyak juga yang boleh diperkatakan
tentang hal-ehwal dalam negeri Cuba sendiri. Akan tetapi, Cili Api angkat
tabik kepada Castro kerana beliau tidak menggunakan polisnya untuk menembak
gas pemedih mata atau memukul rakyatnya. Tidak seperti Cek Det, yang mahu
menganggap dirinya sebagai diktator dan firaun yang baik.
] |