Laman Webantu KM2A1: 4507 File Size: 12.3 Kb * |
TAG SP 123: Anak-didik Anwar [FEER] By Lorien Holland 20/5/2001 8:14 pm Sun |
TAG 123 [Seolah-olah ada sesuatu akan berlaku pada bulan Jun nanti
di mana tahanan ISA akan genap ditahan 60 hari. Sudah sebulan
mereka ditahan tetapi tidak muncul pula sebarang bukti. Malah
parlimen, mahkamah, media, Suhakam dan pembangkang sendiri seperti
sudah tidak berfungsi melainkan akur sahaja kepada segala kehendak
dan tindak-tanduk kerajaan masakini. Tidak ada sebarang keriuhan
dan tindakbalas berkesan untuk menyanggah kerajaan - termasuk
di alam siber. Jika sikap ini diteruskan, kita harus bersedia
untuk menghadapi lebih banyak tangkapan kerana kita teruji di
sini. Di manakah semua pejuang keadilan dan penulis terbilang
negara? Kita tidak layak dipanggil pendokong reformasi, apatah
lagi anak-didik Anwar seperti yang diakui berkali.
- Editor] (Anwar's Children) Oleh: Lorien Holland; FEER 24/5/2001.
Sebagai seorang pemimpin parti pembangkang, Mohamed Ezam
Mohamad Nor, memang dikagumi. Di mana sahaja dia pergi, ribuan
rakyat marhaen akan berkumpul berbondong-bondong mendengarkan
ucapannya. Suaranya yang lantang menyerang usaha kerajaan
menyelamatkan perniagaan para kroni dan pakpacak yang menggelupur
kerana hampir kemuflisan, memang menarik minat orang. Sokongan
terhadapnya memang semakin meninggi. Satu ketika dulu Ezam adalah
pembantu khas kepada mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,
dan dia merancang untuk membawa satu gelombang kesedaran politik
dan mahu merancang lebih banyak lagi ceramah di seluruh negara.
Hanya dengan cara itu kerajaan dapat disedarkan, sambil memberi
peluang kepada Parti Keadilan Nasional ataupun Keadilan dan parti
sekutu yang lain peluang untuk menang pemilu 2004 nanti.
Perkataan yang panas dari mulut Ezam memang menghenyak kerajaan.
Pada bulan April, Perdana Menteri Mahathir telah memekap suara Ezam
dan sembilan aktivis lain yang sealiran dengannya. Mereka telah
ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalamnegeri (ISA: Inernal Security
Act) Penangkapan di bawah akta ini mengenepikan keperluan proses
penghakiman yang normal dan membenarkan sesiapa yang ditangkap itu
ditahan tanpa perbicaraan. Di bawah ISA, menteri hal-ehwal dalam negeri
mesti membebaskan para tahanan ataupun menandatangani surat arahan
menahan mereka selama dua tahun, sebaik sahaja penangkapan mereka
mencapai enam puluh hari. Tarikh keramat untuk Ezam ialah pada 9 Jun
nanti. Mahathir mempunyai alasan tersendiri menggunakan ISA itu. Dia
menuduh pihak pembangkang merancang menggunakan taktik keganasan
dengan mengumpulkan senjata untuk menyerang kerajaan dan
menggugat keselamatan negara. Dia mengulang-ulang perisitiwa rusuhan
di Inodnesia dan Filipina sambil berkata dia tidak akan membenarkan
kejadian yang sama di Malaysia. "Mereka boleh ditahan mengikut
undang-undang biasa yang memerlukan bukti tertentu dan peraturan
serta proses yang tertentu juga, yang saya fikir dari kacamata pihak polis
adalah tidak mencukupi untuk menyekat berlakunya sesuatu perkara
yang tidak diingini.," katanya kepada para wartawan.
Satu bulan kemudiannya, 10 orang aktivis itu sudah pun berada dalam
penjara. Tidak ada sebarang bukti untuk menyokong segala tohmahan
terhadap mereka. Tidak ada peguam yang dibenarkan menemui mereka
dan hanya segelintir sahaja yang dibenarkan menemui keluarga mereka.
Parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah menyekat sebarang
usaha untuk membincangkan penahanan mereka dalam Parlimen. Namun,
percaturan Mahathir menggunakan ISA itu nampak mencapai
kejayaannya, kerana ternyata dia tidak perlu ribut-ribut untuk menutup
mulut para pengkritik yang berbisa mulutnya itu. Walaupun penentangan
daripada parti pembangkang dan pertubuhan bukan-kerajaan semakin
berganda, kemarahan rakyat marhaen terhadap tindakan Mahathir itu
hanya laksana air suam sahaja, kehangatannya. Pemimpin politik pihak
kerajaan yang memang tidak berapa selesa dengan tindakan Mahathir
itu, nampaknya lebih senang bersikap akur sahaja.
"Memanglah, rakyat marhaen tidak pun naik ganas," kata seorang wakil
rakyat DUN Pulau Pinang, Toh Kim Woon, yang merupakan seorang
wakil rakyat parti kerajaan yang menentang penggunaan ISA itu. "Adalah
sukar untuk kita menilai penentangan rakyat sebenarnya kerana rakyat
mungkin lebih berwaspada, namun saya tidak nampak adanya tentangan
yang berlebihan dalam perkara ini." Pihak media pun bersikap sambil lewa sahaja. Malahan, The Star yang
satu ketika dulu pernah terpaksa menutup pintu untuk sementara kerana
menentang penahanan di bawah ISA pada 1987 dulu, kini sengaja
bersikap akur dengan kerajaan. Seperti akhbar utama yang lain, ia tidak
pun mempertikaikan tindakan kerajaan ataupun memberi ruang kepada
pembangkang menyuarakan bantahan mereka. Akhbar itu lebih bersedia
memberikan liputan kepada gambar dan cerita rusuhan di Jakarta dan
Manila. Berita Yang Diperam Lim Guan Eng, naib pengerusi DAP telah berkata: "kerajaan sengaja
memeram berita" dengan mengarahkan akhbar utama tidak melapurkan
apa-apa mengenai penangkapan itu. "Kami terpaksa bergantung kepada
Internet dan berita lisan dan risalah yang diedarkan di jalanan". Lim
bertegas, betapa kerajaan sedang dihenyak sekarang, sebagai ekoran
kepada beberapa siri perisitiwa yang bermula dengan penangkapan
Anwar dulu pada 1998, sehinggalah kepada usaha menyelamatkan
syarikat yang muflis yang dipunyai oleh para kroni dan pakpacak pada
tahun ini, yang telah meminggirkan sebahagian besar rakyat marhaen.
Semua itu belum lagi menjadi kuasa besar yang mampu mendesak
Mahathir membebaskan orang yang ditangkapnya. Malahan SUHAKAM
belum berjaya mendapatkan kebenaran polis untuk menziarahi orang
yang ditahan, walaupun ia mempunyai mandat untuk melakukannya.
Syed Husin Ali, seorang ahli pengasas Gerakan Hapuskan ISA, yang
melibatkan juga parti politik lain dan 76 pertubuhan bukan-kerajaan,
mengaku betapa lembabnya pergerakan untuk menyanggah kerajaan.
Dia telah menyebut beberapa himpunan rakyat yang akan dimulakan
pada Mei 18 ini dan berakhir dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur
pada awal Jun untuk menepati 60 hari terangkapnya Ezam dan
rakan-rakannya. "Tuduhan terhadap mereka itu memang serius dan memang tidak pun
berasas.... Jika tidak mereeka sudah lama dihadapkan ke mahkamah
untuk didakwa." Sebagai seornag bekas tahanan ISA, dia menolak
tuduhan kerajaan betapa keganasan sudah membuak seperti yang
berlaku di Indonesia dan Filipina. "keadaan di sini amat berbeza, kerana
rakyat marhaen amat sedar betapa perlunya berhimpun secara aman
seperti yang selalu kami laksanakan, tanpa sebarang keganasan."
Rencana Asal: Issue cover-dated 24th May 2001 Anwar's Children Ten opposition leaders have been jailed. Are Malaysians outraged?
Well, not really By Lorien Holland/KUALA LUMPUR OPPOSITION LEADER Mohamad Ezam Mohamad Nor was on a roll. Across the
country, crowds of several thousand people came to hear his
charismatic speeches attacking government bailouts and cronyism.
Support was growing. The one-time political aide to former Deputy Prime Minister Anwar
Ibrahim talked of building up political awareness and organizing more
rallies. He said that by keeping the government on its toes, his
fledgling National Justice Party, or Keadilan, and its allies stood a
chance of winning the next election in 2004.
His fiery words were enough to spook the authorities. In April, Prime
Minister Mahathir Mohamad's government silenced Ezam and nine
like-minded activists by arresting them under the Internal Security
Act, which suspends normal judicial process and allows for indefinite
detention without trial. Under the ISA, the home affairs minister must
either release prisoners or sign a two-year detention order after 60
days. Ezam's deadline is June 9. Mahathir's public justification for using the ISA was that the
opposition leaders were amassing weapons for violent protests, and a
pre-emptive strike was necessary for national security. He pointed to
demonstrations in Indonesia and the Philippines and said he would not
tolerate similar disturbances. "They could have been arrested under
normal laws but normal laws require certain evidence and procedures
and processes, which I suppose from the police point of view is not
effective in preventing something from happening," he told reporters.
A month later, the 10 are still in jail. No evidence has been revealed
to support the allegations against them. None of them have been
allowed access to a lawyer and only some have seen their families. The
ruling coalition has blocked motions to discuss the detentions in
parliament. Nonetheless, Mahathir's gamble with the ISA is paying off, because he
does not appear to have paid a high political price for silencing his
most vocal critics. While protests from the opposition and
non-government organizations are slowly multiplying, public
indignation so far has been decidedly underwhelming. And the political
establishment, while indicating it does not wholeheartedly condone the
crackdown, has nonetheless fallen into line.
"Certainly, people are not jumping mad," says Penang state assemblyman
Toh Kin Woon, who is on the record as opposing the detentions even
though his party is a member of the ruling coalition. "It is difficult
to know what is the balance of forces, as people may be concerned
about expressing their opposition in public, but I don't get the
impression that there is a lot of adverse reaction."
The media has also done little to rock the boat. Even The Star, which
was temporarily shut down for its stance against a rash of ISA
detentions in 1987, has toed the government line. Like other
mainstream newspapers, it has not questioned the arrests or allowed
the opposition a voice, and has given prominent coverage to the
violence in Jakarta and Manila.
NEWS BLACKOUT Lim Guan Eng, vice-chairman of the opposition Democratic Action Party,
says there is an "effective news blackout" keeping the press silent on
the detentions. "We have to rely on the Internet and word of mouth and
pamphlets distributed in the street," he says.
Lim insists that the political tide is turning against the government,
following a series of events from the jailing of Anwar in 1998 to the
bailing out of politically connected companies this year, which have
alienated significant segments of the population.
But that has yet to translate into pressure on Mahathir to release the
detainees. Even Malaysia's Human Rights Commission has been unable to
force the police to allow visits, though it has the statutory
authority to do so. Syed Husin Ali, a member of the recently formed Abolish ISA Movement,
which includes political parties and 76 non-government organizations,
concedes that momentum has been slow to gather. He says a series of
political gatherings will kick off on May 18, and culminate in a rally
in Kuala Lumpur in early June to mark 60 days of detention for Ezam
and the others. "The allegations against these people are very serious and totally
unfounded . . . otherwise they would charge them in court," Husin
says. The one-time ISA detainee also refutes government claims that
violence was brewing comparable to that in Indonesia and the
Philippines. "Things are different here, as people here are aware of
the need for peaceful assembly and our meetings are always peaceful."
|