Laman Webantu KM2A1: 4467 File Size: 21.5 Kb * |
TAG SP 117: Meneliti Corak Penghakiman Nathan By Kim Quek 15/5/2001 11:49 am Tue |
TAG 117 [Walaupun Nathan menolak perbicaraan kerana alasan seperti
khabar angin - ada sesuatu yang terserlah di sini. Eusoff
Chin sendiri tidak menafikan gambar itu - kerana dia memberi
alasan terserempak secara kebetulan - sekaligus ini menunjukkan
ia bukan palsu dan bukan khabar angin. Ini juga membayangkan
Eusoff yang lebih tinggi pangkatnya menerima kehadiran bukti
bergambar itu mengapa Nathan tidak menerimanya pula?
Dengan kerajaan tidak berani untuk membicarakan perihal percutian
intim itu nampak jelas ia bimbang termalu jika semua rahsia
terbongkar. Terjemahan: SPAR-09-007
(Close Look At Nathan's Judgement) Oleh: Kim Quek Hakim R.K. Nathan telah membenarkan satu injunksi dikeluarkan
bagi menghalang Majlis Peguam daripada mengadakan Mesyuarat
Agung Luar Biasa, berdasarkan bantahan awal dari dirinya
sendiri, tanpa menunggu pihak yang menuduh sendiri membuat
permohonan. Adapun alasan ke atas tindakan yang diambilnya itu adalah
Majlis Peguam tidak mendapatkan pengesahan dari Menteri Rais
Yatim terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas Ketua Hakim
Negara Eusoff. Merujuk kepada bahagian kesimpulan penghakiman
Nathan : 'Pada fikiran saya, tidak ada sebarang sebab untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Luar Biasa terhadap pertuduhan yang dikenakan
kepada seseorang yang tidakpun ditanya bagi mengesahkan
kebenarannya. Maka tidak perlu untuk saya meminta pihak yang
menuduh membuat sebarang permohonan untuk itu. Dengan satu isu
awalan yang paling asas ini, saya tidak berpuas hati dengan
tertuduh yang pertama. Oleh itu saya memberikan pihak yang
menuduh satu perintah injunksi terhadap yang tertuduh dari
meneruskan rancangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar
Biasanya yang telahpun ditetapkan pada 23/6/2000.'
Oleh kerana Nathan telah menggunakan pertuduhan yang dibuat
oleh Rais Yatim ke atas Eusoff sebagai isu utama di dalam
penghakimannya, mari kita lihat apakah pertuduhan yang telah
dibuat oleh Rais Yatim itu : Merujuk kepada gambar-gambar yang menunjukkan Eusoff dan Lingam
bersama-sama berada di New Zealand, Rais telah membuat kritikan
di dalam satu temuramah radio pada 29 Mei bahawa perlakuan Eusoff
itu adalah tidak wajar. (Gambar: Malaysiakini)
Sebagai menjawab kritikan Rais itu, di dalam satu sidang
akhbar pada 6 Jun, Eusoff telah menolak pendapat bahawa
perbuatannya bergambar bersama Lingam itu sebagai tidak wajar.
(Holiday with lawyer a 'coincidence'). Beliau memberi
penjelasan bahawa beliau sebenarnya telah terserempak secara
tidak sengaja dengan Lingam di New Zealand, semasa dalam
perjalanan untuk ke zoo, dan sebagai menghargai Lingam beliau
telah bersetuju untuk bergambar bersama- samanya.
Kemudian segala butir yang sangat jelas tentang kegiatan
keluarga-keluarga Eusoff dan Lingam yang mengembara dan
bercuti bersama-sama ke New Zealand muncul di dalam Internet
dan akhbar. Butir-butir itu termasuklah jadual perjalanan,
nama anak-anak yang bercuti bersama-sama, tiket kapal terbang
pergi-balik, aktiviti-aktiviti di pelbagai destinasi
perlancongan dan lain-lain lagi. Semua ini mula-mula sekali
muncul di pelbagai laman web pada 9 Jun, dan kemudian di
Jurnal Asian Wall Street dan Malaysiakini.com pada 14 Jun.
Malaysiakini mendapatkan sumber maklumatnya dari hasil
siasatan penyiasat persendirian dari U.K., Bowman, yang
diupah oleh syarikat insurans dan firma perundangan untuk
mendedahkan penyelewengan dan perkara- perkara yang tidak
sepatutnya berlaku di dalam badan kehakiman Malaysia yang
berkaitan dengan satu kes perbicaraan mahkamah.
Pendedahan yang terperinci ini telah secara langsung
membuktikan perkara yang bertentangan dengan apa yang disebut
oleh Eusoff sebagai satu pertemuan yang tidak disengajakan di
antara beliau dengan Lingam, dan ini mengesahkan bahawa Ketua
Hakim Negara itu telah berbohong secara terbuka kepada negara
semata-mata untuk menyembunyikan perlakuan tidak wajar yang
telah dilakukan oleh dirinya sendiri. Lebih teruk lagi, ia
boleh membawa kepada timbulnya lebih banyak keraguan tentang
kemungkinan terdapat kesalahan-kesalahan yang lebih besar ,
memandangkan seseorang yang berstatus tinggi seperti Ketua
Hakim Negara tidak mungkin terpaksa berbohong sedemikian rupa
kepada negara, kecuali ianya bertujuan untuk menyembunyikan
perbuatan-perbuatan salah yang lebih serius dari hanya
aktiviti sosial yang tidak wajar. Pengerusi DAP dan lain-lain pemimpin pembangkang telah
berulangkali menggesa Eusoff supaya menyuarakan pendiriannya
terhadap pendedahan-pendedahan terbaru yang memeranjatkan ini,
yang secara jelas amat bertentangan dengan kenyataan media
yang dibuat oleh Eusoff pada 6 Jun. Eusoff tidak pun menyahut
gesaan-gesaan itu, bahkan tidak langsung membuat sebarang
kenyataan untuk memperjelaskan kedudukannya.
Setelah melihat kepada tuduhan yang dibuat oleh Rais Yatim dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya, mari kita lihat pula
bagaimana Nathan menguruskan isu ini.
Nathan mengatakan bahawa berbagai-bagai laporan akhbar yang
dikemukakan oleh Majlis Peguam sebagai bahan bukti adalah
'tidak boleh diterima' kerana semua itu tergolong sebagai
bukti 'khabar angin'. Mendengarkan itu, peguambela Ariff Yusof
menyebut bahawa bukti khabar angin di dalam satu affidavit
seperti ini telah diterima di bawah Perintah 41, peraturan
5(2) dari Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dengan
merujuk kepada kes Wee Choo Keong melawan MBF Holdings Bhd &
Rayuan Anor & Anor (1995) sebagai penguatkuasaan kepada
peraturan tersebut. Namun, Nathan telah menegaskan bahawa di dalam perbicaraan kes
di Mahkamah Agong seperti yang disebutkan di atas, Ketua Hakim
Sabah dan Sarawak, Chong Siew Fai, walaupun telah bersetuju
bahawa bukti khabar angin di bawah Perintah 41, peraturan
5(2) dari Peraturan-Peraturan Mahkamah Agong itu adalah
diterima, telah membenarkannya dengan mengatakan 'Mahkamah
perlu memastikan bahawa tiada ketidak-adilan berlaku dengan
penerimaannya.' Nathan memberitahu di dalam penghakimannya
'Saya dengan hati yang terbuka menerima pandangan ini. Adalah
satu ketidakadilan yang nyata buat Datuk Dr. Rais Yatim, Ketua
Hakim dan yang lain-lainnya yang dilaporkan telah
mengeluarkan kenyataan seperti yang dikemukakan oleh pihak
tertuduh, seandainya mereka menafikan pernah melakukan
perbuatan sedemikian.' Pertama sekali, adalah salah bagi Nathan untuk mengguna-pakai
apa yang dikatakan oleh Hakim Chong tentang penerimaan bukti
khabar angin di dalam kes perbicaraan ini, kerana kedua-dua
kes perbicaraan itu adalah berbeza sama sekali. Perbicaraan
kes yang dihakimi oleh Chong di Mahkamah Agong adalah mengenai
pengesahan bersalah pihak tertuduh, sedangkan kes yang diadili
oleh Nathan sekarang adalah untuk memutuskan sama ada
Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam itu boleh dihalang
atau tidak. Maka, kayu pengukur yang digunakan oleh Chong
adalah untuk memastikan penerimaan sesuatu bukti, sama ada
khabar angin atau sebaliknya, tidak boleh diguna-pakai secara
keseluruhannya oleh Nathan untuk kes perbicaraannya. Nathan
hanya boleh berbuat demikian sekiranya mahkamahnya itu adalah
untuk mendengar dakwaan ke atas Eusoff. Oleh itu adalah salah
bagi Nathan untuk mengatakan bahawa laporan-laporan akhbar
tersebut tidak boleh diterima. Perkara yang kedua, mengapa pula Nathan boleh mengatakan di
dalam kenyataannya bahawa 'Adalah satu ketidak-adilan yang
nyata buat Rais, Eusoff dan lain-lain itu sekiranya mereka
menafikan pernah membuat kenyataan seperti yang dikemukakan
oleh Majlis Peguam?' Seandainya Rais dan Eusoff menafikan yang
mereka pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut kepada
pihak akhbar, apakah yang dimaksudkan dengannya? Bolehkah
mahkamah memastikan bahawa Rais dan Eusoff telah bercakap
benar, iaitu mereka benar dan pihak akhbar yang bersalah? Jika
tidak, mengapa Nathan boleh menyebut 'ketidakadilan yang
nyata' akan berlaku ke atas mereka? Dan seandainya Rais dan
Eusoff tidak menafikan laporan-laporan akhbar itu, yang besar
kemungkinan akan berlaku demikian (mereka tentu akan
menafikannya sedari dulu lagi jika mereka tidak pernah
mengeluarkan kenyataan-kenyatan itu), maka apa akan terjadi
kepada penghakiman Nathan? Soalan-soalan yang dikeluarkan sepatutnya hanya memperlihatkan
keperluan untuk memulakan pertanyaan- pertanyaan yang
sewajarnya, bukan untuk terus menghentikannya. Seperti yang
diketahui, nama baik Eusoff sudah pun teruk tercemar, apatah
lagi jika beliau hanya mendiamkan diri. Jika beliau tidak
bersalah, soalsiasat akan membersihkan namanya kembali, bukan
untuk mengalahkan beliau dengan teruk. Dengan menyebut
'Ketidakadilan yang nyata,' Nathan dengan jelas sekali telah
membuat satu kesimpulan bahawa Majlis Peguam sedang mengambil
langkah untuk mengenakan Eusoff. Hakikatnya adalah Majlis
Peguam hanya memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan sama
ada satu tribunal diperlukan atau tidak.
Sikap Nathan yang terlalu bergantung kepada ketiadaan
pengesahan dari Rais sebagai asas kepada penghakimannya, dan
kegagalannya untuk memberikan perhatian kepada keadaan-keadaan
yang berkaitan dengan isu Eusoff dan kepada matlamat Mesyuarat
Agung Luar Biasa Majlis Peguam itu, telah menjadikan
penghakimannya itu seperti yang berasaskan teknikal
semata-mata, dan menimbulkan persoalan terhadap tujuan ia
berbuat demikian. Malahan asas teknikal itu juga adalah salah.
Adakah boleh diterima tindakan Nathan yang membuang
keseluruhan kes pihak tertuduh hanya kerana Majlis Peguam
tidak mendapatkan pengesahan dari Rais? Adakah perkara itu
begitu penting sekali? Bagaimana dengan laporan-laporan yang
banyak dikeluarkan oleh Rais kepada pihak akhbar, terutama
kenyataan yang dikeluarkan selepas jawapanbalas Eusoff pada 6
Jun, semasa Eusoff menafikan tuduhan dan memperkecil-kecilkan
Rais sebagai tindakan balas? Tidak pernah sekali pun Rais
menyentuh tentang laporan-laporan akhbar mahupun internet yang
tidak tepat. Bahkan Eusof juga tidak pernah membetulkan
mana-mana laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak akhbar.
Kenyataan-kenyataan yang penting adalah kritikan Rais terhadap
Eusoff di Australia pada 29hb.Mei dan jawapan tajam dari Eusoff
pada 6 Jun. Jika terdapat bahan-bahan yang tidak tepat di dalam
laporan-laporan akhbar mengenai kritikan Rais pada 29 Mei, maka
jawapan balas dari Eusoff pada 6 Jun itu telah tersalah tuju.
Dan itu sudah tentu akan mencetuskan penjelasan segera dari Rais,
memandangkan pertelagahan mereka berdua hanyalah disebabkan
salah-faham yang timbul dari laporan-laporan akhbar yang salah.
Dan seterusnya Eusoff juga sudah tentu akan mengeluarkan kenyataan
balas sebagai menjernihkan kembali kedudukannya sebelum itu. Namun
tidak satupun dari yang disebutkan ini telah berlaku.
Satu perkara yang penting telah dikenalpasti iaitu Eusoff
telah mengakui bahawa gambar-gambar yang diambil itu adalah
benar. Apa yang dipertikaikan olehnya adalah tentang keadaan
pertemuannya dengan Lingam. Isu yang sangat penting untuk
diberi perhatian adalah : Adakah Eusoff sememangnya bercuti
bersama-sama Lingam di New Zealand atau pertemuan itu hanya
satu kebetulan? Bukti-bukti yang didedahkan di akhbar-akhbar
lebih menunjukkan perkara yang pertama itu.
Apakah Nathan telah memikirkan segala kemungkinan ini?
Keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kes ini tidak dapat lari
dari membayangkan bahawa wujudnya satu skandal yang
membabitkan Ketua Hakim yang memerlukan soalsiasat yang
sewajarnya, sama ada dengan atau tanpa pengesahan Rais tentang
laporan-laporan akhbar itu. Nathan telah melakukan kesilapan
dengan menolak terus kes pihak tertuduh berdasarkan hanya
kepada ketiadaan pengesahan dari Rais, terutamanya apabila isu
pokok perbicaraan bukanlah berkenaan kesalahan Eusoff, tetapi
berkenaan Permohonan untuk menghalang Majlis Peguam dari
mengadakan satu mesyuarat. Hanya dalam keadaan-keadaan yang
serius, bukan seperti aspek teknikal itu, akan membolehkan
Mahkamah untuk menghalang Majlis Peguam dari mengadakan
Mesyuarat Agung Luar Biasanya. Rencana Asal: http://www.geocities.com/seachange_2000/
Archive/kq_nathan.htm CLOSE LOOK AT NATHAN'S JUDGMENT
23.06.2000 Judge R.K.Nathan granted an injunction to prevent the Bar from holding an EGM,
based on his own preliminary objection, and without allowing the Plaintiff to
present his Application. The ground of Nathan's Judgment is that the Bar had not obtained verification
from Minister Rais Yatim on his allegation on Chief Justice Eusoff. Quoting the
concluding part of Nathin's Judgment:
"To my mind there is no basis to call for an Extraordinary General Meeting on
allegations attributed to someone who has not even been asked to verify its
truth. There is no need for me to ask the Plaintiff to even go into the merits
of his application. On this one basic preliminary issue alone the 1st defendant
has been unable to satisfy me. I therefore grant the plaintiff an order
injuncting the 1st defendant from convening the Extraordinary General Meeting
fixed for 23.6.2000." Since Nathan has made Yatim's allegation on Eusoff as the central issue of his
Judgment, let us look at what Yatim's allegation is.
Referring to the photographs showing the Eusoffs and the Lingams together in New
Zealand, Rais commented in a radio interview on 29th May that Eusoff's
behaviour was improper. In reply to Rais's criticism, Eusoff denied in a press conference on 6th June
that his being photographed with Lingam was improper. He explained that he had
merely "bumped" accidentally into Lingam in N.Z. on his way to the zoo, and
obliged the latter by having photographs taken of them together.
Then explicit details of the families of Eusoff and Lingam journeying and
holidaying together to N.Z. surfaced in the Internet and the press. These
details include itenarary, names of accompanying children, air ticket
counterfoils, activities at various tourist destinations etc. They first
appeared on various websites on 9th June, and later at the Asian Wall Street
Journal and Malaysiakini.com on 14th June. The latter attributed its source of
information from U.K. private eye Bowman Investigations, which was commissioned
by insurance companies and a law firm to uncover corruption and improprieties by
Malaysian judiciary in connection with a litigation.
These detailed revelations directly contradicted Eusoff's claims of an
accidental meeting with Lingam, and if these are proven, would confirm the Chief
Justice of having publicly lied to the Nation to cover up an improper conduct by
himself. Worse, it would also arouse suspicion of larger offences of a criminal
nature being committed, on the premise that a person of such a high status as
the chief justice of a country would not have gone to the extreme of publicly
lying to the nation, unless it is intended to hide wrong-doings of a more
serious nature than just improper socializing.
DAP Chairman and other Opposition leaders have repeatedly called on Eusoff to
state his stand on these stunning new revelations, which had directly
contradicted Eusoff's press statement on 6th June. Eusoff has not replied to
these calls, neither has he made any statement to clarify his position.
Having looked at Yatim's allegation and the circumstances surrounding it, we
return to see how Nathan dealt with this issue.
Nathan said various press reports submitted by the Bar as evidence were
"inadmissible", as they constituted "hearsay" evidence.
To which, defence lawyer Ariff Yussof contended that hearsay evidence in an
affidavit of this nature was admissible under Order 41, rule 5(2) of the Rules
of the High Court 1980, citing the case of Wee Choo Keong v MBF Holdings Bhd &
Anor & Anor Appeal (1995) as the authority for saying so.
However, Nathan pointed out that in the Supreme Court hearing cited above, Chong
Siew Fai, CJ of Sabah and Sarawak, though agreeing hearsay evidence under Order
41, rule 5(2) of the RHC was admissible, qualified it by saying "the Court
should ensure that no injustice results from its admission." Nathan said in
his Judgment "I whole-heartedly accept this view. Great injustice would befall
Datuk Dr. Rais Yatim, the Chief Justice and all others reportedly having made
statements whose quotations have been exhibited by the defendant, if they deny
having made such." In the first place, it was wrong for Nathan to adopt Justice Chong's said
qualification on admission of hearsay evidence to this hearing, because the two
hearings are totally different in nature. The Supreme Court hearing by Chong
was concerning the ascertainment of guilt of the defendant, whereas the present
Nathan hearing is to decide whether to stop a pending EGM of the Bar. Hence,
the yardstick used by Chong to determine admissibility of evidence, be it
hearsay or otherwise, cannot be adopted wholesale by Nathan to his Court.
Nathan can only do so if the present Court is to hear charges on Eusoff. It is
therefore wrong for Nathan to rule that press reports were inadmissible.
In the second place, how could Nathan justify his statement that "great
injustice would befall Rais, Eusoff etc if they denied having made such
statements as exhibited by the Bar?" Supposing Rais and Eusoff deny they have
made those statements reported in the press, what does that mean? Can the Court
be certain that Rais and Eusof are telling the truth, that they are right and
the newspapers are wrong? If not, then how can Nathan claim that "great
injustice" would have befallen them? And supposing Rais and Eusoff do not
deny these press reports, which in all probability is the case (they would have
denied long ago if they did not make those statements), then where does that
leave Nathan's Judgment? The foregoing series of questions only demonstrate the necessity to start a
proper enquiry, not to silence one. As it is, Eusoff's reputation is already
badly damaged, more so when he keeps his silence. If he is innocent, an enquiry
will exonerate him, not crucify him. In crying "great injustice," Nathan was
obviously jumping to conclusion that the Bar was out to do Eusoff in. The fact
is the Bar was merely calling for a meeting to discuss whether a tribunal was
necessary. Nathan's total reliance on the lack of verification from Rais as the basis of
his Judgment, and his total failure to pay attention to the circumstances
surrounding the Eusoff issue and to the objective of the Bar EGM, turned his
Judgment into one built completely on technicality, and invite query as to his
motive for doing so. And even that technicality is faulted.
Was Nathan justified in throwing out the entire defence merely because the Bar
had not obtained verification from Rais? Was that point so crucial? What
about the many statements made by Rais to the press, particularly those after
Eusoff's retorts on 6th June, during which Eusoff denied the allegation and
ridiculed Rais in retaliation? Never for once did Rais point out any inaccuracy
in any of the reports circulated in the press and the Internet. Neither has
Eusoff made any correction to any of the press reports.
The crucial statements are Rais criticism of Eusoff in Australia on 29th May and
Eusoff's retorts on 6th June. If there had been material inaccuracy in press
reports of Rais' criticism on 29th May, then it followed that Eusoff's retorts
on the 6th June would have been misfired. And that would have triggered an
instant clarification from Rais, as the quarrel between the two was just due to
misunderstanding arising from wrong press reports. And Eusoff would also have
followed with another statement to tone down his previous position. None of
this happened. An important point to note was Eusoff had admitted the photographs were genuine.
His dispute was on the circumstances of his meeting with Lingam. The vital
issue to consider then was: Did the Eusoffs and the Lingams holiday together in
N.Z. or just met by chance? Evidences circulated in the press point to the
former. Had Nathan directed his mind on any of these deliberations?
The full circumstances of the case were such that they pointed irresistibly to
the existence of a scandal involving the Chief Justice that warranted a proper
enquiry, with or without Rais verifying on the press reports. Nathan was wrong
to outright reject the defence based solely on the point of non-verification by
Rais, particularly when the issue of the hearing was not on Eusoff's guilt, but
on an Application to stop the Bar from holding a meeting. Only in grave
circumstances, not on such technicality, should the Court stop the Bar from
holding its EGM. Kim Quek |