Laman Webantu KM2A1: 4461 File Size: 23.8 Kb * |
TAG SP 114: Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul By Tsu Nam 15/5/2001 12:09 am Tue |
[Satu lagi satira atau sketsa hakim Augustine Paul
yang suka memberi keputusan 'tidak relevan' bila sahaja
hujah atau keterangan yang memenangkan pihak si tertuduh
dikemukakan. Sebaliknya pemindaan pertuduhan oleh pendakawa
dibenarkan setiap kali dipatahkan oleh hujah peguambela.
Bagi Paul, tilam yang bisu lebih relevan dari pita yang
bunyinya jelas tanpa sebarang adunan tipu. Walaupun kerajaan
menang di atas kertas dalam kes ini, ia sebenarnya telah
tewas kerana semua pertuduhan tambahan telah pun digugurkan oleh
hakim yang sama baru-baru ini secara tergantung tanpa
sebarang alasan yang berunsur keadilan sedangkan itulah yang
terpapar pada logo barisan nasional setiap kali musim mengundi
datang. Sebagai hakim Paul seharusnya memberi alasan yang boleh
diterima mengapa semua pertuduhan itu digugurkan kerana
mahkamah adalah tempat mencari jawapan - bukannya untuk
memaparkan tuduhan. Paparan tuduhan itu sendiri sudah
merupakan satu jenayah yang tidak boleh diMAAFKAN!! Ia
seharusnya mendapat pembelaan - bukannya digugurkan begitu
sahaja kerana nama manusia yang teraniaya itu perlu dibersihkan
mengikut proses yang penuh keadilan - bukannya penutupan kerana
bimbang cacat-cela pendakwaan. Penghakiman Paul ini bermakna afidavit Dr Munawar, Sukma dan
Mior mungkin tidak akan tersiar. Mahkamah perlu mencabar
semua afidavit ini - tetapi terdapat kebimbangan kerajaan
BN akan menggeletar. Ini mungkin sebab sebenar semua pendakwaan
tambahan digugurkan kerana ia akan menyebabkan kerajaan semakin
tumbang. Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul
(The Augustine Paul School of Puppet Judges)
Oleh: Tsu Nam Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul akan
menerima kunjungan dari seorang pelawat yang penting pagi
itu. Seseorang yang bernama Datuk Korupsi telah
menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan tempat bagi
anak lelakinya belajar di sekolah tersebut. Oleh kerana
Datuk Korupsi merupakan seorang yang sedang meningkat
namanya di dalam Kabinet Malaysia dan hebat diperkatakan
sebagai bakal Perdana Menteri, beliau telah disambut dengan
begitu mesra oleh pengetua sekolah sendiri.
Sambil duduk di kerusi di dalam pejabat Augustine yang
serba mewah itu, Datuk Korupsi terperasan akan kertas
dinding yang bercorak kanggaru emas dan hijau serta model
bersaiz kanggaru hidup di penjuru bilik. Ada dua gambar
yang menonjol di dinding : Satu gambar DYMM Agong sedang
menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada Augustine sebagai
mengenang jasanya kepada negara kerana berjaya mensabitkan
kesalahan rasuah terhadap Anwar Ibrahim di dalam satu
perbicaraan yang berat sebelah dan memalukan; satu lagi
ialah gambar Mahathir sedang mengucapkan tahniah kepada
hakim tersebut selepas perbicaraan kes yang sama. Ruang di
belakang kerusi pengetua dicat dengan lambang sekolah,
terdiri dari BONEKA yang tersengih memegang dacing yang
berat sebelah akibat diduduki oleh seekor kanggaru dan
perkataan 'KEADILAN TIDAK RELEVAN'. Datuk Korrupsi
bertanyakan penerangan tentang frasa tersebut.
'Ah, Datuk,' jawab Augustine Paul dengan suara yang berniat
memikat setelah mengeringkan tekaknya. ' Motto sekolah kita
menjelaskan fakta bahawa KEADILAN sendiri, sebagaimana yang
diamalkan oleh Barat, tidak relevan untuk orang-orang Asia
seperti kita. Kita orang-orang Asia tahu nilai sebenar
KEADILAN bukan untuk menghukum pesalah, tetapi sebagai alat
untuk menghukum mereka yang menetang kerajaan dan parti
pemerintah.' Bersemangat dengan tanda-tanda persetujuan di muka pelawat
itu, Augustine Paul menyambung, 'Kita tidak boleh benarkan
pencetus masalah sebagai contoh, menggunakan undang-undang
untuk menghancurkan nilai-nilai Asia dan cara hidup kita.
Sebaliknya, kita menggunakan sistem keadilan untuk
menghancurkan mereka!' 'Tepat sekali,' Datuk Korrupsi memerhati sambil mengangguk,
'Ini adalah langkah yang bijak. Tanpa ragu lagi rasuah
ialah nilai-nilai Asia kita yang amat mulia. Kita
memerlukan hakim-hakim yang bersesuaian untuk melindungi
amalan rasuah ini.' 'Sudah tentu. Adalah lebih baik juga jika hakim-hakim
adalah sebahagian dari KELUARGA,' kata pengetua, sekaligus
merujuk kepada hakikat bahawa Datuk tersebut memang seorang
yang amat korup, dan lebih dari itu, ada kemungkinan akan
menjadi bertambah korup lagi apabila bintangnya semakin
bersinar di Malaysia. 'Apakah jenis korikulum yang ada di sekolah anda ini?'
'Ah, Datuk. Kami menjalankan program intensif untuk
menghasilkan hakim yang benar-benar korup, berat sebelah
dan rosak akhlak buat negara dengan kursus yang memakan
masa dua tahun sahaja. Di tahun pertama pengajian,
pelajar-pelajar akan belajar asas-asas pengendalian
mahkamah kanggaru termasuk meminda undang-undang, bahan
bukti untuk keuntungan, bagaimana membuat penghakiman yang
berat sebelah, bagaimana untuk tunduk kepada kuasa
pemerintah, bagaimana beraksi sebagai boneka, bagaimana
melindungi ketidakadilan dengan menggunakan bahasa
perundangan, yang penting sekali bagaimana menggunakan
perkataan 'tidak relevan.' Tetapi di tahun kedua barulah
mereka belajar perkara yang lebih halus.'
Berhenti seketika sambil membetulkan pin tali lehernya yang
berbentuk kanggaru, Augustine Paul menyambung: 'Ianya
termasuk bagaimana untuk mengubah suasana perbicaraan dari
peguambela-peguambela walaupun mereka mempunyai kes yang
kukuh, bagaimana mengugut peguambela seandainya mereka
begitu cemerlang, bagaimana mengkritik pemerhati luar dan
media luar negara, bagaimana mensabitkan kesalahan ke atas
tertuduh walaupun tiada bukti untuk menyokong tuduhan, dan
bagaimana untuk menggunakan undang-undang menghina mahkamah
ke atas sesiapa sahaja yang berani mengkritik sistem
kehakiman.' 'Sungguh mengkagumkan,' kata Datuk Korrupsi. 'Bolehkah kita
memulakan lawatan di sekolah ini sekarang'?
'Sudah tentu Datuk. Tidak sabar rasanya untuk membawa Datuk
melihat segala kemudahan moden yang disediakan di sekolah
ini.' Dengan meninggalkan pejabat pengetua, kedua-duanya
pun berjalan keluar. Apabila mereka melintasi kawasan
sekolah. pelawat itu dapat melihat sesi Senaman Fizikal
yang sedang berlangsung di tengah-tengah padang. Sekumpulan
pelajar sedang membongkok seperti seekor kanggaru dan
melompat-lompat dengan bertenaga sekali. Pengetua sekolah
menjelaskan bahawa dengan berbuat seperti itu, para pelajar
akan dapat mengembangkan satu pemikiran yang selaras dengan
pengendalian sesebuah mahkamah kanggaru. Di sebuah padang
yang lain, satu kumpulan lagi kelihatan sedang
mempraktikkan pergerakan badan yang melentuk-liuk dan
Augustine sekali lagi menjelaskan bahawa tujuan pergerakan
itu adalah bagi menghasilkan pemikiran yang sesuai untuk
memutarbelitkan undang-undang mengikut citarasa sendiri.
Di dalam sebuah taman kecil, pegetua sekolah dengan
bangganya menunjukkan sebuah ukiran patung Mahathir yang
sekolah hormati sebagai Pengasas Kehakiman Moden Malaysia,
alat yang menggerunkan digunakan untuk menyekat tekanan
dari dunia luar terhadap kekejian dan tingkah laku yang
memalukan dari hakim-hakimnya. Kemudian mereka menuju ke perpustakaan sekolah. Kelihatan
begitu luas dan sarat dengan bahan-bahan bacaan, dengan
pelajar-pelajarnya membongkok dengan senyapnya mengadap
buku-buku dan kertas-kertas. Di atas dinding pula
tergantung keratan-keratan akhbar lama yang melaporkan
kes-kes perbicaraan yang sangat memalukan di Malaysia
termasuk kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim, Lim Guan
Eng, Sukma, Munawar, Nalla, Murray Hiebert dan Marina
Yusof. Semua ini sebagai galakan kepada para pelajar untuk
menjadi hakim penyeleweng yang cemerlang apabila tiba
masanya. Antara yang paling menonjol adalah
laporan-laporan mengenai kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang
dihakimi oleh Augustine Paul, yang tidak dapat disangkal
lagi sebagai satu contoh kes yang paling aneh dalam sejarah
Malaysia yang menyerlahkan kepincangan sistem kehakiman
itu. Seterusnya mereka melawat makmal audio. Di sini para
pelajar boleh mendengar pita rakaman berkenaan dengan
perjalananan kes-kes lama di mahkamah kanggaru. Pengetua
sekolah menjemput pelawat itu memakai alat pendengar bagi
mengikuti sebahagian dari kes perbicaraan Anwar Ibrahim
pada tahun 1998 : PEGUAMBELA : 'Tuan Yang Mulia, kami ingin mengemukakan
bukti mengenai konspirasi politik peringkat tertinggi
terhadap pelanggan kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.'
HAKIM : 'Itu tidak dibenarkan! Konspirasi politik tidak
relevan dalam kes ini!' PEGUAMBELA : 'Tuan Yang Mulia, kami boleh menyediakan 10
orang saksi untuk membuktikan bahawa konspirasi politik itu
benar-benar wujud.' HAKIM : 'Sepuluh orang saksi kamu itu juga tidak relevan!'
PEGUAMBELA : 'Tetapi tuan masih belum mendengar bukti
keterangan mereka lagi.' HAKIM : 'Kalau begitu mengapa pula? Bukti keterangan mereka
juga tidak relevan!' PEGUAMBELA : 'Kami mempunyai pita rakaman perbualan di
antara dua watak utama yang jelas menunjukkan wujudnya
konpirasi politik itu.' HAKIM : 'Pita rakaman kamu itu juga tidak relevan!'
PEGUAMBELA : 'Kami juga mempunyai bukti tentang konspirasi
polis terhadap pelanggan kami.' HAKIM : ' Konspirasi polis itu tidak relevan dengan kes
ini!' PEGUAMBELA : 'Kami juga mempunyai bukti bahawa Peguam
Negara telah mengada-adakan pertuduhan terhadap pelanggan
kami.' HAKIM : ' Jika kamu berani mengemukakan bukti tersebut,
saya akan mendakwa kamu kerana menghina mahkamah!' PENDAKWA : 'Tuan Yang Mulia, kami ingin mengemukakan kepada
mahkamah ini sebuah tilam yang bertanda di mana di atas
tilam inilah tertuduh telah melakukan perbuatan liwat dan
zina yang amat memalukan.' HAKIM : 'Ini sangat relevan. Sila bawa masuk tilam
tersebut.' Di akhir rakaman tersebut, Datuk Korupsi telah tertawa
terbahak-bahak kegembiraan dan meminta satu salinan pita
rakaman tersebut. Augustine Paul berjanji akan
mengirimkannya satu salinan kes perbicaraan yang lengkap
dan membawanya melawat ke bahagian lain pula.
Mereka memasuki sebuah dewan syarahan yang di dalamnya satu
sesi pelajaran sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, sesi
pelajaran itu merupakan sesuatu yang tidak pernah
disaksikan oleh Datuk Korupsi sebelum ini di mana semua
mata pelajar tertumpu kepada seorang pensyarah yang sedang
duduk di atas kerusi tanpa berkata apa-apa selain dari
menyentak-nyentak tangan, kaki dan lehernya ke banyak arah.
Dalam kebingungan, pelawat itupun berpaling kepada pengetua
sekolah yang kemudiannya menjelaskan bahawa :
'Ini mungkin kelihatan aneh, tetapi pensyarah itu sedang
menunjukkan cara bagaimana untuk menjadi seorang hakim
boneka yang baik. Anda boleh lihat bagaimana kaki dan
tangannya dengan cepat bertindakbalas terhadap arahan
tersembunyi yang disampaikan kepadanya oleh tuan hakim
boneka. Ini adalah satu tafsiran fizikal tentang apa yang
sebenarnya berlaku di dalam otak dan dari itu menjadi satu
kaedah pengajaran yang sangat bernilai.' Mereka terus
menyaksikan bagaiman pensyarah itu bangun dari kerusinya
dan tunduk sehingga hilang dari pandangan, membengkok,
membongkok dan mengensot tanpa menghiraukan sesiapa.
Augustine Paul berkata, ' Ini adalah untuk mengajar
pelajar-pelajar tentang kelakuan yang perlu ditunjukkan
oleh mereka dengan kehadiran tuan boneka, perdana menteri
sendiri.' Setelah berpuas hati, Datuk Korrupsi dibawa ke bahagian
lain sekolah itu di mana perbicaraan olok-olok sedang
berlangsung di dalam sebuah kelas yang menyerupai kamar
sebuah mahkamah.
PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, tertuduh didakwa dengan
tuduhan meliwat pemandunya pada 29hb. Februari, 1995 di
Villa Sivoli.' PEGUAMBELA : 'Tuan yang Mulia, tahun 1995 bukankah tahun
lompat, oleh itu perbuatan tersebut tidak mungkin berlaku
pada tarikh tersebut.' PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, saya ingin membuat pindaan
terhadap tarikh pertuduhan kepada satu hari di dalam bulan
Januari 1994 di Villa Sivoli.' PEGUAMBELA : 'Tuan yang Mulia, kami boleh buktikan bahawa
Villa Sivoli belum lagi wujud dalam bulan Januari 1994. Ia
hanya siap dibina dalam bulan Disember tahun itu.'
PENDAKWA : Tuan yang Mulia, kami ingin meminda tarikh
pertuduhan itu kepada satu hari di antara bulan Disember
1994 dan Mac 1995.' HAKIM : 'Pindaan diterima.' PEGUAMBELA : Tuan yang Mulia, kami mempunyai pasport
tertuduh yang membuktikan bahawa beliau berada di luar
negara sepanjang tempoh bulan Disember 1994 sehingga Mac
1995.' PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, kami memohon untuk meminda
tarikh pertuduhan sekali lagi kepada 'satu hari di dalam
hidup tertuduh' di Villa Sivoli.' HAKIM : ' Pindaan diterima.' Ternyata perbicaraan olok-olok itu telah berjaya menarik
hati Datuk Korupsi yang memuji kebijaksanaan yang
dipamerkan oleh hakim olok-olok itu. Pada penghujung
lawatan itu, pelawat yang kekaguman itu mengisytiharkan
bahawa beliau bukan sahaja akan menghantar kedua-dua anak
lelakinya ke sekolah tersebut, tetapi juga akan
menggalakkan semua orang yang mempunyai hubungan dengannya
untuk mengambil langkah yang sama. Augustine Paul
mengingatkan beliau bahawa prospek masa depan peningkatan
kerjaya buat hakim-hakim boneka amat cerah, di mana tuan
hakim boneka tidak akan ragu-ragu untuk menganugerahkan
kekayaan dan gelaran-gelaran kehormat kepada mereka yang
menunjukkan prestasi yang baik. Pelawat itupun beredar
selepas menerima cenderahati yang berupa kanggaru 24-karat
emas berukuran 6 inci tinggi. Rencana Asal: http://www.geocities.com/seachange_2000/school_puppets.htm
The Augustine Paul School of Puppet Judges had an important
visitor that morning. A certain Datuk Korrupsi had called to check out
the School as a possible place of study for his sons. As Datuk
Korrupsi was a rising star in the Malaysian Cabinet and was tipped to
be a future Prime Minister, he was warmly received by the school's
principal himself. Sitting in a plush armchair in Augustine Paul's luxurious office,
Datuk Korrupsi noted the gold and green kangaroo wallpaper and a
life-size model of a kangaroo in the corner. There were two
prominent pictures against the wall: one of the King conferring on
Augustine Paul the Tan Sri title for his services to the nation in
convicting Anwar Ibrahim of corruption in a shamelessly biased trial;
the other of Mahathir congratulating the judge after this same trial.
The space directly behind the principal's chair was painted with the
School's crest, consisting of a grinning puppet holding a lopsided
balance (dacing) weighed down on one side by a kangaroo, and the
words: 'Justice is Irrelevant.' Datuk Korrupsi asked for an
explanation of this phrase. 'Ah, Datuk,' replied Augustine Paul in an ingratiating voice after
clearing his throat, 'Our school's motto reflect the fact that justice for
its own sake, as practised by Westerners, is irrelevant to us Asians.
We Asians know that the real value of justice is not to punish the
wrong-doer, but as a tool to punish those who oppose the
government and the ruling party. Encouraged by the look of agreement on his visitor's face,
Augustine Paul continued, 'We cannot allow whistle-blowers for
instance, to use Justice to destroy our Asian values and way of life.
Instead, we use the justice system to destroy them!'
'Indeed,' observed Datuk Korrupsi with a nod, 'this is most wise.
Corruption is undoubtedly one of our most sacred Asian values. We
need judges of the right sort to protect this.'
'Certainly. It would also help if the judges are part of one's own
family,' said the principal, making sly reference to the fact that the
Datuk was enormously corrupt and, moreover, was likely to become
even more so as his star ascended the Malaysian sky.
'What sort of curriculum do you have here?'
'Ah, Datuk. We have an intensive program here to turn out the most
corrupt, biased and depraved judges for the nation with only two
years' study. In their first year, the students learn the basics of
running a kangaroo court including how to twist the law of evidence
to their own advantage, how to make biased rulings, how to kowtow
to the powers that be, how to act like a puppet, how to cover up
injustice using legal language and, most importantly, how to use the
word 'irrelevant.' But it is in their second year that they learn the
finer points.' Pausing to adjust his kangaroo tie-pin, Augustine Paul continued:
'These include how to cut the ground away from defence lawyers
even when they have the strongest case, how to threaten defence
lawyers if they are doing too well, how to criticise foreign observers
and the foreign news media, how to convict an innocent person even
when there is no evidence to support the charge, and how to use the
law of contempt on anyone who dares criticise the justice system.'
'Most impressive,' said Datuk Korrupsi. 'Shall we now tour the
School?' 'Certainly Datuk. I can't wait to show you our modern facilities.'
Leaving the principal's office, the two proceeded outside. As they
crossed the school's compound, the visitor noticed a Physical
Exercises session in progress on a stretch of field. A group of
students had adopted the posture of kangaroos and were hopping up
and down vigorously. The principal explained that by doing so, they
were more likely to develop the right sort of mentality to run a
kangaroo court. In another field, a group appeared to be practising
bodily contortions and Augustine Paul again explained how this was
meant to develop a mindset conducive to bending and twisting the
law to one's own agenda. In a small garden, the principal proudly showed off a statue of
Mahathir whom the School revered as the founder of the modern
judiciary in Malaysia, a fearsome tool of oppression notorious the
world over for the depravity and moral flexibility of its judges.
They made their way to the school Library. It looked spacious and
well-stocked, with a number of students bent silently over books and
papers. Against the walls were pasted blow-ups of past newspaper
reports of Malaysia's most notorious miscarriages of justice,
including those of Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Sukma, Munawar,
Nalla, Murray Hiebert and Marina Yusoff. These were so as to
inspire the students to excel as corrupt judges when their turn came.
The most prominent displays were naturally reports of Augustine Paul
presiding over the trial of Anwar Ibrahim, undisputably the most
grotesque instance of judicial perversion in the history of Malaysia.
They next visited the Audio Lab. Here, students could listen to tape
recordings of past kangaroo court proceedings. The principal invited
his visitor to put on a set of ear phones to listen to a snippet of the
1998 Anwar Ibrahim trial: Defence Lawyer: 'Your Honour, we wish to present evidence of a
high level political conspiracy against out client, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.' Judge: 'You will not! I rule a political conspiracy irrelevant to this
case!' Defence Lawyer: 'Your Honour, we can call on ten witnesses to
prove that a political conspiracy exists.'
Judge: 'I rule your ten witnesses irrelevant!'
Defence Lawyer: 'But you haven't even heard their testimony yet.'
Judge: 'So what? I rule their testimony irrelevant!'
Defence Lawyer: 'We have a tape recording of a conversation
between two key figures that clearly points to a political conspiracy.'
Judge: 'I rule your tape recording irrelevant!'
Defence Lawyer: 'We also have evidence of a police conspiracy
against our client.' Judge: 'I rule a police conspiracy irrelevant to this case!'
Defence Lawyer: 'We also have evidence that the attorney general
conspired to fabricate charges against our client.'
Judge: 'If you dare present the evidence, I shall charge you with
contempt of court!' Prosecutor: 'Your Honour, we wish to present to this court a soiled
mattress on which the accused committed shameful acts of s###my
and adultery.' Judge: 'This is highly relevant. Please bring the mattress in.'
At the end of the recording, Datuk Korrupsi laughed in evident
enjoyment and requested a copy of the tape. Augustine Paul
promised to send him a copy of the entire trial proceedings and
conducted him to the next part of the tour.
They entered a lecture theatre where a lesson was in progress.
However, it was like no lesson that the Datuk had ever seen for all
eyes were concentrated on the figure of the lecturer who sat on a
chair in front saying absolutely nothing but jerking his arms, legs and
neck all about. Puzzled, the visitor turned to the principal who
explained: 'This may seem strange, but the lecturer is demonstrating how to be
a good puppet judge. You can see how his limbs respond
immediately to the silent commands that are sent to him by the puppet
master. This is the physical interpretation of what actually happens
mentally and hence is a valuable teaching aid.'
They watched as the lecturer then got off his chair and kowtowed
deeply to an invisible figure, bending and bowing and scraping like
nobody's business. Said Augustine Paul, 'This is to teach the
students how they should behave when in the presence of the
puppet master, the prime minister himself.'
Satisfied, Datuk Korrupsi was then led to another part of the School
where a mock trial was in progress in a classroom fitted out like a
court. Prosecutor: 'Your Honour, the accused is charged with s###mizing
his driver on February 29 1995 in the Sivoli Villa.'
Defence Lawyer: 'Your Honour, 1995 was not a leap year, hence
the said act could not have happened on that date.'
Prosecutor: 'Your Honour, I would like to amend the date of the
charge to a day in January 1994 in the Sivoli Villa.'
Judge: 'Amendment granted.' Defence Lawyer: 'Your Honour, we can prove that the Sivoli Villa
did not exist in January 1994. It was only completed in December of
that year.' Prosecutor: 'Your Honour, we would like to amend the date of the
charge to one day between December 1994 and March 1995.
Judge: 'Amendment granted.' Defence Lawyer: 'Your Honour, we have the accused's passport
to prove that he was overseas during that whole period December
1994 to March 1995.' Prosecutor: 'Your Honour, we would like to amend the date of the
charge again to 'one day in the life of the accused' in the Sivoli
Villa.' Judge: 'Amendment granted.' The mock trial apparently pleased Datuk Korrupsi who commented on
the brilliance displayed by the mock judge. At the end of the tour, the
impressed visitor declared that not only would he send both his sons
to the School, but that he would also encourage all his relations to
do likewise. Augustine Paul reminded him that the prospect of
advancement for puppet judges was great, with riches and titles from
the puppet master for good performance. The visitor departed after
being presented with the gift of a six-inch high, 24-carat gold
kangaroo. |