Laman Webantu KM2A1: 4471 File Size: 13.9 Kb * |
TJ SP MGG: Kes Anwar Mencetuskan Satu Perbicaraan Terhadap Kerajaan By M.G.G. Pillai 15/5/2001 9:40 pm Tue |
MGG 1121 [Dengan tidak menyambung perbicaraan Anwar, kerajaan seperti sudah
serik untuk berperang kerana sokongan kepada kerajaan menjadi semakin
berkurang. Kes Anwar menyebabkan rakyat menjadi semakin faham dan ternyata
kerajaanlah yang sebenarnya sedang dibicarakan. Terbukti kini Mahathir ingin
mengaibkan Anwar seteruk-teruknya tetapi menafikan pula Anwar mempertahankannya.
Ini adalah satu jenayah pembunuhan karekter dan tektik seorang yang amat dayus
sebenarnya. Tuduhan itu sendiri adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana
ia satu fitnah yang pernah disebut lebih dahsyat dari peperangan oleh
'diktator baik' itu juga. Sebab itulah Islam meletak beban dan ancaman denda
berat kepada si pendakwa dan bukan kepada si tertuduh. Jadi mengapa Mahathir
yang mengaku Malaysia negara Islam tidak membiarkan fitnah itu disanggah
melalui perbicaraan?. Malah Ariffin Jaka masih belum memberi hukuman bertulis
terhadap Anwar kerana bimbang rayuan nanti akan mendedahkan banyak tembelang
yang akan semakin mengaibkan lagi kerajaan. Keadaan sakit Anwar kini pun sudah
membuat kerajaan lebam - dan in tidak akan padam dalam hati orang melayu yang
memang kuat memendam. Ia akan memberontak bila cukup semua ramuan dan itu sudah
mula kelihatan - termasuk di dalam Umno sendiri walaupun ia penuh dengan binatang.
Jika binatang pun terangsang - manusia tentunya terlebih lagi geram.
- Editor] Kes Anwar Mencetuskan Satu Perbicaraan Terhadap Kerajaan
(The Anwar Trial That Was Not Puts The Government On Trial)
Kerajaan Malaysia tidak dapat lari daripada deraan semangat Dato'
Seri Anwar Ibrahim yang menghantuinya. Ia bermula sejak beliau
dipecat daripada parti sehingga dihukum oleh mahkamah kerana tuduhan
palsu menyebabkan sokongan orang Melayu berubah jauh daripadanya.
Setiap tekanan yang dihalakan sepatutnya mampu menghumbannya
daripada halaman politik. Sebaliknya, ia terus bangkit dan mampu
menyanggah para bajingan yang mahu mengnyahkannya sedangkan ia dikawal
ketat di di Penjara Sungai Buluh. Dia baru sahaja dibawa balik ke
penjara itu setelah berada di hospital selama enam bulan untuk menerima
rawatannya. Setiap kali dirancang pelbagai deraaan terhadapnya,
ditumpaskannya untuk menghitamkan usaha itu, lantas mengaibkan kembali
musuh ketatnya seorang perdana menteri dan juga kerajaannya. Selama
tiga tahun sejak diaibkan dan terpenjara sejak September 1998 itu,
dia telah menggunakan setiap peluang yang ada dan ketika tercetusnya
kontroversi tentang pemilihan negara tempat pembedahan penyakit
belakangnya itu, dia mampu menjadikannya isu antarabangsa. Inilah yang
menjerat kerajaan dalam satu keadaan yang memalukannya dalam dan di
luar negara. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan sengaja menangani
perkara itu dengan sikap yang tidak mesra.
Apabila kerajaan bertindak mahu menyambung pertuduhan mahkamah terhadap
empat lagi tuduhan salah laku (yang tidak pun berlaku - penterjemah) dan
satu tuduhan korupsi, terbayanglah satu konfrontasi yang mungkin
menjelma lagi. Di waktu yang sama penyakit belakangnya tidak juga reda
dan dia telah menolak pembedahan yang dizinkan oleh kerajaan di negara
ini, lehernya sudah pun menggunakan satu alat pengekang yang jelas
nampak, dan perjalanannya mesti dibantu oleh kereta tolak. Kerajaan
tidak merelakan rakyat marhaen melihat keadaan Anwar seperti itu, dan
bertindak membacakan pertuduhan dan melupuskannya di sebuah mahkamah
khas di kawasan Penjara itu. Tidak ada sebarang penjelasan kenapa beliau
dihantar pulang ke penjara secara tergesa-gesa sedangkan prosiding
mahkamah semakin tiba dan kenapa semua pertuduhan yang berbaki itu
digugurkan pula. Namun, kalaulah prosiding dimulakan, kerajaan akan
terkena aib lagi. Alasan sebenarnya dia tidak boleh ditontonkan dalam
keadaan kesihatannya yang sedia ada.
Menteri Kehakiman Rais Yatim, berkata bahawa penarikan pertuduhan itu
adalah satu kebaikan. Jikalau demikian, kenapakah Jabatan Peguam Negara
mengusahakan prosiding itu pada mulanya? Kalau perbicaraan itu tidak
perlu disambung semula, kenapa pula ia diura-urakan? Apabila
Augustine Paul dilantik sebagai hakim untuk mengadili kes itu, sekaligus
ia menghancurkan segala anggapan bahawa perbicaraan itu akan
dilangsungkan dengan adilnya. Dengan pupusnya pertuduhan itu ia
menyerlahkan kebenaran Dato' Sri Anwar Ibrahim, yang kini bertegas
dia dinafikan hak untuk membersihkan namanya. Abdullah Badawi telah
menyebut bahawa adalah baik apabila pertuduhan itu ditarik balik
dan Rais Yatim pula berkata hukuman 15 tahun yang ada sudah pun
berpada dan tambahan hukuman lagi tidak akan membawa sebarang makna.
Sebenarnya kerajaan sedar betapa kuatnya sanggahan yang semakin berapi
di akar umbi. Hakikatnya, kerajaan tidak lagi berupaya memperbodoh
diri sendiri untuk ketiga kali. Hakim Arrifin Jaka yang telah
mengadili perbicaraan kedua dulu masih lagi belum mengemukakan hukuman
bertulis beliau ketika menjatuhkan hukuman sembilan tahun terhadap Anwar.
Dato' Seri Anwar tidak boleh merayu terhadap hukuman itu. Tidak ada
sesiapa di pihak kerajaan yang menganggapnya sebagai satu kesalahan
terhadap keadilan. Namun, rakyat marhaen sedar bahawa itulah yang
sebenarnya. Yang lebih penting lagi, kumpulan Anwaristas telah meluaskan pengetahuan
sejagat terhadap kemelut Anwar itu. Dia dilihat kini sebagai seorang yang
senagaja dimangsakan untuk dimusnahkan dalam satu konfrontasi politik.
Pelajar-pelajar Malaysia di negara ini dan di luar negara mempercayai
hakikat ini dan sedar akan penipuan pihak kerajaan. Ketika para duta dan
suruhanjaya Malaysia bersidang di Kuala Lumpur minggu yang lalu
untuk menyegarkan ingatan terhadap kemajuan negara, mereka memberikan
kepentingan kepada carra-cara menangani masalah baru ini yang menyagat
martabat negara di peringkat antarabangsa. Setakat ini, sokongan
terkuat untuk Anwar wujud di Amerika Syarikat di mana satu kumpulan
penyokongnya terus bergiat cergas menyemarakkan sokongan mereka. Persatuan
Eropah turut serta apabila tercetus berita perbalahan mengenai
penggunaan khidmat seorang pakar-bedah Belanda yang berpangkalan di
Munich. Apabila Anwar kini memakai pengekang leher dan bergerak dengan
kereta sorong membuatkan kerajaan mengambil sikap untuk terus berbohong.
Namun, apa juga yang diberitahu oleh kerajaan mengenai keadaan
kesihatannya itu, rakyat marhaen tahu bahawa penjelasan kerajaan itu
adalah berita palsu. Sepatutya semua pertuduhan yang berbaki itu sudah lama ditarik dulu,
tanpa membawanya ke mahkamah untuk mendengarkannya. Tindakan kerajaan
itu, kini dilihat sebagai satu usaha menafikan hak beliau mempertahankan
dirinya. Jadi, kenapakah Jabatan Peguam Negara memulakan kes itu pada
awalannya? Apakah ia tidak sedar akan bahana politik terhadap tindakan
seperti ini? Apakah benar anggapannya bahawa semua tuduhan serius
yang ditangani dengan teruk sekali sudah pun diselesaikan, makanya yang
berbaki dianggap remeh sahaja? Kenapakah yang berbaki itu mahu
dibangkitkan semula ketika persidangan tahunan UMNO hampir bermula?
Kebijaksanaan Anwar yang disokong oleh pasukan penyokongnya yang
setia dan semakin bertambah setiap hari, merasakan tidak ada apa yang
merunsingkan mereka sambil terus menghenyak UMNO dan melanyak
presidennya yang merupakan musuh ketat beliau sehinggalah tercapai
usaha untuk memusnahkan mereka. Tidak ada sebarang pertanda bahawa
kebalikan proses itu sedang berlaku. Memang kerajaan tidak ada banyak
pilihan lagi. Kalau kerajaan mahu terus bernafas lega, Dato' Seri Anwar
mesti diberikan kebebasannya dan selepas itu barulah kerajaan boleh
berkira bagaimana boleh memperbaiki martabatnya semula.
MGG Pillai Terjemahan SPAR-01-010 Selasa 14.5.2001. Rencana Asal: The Malaysian government cannot get the jailed former deputy
prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, out of its hair --
from how it sacked him from the party to how it convicted
him for s###my and corruption, the Malay ground angry at how
how it did it. Every impediment he faces should have put
him to political pasture. Instead, he returns,
re-energised, to challenge his political tormentors. From
his high security prison cell in Sungei Buloh, to which he
is returned after six months in hospital, he turns every
petty act against him into a black mark against his
political nemesis, the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir
Mohamed, and his administration. In the three years since
his dismissal and detention in September 1998, he took
advantage of every government misstep to his advantage, and,
amidst the controversy of where he would be operated upon
for his back problem, internationalised it. This puts the
government into a straitjacked both at home and abroad.
Especially when it deals with it contentiously.
So, when the government, inexplicably, decided to go
ahead with the remaining four charges of s###my and one of
corrupt practice, another confrontation loomed. By then,
his back pain had worsened, he refused to have the surgery
the government would allow him to, his neck in a brace, and
he in a wheelchair. The government cannot allow him in
public in that condition, so the charges were read to him,
and dismissed, in a makeshift court outside Sungei Buloh
prison. It was held there because, so the official spin
went, to not put Dato' Seri Anwar in more pain than
necessary. It did not explain why then he was moved to
Sungei Buloh in a hurry when the court trial was a few days
ahead or why the charges were withdrawn. But if it had, the
government would have lost more ground. The simple truth of
the matter is he could not be seen in public in the
condition he is in now. The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, says it is
all for the good that the charges are withdrawn. If it was,
why did the Attorney-General's Chambers proceed with the
charges in the first place. It need not have. Why? When
Mr Justice Augustine Paul, the judge in his first trial, was
made the presiding judge, it destroyed any pretense of fair
mindedness in the public eye. Now that the charges are
withdrawn, Dato' Seri Anwar takes the high moral ground yet
again to insist he cannot now rebut the charges against him.
When the deputy prime minsiter, Dato' Abdullah Ahmad Badawi,
said why it was good the charges were dropped, and Dato'
Rais that fifteen years in prison was enough and more time
would be counterproductive, it reflects the pressures the
government faces from the ground. The long and short of it
is the government cannot allow him to make a fool of itself,
as it undoubtedly would, the third time around. Mr Justice
Ariffin Jaka, who presided over the second trial, has yet to
deliver his grounds of judgement when he sentenced him to
nine years in jail for s###my; without that Dato' Seri
Anwar cannot appeal against sentence and conviction. No one
in governments this amounts to a miscarriage of justice, but
the Malay ground increasingly believes so.
More important, the Anwaristas has brought the Anwar
imbroglio to international attention. He is seen as a man
deliberately wronged and destroyed in a political
confrontation. Malaysian students at home and abroad
believe so and disbelieve official explanations. When
Malaysian ambassadors and high commissioners met here last
week for a refresher on Malaysian policies, the focus was
how to contain this new problem in Malaysia's international
reputation and relations. Up to now, the strongest
international sympathy for Dato' Seri Anwar came from the
United States, where a devoted band of supporters have kept
the Anwar affair alive. The European Union joins it, in the
wake of the disastrous public confrontation between the
government and Dato' Seri Anwar over if a Dutch surgeon in
Munich he wanted would be allowed to. That he is now on a
wheelchair and neck brace, makes it necessary he is never
seen in public. If he is not, the government have to keep
assuring the Malaysian public he is well. And this it
cannot since whatever it says would be disbelieved.
The remaining charges against him should have beenn
dropped without bringing it to court, and a bigger mistake
to have withdrawn it once it was. It is now seen as denying
Dato' Seri Anwar to rebut the charges against him. So, whey
did the Attorney-General's Chambers proceed with the
charges in the first place? Did it not know the political
consequences of whatever it did? It is fair to assume that
the strongest charges, so badly mishandled, have all been
disposed, those that remain are peripheral. So, why was it
proceeded with? And before the UMNO General Assembly.
Dato' Seri Anwar's genius and his devoted bank of
Anwaristas, rising by the day, have nothing to lose, and
continue to punish UMNO and its president, his nemesis,
determinedly go ahead with their political destruction.
Nothing so far suggests that the reverse is true. There is
little option now for the government, if it wants to
survive, to release Dato' Seri Anwar and rebuild its
lost reputation if it can. M.G.G. Pillai |