Laman Webantu KM2A1: 4480 File Size: 4.5 Kb * |
Implikasi Pendakwaan Rafidah - Punca ISA Untuk Ezam dan Teman By ntisa 16/5/2001 8:03 pm Wed |
This posting contain an Attachment File
Name: 01.gif Type: image/gif Size: 11 KB
[Ada sesuatu yang menyebabkan Mahathir begitu takut kepada
isteri Ezam. Dan ada banyak sebab mengapa Mahathir tidak gentar
menghadapi PAS sebagaimana beliau menghadapi keADILan. Ini semua
dapat dibaca melalui strategi berperang. Semua aktivis reformasi
harus meneliti perkara ini. Mahathir nampak kebal tetapi dia
sebenarnya amat lemah dalam beberapa segi. Tindakkan zalim
terhadap Ezam dan Anwar membayangkan beliau begitu bimbang
teraib akibat pendedahan bukti korupsi. Jika dokumen tersebut
palsu semata-mata Mahathir tidak akan bertindak liar sehingga
menggunakan ISA untuk menekan sesiapa yang muncul dengan bukti.
- Editor] Dokumen yang disiarkan oleh laman ini berhubung dengan
pendakwaan Pejabat Peguam Negara keatas Rafidah membawa
persoalan bahawa andai benar ia adalah dokumen ASLI
mengapa Rafidah masih belum didakwa? dan sememangnya
dokumen ini adalah ASLI kerana Ezam- Ketua Pemuda
Keadilan yang mendedahkan dokumen ini secara terbuka
telahpun didakwa di bawah OSA (akta Rahsia Rasmi) lalu
jelas kerana andai dokumen itu PALSU Ezam tidak boleh
didakwa! Persoalan besar sekarang adalah bagaimana Pejabat
Peguam Negara menjalankan kerja mereka? adakah ini
bermakna bahawa pendakwaan terpilih benar benar terjadi
di Malaysia! Sebenarnya tidak ramai yang perasan di dalam dokumen
yang sama juga? ketika ditanya oleh pegawai BPR yang
meyiasat Rafidah mengapa beliau berada di dalam
mesyuarat bagi meluluskan saham tersebut, jawab
Rafidah, beliau diarahkan oleh PM untuk PASTIKAN YANG
ANAK PM JUGA MENDAPAT SAHAM TERSEBUT!
Jelaslah persoalannya pada kita ada dalang disebalik
kehadiran Rafidah di dalam mesyuarat tersebut, dan
jelaslah ada juga dalang yang menghalang pejabat peguam
negara dari mendakwa Rafidah. Lalu masihkan kita percaya bahawa ini semua bukan satu
Konspirasi, inilah konsprasi Mahathir dan segelintir
orang orang atasan di pejabat peguam negara, di Bukit
Aman, bersama dengan segelintir hakim di mahkamah,
mereka berpakat untuk menjatuhkan dan mendiamkan 'orang
orang yang mendedahkan semua ini' DSAI telah dipecat
dan Intrumen kerajaan digunakan untuk memfitnah dan
mengesahkan fitnah, kerana DSAI telah berusaha untuk
mendakwa mereka mereka yang korup ke mahkamah. Lalu
DSAI dipecat, difitnah, dipukul, dan hari ini terpaksa
berdepan dengan 5 lagi tuduhan palsu. Ezam yang mengambil alih peranan DSAI dalam mendedahkan
konspirasi ini juga telah di ISAkan - mengikut kata
isterinya ketika bertemu dengan Ezam baru baru ini-
Ezam berpesan supaya bersedia kerana kemungkinan untuk
beliau ditahan di Kemunting adalah tinggi.
Mahathir dalam memunggah harta kekayaan negara tidak
sendirian- beliau telah menjanjikan habuan demi habuan
kepada mereka mereka yang membantunya- kita percaya
berdasarkan bukti yang ada, semua mereka yang telah
membantu mahathir diberikan ganjaran ganjaran- ada
dalam bentuk projek yang bernilai jutaan ringgit (rujuk
ummi halfilda) ada yang diberikan wang tunai- ada yang
diberikan rumah diluar negara dan rumah ini ditaja oleh
korporat besar Malaysia. Kita mendesak rakyat agar bangun dengan berani- tentang
segala bentuk kezaliman dan penyelewengan, kita bukan
menentang mahathir, kita bukan menentang KPN, kita
bukan menentang pejabat peguam negara, kita bukan
menentang hakim hakim, tetapi kita menentang penzalim,
kita menentang penyeleweng, kita menentang tukang
fitnah, dan tukang mengesahkan fitnah! kerana mahathir
dan seteru seterunya adalah kelompok yang kita sebutkan
tadi! maka kita terpaksa menentang penzalim,
peyeleweng, pefitnah, perompak yang bernama mahathir
dan pasukannya. BEBASKAN TAHANAN ISA Link Reference : Dokumen Terhadap Rafidah Aziz FileUpload-01.gif (11 KB) (Attachment) |