Laman Webantu KM2A1: 4491 File Size: 16.1 Kb * |
TAG SP 122: Bapak Anjing Terima Dua Bulan [SEA] By Tsu Nam 17/5/2001 6:39 pm Thu |
TAG 122 [Rahim Nor asyik mendapat layanan istimewa yang luar biasa walaupun dia
sudah memukul orang secara luarbiasa sehingga hampir tidak bernyawa. Dia
dikenakan pertuduhan yang lembut sahaja, dibenarkan ikat jamin yang tidak
seberapa kosnya, dan kini dihukum terlalu ringan yang langsung tidak kena
kepada kadar jenayahnya. Dia bersalah bukan sahaja kerana memukul Anwar,
malah membiarkan Anwar tercedera, tidak melapurkan fakta yang sebenarnya
dan cuba menuduh Anwar memprovokasikannya pula sedangkan Anwar tergari dan
tertutup mata ketika dipukul sekuat-kuatnya. Apa yang menyedihkan semua
itu berlaku di dalam kawasan bidang kuasa polis negara yang sepatutnya
menjaga banduan sebaik-baiknya. Keberanian Rahim Nor yang luar biasa
sanggup memukul Anwar itu menimbulkan tanda-tanya kemungkinan ada seseorang
yang amat berkuasa telah mengarahnya. Kini, kesemua layanan istimewa
buat Rahim Nor itu sudah menjawab segala-galanya tanpa kita perlu
berkata-kata siapakah dia penjenayah nombor satu dalam negara.
- Editor] (Father of Dogs gets Two Months) Oleh: Tsu Nam Jelas kelihatan Rahim Noor tidak sedikitpun menyesal di
atas tindakannya itu. Sebaik sahaja selepas penganiayaan
itu, beliau meyakinkan orang awam bahawa Anwar di dalam
keadaan sihat. Beliau tidak memberikan kerjasama terhadap
penyiasatan polis yang ternyata tidak bersungguh-sungguh
itu, biarpun mengakui bahawa Anwar telah dipukul di dalam
penjara, terus membuat kesimpulan bahawa penyerang yang
bertanggungjawab itu tidak dapat dikenalpasti. Ini langsung
tidak dapat diterima oleh akal kerana Bukit Aman yang
menjadi penjara buat Anwar Ibrahim selepas ditahan,
merupakan sebuah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan
yang paling ketat. Biarpun tidak berasas, peguam negara
yang menjijikkan, Mokhtar Abdullah, telah memeram laporan
polis itu sehingga berbulan-bulan tanpa mengumumkannya.
Kemudian apabila beliau membuat beberapa pengumuman terbuka
mengenai sebahagian dari isi kandungannya, beliau cuba
untuk mengecilkan tahap kecederaan sebenar Anwar Ibrahim,
menggunakan khidmat doktor yang lain untuk memberikan
pandangan kedua yang dapat membayangkan bahawa kecederaan
tersebut tidaklah seserius seperti yang disebutkan di dalam
laporan perubatan yang telah dilakukan secara terus sebelum
itu. Rahim Noor telah meletakkan jawatannya biarpun tiada
sebarang pengakuan tentang salahlaku dibuat pada peringkat
itu. Selepas mendapat bantahan dari orang ramai, satu
Suruhanjaya Diraja telah dibentuk bagi menyiasat kes
tersebut. Menyedari beliau telah terperangkap, Rahim Noor
tiada pilihan lain selain dari membuat pengakuan. Namun
beliau mendakwa bahawa Anwar telah membangkitkan
kemarahannya dengan memanggil beliau sebagai 'Bapak
Anjing', satu kenyataan yang tidak pernah ditimbulkan oleh
mana-mana pegawai polis yang telah pun memberikan
keterangan sebelum ini. Maka, tidak ada sebab untuk bertolak-ansur di dalam
pengendalian kes Rahim Noor. Tetapi, semenjak dari hari
beliau didakwa, pemukul bacul itu telah dilayan seperti
banduan kehormat. Malah semasa didakwa di mahkamah pada
awal tahun 1999, beliau tidakpun diarahkan untuk berdiri di
kandang tertuduh, sebaliknya dibenarkan duduk sahaja di
kerusi dalam mahkamah tersebut. Kesalahannya menyebabkan
kecederaan yang amat serius hanya membawa hukuman maksima
penjara tiga setengah tahun. Tuan hakim melepaskannya tanpa
dikenakan sebarang ikat jamin dan perbicaraan kesnya telah
ditangguhkan sebegitu lama sehingga bulan Mac 2000.
Apabila beliau akhirnya dibicarakan di mahkamah, peguam
negara telah membenarkan pertuduhan diringankan sehingga
kepada 'menyebabkan kecederaan' yang membawa hukuman
maksima penjara satu tahun dan denda sebanyak RM2000.
Kemudian, pada hari yang diselubungi oleh kebencian dan
kekecewaan, rakyat Malaysia mendapat tahu bahawa Rahim
Noor, yang telah mengaku bersalah, telah dikenakan hukuman
hanya dua bulan penjara dan denda sebanyak RM2000. Orang
yang tertuduh telah dibenarkan menikmati kebebasan
sementara peguam-peguamnya mengemukakan rayuan terhadap
hukuman yang dikatakan 'terlalu berat' itu, bolehkah anda
percaya? Sungguhpun hukuman yang dijatuhkan adalah sangat ringan dan
menjadi cemuhan, hakim yang mengendalikan perbicaraan itu
telah mengumpamakan kes tersebut sebagai sesuatu yang perlu
diteladani : 'kes ini patut menjadi pengajaran bukan sahaja
kepadanya tetapi juga kepada mereka yang tidak menghiraukan
undang-undang'? begitulah khutbahnya sedangkan beliau
sepatutnya memberitahu hakikat yang sebenar di mana
terdapat satu undang-undang diperuntukkan untuk sebilangan
rakyat Malaysia, manakala tiada sebarang undang-undang pula
dikenakan kepada yang lain-lainnya. Dengan hukuman penjara yang biasanya akan dikurangkan
sebanyak satu pertiga sekiranya berperangai baik, Rahim
hanya perlu menjalani, paling lama, 40 hari sahaja dari
hukuman penjaranya. Berpandukan kepada sistem kehakiman
yang telah menyeleweng jauh itu, besar kemungkinan
rayuannya juga akan diterima, ini bermakna beliau tidak
perlu menjalani kehidupan di penjara walau sehari pun.
Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara pengendalian
kes Anwar dan Rahim Noor. Anwar telah berulangkali
dinafikan dari sebarang ikat jamin, sama ada semasa
perbicaraan berkenaan rasuah ataupun semasa menunggu untuk
kes rayuan., sekalipun tiada sebarang alasan yang munasabah
diberikan. Hakim boneka, Augustine Paul, selepas kes berat
sebelah yang amat memalukan itu, telah menjatuhkan hukuman
enam tahun penjara kepada yang tertuduh di atas penafsiran
halus berkenaan kesalahan rasuah yang tidak melibatkan
walau sesen duitpun, dan yang diakibatkan oleh tindakan
Anwar menggunakan pegawai-pegawai polis bagi membantu
membersihkan namanya dari fitnah. Lebih menghinakan adalah,
hakim boneka yang berhati binatang ini memerintahkan supaya
hukuman penjara Anwar itu dikira dari hari beliau
dijatuhkan hukuman, dengan tidak mengambil kira tempoh
tujuh bulan yang telah dijalani oleh orang yang tertuduh di
penjara. Ini langsung tidak mengikut amalan biasa
undang-undang Malaysia. Sistem kehakiman Malaysia yang sangat keji dan memesongkan
telah sekali lagi memalukan negara ini di mata dunia. Oleh
kerana terlalu banyak contoh yang memperlihatkan bagaimana
badan kehakiman telah dilacurkan, rakyat Malaysia mungkin
merasa jijik tetapi tidak begitu terkejut.
Soalan yang bertalu-talu masih kedengaran : Mengapa Rahim
Noor memukul Anwar sehingga hampir membawa maut? Sebelum
itu tiada sebarang permusuhan di antara mereka berdua,
bahkan Rahim pernah mengatakan Anwar itu kawannya. Mengapa
seorang yang berjawatan Ketua Polis Negara sanggup
melakukan penganiayaan terhadap seorang tahanan yang
mempunyai profil yang sangat tinggi di negara ini, tidak
lain dari seorang mantan Timbalan Perdana Menteri? Apakah
beliau menjangkakan dirinya akan terlepas begitu saja?
Namun, hakikatnya, beliau hampir-hampir terlepas.
Kemungkinan besar Mahathir yang mengarahkan pembantaian,
dan Rahim dilindungi oleh Mahathir. Ternyata, hukuman
ringan yang dijatuhkan ke atas si pembuli itu membayangkan
penglibatan PM yang berterusan. Reaksi Mahathir apabila
Anwar dihadapkan ke mahkamah dengan mata lebam - mengatakan
bahawa kecederaan itu adalah hasil buatannya sendiri - akan
tercatat di dalam sejarah sebagai satu kenyataan yang
paling tidak berperasaan pernah dikeluarkan oleh seorang
pemimpin di negara ini. Melihat kepada kejadian yang sangat
memalukan kerajaan, Mahathir yang pendendam pasti tidak
akan melepaskan Rahim sekiranya Rahim telah melakukannya
mengikut kehendaknya sendiri. Maka teori yang mengatakan
bahawa Mahathirlah dalang di sebalik kejadian penganiayaan
itu adalah bertepatan sekali. Namun sekiranya Mahathir dengan angkuhnya memberitahu umum
bahawa beliau telah mengarahkan tindakan tersebut, adakah
itu akan menjejaskan sokongan yang popular terhadapnya dari
rakyat Malaysia? Adalah menyedihkan, jawapannya
berkemungkinan besar akan berbunyi negatif, keruntuhan
moral di negara ini adalah sangat teruk sehinggakan ramai
rakyat Malaysia yang mungkin akan mencari alasan lain demi
mempertahankan seorang Perdana Menteri yang sangat suka
menindas. Barangkali mereka ini akan menggunakan
pencapaian-pencapaiannya di dalam bidang ekonomi sebagai
alasan untuk menutupi kesalahan-kesalahan kecilnya. Begitu
juga terdapat sebilangan manusia yang berpendapat bahawa
hukuman yang dikenakan ke atas Rahim adalah adil dan saksama.
Sungguh memalukan anak bangsa mereka sendiri!
-Tsu Nam- The circumstances of Anwar Ibrahim's prison bashing could not
have been more cowardly. Before hitting him savagely about the
head and neck, Rahim Noor, the Inspector-General of Police,
signalled for him to be handcuffed and blindfolded. Had not the IGP
been restrained by a couple of officers, Anwar would scarcely
have come out of it alive. Doctors later testified that his injuries
were so severe that they could have been fatal. Yet, the injured
man, despite being in great pain, was denied treatment for four
days following the assault. Rahim Noor evidently felt little if any remorse. Immediately after the
assault, he assured the public that Anwar was well. He did not
cooperate with a half-hearted police investigation which, although
admitting that Anwar had been bashed in prison, went on to
conclude that the assailant could not be identified. This was sheer
baloney for Bukit Aman, the prison where Anwar was held after his
arrest, is a maximum security prison. Despite its useless nature, the
repulsive attorney-general, Mohtar Abdullah, sat on this police
report for many months without releasing it. When he later made
public some of its contents, he tried to depreciate Anwar's injuries,
using an alternate doctor's second hand opinion to purvey the line
that they were not as serious as what a more direct medical
examination had reported. Rahim Noor resigned his position to
'take responsibility' although no admission of personal wrongdoing
was made at this stage. Due to public outcry, a Royal Commission
was formed to investigate the matter. Sensing the net closing in,
Rahim Noor had no choice but to confess. But he claimed that he
had been provoked by Anwar calling him 'father of dogs,' an
assertion not backed up by the testimony of any police officer.
Thus, there can be no cause for leniency in the treatment of Rahim
Noor. Yet, from the day that he was charged, the cowardly basher
was treated like an honoured prisoner. Rahim was not even put in
the dock when charged in early 1999, but allowed to sit on a chair
in court. His charge of causing grievous hurt carried only a
maximum jail sentence of three and a half-years. The judge set him
free without bail and his trial was postponed to a distant March
2000. When finally brought to trial, the attorney general allowed the
charge to be further watered down to simply 'causing hurt'
carrying a maximum jail sentence of only one year's jail and fine
of RM2000. Then, on a day filled with disgust and despair,
Malaysians learned that Rahim Noor, who pleaded guilty, had been
sentenced to only two months jail and fined RM2000. The accused
was allowed his freedom pending an appeal by his lawyers that the
sentence was 'too harsh,' would you believe it?
Despite the ridiculously light sentence, the trial judge described it
as exemplary: 'this has to be a lesson not only to him but also to
others who ignore the law ..' he pontificated when in fact, he would
be better off making the point that while there is one law for some
Malaysians, there is no law for others.
With the normal one-third remission of jail term for good behaviour,
Rahim would have to spend at most, 40 days in prison. With so
corrupt a justice system, it is quite likely that his appeal will
succeed, so he may well not have to spend a single day in prison.
The contrast between the treatment of Anwar and Rahim Noor
cannot be more stark. Anwar was repeatedly refused bail, both
during his corruption trial and pending appeal, despite no good
reason being offered. The puppet judge, Augustine Paul, after a
shamelessly biased trial, sentenced the accused to a savage six
years in prison for the finest interpretation of a form of corruption
that did not involve the least amount of monetary gain, and which
resulted only from Anwar's use of police officers to help clear his
name of slander. Even more insultingly, this monster of a puppet
judge decreed that Anwar's jail term should begin from the day of
his sentencing, not taking into account the seven months that the
accused had already spent in prison. This was not in keeping with
the normal practise of Malaysian law.
The depraved and perverted Malaysian justice system has again
disgraced the nation in the eyes of the world. But given already so
many instances of judicial harlotry, Malaysians may be disgusted
but not really surprised. The nagging question still remains: why did Rahim Noor beat up
Anwar to within an inch of the latter's life? There had been no
previous enmity between the two men, and Rahim has even
described Anwar as a friend. How would even an IGP dare assault
the highest profile prisoner in the land, no less a person than an
ex-Deputy Prime Minister? And how could he have expected to
get away with it? But get away with it he almost did.
It is highly probable that Mahathir ordered the beating, and that
Rahim has been protected by Mahathir. Indeed, the bully's judicial
slap on the wrist suggests the PM's continual involvement.
Mahathir's response when Anwar appeared in court with a black
eye - suggesting that the wounds could be self-inflicted - will go
down in history as the most callous remark ever made by a leader
of the country. Given that the incident severely embarrassed the
government, the vindictive Mahathir would have gone for Rahim's
head had the latter been acting of his own accord. Thus, the
hypothesis that Mahathir was behind the assault is one that fits all
the facts. But even if Mahathir were to publicly boast that he ordered the
beating, would that affect his popular support among Malaysians?
Sadly, the answer is likely to be in the negative, the moral rot of the
country already so deep that many Malaysians would probably
invent excuses for even so sadistic a prime minister. Perhaps these
people would offer his economic achievements as sufficient
justification for a few peccadillos. In the same way, some have
offered the opinion that Rahim's sentence has been just. (see
Malaysiakini). What a disgrace to their race!
Tsu Nam
|