Laman Webantu KM2A1: 4463 File Size: 11.0 Kb * |
Menjejakki Kerjaya Rahim Noor By Adam Abdul Kadir 15/5/2001 1:12 am Tue |
[Hukuman yang teramat ringan ke atas Rahim Nor telah
mempersendakan sistem perundangan negara. Pertuduhan yang
begitu lembut keatasnya menunjukkan pendakwaraya sudah tidak
boleh diharap lagi untuk menegakkan keadilan di negara ini.
Rahim Nor bukan seorang yang berjasa kepada negara walaupun
jika beliau tidak memukul Anwar. Polis begitu bermaharaja lela
sejak Rahim Nor menerajuinya. Banyak tragedi ngeri di mana rakyat
tidak berdosa menjadi mangsa polis terjadi ketika era Rahim Nor.
Rencana ini mendedahkan Rahim Nor seorang yang memang panas-baran
tetapi dia hanya bertindak kerana tertekan. Perkataan 'bapak anjing'
tidak mungkin menyebabkan dia kepanasan kerana Anwar tidakpun
nampak siapa yang memukulnya kerana mata sudah ditutup dan gari pula
terikat di tangan. Siapa yang menekan Rahim Nor jika tidak seseorang
yang berada di atasan.... Alasan panas baran untuk mengelak dari hukuman tidak boleh diterima
kerana nanti semua penjenayah boleh memberikan alasan yang serupa untuk
menyalahkan orang lain pula. Walaupun Rahim panas baran - dan mungkin tidak dapat mengawal dirinya
dia mungkin akan mendedahkan perkara sebenar jika sudah terlalu tertekan.
Rakan-rakan Rahim dulu ada menceritakan sikapnya seperti ini.
Ini adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh pihak konspirator. Dengan
memberitakan kesihatan yang tidak baik - Rahim mungkin akan dipenjarakan
dalam keadaan yang tidak memenjarakan. Pihak BA harus menyiasat apakah
Rahim memang berada di dalam penjara atau dipisahkan di tempat rahsia
kununnya kerana sakit yang entah apa pun tidak dikhabarkan atau disahkan
oleh sebarang pakar tempatan. Setelah 2 tahun peristiwa mata "blue black" berlalu akhirnya
Rahim ke penjara. Mahu tidak mahu beliau kena terima kenyataan
bahawa beliau terpaksa bermalam di penjara selama sebulan.
[bukan dua? - Editor] Memang sesuatu yang tragik dan tidak pernah berlaku dalam sejarah
Malaysia seorang IGP meletakkan jawatan kerana kesalahan jenayah
dan akhirnya ke penjara untuk menjalani hukuman ke atas tuduhan
yang beliau mengaku bersalah. Samada beliau yang benar-benar
bertanggungjawab mencederakan Anwar tidak menjadi persoalan utama
di sini tetapi kenyataanya, beliau telah mengaku bersalah dan
beliau harus menerima hukuman ke atas pengakuannya.
Secara peribadi saya berpendapat ini adalah sesuatu yang tragik
bukan sahaja kepada PDRM tetapi kepada diri Rahim sendiri.
Seorang yang berada di kemuncak dan di sambung kontrak untuk 2
tahun tiba-tiba jatuh. Walau bagaimanapun sebagai seorang pegawai
tertinggi dalam PDRM walau apa sahaja alasan yang diberikannya,
beliau tidak patut bertindak sedemikian. Rahim memberitahu beliau
tidak dapat mengawal dirinya apabila di panggil sebagai "Bapa
Anjing" tetapi bagi saya walaupun apa sahaja perkataan yang
digunakan oleh Anwar beliau tidak patut bertindak sedemikian.
Sepatutnya Rahim mengawal dirinya sendiri daripada bertindak
sedemikian. (Sebab itu agaknya nenek moyang masyarakat India
menjelaskan "kesabaran itu lebih luas dari lautan") Jika dia
bersabar seketika sudah tentu hidupnya tidak menjadi sebegini.
Kalau seorang Pegawai Tertinggi Polis boleh bertindak sedemikian
rupa tanpa dapat mengawal diri bagaimana pula dengan anggota dan
pegwai rendah yang seolah-olah mendapat lesen untuk memukul
dengan alasan di provokasi oleh si tertuduh.
Seberang Perai Oleh: ADAM ABDUL KADIR Menoleh kembali, kemungkinan itu boleh dielak. Bagaimana kalau beliau
tidak meninggalkan meja mesyuarat dan pergi ke bilik Anwar Ibrahim di
tahan di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman? Jawapannya tidak relevan
lagi kerana ia tidak dapat mengubah keadaan yang sudah berlaku.
Soalan begini berasaskan apa yang disebutkan dalam bahasa Inggeris
sebagai hindsight atau tolehan kembali.
Mendiang Presiden Truman yang menjadi Presiden Amerika Syarikat dari
1945 hingga 1953 pernah berkata, telahan ke hadapan seorang Presiden
hanya sebaik tolehan ke belakang seorang budak berusia 12 tahun.
Beliau ketika itu didatangi sedikit sebanyak rasa kesal mengenangkan
keputusan beliau menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di
Jepun yang membunuh beratus ribu manusia. Bagaimanapun, kesalan tidak
dapat membawa apa-apa perbezaan terhadap apa yang sudah berlaku.
Kalau pun ada, ia merupakan satu pengajaran untuk dijadikan teladan
dan sempadan. Rahim sebenarnya sudah bersara setelah mencecah usia 55 tahun, tidak
berapa lama sebelum kejadian itu berlaku. Beliau dikatakan diberi
sambungan khidmat selama dua tahun.
Berhentinya Anwar Ibrahim daripada tampuk Timbalan Perdana Menteri
telah mencetuskan rentetan kekacauan. Ini telah menguji kemampuan
polis mengawal keamanan dan pastinya berupa satu masalah yang
mencabar hemah seorang ketua polis seperti Rahim. Apa yang berlaku
seterusnya sudah menjadi sejarah. Minat Rahim yang asal ialah untuk menjadi seorang ahli politik,
sekurang-kurangnya itulah yang boleh dikesan sejak beliau menuntut di
peringkat HSC atau Higher School Certficate, dalam tingkatan enam di
Victoria Institution di Kuala Lumpur. Rakan-rakan sedarjahnya
bercerita, Rahim apabila ada kelapangan selalu berulang ke Parlimen
untuk mengikuti ucapan dan debat di situ.
Ketika di Universiti Malaya, beliau dan saya memahami pembawaan dan
keutamaan masing-masing. Beliau memilih tempat dalam kepimpinan UMSU,
kependekan University of Malaya Students Union, dan saya dalam
kepimpinan PBMUM atau Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Di
bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kemudiannya, PBMUM menjadi kenderaan
politik pelajar sebelum berpindah kepada ABIM.
Bagaikan dijanji-janji dua orang bekas aktivis kampus UM tahun-tahun
enam puluhan menghadapi adegan penentuan di Bukit Aman 30 tahun
kemudian! Bak Gary Cooper melakukan draw atau beradu tembakan pistol
dengan musuhnya pada detik 12 tengah hari dalam filem pemenang Oscar,
High Noon. Kali terakhir Rahim, Anwar dan saya dalam majlis rasmi ialah ketika
menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto
dalam tahun 1996. Tempatnya ialah Lapangan Perbarisan di Parlimen.
``Mengenangkan panty raid di kampus dulu, engkau sangka akan jadi
IGP?'' saya tanya bergurau. Jelas sekali Rahim ingat episod lama itu.
Beliau tersenyum geli. ``Engkau pun boleh sangka jadi speaker?'' jawabnya, juga secara
humor. Episod yang dimaksudkan ialah satu peristiwa dalam tahun 1966. Ketika
itu budaya kampus tidak melarang perbuatan nakal siswa-siswa
`menyerang' Asrama Ketiga, iaitu asrama siswi, dengan cara memasuki
ruang rekreasi di bahagian bawah asrama itu dan merampas jemuran-
jemuran di situ. Itu berlaku pada malam Krismas. Nampaknya, siswi-
siswi juga menjangka itu akan berlaku, dan mereka dikatakan sengaja
tinggalkan jemuran berkenaan. Esoknya, sejak pagi-pagi lagi berpuluh panties atau pakaian dalam
tergentang pada seutas tali dari pokok tembusu hingga ke bingkai atas
pintu besar perpustakaan. Siswi-siswi yang keluar masuk perpustakaan
berlagak `sadin' sahaja dan menerimanya dengan penuh geli hati. Kalau
ada pun reaksi, mereka kelihatan tersipu-sipu. Mereka begitu
sporting. Ia tidak langsung menjadi isu.
Seperti juga siswa lain, Rahim terseret sama untuk ikut serta, tetapi
setakat mendaki bukit kecil berumput di bahagian hadapan asrama, dan
tidak lebih daripada itu. Kami hanya memerhati rakan-rakan yang jauh
lebih nakal meluru masuk! Untuk mereka dalam kontemporari siswa-siswi pertengahan tahun enam
puluhan, Rahim mencapai kedudukan kepegawaian paling tinggi dalam
perkhidmatan kerajaan, selain daripada Halim Ali, bekas Ketua
Setiausaha, dan mereka yang bertaraf menteri dalam kabinet dan
Parlimen. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana Rahim memberitahu saya
bahawa beliau akan meninggalkan Bank Negara untuk menyertai polis.
``Nampaknya aku tak ada potongan banker. Aku tak boleh duduk-duduk
buat kerja dengan angka sepanjang hari,'' katanya. Itu dalam tahun
1969, selepas peristiwa 13 Mei. Rupa serius Rahim seperti yang kelihatan di muka akhbar bukan
datangnya selepas beliau menjadi polis nombor satu. Dalam usia awal
dua puluhan pun beliau memang mempunyai mirip serupa itu. Suaranya
tumpat. Ketika berkempen untuk menyertai jawatankuasa Students Union
di UM, beliau mengetuk dari pintu ke pintu asrama-asrama dengan wajah
penuh azam dan serius. ``Aku tak pernah menengok orang muda yang serius macam Rahim ini,''
komen seorang siswa senior setelah Rahim menjengah mukanya di kamar
tidur siswa itu. Rahim bukan sahaja serius, beliau juga baran. Short-tempered menurut
kata Inggeris. Selalunya beliau dapat mengawal sikap baran ini,
tetapi kadang-kadang tidak terkawal. Dalam keadaan tidak terkawal,
Rahim boleh mengata hitam itu hitam, tanpa berlindung di sebalik kata-
kata lunak. Rakan-rakan yang mengenali beliau di Lembah Pantai
bersetuju akan hakikat ini. Kecenderungan dan bakat beliau sebagai pemimpin tidak begitu terjejas
oleh perwatakan demikian. Ini kerana beliau menjalankan tugas dengan
baik. Beliau difahamkan menerima laporan-laporan yang menggalakkan
ketika mula-mula bertugas di bawah Muhammad Shamsudin, Pengarah
Pengurusan Polis, dan akhirnya di bawah Tun Haniff Omar, Ketua Polis
Negara sebelum Rahim. Seorang yang pernah melahirkan penghayatan terhadap Rahim ketika di
kampus dahulu ialah Wan Mohd. Mahyiddin, ketua penyelidik di Ibu
Pejabat UMNO. ``Tengok muka Rahim itu. Selalu very determined,'' katanya. Wan
Mahyiddin tahu apa yang dikatakannya. Mereka sama-sama berkecimpung
dalam UMSU. Jawatan Naib Presiden UMSU yang disandang oleh Wan
disambut kemudiannya oleh Rahim. Wan kehilangan minat dan bukan
ketiadaan kemampuan untuk terus belajar, lalu meninggalkan UM sebelum
lulus. Sejak itu beliau bersama UMNO. Sampai sekarang.
Mengikuti tajuk-tajuk berita berkenaan detik-detik terakhir kerjaya
Rahim, isteri saya turut menumpang simpati. ``Beginikah berakhirnya
satu kerjaya besar?'' Demikianlah risiko hidup yang sentiasa diancam
oleh serba kemungkinan. |