Laman Webantu KM2A1: 4492 File Size: 4.4 Kb * |
DrM, Pek Khing Kongsi Mee Sepinggan !! By Staf Ekran 17/5/2001 7:05 pm Thu |
[Apa lah punya kadar faedah sampai 12% banyaknya? Ini cekik darah
punya olang. Sudahlah dapat balak percuma, dapat tuntutan gantirugi
lagi yang menggila tingginya. Apa yang menarik gambar perkembangan
projek Bakun tidak kelihatan pun di dada akhbar sedangkan ia teramat
besar dan mega. Kesian rakyat Malaysia - terkena tipu kerana Ting
sebenarnya membuat 'batang penyapu' - kerana hanya itu yang dia tahu.
- Editor] PEK KHING HANYA BERANI TUNTUT DUIT Dari MAHATHIR Dan DAIM
Oleh: Anak Malaysia Boleh, Surat Tuntutan Bayaran Gantirugi dari Pek Khing kepada
Daim pada 11 Julai 1998 dan kepada Mahathir pada 11
Ogos 1998, menimbulkan tandatanya kepada Rakyat
Jelata. Kini baru rakyat tahu bahawa Mahathir dan Daim
sangat berkuasa dalam menentukan perbelanjaan wang
negara. Sebab itu bila Anwar enggan membuat beberapa
pembayaran yang dikehendakinya, mereka jadi bebal dan
marah lalu menyingkirkan seorang Menteri Kewangan yang
sangat menjaga wang rakyat itu. Dalam surat-surat tuntutan tersebut, Pek Khing telah
menuntut agar Daim dan Mahathir menjelaskan pembayaran
gantirugi sebanyak RM 2,194,717.326.00 (Dua Bilion
Seratus Sembilan Puluh Empat Juta Tujuh Ratus Tujuh
Belas Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Enam Ringgit SAHAJA).
Itulah jumlah wang yang Rakyat Malaysia kena bayar
kepada Pek Khing sebagai gantirugi di atas penagguhan
projek Bakun. Ini belum kira bayaran tuntutan tambahan
sebanyak RM 370,000,000.00 (Tiga Ratus Tujuh Puluh
Juta Ringgit) Menurut satu sumber dari pejabat Ekran, jumlah bayaran
tuntutan ini adalah bagi perkara berikut:
a) Infrastruktur + caj faedah 12% untuk 7 bulan = RM 231,422,297.26
b) Bayaran Pengurusan + caj faedah 12% = RM 292,788,709.68
c) Lain-lain perbelanjaan + caj faedah 12% = RM 3,826,320.00
d) Bayaran Pengurusan 1999 - 2002 (RM 116 670 000/tahun) = RM 466,680,000.00
e) Tuntutan kerugian = RM 1,200,000,000.00
Jumlah keseluruhan tidak termasuk tuntutan tambahan = RM 2,194,717,326.00
Dalam tuntutan itu juga Pek Khing menjelaskan bahawa
bayaran pengurusan sehingga tahun 2002 harus dibayar
walaupun belum sampai masanya kerana ianya terdapat
dalam perjanjian pada 28 September 1996.
Begitu juga dengan tuntutan gantirugi secara borong
sebanyak RM 1.2 Billion itu dibuat kerana sejak tahun
1994 Ekran telah menggunakan 90% dari seluruh wang,
masa dan kakitangannya untuk projek Bakun dan
melepaskan segala peluang-peluang projek yang lain.
(Ye ke!!) dan juga kerugian dari segi reputasi dan masa
depan Ekran. Kalau dah dapat bayaran sebanyak RM 2.194 Billion itu
barang kali akan kembali cerahlah prospek Ekran dan
juga prospek dua tida orang yang berselindung di
sebalik Pek Khing celaka itu. Yang akan merana adalah
Rakyat Jelata yang tak pasal-pasal kena bayar ganti
rugi sebanyak itu. Amat malanglah nasib Rakyat
Malaysia yang memiliki seorang Menteri Kewangan I yang
bernama Mahathir yang sangat rapat dengan Pek Khing
sampai boleh kongsi makan mee satu pinggan !!!
10hb Nov 1998 |