Laman Webantu KM2A1: 4466 File Size: 11.6 Kb * |
TAG SP 116: Terajang Keluar Itu Eusoff Chin By Kim Quek 15/5/2001 9:45 am Tue |
TAG 116 [Eusoff Chin yang berusia 66 tahun itu sudah pun bersara
tetapi gambarnya bagai satu keluarga bersama VK Lingam tidak
akan padam sampai bila-bila. Bagi pakar saikologi foto itu
menggambarkan satu hubungan yang sungguh erat sekali sehingga
terdiam Eusoff beberapa hari bila Rais membising perihal gambar
yang diambil pada tahun 1994 itu di New Zealand. Akhirnya Eusoff
mengatakan beliau 'terserempak' secara kebetulan sahaja dengan
Lingam tetapi lapuran Bowman mendedahkan mereka terbang bersama
dengan Singapore Airlines dari Singapura ke Auckland pada
22/12/1994. Eusoff menaiki MAS untuk menemui Lingam di Singapura.
Sampai hari ini beliau gagal membersihkan namanya dengan mencabar
lapuran Bowman itu. (Give Eusoff Chin A Flying Kick Out) Oleh: Kim Quek 12.06.2000 Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sudah tentu
menghargai tindakan tegas dan tepat oleh Majlis Peguam
terhadap skandal salah laku Ketua Hakim Negara. Pengerusi
Majlis Peguam telah mengumumkan bahawa satu pertemuan yang
ditetapkan pada 23 Jun akan diadakan bagi membincangkan:-
a) Penubuhan satu Tribunal atau Suruhanjaya Diraja bagi
menyiasat perlakuan Ketua Hakim Negara Eusoff Chin, dan
b) Penggantungan Eusoff sementara menunggu hasil siasatan.
Skandal salah laku Eusoff secara tiba-tiba memuncak apabila
wartawan MGG Pillai mendedahkan beberapa hari lalu tentang
butir-butir yang membabitkan salah laku Eusoff itu di mana
beliau telah menaiki sebuah kapal terbang bersama-sama Lingam
untuk ke New Zealand dan juga semasa di New Zealand, yakni
berlawanan sama sekali dengan cerita Eusoff bahawa 'mereka
telah bertembung secara kebetulan'. Sungguh pun pada 10 Jun
Pengerusi DAP Lim Kit Siang telah menggesa Eusoff untuk
meletakkan jawatan atau membuktikan bahawa dakwaan tersebut
tidak benar, beliau langsung tidak memberikan maklum balas
terhadap perkara itu sehingga ke hari ini.
Kegagalan Eusoff untuk segera memberikan maklum balas pada
saat-saat yang kritikal seperti ini membayangkan sesuatu yang
serius dan tidak sihat - Ketua Hakim Negara mungkin telah
terang-terangan berbohong kepada negara! Jika benar,
penyiasatan kes Eusoff perlu pergi lebih jauh lagi dari hanya
'bersosial secara tidak wajar' kepada aspek-aspek lain yang
bersifat jenayah. Supaya dapat diterima akal, sila jelaskan
kepada kita bahawa Ketua Hakim Negara ini sepatutnya tidak
boleh sekali-kali terdesak sehingga sanggup melakukan
pembohongan kepada negara, jika kesalahan itu hanyalah
'hubungan sosial yang tidak wajar' - pasti ada banyak lagi
yang dipertaruhkan. Perkembangan terakhir yang menggesa supaya Badan Pencegah
Rasuah menyiasat kemungkinan berlaku satu persetujuan yang
tersembunyi dan rasuah terhadap bukan sahaja di antara Eusoff
dan Lingam, tetapi juga pelanggan Lingam, Vincent Tan
(pengawalnya didapati mengembara bersama-sama Eusoff dan
Lingam di New Zealand, menurut MGG Pillai). Latar belakang
kepada siasatan ini adalah kes saman malu bernilai jutaan
dollar di mana Vincent telah dianugerahkan sejumlah wang yang
besar iaitu RM10 juta, di dalam satu kes rayuan yang telah
dijalankan di Mahkamah Persekutuan dan dipengerusikan oleh
Eusoff. Maklum balas (atau lebih tepat lagi, ketiadaan maklum balas)
dari BPR terhadap skandal ini tidak langsung memberangsangkan,
kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan umum yang
dikeluarkan, sekalipun pada 6 Jun menurut Eusoff BPR dan
Peguam Negara telah menyiasat dan mendapatinya tidak bersalah.
Kini apabila skandal tersebut telah berkembang dengan cepatnya
sehingga menjadi satu krisis yang menggemparkan, menarik
perhatian negara dan antarabangsa, maka BPR dan Peguam Negara
tidak akan mampu bersarang di tempat persembunyian mereka.
Rakyat mesti mendesak mereka agar berpegang teguh kepada ikrar
sumpah jawatan mereka dan mengumumkan pendirian secara
terbuka kepada rakyat pada saat ini juga.
Di pihak yang satu lagi, Menteri yang bertanggungjawab
terhadap hal ehwal undang-undang Rais Yatim seolah-olah cuba
mengelakkan diri secara tergopoh-gopoh. Menurut Sin Chew Jit
Poh bertarikh 11 Jun, Rais telah menggesa supaya 'pertikaian
terbuka' di antara dirinya dengan pihak kehakiman, tentunya
Eusoff, dihentikan dan menyerahkan kepada masyarakat untuk
menjadi hakim. Beliau berharap badan kehakiman akan mengambil
kira perasaan rakyat dan membaiki imej dan ketelusannya. Kata
beliau 'Marilah kita semua memberikan perhatian kepada
tugas-tugas kita sendiri. Usahlah hiraukan apa yang telah
diperkatakan sebelum itu'. Nada berdamai Rais itu mungkin boleh diterima sekiranya
kontroversi yang berlaku adalah mengenai perdebatan terhadap
perkara-perkara biasa di antara dirinya dan Eusoff, tetapi
sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang Ketua Hakim
Negara didapati terbabit dengan bukti-bukti yang telah
menimbulkan krisis kepercayaan terhadap badan kehakiman negara
ini. Pendirian yang diambil oleh Rais itu menunjukkan bahawa
pihak Kabinet cuba mengelak dari tanggungjawabnya untuk
menegakkan kewibawaan sistem kehakiman. Lebih teruk lagi, ia
seolah-olah bersubahat untuk menutupi kemerosotan di dalam
badan kehakiman. Sistem kehakiman kita telah banyak kali dicedera dan
dicacatkan oleh badan Eksekutif pada masa-masa lampau
sehinggakan ramai rakyat Malaysia yang seolah-olah terpaku
apabila berhadapan dengan satu lagi perbuatan yang melampaui
batasan. Namun saya merayu kepada semua yang mencintai negara
ini untuk bangun berbuat sesuatu. Marilah kita sama-sama
bersatu untuk menghalang kemusnahan pengawal terakhir kepada
jaminan hak-hak kita - badan kehakiman. Marilah kita mengambil
peluang yang sepenuhnya dari penggunaan teknologi maklumat
yang amat berfaedah ini dengan menyedarkan mereka yang
berkuasa itu akan kemahuan rakyat. Biar rakyat negara ini
membanjiri Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin lain serta
pihak akhbar dengan emel-emel, faks-faks dan surat-surat
menyatakan kesungguhan kita untuk melihat keadilan
dilaksanakan dengan berkesan pada kali ini, sebagai tanda
bermulanya proses memulihkan kembali sistem kehakiman kita
yang telah rosak. Dan biarlah parti-parti politik dan
badan-badan NGO menerajui jalan dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti bagi menyemarakkan kempen ini.
-Kim Quek- http://www.geocities.com/seachange_2000/
Archive/kq_justice2.htm 12.06.2000 All justice loving Malaysians must have applauded the swift and correct action
taken by the Bar Council on the raging Chief Justice misconduct scandal. The
Chairman of the Bar Council has just announced that the Council will meet on
23rd June to move for a) the setting up of a Tribunal or Royal Commission of
Inquiry to investigate the conduct of Chief Justice Eusoff Chin, and b) the
suspension of Eusoff pending the investigations.
The Eusoff misconduct scandal suddenly plunged to crisis level when journalist
M.G.G.Pillai revealed several days ago incriminating details relating to the
flights taken together by Eusoff and lawyer Lingam to and within New Zealand,
directly contradicting Eusoff's 'pumping into each other' story. In spite of
DAP Chairman Lim Kit Siang's call on 10th June to Eusoff to 'rebut or quit', the
latter has not responded to date. Eusoff's failure to give a prompt response at this critical instant has serious
and sinister overtone - the Chief Justice may be caught lying to the Nation
red-handed! If so, the probe into Eusoff will have to go beyond a simple
'improper socialising' to other aspects of a criminal nature. For common sense
tells us that the Chief Justice of a country cannot reasonably be expected to
commit the desperate act of lying to the nation, if the offence is merely 'an
improper social contact' - there must be a lot more at stake.
This latest development calls for the Anti-Corruption Agency (ACA) to move in
swiftly to probe into possible collusion and corruption evolving around not only
Eusoff and Lingam, but also Limgam's client Vincent Tan (the latter's body guard
was found to be travelling with the Eusoffs and Lingams in New Zealand,
according Pillai). The backdrop to this investigation is a multi-million dollar
defamation suit in which Vincent was awarded an unprecedented massive sum of RM
10 million, the Appeal of which was upheld in the Federal Court chaired by
Eusoff. ACA's response (or rather non-response) to this scandal has not been
encouraging, as it has not to date given a public statement, in spite of
Eusoff's claim on 6th June that ACA as well as the Attorney General (AG) had
investigated and cleared him of improprieties. Now that this scandal has
rapidly developed into a full-blown crisis, riveting national and international
attention, ACA and Attorney General can ill afford to continue nestling in their
hideouts. The public must demand that they honour their oath of office and
openly state their position to the Nation this time.
On another front, Minister in charge of law Rais Yatim seems to be beating a
fast retreat. According to Sin Chew Jit Poh dated 1lth June, Rais called for a
cessation of 'open dispute' between himself and the judiciary, particularly
Eusoff, and asked society to be the judge. He hoped the judiciary would
consider the people's feelings and improve on its image and transparency. He
said 'Let us all concentrate on our own works. What has been said, let it be'.
That conciliatory tone by Rais might have been acceptable if the controversy is
over an argument on routine matters between himself and Eusoff, but it is
certainly not okay when the Chief Justice is entangled with unfolding
incriminating evidence that is fast developing into a full scale national crisis
of confidence in the judiciary. The stance taken by Rais can only be taken as
the Cabinet shirking its responsibility in upholding the integrity of our
judicial system. Worse, it smells of complicity to cover up the decadence in
the judiciary. Our judicial system has been mauled and mutilated by the Executive so many
times in the past dozen years that many Malaysians must be numb to another
transgression. But I appeal to all who love this Country to draw a line this
time. Let us stand united to oppose the further destruction of the last
guardian of our individual rights - the judiciary. Let us take full advantage
of of the marvels of this IT age to make our will known to those in power. Let
the citizens of this Country flood the Prime Minister and other leaders and the
press with emails and fax and letters to express our determination to see that
justice be executed expeditiously this time, as a forerunner to the process of
reversing the rotting of our judicial system. And let political parties and
NGOs lead the way by organising activities to charge up the campaign.
|