Laman Webantu KM2A1: 4459 File Size: 7.0 Kb * |
Konspirasi Mahathir dan Ketua Polis Negara By ntisa 14/5/2001 11:04 pm Mon |
[Mahathir sudah lama bimbang mengenai kebolehan pemimpin
parti keADILan. Mereka lebih menyerlah dan lantang daripada
kepimpinan parti lain. Tambah lagi mereka di pelopori oleh
pemimpin yang muda-muda seperti Ezam, Tian Chua, Ghani Haron,
Saifuddin dll. Ceramah dan strategi pemimpin keADILan ini lebih
berkesan kerana ia mengenai sasaran. Mereka telah berjaya
merangsang rakyat dan menimbulkan kesedaran yang berterusan.
Program-program parti keADILan lebih menyengat dari program dari
parti PAS misalnya. Dan keterampilan pemimpin pemuda keADILan yang
pelbagai kaum itu melalui gandingan Ezam-Tian Chua-Gobalakrishan
telah berjaya menarik sokongan semua lapisan rakyat.
Seperti yang diulas oleh penulis ini, semuanya bermula pada 10/4/2000.
Mahathir menuduh Gelita 14 pada tahun itu mahu menimbulkan huru-hara
dengan membawa senjata. Polis bagaimanapun gagal menemui apa-apa
selain satu pistol mainan anak kecil sahaja dicelah ribuan manusia.
Penangkapan di bawah akta ISA menunjukkan segala tuduhan Mahathir
adalah omong kosong sahaja. Mahathir seharusnya ditangkap kerana
mengada-ngadakan benda yang tidak ada yang boleh menggugat keselamatan
negara. Malangnya polis hari ini seperti berusaha untuk mengiyakan apa
yang dituduhnya sehingga musnah imej polis Malaysia di mata dunia kerana
semuanya bermula dari Mahathir belaka - penyebar khabar angin dan fitnah
nomor satu Malaysia. Konspirasi Mahathir dan Ketua Polis Negara
Semua ini bermula apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan
pada tanggal 10 April 2000, setahun yang lalu - Mahathir
tanpa bukti, tanpa saksi, entah dari mana diketahuinya
telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan
Malaysia - kata Mahathir " saya dengar Keadilan hendak
ada demontrasi pada 15 April ini dengan tujuan hendak
memperingati sesuatu dan mereka sedia nak pukul Polis, nak
bawa senjata...kayu dan Molotov c##ktail" Dari kenyataan
inilah setahun yang lalu beberapa pemimpin Keadilan
ditangkap termasuklah Ezam yang ditahan di Sungai Petani
Kedah, Dibawa ke Kuala Lumpur dan disoal siasat, dituduh
Ezam mengupah gangster cina untuk huru harakan Kuala
Lumpur, namun bukti tiada, yang ada hanya tuduhan. Lalu
Ezam dilepaskan dan hanya didakwa kerana ucapannya yang
sedikitpun tidak menyentuh kononnya kita mahu bawa
senjata dalam bentuk apa juga. Lalu pada 26 April tahun
yang sama Ezam telah membuat satu laporan polis khas
untuk mengadu yang Mahathir telah bertanggungjawab
menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram di dalam
negara. Tuduhan membabi buta Mahathir, setahun yang lalu tidak
diam begitu sahaja, tiba tiba negara dikecuhkan oleh
laporan kononnya Keadilan merancang demontrasi harian
untuk gulingkan Mahathir, Utusan sekali lagi bersekongkol
dengan Jabatan Perdana Menteri untuk merancang agar
rakyat percaya bahawa memang Keadilan sedang berusaha
untuk menimbulkan suasana panik di dalam negara.
Natijahnya Ezam sekali lagi ditahan, diburu seperti
penjenayah. Laporan yang dibuatnya setahun yang lalu
tidak disiasat sebaliknya hanya kerana petikan berita
dari seorang wartawan dan laporan Polis yang dibuat oleh
seorang ahli Umno pada petangnya - maka Ezam cepat cepat
ditahan. Sekali lagi Polis tercari cari bukti, ditahan
Ezam seminggu, akhirnya didakwa atas tuduhan yang surak
dibuktikan oleh pendakwaraya. Pemuda Keadilan pada 5 Mac 2001 telah membuat satu
kenyataan akhbar, di dalamnya diterangkan sebab sebab
mengapa Pemuda Keadilan diancam dan dituduh dengan
tuduhan merancang keganasan, Logik yang mudah adalah
kerana selama ini yang mendedahkan segala salah guna
kuasa dan wang rakyat, yang bertegas dan mahu beberapa
tokoh disiasat, yang membuat siri siri penerangan
mengenai salah guna kuasa dan wang rakyat adalah Pemuda
Keadilan yang dipimpin oleh Ezam Muhamad Nor. Salah laku
Mahathir dan beberapa lagi tokoh berterusan didedahkan-
walau diancam dengan dakwaan demi dakwaan di Mahkamah
terbuka, namun semangat dan keazaman sebahagian besar
Pimpinan Pemuda Keadilan tidak luntur. Malah mereka
perhebatkan lagi siri siri penerangan dan jelajah
Malaysia. Ceramah Ceramah yang dihadiri Pemuda Keadilan
didengar oleh ribuan rakyat. Lalu keadaan ini mencemaskan
Mahathir, setelah mahkamah terbuka tidak dapat
melunturkan tekad memperjuangankan hak rakyat oleh Pemuda
Keadilan. Langkah terakhir mereka adalah menahan dibawah
ISA. Satu undang undang yang membolehkan sesiapa yang
ditahan di bawahnya tidak perlu dibicarakan di mahkamah
terbuka. Kerana takut nanti rakyat bangun menentang mereka andai
dilakukan tangkapan sewenang wenangnya, dituduhlah Pemuda
Keadilan sedang merancang menghuru harakan Negara - lihat
kenyataan akhbar oleh KPN Norian Mai, jelas beliau selaku
KPN telah berbohong kononnya tahanan tahanan ini sedang
merancang untuk melakukan rusuhan ganas dan serangan bom
petrol di Kuala Lumpur, tuduhan seberat itu, langsung
tidak dilampirkan dengan sebarang bukti - hanya ucapan
dari mulut sahaja. Hasilnya sekarang ini - pada perkiraan Mahathir, tiada
lagi yang berani mahu mendedahkan segala penyelewengan
yang dilakukannya bersama kroninya. Andai adapun tidaklah
selantang yang ditunjukkan oleh barisan Pemuda keadilan,
pada fikirannya begitulah, dan memang pun - kalau kita
perhatikan ceramah dan siri penerangan mengembalikan hak
hak rakyat tertangguh, beberapa lagi siri penerangan
dibatalkan, lalu perhatian rakyat terhadap salahguna
kuasanya teralih dengan sendirinya. Rakyat tidak
berbincang lagi soal MAS, soal KWSP, LTH, Khazanah
Malaysia, Tabung PBN dan seumpamanya.
Itu hanya perkiraan Mahathir - dia harus diingatkan
sepotong ayat Al Quran, "mereka merancang, Allah juga
merancang dan ingatlah Rancangan Allah yang beroleh
kemenangan' Mahathir fikir dengan penjarakan pemimpin
kita, dengan ISAkan Ketua Pemuda Keadilan dan beberapa
exconya, dengan memburu beberapa lagi pemimpin kita -
pendedahan dan penyelewengan beliau akan tertutup. Dia
silap - bahkan semua yang telah berlaku membuatkan kita
berazam dan bertekad andai Mahathir TERUS MENAHAN
PEMIMPIN KITA, KITA AKAN BONGKAR BANYAK LAGI. Rakyat akan
dimaklumkan dengan lebih kerap lagi. TUNGGULAH masa dan
ketika terhampir ini. Kabinet Mahathir akan digegarkan
dengan sesuatu yang 'luar biasa', rakyat akan ditunjukkan
dengan 'bukti demi bukti' segala salah laku Mahathir.
Malaysia akan terus 'dipanaskan' dengan isu ini. Dunia
terus melihat bagaimana rakyat 'bencikan' mahathir dan
mereka tidak takut diugut. salam dari UK.
|