Laman Webantu   KM2A1: 4485 File Size: 14.2 Kb *



TJ SP MGG: Vincent Tan Menuntut RM22 juta daripada wartawan Australia
By M.G.G. Pillai

17/5/2001 2:21 am Thu

MGG 1131

[Vincent Tan sudah jarang muncul kebelakangan ini. Tetapi berita beliau menuntut rugi menyaman itu ini asyik kedengaran sana sini. Padahal banyak projek yang diceburinya itu berakhir dalam rugi sebelum tersiar pendedahan oleh wartawan seperti Ganesh Sahathevan kerana Ganesh sekadar melapur apa yang diketahui. Sepatutnya bukan wartawan menjadi mangsa tetapi punca sesuatu berita yang seharusnya diselidikki. Tidak ada kesungguhan di pihak Vincent untuk menyiasat perkara ini kerana ia akan mencekik dirinya sendiri. Wartawan selalunya mendapat 'tip' sahaja untuk dicari dan digali. Itu sudah lumrah dunia kewartawanan masakini. Mereka cuma menyediakan jawapan yang rasional kerana terlalu banyak kesangsian ujud dalam permainan koporat Vincent. Ramai lagi peniaga Cina (dan berugama Buddha) yang lebih layak mendapat bantuan kerajaan kerana pakar berniaga kenapa Vincent yang (berugama Kristian?) asyik mendapat projek lumayan selama ini? - Editor]


Terjemahan SPAR 01.11



Vincent Tan Menuntut RM22 juta daripada wartawan Australia

(Tan Sri Vincent Tan Wants RM22 Million From Sydney Journalist)

Pengerusi Kumpulan Berjaya, Vincent Tan, bertegas bahawa sesiapa yang disamannya mesti membayar lebih banyak wang yang mampu diraih oleh insan itu sepanjang hayatnya. Yang menjadi sasarannya ialah para wartawan. Dia masih belum menerima lagi hasil kemenangan satu kes mahkamah yang menyerupai kaedahnya ini, walaupun kes itu akan dicabar di Mahkamah Persekutuan bulan depan. Tindakannya itu adalah bersifat mengugut daripada bertujuan melegakan maruahnya sendiri. Bagaimanakah dia dapat meredakan sesuatu keadaan itu apabila dia menuntut gantirugi yang tinggi, yang tidak akan mampu diterimanya? Ia hanya bertujuan memberi amaran agar tidak menulis berita mengenainya selain daripada kata-kata pujian. Itu sebabnya dia menyaman malu para wartawan dan juga akhbar-akhbar yang berani mencabarnya kerana pendapat yang berbeza dengan pendiriannya.

Seorang wartawan bebas Sydney, Ganesh Sahathevan, yang dulunya seorang rakyat Malaysia, melaksanakan kerja-kerja untuk membersihkan namanya setelah beliau diberhentikan oleh akhbar The Sun yang dimilikki oleh Vincent Tan. Beliau dipecat kerana satu cerita yang ditulisnya yang ternyata ada kebenarannya mengenai Vincent Tan dan beberapa manusia lain termasuk seorang anak lelaki perdana menteri yang terlibat mengelirukan satu pihak yang berkuasa, hingga mencetuskan satu masalah yang tegang. Tindakannya terhadap pembuangan yang tidak adil itu sedang didengar oleh mahkamah perindustrian di Malaysia, dan akan disambung semula akhir bulan ini. Ketika Ganesh berpindah ke Australia, dia terserempak dengan perniagaan Vincent Tan dan mendapati pelbagai kisah penyelewengan juga dan menulis mengenainya.

Vincent Tan telah mengemukakan saman malu, menerima satu injunksi terhadap Ganesh mengikut undang-undang 'Fair Trading Laws' Australia. Inilah yang membuatkan kerajaan New South Wales naik berang dan menyedarkannnya betapa di Australia banyak perkara yang dia cadangkan adalah berbeza sekali cara peraturannya. Di Australia proses injunksi bukannya diizinkan secara otomatis dan boleh dikuatkuasakan terhadap wartawan yang disaman kerana fitnah. Ganesh telah bertindak menyaman balik Vincent Tan. Apabila menyedari kerja-kerja itu tidak berbaloi kepadanya, Vincent Tan bertindak menarik balik samannya.

Mahkamah Australia mengizinkan permohonan itu dengan bersyarat perkara itu tidak akan menjadi bahan saman baru pula olehnya di mahkamah Australia ataupun Malaysia. Sejak dari itu, Bursa Saham Australia di Sydney telah menggantung saham syarikat Vincent Tan di sana, Carlovers, dan dia sedang berusaha untuk menjual semua saham pegangannya di dalam syarikat itu. Pada hari Khamis 10 Mei, 2001, Ganesh telah menerima secekak dokumen yang telah dicampakkan ke ruang luar rumah kediaman ibubapanya di Kelang pada Februasi 2000, dalam satu usaha untuk mengenakannya. Antara dokumen itu terdapat satu notis perintah yang menetapkan tarikh 22 March 00. Vincent Tan bersama Kumpulan Berjaya dan Berjaya Toto telah mengenakan saman malu terhadap Ganesh dan mahukan mahkamah Malaysia menentukan tuntutan gantirugi sebanyak, RM10 juta, RM5juta dan RM7 juta setiap satu. Tetuan Lingam and Co. mewakili ketiga plaintif. Ketiga-tiga plaintif telah membuat tuntutan betapa Ganesh telah memalukan mereka dengan cara mengemukakan satu aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan salinannya dihantarkan kepada plaintif, termasuk beberapa orang kawan media: bahawasanya dana B.Toto dan BGroup telah digunakan untuk membiayai Digicom dan Sun Media Group Sdn Bhd.

Vincent Tan telah membuat tuntutan persendirian mengatakan Ganesh telah memalukannya dengan cara berkias kepada Norwegian Labour Party (Parti Buruh Norway), mengatakan beliau mencampuri urusan pengadilan mahkamah di Malaysia sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani mencabarnya di mahkamah, mampu menang. Gambar-gambar yang terpapar di www.malaysia.net/special, dan cerita yang saya tulis mengiringi gambar-gambar itu adalah adalah sebahagian kenyataan dalam tuntutan Vincent Tan. (Itulah kisah yang menggambarkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Dato' V.K. Lingam, bersantai dengan keluarga mereka di New Zealand; Vincent Tan, Lingam dan bekas Ketua Peguam Negara dan kini seorang Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Abdullah bersantai bersama-sama isteri mereka di Rome.) Pihak plaintif telah menambah hujah mereka dengan tuntutan bahawa tindakan Ganesh adalah berniat jahat disebabkan keengganan Vincent Tan menyelesaikan masalah yang dikemukakannya terhadap 'Sun Media' di mahkamah perindustrian. Sebagai buktinya, Vincent Tan telah mengmukakan satu surat daripada peguam Ganesh di Malaysia (Skrine & Co) yang bertarikh pada Oktober 1999. Surat yang dikemukakan dalam affidavit plaintif itu mencadangkan agar masalah mereka itu diselesaikan mengikut terma yang dikemukakan. Ketika itu juga Ganesh ada mengirim beberapa risalah keagamaan kepada Vincent Tan dengan tujuan mengucapkan 'selamat sihat semula' kerana Ganesh berpendapat Vincent Tan kurang sihat ketika itu. Vincent Tan mendakwa gelagat Ganesh mengirim risalah keagamaan itu adalah satu ugutan untuk menggunakan kuasa ghaib untuk menyerangnya seaandainya beliau menyelesaikan masalah di mahkamah perindustrian itu. Vincent telah membuat laporan mengenainya. Tindakannya itu telah diikuti juga oleh Ketua Sekuriti Kumpulan Berjaya.

Sikap Vincent Tan terhadap system pengadilan memang boleh dipuji, terutama sekali apabila ia membabitkan wang yang banyak untuk dirinya. Ketegasannya mahukan pengadilan yang saksama harus dipuji oleh setiap rakyat Malaysia. Lagipun, jolokan bahawa beliau adalah "seorang peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya" itu sudah pun hilang kilauannya. Vincent Tan tidak mudah dilihat sekarang ini. Ada satu ketika, Datukbandar sebuah pekan kecil di Peranchis, Colmar, telah datang membuat lawatan ke 'Colmar Tropicale' yang diwujudkan oleh Vincent Tan di Bukit Tinggi, di pinggir Kuala Lumpur. Vincent Tan tidak hadir ketika itu, begitu juga perdana menteri. Tempat itu pernah disanjung-sanjung satu masa dulu sehingkan warga Peranchis di negara ini pernah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan mereka di sana dengan kehadiran Perdana Menteri untuk merasmikan tempat itu. Kenapakah tempat itu diturunkan tarafnya? Secara kebetulan, Colmar Tropicale adalah satu tempat peranginan di Malaysia di mana setiap pelancong yang datang dikenakan caj tol sebanyak RM10 seorang, dan bukannya bagi setiap kereta. Caj itu memberi kemudahan kepada pembayarnya menikmati satu gelas minuman ringan 'percuma'. Alangkah hebatnya kemudahan seperti itu.

MGG Pillai

Terjemahan SPAR 01.11




Rencana Asal:



Tan Sri Vincent Tan Wants RM22 million from Sydney Journalist

The Berjaya Group chairman, Tan Sri Vincent Tan, insists any who he thinks defames him must be sued for for more money than he or she had earned in a life time. His particular target is journalists. He has yet to collect, although his legal victories, one of which is challenged in the Federal Court next month, is more to threaten than to assuage his reputation. How can it be assuaged if, after insisting only a high enough sum could, he cannot collect? It is more to threaten journalists not to go beyond praising him. Which is why he sues newspapers and journalists who challenge his own view of himself.

So, when a Sydney freelance journalist, Ganesh Sahathevan, a former Malaysian, took to clearing his name and his reputation after Tan Sri Vincent Tan's newspaper, the Sun, sacked him for a story that eventually turned out to be correct but would have put Tan Sri Vicent and others including a son of the Prime Minister, in a fix with the regulatory authorities, battle was enjoined. His action for unfair dismissal is before the Industrial Court in Malaysia, with a continuing hearing later this month. When he moved to Sydney, and looked closely into Tan Sri Vincent's business enterprises, and found a can of worms, he wrote about it.

Tan Sri Vincent sued for defamation, got an injunction against Ganesh under Australia's Fair Trading Laws, got the New South Wales government incensed, to make him realise that in Australia things like what he proposed to do are done differently. Injunctions are not automatically granted in Australia against journalists sued for libel. Ganesh countersued. Tan Sri Vincent, deciding discretion the better part of valour, discontinued his action. The courts allowed it on condition that this matter be never the subject of fresh action in Australia or Malaysia. Since then, the Australian Stock Exchange in Sydney suspended Tan Sri Vincent's listed company there, Carlovers, and he is about to dispose of his shares in it.

On Thursday, 10 May 01, Ganesh was served a bundle of documents, originally served on his parents in Klang by throwing it over the fence last February 2000 in an misguided attempt at substituted service. It included, this time, an order for service outside jurisdiction dated 22 March 00. Tan Sri Vincent Tan, his Berjaya Group and Berjaya Toto are suing him for defemation in the Malaysian courts claiming general damages of RM10 million, RM5 million and RM7 million respectively. Messrs V.K. Lingam and Co represent all three plaintiffs. All three claim Ganesh defamed them by stating in a complaint to the Malayusian Securities Commission, copied to the plainttifs, as well as some friends in the media, that BToto and BGroup funds "were/have been used" to finance the mobile phone operator, Digi.com, and Sun Media Group Sdn Bhd.

Tan Sri Vincent personally also claims that Ganesh had defamed him by implying in a query to the Norwegian Labor Party, that he had interefered with the independence of the judiciary to such an extent that no one challenging him in a Malaysian court could expect to win. The pictures at www.malaysia.net/special, and the story I wrote to go with the pictures, are part of Vincent's statement of claim. (These refer to photos of the former Chief Justice, Tun Eusoff Chin, and Dato' V.K. Lingam, on holidays with their families in New Zealand; and of Tan Sri Vincent, Dato' Lingam, the former Attorney-General and now federal court judge, Tan Sri Mohtar Abdullah and their wives in Rome.)

The plaintiffs further claim Ganesh's actions were actuated by malice, rooted in Tan Sri Vincent's refusal to settle the matter before the Industrial Court Ganesh brought against the Sun Media. As proof, Tan Sri Vincent includes in his affidavit a letter from Ganesh's Malaysian lawyers, Messrs Skrine & Co, dated October 1999, offering terms of settlement, and (in Ganesh's words) "various religious articles I sent him (which I admit I sent him wishing him well for I heard that he was unwell -- a matter of praying for one's enemy)". Tan Sri Vincent claims the religous articles sent him together with (Ganesh again) "my note wishing him well were all proof that I threatened him with "Divine Displeasure" if he refused my terms of settlement". Tan Sri Vincent had lodged apolice report on the matter; so had the Berjaya Group chief of security claiming Ganesh had defamed them. Ganesh has entered a conditional appearance.

Tan Sri Vincent's commitment to justice is commendable, especially when it is at high cost to himself. His enviable insistence that he wants justice to be done should have all Malayians rise up in support of this noble venture. He needs it. Especially when the gloss of Dato' Lingam's description of him as "an international business man of unquestioned repute" wears off. He is not seen in public these days. When his Colmer Tropicale, a garish fake-French styled, holiday resort tourists allegedly prefer, in Bukit Tinggi, outside Kuala Lumpur, was visited by the mayor of the French Alsatian town of Colmer last week, neither he nor the Prime Minister was on hand to greet him. It was so highly thought of last year that the French National Day was celebrated there and the Prime Minister was on hand to declare it open. So, why is it now downgraded? Colmer Tropicale, incidentally, is the only resort in Malaysia which charges RM10 toll per person, not per vehicle, for entering the complex. That entitles visitors to a soft drink. One should be thankful for such small mercies.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my