Laman Webantu KM2A1: 4508 File Size: 22.3 Kb * |
TAG SP 124: Keadilan di atas Longgokan Najis By Augustine Pal 20/5/2001 8:16 pm Sun |
TAG 124 [Seorang hakim yang adil seharusnya meletakkan beban membukti
kepada pihak pendakwa - bukannya kepada pihak tertuduh. Hakim
Ariffin Jaka langsung tidak mengarahkan Azizan diperiksa apa-apa
atau dikenakan sebarang hukuman walaupun dia telah menyanggahi
keterangan dirinya sendiri dan terlibat dengan rela diperlakukan
oleh Anwar jika kejadian itu memang benar. Sampai sekarang hakim
ini masih belum menulis keputusannya dan ini adalah satu kesalahan
yang sepatutnya ditegur oleh hakim negara kerana ia menyebabkan
pihak tertuduh tidak dapat merayu keputusannya. Nampak jelas ada
sesuatu yang tidak kena di sini kerana Anwar sengaja ingin diperkena
oleh seseorang yang amat berkuasa dengan segala apa cara.
Sila maklum rencana asal ini bukan ditulis oleh sdr Harun Rashid
(Siri Worldview) seperti yang mungkin terpapar di beberapa laman
yang masih belum dikemas kini. Untuk mengelakkan kekeliruan, kami
menyandarkan rencana ini kepada nama Augustine Pal.
- Editor] (Justice on a Dunghill - The Finale) Keputusan penghakiman Ariffin Jaka di dalam perbicaraan
kes l*wat Anwar akan sentiasa dikenang sebagai satu
contoh utama keadilan Malaysia yang berada di atas
longgokan najis. Terlalu busuk penghakiman itu dan
terlalu lemah alasan-alasan yang dikemukakan sehingga
pada hakikatnya ia telah memperlekehkan kebolehan
berfikir orang-orang yang waras yang berhak untuk
mengharapkan satu penghakiman yang lebih kukuh biarpun
dari seorang hakim boneka di mahkamah kanggaru.
Teras utama kepada hujah hakim boneka ini adalah Azizan
tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbohong dan
tidak akan mendapat sebarang faedah dengan berbohong.
Sungguh menakjubkan sekali alasan pelbagai guna yang
digunakan untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang,
dicedok terus dari sekolah latihan hakim-hakim boneka
untuk digunakan terhadap tertuduh apabila kepupusan
bukti-bukti yang kukuh. Sudah tentu tidak begitu sukar
untuk menghukum seseorang di Malaysia dengan tuduhan
rogol atau liw*t seperti ini terutama sekali apabila si
penuduh tidak perlu sebarang saksi, bukti-bukti
sokongan ataupun perlu menjalani pemeriksaan perubatan.
Berkenaan dengan hujah Ariffin bahawa kenyataan Azizan
disokong oleh pengakuan Sukma, ini adalah satu bukti
yang sungguh menjijikkan, tidak ikhlas, memualkan
pernah diterima oleh sebarang mahkamah yang berada di
atas longgokan najis. Sukma telahpun membuat kenyataan
bahawa 'pengakuan'nya adalah palsu dan dipaksa oleh
polis semasa beliau ditahan di kurungan bawah tanah
polis, jadi mengapa seorang hakim perlu bersandar
kepada sebuah pengakuan yang dipaksa? Kenyataan bahawa
ia tidak lagi diakui oleh orang yang membuat pengakuan
itu sudah cukup untuk mana-mana hakim yang waras
menolaknya tetapi Ariffin bukanlah hakim seperti itu.
Dia adalah boneka tidak berhati perut yang menari-nari
di atas tali mengikut melodi Mahathir.
Mari kita ajar hakim gelap ini sedikit prinsip
perundangan. Tidak dapat disangkal lagi, sebarang
pengakuan yang didapati dari kurungan bawah tanah polis
perlu diteliti dengan penuh sangsi, di mana ia hanya
boleh diterima di mahkamah sekiranya ia melibatkan
orang yang membuat pengakuan sahaja. Seandainya
pengakuan itu melibatkan orang lain, maka ia tidak
boleh diterima sebagai benar tanpa siasatan yang
sewajarnya, tidak kira betapa keras ia dikatakan oleh
orang yang membuat pengakuan kerana ia MEMBABITKAN
ORANG LAIN yang perlu menerima keadilan yang
sewajarnya. Apa yang dilakukan oleh Ariffin Jaka bukan
sahaja telah menerima bulat-bulat 'pengakuan' Sukma
sehingga menjejaskan Anwar tetapi juga menerima satu
pengakuan yang telah dibatalkan. Pihak pendakwa
terpaksa mencari mengorek apa sahaja sebagai bukti dan
hanya berjaya mempersembahkan sesuatu yang meloyakan.
Apa yang lebih mengkagumkan adalah hakim pun sanggup
menerimanya. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa
corak penghakiman itu 'berbau' campurtangan politik dan
apabila ia dilakukan oleh seorang hakim yang duduk di
atas longgokan najis, 'baunya' begitu menusuk hidung.
Hakim tersebut seperti orang bodoh apabila ia memuji
Azizan sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai dan
terpuji. Pernah ia sendiri memarahi Azizan semasa sesi
perbicaraan apabila didapati sering mengubah kenyataan
dari sebelumnya pada hari-hari yang berikutnya. Saksi
utama ini telah terperangkap dengan dirinya sendiri di
dalama kenyataan mahkamah sebelum itu dan mengakui
bahawa ia telah mengikut cadangan polis di dalam
menentukan masa kesalahan itu dilakukan. Dengan
mudahnya ia tidak dapat mengingati sebarang tarikh dan
tidak dapat menjelaskan mengapa ia masih berkunjung ke
rumah Anwar selama lima tahun selepas ia dikatakan
telah diliwat itu. Bahkan tiada sebarang tilam bertanda
yang boleh membantu kenyataan yang teruk itu.
Menjadi bodoh adalah satu perkara tetapi apabila hakim
Jaka menjadi tidak waras, sudah tiba masanya untuk
bertanya sama ada ia terlalu bersungguh-sungguh untuk
memuaskan hati tuannya sehingga mengakibatkan dirinya
turut diliwat. Hakim hina ini telah menolak alibi
peguambela Anwar dengan alasan ia tidak merangkumi
tempoh masa dari 1 Jan hingga 12 Feb. Padahal
peguambela Anwar telah mengemukakan bahawa katil
tersebut hanya dihantar selepas 12 Feb. dan bukti yang
dibawa menunjukkan bahawa apartmen tersebut sedang
dalam pengubahsuaian sebelum 12 Feb. Bagaimana
satu-satu hubungan intim boleh dilakukan di dalam
sebuah apartmen tanpa sebarang katil dengan diselubungi
oleh serpihan-serpihan batu dan habuk dari proses
pengubahsuaian dan pekerja-pekerja yang bising
menyiapkan kerja. Tidakkah ini menunjukkan bahawa
Ariffin Jaka benar-benar sakit dan menyakitkan dalam
menegakkan benang yang basah bagi menghukum Anwar
bersalah? Sebenarnya Ariffin Jaka telah meletakkan satu tugas
yang amat berat kepada Anwar untuk membuktikan dirinya
tidak bersalah dari kepada pihak pendakwa untuk
membuktikan Anwar bersalah. Kehadiran katil itu adalah
penting kerana Azizan mendakwa ia telah diliwat di atas
sebuah katil. Jaka berkata bahawa walaupun katil
tersebut dihantar pada 12 Feb., itu tidak bermakna
tiada katil atau tilam lain di situ. Adakah pihak
pendakwa pernah membuktikan bahawa wujudnya katil atau
tilam lain di situ? Tidak! Hakim ini hanya membuat
andaian dan andaian yang menampakkan kebodohan itu
sudah cukup untuk membuktikan kes itu sebagai 'sesuatu
yang amat mencurigakan'. Sekiranya pihak pendakwa tidak
dapat membuktikan bahawa terdapat katil lain sebelum 12
Feb., maka itu sudah cukup menjadi alasan untuk
membuang kes tersebut. Aspek paling melucukan dari kacamata mahkamah ini
adalah apabila Ariffin mengugut untuk mendakwa Anwar
sebagai menghina mahkamah. Jika tidak kerana ia adalah
sebuah pertunjukan sarkis yang mengerikan, sudah tentu
kami semua akan ketawa. Mahkamah yang sebegitu hina
turut memerlukan sedikit penghormatan. Penghormatan
akan diterima jika berlaku adil dan mulia tetapi
Ariffin Jaka telah menerima satu penghinaan yang paling
tinggi dari kami sebagai hakim tidak bermaruah yang
telah memijak-mijak semua prinsip keadilan dan bidang
kuasa semata-mata untuk menghukum seorang yang tidak
bersalah. Menyentuh tentang hukuman berat selama 9 tahun yang
perlu dijalani sebaik sahaja tamat tempoh hukuman yang
sebelumnya iaitu selama 6 tahun, sudah tentu ianya
datang dari Mahathir sendiri. Bagaimana boleh satu kes
liwat yang dipersetujui bersama di antara orang dewasa
boleh dihukum dengan 9 tahun? Adakah perbuatan itu
boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat dan orang
awam sekiranya ia benar-benar berlaku? Dengan hukuman
seberat ini yang tidak sepadan dengan pertuduhan yang
dikenakan, ia menunjukkan bahawa pendakwaan politik
yang sebenarnya telah berlaku. Bagaimana kita boleh
menerimanya sedangkan Azizan (yang tidak menerima
apa-apa selain dari dijulang naik ke atas dari seorang
pemandu kepada pengarah sebuah syarikat) tidak
dikenakan hukuman? Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari
ini. Kita telah diperdayakan secara terbuka, ditipu dan
dipersembahkan dengan satu keangkuhan kuasa yang
memalukan, yang mengumpamakan hak, kebenaran, keadilan
itu sebagai habuk rumah yang boleh disapu keluar demi
kepentingan politik. Kita telah menyaksikan
mahkamah-mahkamah disalahgunakan untuk menghancurkan
musuh-musuh politik melalui perbicaraan- perbicaraan
yang menjijikkan. Kita berhak menerima yang lebih baik
dari seorang perdana menteri yang tidak mempunyai moral
dan perikemanusiaan dan seperti Stalin dan Hitler akan
menyalahgunaan setiap alat perkakas demokrasi bagi
mencapai matlamat politiknya. Apa yang lebih menyedihkan adalah kesemua ini telah
dilakukan di datas nama keadilan yang sebenarnya telah
dipesongkan, dilanyak dan dikeronyok demi memuaskan
nafsu seorang manusia yang berhati syaitan. Dari segi
moral, masyarakat kita telah terjejas dengan teruknya,
golongan muda dan yang mudah terpengaruh telah
disajikan dengan keadilan yang tidak bertamadun
seolah-olah kuasa yang dipegang itu menjadi alat untuk
menghancurkan sesiapa sahaja yang dianggap mencabar
kedudukannya. Kita sedang menghadapi bahaya yang amat
besar dari segi kejatuhan moral. Adalah lebih baik jika Mahathir telah memenjarakan
Anwar di bawah ISA selama mana yang ia sukai
sepertimana yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew
terhadap Chia Thye Poh dan Said Zahari (tambahan oleh
penterjemah) dan mengambil tanggung jawab di atas
kekejamannya itu. Sekurang-kurangnya ia tidak akan
merosakkan asas moral di dalam masyarakat kita dengan
sebegitu teruk. Dengan menyalahgunakan
mahkamah-mahkamah, polis dan jabatan peguam negara
untuk melaksanakan perseteruannya dengan Anwar termasuk
mempertaruhkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah,
Mahathir sebenarnya berharap agar kejahatannya itu
ditanggung oleh alat perkakas awam ini. Kesannya kepada
masyarakat Malaysia sangat dahsyat sekali. Wira-wira
kebanggaan kita kini adalah sampah-sampah masyarakat
seperti Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali.
Kerosakan yang telah dibuat akan mengambil masa
sehingga beberapa generasi untuk dipulihkan di mana
golongan belia kita terpaksa menelan satu konsep yang
sangat halus berkaitan kebaikan, kesamarataan dan
keadilan yang telah diselindungi oleh pembohongan,
penipuan dan kepalsuan. Kepada Mahathir kita mesti nyatakan dengan penuh
persefahaman bahawa KAMI BUKANNYA BODOH! Semenjak
bermulanya perbicaraan ketika tarikh kejadian ditukar
sebanyak dua kali bagi menepati kenyataan Azizan yang
berubah-ubah dan kenyataan sebenar yang memalukan
bahawa apartmen yang dikatakan itu masih belum siap
sepenuhnya untuk diduduki pada tahun yang kejadian yang
dikatakan berlaku itu, kita semua sedar apa yang
sebenarnya telah berlaku. Tidak ada gunanya cuba
memperbodoh-bodohkan orang awam seolah-olah mereka itu
tidak dapat memahami satu perbicaraan awam. Adalah
sesuatu yang menghina apabila mengharapkan orang awam
akan menerima lakonan ini sebagai satu perbicaraan yang
adil hanya disebabkan anda dan orang-orang suruhan anda
berkata begitu. Betapa tidak berertinya kejayaan Mahathir itu. Ia telah
kehilangan rasa penghormatan dari sebahagian besar
rakyat yang pernah mengkaguminya. Dari ramai-ramai
menterinya, hanya si-anjing penjilat Ling Liong Sik dan
si-tongong Menteri Luar Syed Hamid yang mempertahankan
keputusan mahkamah itu. Menteri-menteri lain dan
pemimpin-pemimpin politiknya, yang selalunya begitu
kuat bersuara menyatakan sokongan terhadap ketua mereka
yang berani itu tiba-tiba terdiam. Bahkan para pengampu
politik ini tidak berani berhadapan dengan sentimen
ramai untuk bangkit bersuara mempertahankan keadilan
yang telah jelas tercemar. Di sebalik kejayaan Mahathir
terserlah kekalahannya yang terbesar dan di dalam
kekalahan Anwar di mahkamah pula terserlah kejayaannya
yang terbesar. Mahathir cuba untuk berselindung di sebalik topeng
kebaikan dengan menyalahgunakan mahkamah bagi
menyempurnakan perbuatan-perbuatan kotornya tetapi ia
tidak boleh menyembunyikan bau yang telah
dikeluarkannya. Ia tidak ubah seperti sebuah longgokan
najis yang bersalut dengan bunga-bungaan. Ia tidak layak
menjadi seorang pemimpin demokrasi moden. Setiausaha
Negara AS (ketika itu), Madeline Albright telah
menyatakannya secara ringkas dan tepat apabila beliau
menyebut bahawa rakyat Malaysia berhak mendapat yang
lebih baik dari Mahathir. Hitler dan Stalin mungkin
akan berbangga dengannya. Disumbangkan oleh : Augustine (ia lebih binatang dariku) Paul
Penterjemah: SPAR-09-010 http://www.geocities.com/seachange_2000/dunghill.htm
by A. Pal Ariffin Jaka?s judgement in the Anwar s###my trial will go down as a
prime example of Malaysian dunghill justice. So smelly is his judgement
and so flimsy his reasons that he practically insults the intelligence
of all sensible people who have every right to expect a more substantive
judgement even from a puppet judge in a kangaroo court.
The main thrust of this puppet judge?s argument is that Azizan had no
reason to lie and had nothing to gain by lying. What a wonderful general
purpose non-reason for convicting a man, straight from the school of
puppet judges to be used against any defendant where hard evidence is
lacking. It should not be too difficult to convict any man in Malaysia
of rape or s###my on this premise especially when the accuser does not
need any witness, corroborative evidence or even to be medically examined.
As for Ariffin?s argument that Azizan?s testimony was corroborated by
Sukma?s confession, this is the most disgusting, slimy, vomit-inducing
piece of fake evidence accepted by any dunghill court. Sukma had
already testified that his ?confession? is false and forced from him by the
police while he was held in the police dungeon so what more does the
judge need to throw out the forced confession? Just the fact that it has
been repudiated by the confessor should be good enough for any decent
judge to reject it but Ariffin Jaka is no decent judge. He is a spineless
morally gutless puppet dancing on a chain to Mahathir?s tune.
Let us teach this black judge a little legal principle. Notwithstanding that
any confession extracted from the police dungeon should always be
treated with suspicion, it can only be accepted at face value in a court if
it involves only the confessor himself. If that confession implicates
somebody else, it cannot be accepted as truth without proper
investigation no matter how strenuously the confessor says so because IT
IMPLICATES ANOTHER PERSON who must be treated fairly. What Ariffin
Jaka has done is not only to blindly accept Sukma?s ?confession? with
detriment to Anwar but also to accept a confession which has been
repudiated! The prosecution scrapped the bottom of the barrel for
evidence and could only come up with this piece of shit. What is even
more amazing is that the judge accepted it. Small wonder that the
judgement STINKS of political interference and when it is delivered by a
judge sitting on a pile of dunghill, the STENCH is overpowering.
The judge became ridiculous when he praised Azizan for being a reliable
and creditable witness. He himself had scolded Azizan during the trial for
saying one thing today and another thing the next. The star witness had
reversed himself in a previous court testimony and had admitted that he
was coached by the police on the period of the alleged offense.
Conveniently he could not remember any dates and he could not explain
why he continued visiting Anwar?s house for 5 years after he was
supposed to be s###mized. There was not even a stained mattress to
help his pathetic testimony. Being ridiculous is one thing but when judge Jaka became illogical it is
time to question whether he bent over too far backwards to serve his
master and got s###mized as a result. This contemptible judge rejected
Anwar?s defense of alibi on the premise that it did not cover the period
from Jan 1 to Feb 12. In fact Anwar?s counsel had submitted that the
beds were only delivered after Feb 12 and evidence was produced to
show that the apartment was in a state of renovation before Feb 12. How
is sex to proceed in an apartment without any beds amid the rubble and
the dust of renovation and workmen banging away? Isn?t Ariffin Jaka
really sick and sickening in stretching his lies to breaking point to find
Anwar guilty? Ariffin Jaka appears to have placed the burden of proof on Anwar to
prove himself innocent rather than on the prosecution to prove him guilty.
The presence of a bed is important because Azizan claimed that he was
s###mized on a bed. Jaka said that even though the beds were delivered
on Feb 12 this does not mean that there were no other bed or mattress.
Did the prosecution proved that there were other bed or mattress? No!
The judge was speculating and his speculative frolic is enough to prove
the case to him "beyond reasonable doubt". If the prosecution cannot
prove that another bed was present before Feb 12 than that should be
reason enough to throw out the case. The most comical aspect of this courtroom spectacle was when Ariffin
Jaka threatened to charge Anwar for contempt of court. If it weren?t such
a gruesome circus, we would all laugh. An utterly contemptible court
expecting respect indeed. Respect must be earned by being fair and
honourable but Ariffin Jaka has earned our utmost contempt as a morally
unfit judge who rode roughshod over all principles of justice and
jurisprudence to convict an innocent man.
As for the harsh sentence of 9 years to be served consecutively with the
previous 6 years, it could only have come from Mahathir himself. How
can a case of consensual s###my between adults be punished with 9
years? What is the harm done to society and the public even if it had
taken place? This harsh sentence alone which is far in excess of the
nature of the charge shouts in no uncertain terms that this is indeed a
political persecution. How is one to reconcile with the fact that Azizan
(nothing to gain except to be elevated from driver to company director)
escaped punishment? Malaysians deserve better than this. We have been openly deceived,
lied to and given a shameful display of arrogant power where might
equals right and truth and justice are nothing but house dust which can
be swept away if politically expedient. We have seen the courts abused
to crush political enemies in revolting show trials. We deserve better than
a prime minister who has no sense of morality and decency and like
Stalin and Hitler will abuse every instrument of democracy to serve his
political ends. What is all the more anguished is that all this has been done in the name
of justice which has been twisted, beaten and battered to serve the evil
designs of one man. Our society has been morally damaged to the core,
the young and impressionable are given a taste of barbaric justice as if
power equals the right to crush anyone who gets in your way. We are in
grave danger of moral bankruptcy. It would be better if Mahathir had imprisoned Anwar under ISA for as
many years as he likes just like Lee Kuan Yew did to Chia Thye Poh and
bear the responsibility of being cruel. At least it would not damage the
moral foundation of our society so much. But in abusing the courts, the
police and the Attorney-General?s office to carry out his personal
vendetta against Anwar including trampling on innocent lives, Mahathir
hopes that the responsibility for his evil will be borne by these public
instruments. The implication for Malaysian society will be horrendous. Our
heroes are now scums like Azizan Abu Bakar and Ummi Hafilda Ali. The
damage done will take generations to undo as our youth grasps at the
tenuous concepts of goodness, fairness and justice which have been
beaten by lies, deceit and falsehoods.
To Mahathir we must say emphatically that WE ARE NOT FOOLED!
From the onset of the trial when the date of the charge twice to fit
Azizan?s shifting testimony and the embarrassing reality that that alleged
apartment was not even completed in the year claimed, we all knew what
was going on. It is no use treating the public as fools who cannot
understand a public trial. It is adding insult to injury to expect the public
to accept this charade as a fair trial just because you and your lackeys
say so. What a hollow victory for Mahathir it has been. He lost the respect of a
large section of the population who once adored him. Of his ministers,
only the lapdog Ling Liong Sik and the fool Foreign Minister Syed Hamid
defended the judgement. His other ministers and political leaders,
normally loud and vocal in their support of their brave leader are
unaccustomedly silent. Even these political sycophants dare not risk the
tide of popular sentiment by speaking out to defend this blatant rape of
justice. In Mahathir's victory lies his biggest defeat and in Anwar's
courtroom defeat lies his ultimate victory.
Mahathir tried to hide under a veneer of decency by abusing the courts
to do his dirty deeds but he cannot hide the smell he emits. He is nothing
but a dunghill covered with flowers. He does not deserve to a leader of a
modern democracy. U.S. Secretary of State Madeline Albright said it
succinctly when she said Malaysians deserve better than Mahathir. Hitler
and Stalin would have been proud of him.
Augustine (he's a bigger monster than me) Paul |