Laman Webantu KM2A1: 4476 File Size: 8.8 Kb * |
TAG SP 119: Murray Hiebert: Menghina Mahkamah Yang Hina [SEA] By Suan 16/5/2001 4:50 pm Wed |
TAG 119 [Murray Herbert, seorang wartawan FEER, menjadi mangsa kerana
menulis rencana pada 23 hb Jan 1997, bertajuk "See You in Court"
mengenai seorang ibu kepada pelajar berusia 17 tahun yang menyaman
sekolah International School of Kuala Lumpur kerana menggugurkan
anaknya dari pasukan bahas dengan menuntut gantirugi yang menggila
tingginya - RM 6 juta banyaknya. Beliau mengatakan anaknya telah
dipinggir secara tidak adil. Pendedahan oleh Herbert menyakitkan
sedangkan ia satu rencana biasa yang lembut sahaja melapurkan
apa yang berlaku sebenarnya. Herbert di dapati bersalah kerana
'sengaja menulis untuk mengelirukan orang awam dan menekan mahkamah'.
Walaupun begitu kisah benar tetap beredar siapakah keluarga Govin yang
sebenar. Tingginya saman itu dan hukuman yang mengejutkan buat
Herbert menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena pada institusi
mahkamah negara. Terjemahan : SPAR 09
(In Contempt of a Contemptible Court) Oleh : Suan Semua orang tertanya-tanya. Mengapa Murray Hiebert
dipenjarakan? Rencana yang ditulisnya tentang kewajaran
satu kes perbicaraan yang melibatkan sebuah pasukan bahas
sekolah itu adalah sangat ringan dan adalah sesuatu yang
mengejutkan apabila mahkamah memutuskannya sebagai
sesuatu yang menghina dan layak dikenakan hukuman
penjara. Hakim Denis Ong menyebut bahawa Hiebert telah
MEROSAK DAN MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN MAHKAMAH dan
segala-galanya melalui tulisannya itu dan seterusnya
telah menyebabkan ramai yang kehairanan apabila kes
tersebut diselesaikan dengan begitu cepat sekali.
Sebagai sebuah mahkamah yang menjunjung demokrasi,
sepatutnya ia dapat menerima penelitian dan kritikan yang
munasabah. Di Malaysia sendiri, hukuman-hukuman mahkamah
telah dikritik dan ditegur sebelum ini dan oleh itu
adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila satu kenyataan
yang ringan boleh menimbulkan kemarahan kepada mahkamah
dan menyebabkan seseorang itu disumbat ke dalam penjara.
Maka soalan yang memeningkan sekali lagi adalah mengapa
Hiebert menerima hukuman yang begitu keras bagi satu
kesalahan yang bukan pun menjadi isu? Ada yang mengatakan
mungkin langkah itu sebagai satu isyarat kepada para
wartawan agar akur dan menurut sahaja rentak mereka,
tetapi adalah tidak munasabah untuk menggunakan isu
sekecil rencana mengenai pasukan bahas sekolah itu bagi
mencapai tujuan tersebut. Alasan yang sebenar di sebalik pemenjaraan Hiebert adalah
lebih mencurigakan dan membimbangkan dari apa yang
difikirkan oleh akhbar-akhbar negara Barat. Ia
menyerlahkan penyelewengan yang amat ketara dan barah
berbahaya yang telah merebak ke dalam badan kehakiman
bagi melumpuhkan penghakiman dan keputusan-keputusan
mahkamah yang dibuat. Sekaligus ia menunjukkan bahawa
Hiebert telah terpenjara angkara penyelewengan yang
sangat ketara oleh Ketua Hakim, Eusoff Chin.
Sebenarnya ini yang telah berlaku. Datin Chandra Ram,
seorang ibu yang menyaman pihak sekolah kerana
menggugurkan anak lelakinya dari pasukan bahas sekolah
telah naik marah dengan rencana Hiebert di dalam FEER.
Rencana tersebut bukannya memalukan mahkamah, tetapi
dengan mengupas fakta-fakta yang terdapat di dalam
kesnya, telah membuatkan beliau kelihatan seperti seorang
wanita pendendam yang menjengkelkan. Sudah tentu memang
begitulah sifat dirinya yang sebenar. Menyedari bahaya
yang akan menyusul, beliau telah merayu kepada mahkamah
untuk mensabitkan Hiebert dengan dakwaan menghina
mahkamah. Suaminya, Sri Gopal Ram, adalah hakim mahkamah
rayuan yang rapat dengan Ketua Hakim, Eusoff Chin,
manusia paling tidak jujur yang pasti disenangi oleh
iblis. Apabila Eusoff Chin mahukan hukuman mahkamah yang
tertentu, tiada seorang hakim pun yang berani
menyanggahnya kecuali sanggup menghadapi risiko
ditukarkan ke daerah pekan yang terpencil sambil
memikirkan kerjaya yang tidak berkembang. Tahap
penyelewengan Eusoff Chin begitu dahsyat sekali
sehinggakan beliau sanggup mengendalikan satu skim
pembelian yang berpengaruh melalui firma perundangan
isterinya di mana orang ramai boleh membeli corak
penghakiman yang 'diingini'. Maka bola pun sedia untuk digolekkan. Apabila ia berhenti
bergolek, ianya berakhir di mahkamah yang pasti
menjanjikan kemenangan. Tiada hakim, sama ada yang
menjalankan penghakiman atau mengadili rayuan, berani
untuk membuang kes tersebut. Hiebert telah terpenjara
kerana seorang wanita pendendam dan badan kehakiman yang
menyeleweng yang tidak lagi boleh diharapkan untuk
memberikan keadilan yang sewajarnya. Inilah yang telah berlaku kepada badan kehakiman
Malaysia. Bagaimana badan kehakiman sebegini boleh
melindungi dan menjaga institusi demokrasi yang kita
sanjungi jika ia tidak dapat menolak kerosakan yang
disebabkan oleh seorang manusia? Sudah tentu Mahathir
mahu mengekalkan dan memelihara penyeleweng-penyeleweng
kerana mereka amat berguna kepadanya. Bagi menghadapi
sumber jahat dan hitam ini tidak banyak yang boleh
dilakukan oleh rakyat Malaysia melainkan dengan
menggunakan hak mengundi kita dengan sebijak-bijaknya.
Rencana Asal: In Contempt of a Contemptible Court
It's the question on everybody's mind. Why was Murray
Hiebert jailed? The article he wrote on the merits of a court
case involving a school debating team was so mild that it
was astonishing that the court took it as contempt worthy of a
custody sentence. In the words of appeal judge Denis Ong,
Hiebert had DAMAGED AND RUINED THE COURT'S
INTEGRITY and all for Hiebert writing that people were
surprised why the case was settled so fast.
A court in a civilised democracy must be subject to scrutiny
and reasonable criticism. Even in Malaysia, judgements have
been commented and criticized before so it is still surprising
that a mild statement of fact should have gotten the court in
such outrage and caused it to send a person to jail. So the
puzzling question again is why was Hiebert singled out for
this rough treatment over a non-issue? Some may say that it
is to send a signal to other journalists to toe the line, but you
do not make an example out of a mild little article about a
school debating team. The real reason why Hiebert was jailed is far more sinister
and ominous than what the Western press thinks. It shows up
the deep corruption and the malignant cancer that has
spread into the judiciary to paralyze its judgement and
decision making. Because Hiebert was jailed due to the
utmost corruption of the Chief Justice, Eusoff Chin.
It happened like this. Datin Chandra Ram, the mother who
sued the school for dropping her son from the school
debating team was incensed by the Hiebert article in FEER.
The article did not defame the court, but by factually
discussing aspects of her case, it made her look like a petty
vindictive woman. Of course that's what she is. But seeing
red, she petitioned the court to cite Hiebert for contempt. Her
husband, Sri Gopal Ram is an appeals court judge who is
friendly with the Chief Justice, Eusoff Chin, a man so
corrupted that no devil could ever ask for more. When Eusoff
Chin wants a certain judgement, no judge dare oppose him
unless he wants to be transferred out to a remote town to
ruminate on his stagnant career. So corrupted is Eusoff Chin
that he even runs an influence buying scheme through a law
firm run by his wife where people can buy the "correct"
judgement. So the ball was set in motion. When it stopped rolling it would
end up in the court of world opinion. No judge whether in
judgement or in appeal dare throw out the case. Hiebert was
jailed because of one vindictive woman and a corrupted
judiciary which can no longer be relied on to give fair
judgement. So this is what our Malaysian judiciary has come to. How
can this judiciary protect and safeguard our cherished
institutions of democracy if it cannot resist the depredation of
one man? Of course Mahathir had to defend the court's
judgement. Eusoff Chin's power comes directly from him.
Mahathir cherish and nurtures corrupted men because they
serve him well. Against this source of evil and darkness there
is not much that ordinary Malaysians can do except to use
our votes wisely. -Suan-
|