Laman Webantu KM2A1: 4475 File Size: 10.2 Kb * |
TAG SP 118: KWSP Yang Kering Kontang By Harun Rashid 16/5/2001 6:29 am Wed |
TAG 118 [Ada sesuatu yang sedang berlaku kepada dana yang tersimpan
di dalam negara yang tidak diberitahu kepada semua secara terbuka.
Malah penjaga khazanah negara sengaja dipilih dari kalangan yang
diam laksana menteri yang sudah terbang entah kemana kerana ingin
menyembunyikan sesuatu juga termasuk dirinya. Rakyat perlu mendesak
peti khazanah ini dibuka agar dapat dihitung isinya jika tidak
negara akan tergadai akibat mega berbelanja tanpa dapat membayarnya.
Dengan menunda piket, MTUC hanya memberikan masa buat penipu negara
mengisi peti itu dalam diam sebelum dibuka. Sudah tentu isinya diambil
dari peti lain bagai satu silapmata supaya rakyat tidak bisa nampak
apa-apa terusik di dalamnya. Inilah cara Mahathir dan Daim bermain
dengan tabung simpanan kita. Musuh sebenar pemain silapmata ini adalah
masa kerana mereka menipu melaluinya. Hanya membuka secara tiba-tiba
sahaja mampu membongkarkan segala-galanya ... betapa simpanan kita
sudah kering kontang rupa-rupanya. Buktinya mudah sahaja - mintalah
satu penyata - nescaya mereka akan mengambil masa yang terlalu lama
untuknya kerana selama ini mereka menipu sebenarnya.
- Editor] (Is The EPF Drained Dry?) Oleh: Harun Rashid Bercakap benar memang banyak pahalanya, kerana itu ia menjadi
tingkahlaku yang mulia. Antara kebaikannya ialah mengelak kerja-kerja
sukar untuk merencana sesuatu pembohongan. Sesuatu pembohongan yang
mungkin nampak menyelerakan mempunyai ciri-ciri meleket yang mesti
diulang-ulang tanpa menyimpang. Inilah yang menyulitkan kerja
memepertahankan pembohongan itu, agar tidak dikesan akan kepalsuannya.
Jika berlaku juga, pembohongan itu perlu dipinda atupun si pembohong
perlu lari keluar negara. Kebanyakan kanak-kanak apabila mencapai usia
dua belas tahun mengenepikan ciri-ciri bercakap bohong itu untuk mula
bercakap benar. Hanya ahli politik Malaysia yang sengaja tidak terbabit
dalam golongan seperti itu; kerana mereka terus mahu menipu.
Parti yang berkuasa di Malaysia memang terkenal kerana barisan tukang
bohongnya. Walaupun ramai bilangan mereka, kepintaran berbohong adalah
tidak seberapa sebenarnya. Keahlian dalam gagasan BN selalunya
dianggap sebagai tauliah memulakan kerja-kerja yang penuh kepalsuan.
Pembohongan dan kerja-kerja mempertahankannya adalah dasar yang utama.
Pemilihan dan keutamaan terhadap pembohongan itu membezakan para
menteri dengan para pegawai kerajaan, yang mencari pangkat dan
peluang dengan menyediakan pakar terlatih untuk bersekongkol
berdolak-dalih. Para menteri tidak dibenarkan tersenyum ataupun tertawa
ketika berbohong secara bersahaja. Begitu juga dengan para
pendengarnya. Inilah yang membuatkan dunia luar geleng kepala.
Politikus Malaysia yang berkuasa telah membahagikan pembohongan itu dalam
dua bentuk yang bergaya. Ada pembohongan berbentuk terbuka, yang
disahajakan intipatinya sehingga diulang-ulang oleh pihak media dan
diulang-cakap laksana belatuk sedang bercinta. Ada pula pembohongan
berbentuk kiasan yang tersebar laksana api dalam sekam. Politikus
yang merangkap lanun-lanun terhormat di Malaysia ini memang pintar
dengan pembohongan berkias itu sehingga berjaya menonjolkan seorang
wira dunia ketiga. Inilah kejayaan paling besar bahana pembohongan
secara rahsia itu sehinggakan para politikus menjadi megah dengan
apa yang dianggap satu kejayaan menipu yang amat mega.
Halangan terbesar daripada pembohongan berkias itu sehingga
menggelapkan kilauannya berputik daripada kemunculan sepupunya yang
bernama Si-Ingin-Tahu yang amat gemar mencetuskan keraguan dan spekulasi.
Keadaan ini amat bertepatan dengan apa yang menghantui KWSP (Kumpulan
Simpanan Wnag Pekerja: EPF) yang kini menjadi halaman untuk segala
bentuk kacau-bilau sengaja dibiarkan tersibar secara melilau.
Sikap MTUC sudah mengecewakan rakyat marhaen kerana bertindak menunda
tarikh mahu berpiket secara aman seolah-olah mahu bermain-main. MTUC
mengalah kepada kerajaan yang menjanjikan satu penyelesaian kepada
segala tuntutannya. Tetapi, sejak dulu lagi kerajaan tidak pernah
mengemukakan penyata terperinci KWSP itu walaupun perdana menteri
menjanjikannya begitu. Alasannya adalah amat mudah sekali; wang ataupun
dana yang dikatakan masih ada itu sudah pun lama menghilangkan diri.
Perkara ini bukannya masalah sembarangan kerana itu segala tindakan
menudung bangkainya terpaksa terus diusahakan.
Untuk memudahkan kerja-kerja itu, ketua EPF baru sahaja diganti dengan
seorang lagi khadam kerajaan, yang dipilih dengan secara teruji untuk
menentukan rakyat marahaen akan terus kelabu mata. Rakyat marhaen
mesti disonglap matanya agar tidak dapat melihat isi gua yang
kering kontang kerana dibalun empat puluh penyangak yang lahapnya
laksana jembalang. MTUC sepatutnya melakonkan peranan Ali Baba dengan kuncikata 'Semar
Inseng' untuk memulakan perkiraan yang dirancangkan. Tetapi tidak,
kerana pengumuman tertundanya majlis itu berasaskan janji-manis perdana
menteri yang memberi jaminan perkara itu akan dikaji. MTUC
telah termakan umpan yang dihulurkan dan menodai semangat kesatuan
sekerja yang mahukan kerajaan bersikap mulia. Inilah caranya anyaman
pembohongan itu dikiaskan secara bersahaja menangguhkan tindakan segera
dengan janji-janji yang tidak bermakna.
Bukan sahaja EPF yang mencetuskan keraguan. Keseluruhan kementerian
kewangan pun terlibat juga. Segala dana yang diuruskannya adalah tulang
belakang negara. Segala syarikat mega yang diuruskannya adalah
gambaran ekonomi negara. Sayang, semua itu tidak pernah mengeluarkan
lapuran suku tahunannya, dan tidak ada sebarang penyata menunjukkan
betapa sihatkah ekonomi negara.
Menteri Kewangan tiba-tiba menghilangkan diri (kerana bercuti
- penterjemah). Inilah yang mencuit keraguan betapa buku penyata akaun
penuh dengan angaka yang merah warnanya. Dengan ghaibnya menteri itu
menteri nombor dua dan ketiga yang memberikan jawapan yang
diperlukan. Tetapi, angka yang diminati itu tidak pula ditunjukkan.
Mereka tegak berdiri di hadapan peti besi mega yang sudah tidak berisi.
Sesiapa yang mahu melihatnya sengaja dihalang, sambil menuding jari ke
arah merreka yang berminat mengetahui ceritanya dengan bertegas
bahawa semua itu adalah rahsia kerana menjaga keselamatan negara.
Kalau ada pun penilaian yang perlu dilakukan, ia mesti datang
daripada mereka yang namanya memang disenaraikan.
Pelbagai soalan yang sulit-sulit terus kekal tidak terjawab. Kenapakah
bon-bon yang mahu digunakan untuk membayar hutang system LRT (Light
Rail Transit) tidak dapat dijual? Apakah disebabkan maruah kerajaan
yang ada sudah bergitu tercemar sehinggakan EPF pun segan membeli
dan menjamah bon-bon kerajaan? Apakah alasannya diperlekehkan sahaja
segala tuduhan korupsi yang berjela-jela panjangnya yang menghala ke
arah pejabat menteri kewangan? Kenapakah kemelut penipuan bon palsu
bernilai RM5 bilion dulu yang dikeluarkan oleh sebuah agensi kerajaan
sengaja dipengapkan? Apakah dana itu sudah ghaib juga? Benarkah
Rancangan Malaysia kedelapan hanya satu lakonan menunjukkan masih
banyak lagi simpanan dana kerajaan?
Banyak lagi soalan yang boleh menjadikan satu buku tebalnya. Semua itu
dianggap tidak relevan mengikut hakim badut yang menghisap gula-gula.
Kementerian pertahanan kerap berada di awang-awang, mencari jalan membeli
jet-jet pejuang; dan kerap terumbang-ambing di lautan mencari jalan
membeli kapalselam yang teknologinya ketinggalan zaman. Mereka masih
tidak mampu meyakinkan sesiapa untuk membeli segala kelengkapan itu
dengan bertukar niaga dengan minyak sawit negara. Rakyat marhaen
memang sudah membaca unsur-unsur songlapan dalam pertukaran niaga
semacam itu. Begitu juga dengan usaha memperteguhkan kelengkapan
pertahanan bukan disebabkan musuh negara tetapi disebabkan rakyat
marhaen sahaja. Sumber asli negara yang sepatutnya menjadi warisan bangsa kini
digunakan untuk menekan rakyat jelata. Lebih ramai anggota polis dan
tentera, lebih banyak kereta perisai perlu dibelanjakan untuk
mengganyang rakyat yang mahu bertindak mengembalikan demokrasi. Akan
dibina lebih banyak penjara lagi, lebih ramai pegawainya akan dicari
dan lebih ramai banduan akan diisi di kamar berjeriji besi. Semua ini
adalah satu usaha yang amat sukar semata-mata mahu mempertahankan
pembohongan yang besar-besar. Masih ada caranya mengembalikan keyakinan untuk menyegarkan pasaran bon
agar pulih semula. Mulakan dengan berkata benar. Itu bukannya kerja
yang sukar. Biarkan pengoditan bebas dilaksanakan oleh orang luar.
Lakukan kepada kementerian kewangan dulu. Di waktu yang sama hentikan
segala pemikiran haprak berbelanja besar membeli kelengkapan tentera dan
hentikan segala projek mega yang ada.
Kalaulah KWSP dan banyak dana yang lain didapati kerugian disebabkan
kegagalan pengurusan, eloklah bertindak membetulkan keadaan. Kalaulah
dana itu sengaja dihamburkan untuk tujuan berpolitik, mereka yang
bertanggungjawab harus diketepikan untuk menyekat pembohongan yang
berlanjutan. Kalau ada kemungkinan dilakukan penyelamatan, betapa
sedikitpun, lakukan secara terang-terangan. Kalau para politikus
sudah berbohong selama ini, marilah kita dapatkan cerita yang
sebenarnya daripada mereka semua. harunrashid@yqi.com Terjemahan SPAR 05-002-1
Link Reference : Harun Rashid Worldview: Is The EPF Drained Dry? |