Laman Webantu KM2A1: 4509 File Size: 22.3 Kb * |
TJ SP MGG: Lawatan Vajpayee: Indah Khabar Dari Rupa By M.G.G. Pillai 20/5/2001 9:19 pm Sun |
MGG 1141 [Sebenarnya MOU (memorandum persefahaman) tidak ada benda kerana
ia sekadar cetusan rasa yang tidak perlu merasa terikat dengannya.
Malaysia mendesak India mengkaji duti minyak kelapa sawit sedangkan itu
akan menjejaskan pendapatan penanam kelapa miskin di Kerala, India.
Hubungan antara Malaysia-India semakin dingin kerana Mahathir agak
kurang ajar melayan tamunya di sini. Vajpayee ada menyentuh lembut mengenai
kes Kg Medan namun itu tidak disenangi sehingga Mahathir menyerang kasar
tanpa hormat kepada PM India ini tetapi tidak malu pula merayu agar dikaji
semula tarif dan duti. India tidak akan akur sahaja melainkan ia mahu sesuatu
dibuka di sini untuknya juga. Lawatan ini telah gagal dimanfaatkan
tetapi telah semakin mencederakan beberapa harapan. Salah siapa jika
tidak seseorang yang sudah menggelepar kepupusan kekuatan.
- Editor] (Artikel asal dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam
Majalah "Outlook New Delhi" bertarikh 28 Mei, 01.)
Lawatan Vajpayee: Indah Khabar Dari Rupa.
(The Vajpayee Visit: A Much Ado about Nothing)
(Artikel asal dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam Majallah "Outlook
New Delhi" bertarikh 28 Mei, 01.) Perdana Menteri India, Mr. Atai Bihari Vajyapee, telah berlepas
daripada Kuala Lumpur untuk pulang selepas melaksanakan
satu lawatan rasmi selama empat hari yang berkesudahan
dengan pelbagai kenangan yang bercampur-baur. Dia tidak
berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya, sambil
menyerlahkan betapa peranan New Delhi masih lagi berbisa
seperti yang memang lama disangka. 'Dulu, India merupakan
seorang khadam Soviet di Asia, kini ia bertukar lakonan menjadi
boneka unggul Amerika Syarikat pula,' demikian pendapat
seorang diplomat kanan Malaysia. Dalam perbincangan
mengenai perdagangan dua hala tidak ada sesuatu yang
menonjol yang mampu diketengahkan. Beberapa surat
pernyataan hasrat-niaga (MOU: Memorandum of Intent) telah
ditandatangani antara syarikat-syarikat India dan Malaysia,
tetapi semua itu tidak bermakna apa-apa: semua itu hanya
merupakan perjanjian yang bukan memestikan penglaksanaannya,
hanya setakat untuk berbincang lagi cerita urusniaga di lain
masa. Malaysia memang sudah lama terkenal kerana kepintarannya
menggunakan MOU itu sebagai alat kesenian yang digunakan
ketika berbincang dengan negara luar, terutama sekali di Afrika,
Asia Tengah, dan Pasifik Selatan --- Malaysia pernah
menandatangani 600 keping MOU dengan Papua New Guinea,
hampir semuanya itu tidak pernah ditunaikan - "kita tidak payah
ambil pusing perkara itu semua," kata bekas duta Malaysia di
New Delhi, Mr. Ben Haron. Beberapa protocol mengenai
pemansuhan visa untuk para diplomat dan juga percukaian
berganda telah ditandatangani. Tetapi, satu perjanjian mengenai
ekstradisi telah tersangkut dalam kekalutan birokrasi.
Mr. Vajpayee tiba di Malaysia pada petang Ahad, dan telah
diberikan jamuan makan malam sebagai tetamu warga
perniagaan Malaysia. Keesokan harinya beliau diberikan
sambutan rasmi negara di Putra Jaya., kira-kira 30 km daripada
Kuala Lumpur. Dia telah berbincang bersendirian (secara empat
mata) dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir selama satu jam,
dan kemudiannya telah turut serta dalam perbincangan dua
hala. Yang anihnya tidak ada kunjungan hormat kepada Yang
Dipertuan Aong, sebagai ketua perlembagaan negara. Dia telah
mengadakan lawatan di Menara Kembar Petronas, yang
merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini, sehinggalah
terbinanya beberapa bangunan tinggi lain yang akan merangkul
gelaran bangunan tinggi dunia itu, akhirnya. Namun, semua
jadual itu adalah sesuatu yang sungguh memenatkan seorang
pemimpin dunia yang sudah pun menjangkau 77 tahun, usianya.
India dan Malaysia telah bersetuju dengan beberapa aspek
globalisasi dan mempunyai beberapa alasan yang sama
mengenainya. Namun, mereka mempunyai beberapa pendapat
berbeza mengenai masalah rantau ini dan juga perkara
perdagangan dua hala. Malaysia memang bersedia memberikan
peluang kepada syarikat India mengemukakan tender projek di
negara ini, dengan syarat mereka dibayar dengan minyak sawit.
Malahan, beberapa projek keretapi dan pembikinan jambatan
yang dianugerahkan kepada Indian Railways dan L&T telah
dibayar dengan minyak sawit sahaja. Ketika Mr. Vajpayee
menyatakan kesanggupannya menerima minyak sawit Indonesia
sebagai bayaran untuk mendapatkan peralatan kelengkapan
pertahanan, perkara itu telah mengejutkan Malaysia yang
sebelum itu telah sengaja bersikap renggang dan dingin dengan
India, kata Mr. Haron. Kini, Malaysia sudah semakin ghairah
mahu memetrai perjanjian yang serupa dengan India. Sepanjang
lawatan Vajpayee itu, memang ada disediakan satu pameran
peralatan pertahanan India. Keghairahan Malaysia itu memang
ada sebabnya. Para pekebun kecil Malaysia menanam kelapa
sawit, tetapi harga minyak sawit adalah lebih rendah daripada
kos pengeluarannya. Negara mempunyai stok simpanan minyak
sawit yang besar dan masih tidak laku, lainlah kalau menjualnya
dengan kerugian yang besar juga. Kos pengeluaran ialah sekitar
RM800 bersamaan USD 200 per ton. Tetapi, harga pasaran
minyak sawit sedang berada di paras yang sama, setelah
menjunam daripada USD 200 ataupun RM1200 pada satu ketika
dulu. Inilah yang menghenyak dasar kerajaan untuk
menyelamatkan masyarakat luarbandar daripada kepompong
kemiskinan mereka. Penanaman kelapa sawit yang merupakan
kebanggaan negara, kini menghantui kerajaan untuk menjerat
mereka. Itu sebabnya kerajaan Malaysia mendesak agar India
menurunkan harga cukai minyak makan, dan New Delhi sudah
pun berjanji mengkaji perkara itu. Malaysia memang bergantung harap kepada India untuk
melaksanakan kerja-kerja seliaan jet pejuang MIG dan
beberapa jenis jet pejuang yang lain dan juga kemungkinan
membeli alat kelengkapan perang di masa hadapan. Semua itu
mahu dilaksanakannya dengan meniru cara Jakarta menjual
minyak sawitnya. Harga minyak sawit adalah satu isu yang
sensitif di Malaysia. Isu ini boleh menjatuhkan kerajaan yang
ada terutama sekali selepas kerajaan dihantui masalah mantan
timbalan perdana menteri yang masih lagi merengkok dalam
penjara. Seorang analis politik di Universit Malaya ada berkata:
"kemelut Anwar adalah penyebabnya kenapa banyak perkara
tidak dapat diselesaikan dalam perbincangan dua hala ketika
lawatan Viapayee itu." Bukan sahaja perdagangan dua hala yang menjadi masalahnya.
India mahu peranan yang lebih menonjol dalam sinario ASEAN.
Inilah satu pakatan antara 10 negara yang mengikut Mr.
Vajpayee mempunyai satu ruang sempadan yang panjangnya
mencecah 1,600 kilometere. Para pegawai Malaysia tidak
berapa setuju dengan Vajpayee. Keghairahan India untuk
memainkan peranan itu memang dicabar secara senyap,
terutama sekali setelah India menyokong rancangan Amerika
Syarikat untuk memperbesarkan system 'global missile defence'
(pertahanan sejagat dengan menggunakan peluru berpandu).
Pendirian India itu sama ada betul ataupun satu kesilapan
dianggap sebagai satu taktik untuk mengekang kemungkinan
China menjadi khadam kepada Amerika Syarikat. Cara mana
pun yang digunakan untuk menganalisa lawatan Vajpayee itu,
tersisihnya sebarang isu mengenai perbalahan politik yang
menyelubungi AS-China, membuatkan perundingan
India-Malaysia itu turut menjadi dingin. Perbezaan pendapat
antara New Delhi dan Kuala Lumpur akan terus kekal
berterusan. Dalam syarahan terbukanya berjodol "India and
Asean: Shared Pespectives" (India dan Asean: Satu
Perkongsian Pespektif) Mr. Vajpayee telah bersuara lantang
mencadangkan betapa India harus memainkan peranan yang
lebih besar di dalam ASEAN. Tetapi, cadangan itu adalah
sesuatu yang memang tidak pernah diimpikan oleh
negara-negara yang menjadi ahli gagasan Asean itu. Malahan
pada tahap awalan lagi India tidak diambilkira sebagai rakan
dialog kepada gagasan itu disebabkan perhubungannya yang
rapat dengan Soviet Union. Ia hanya menjadi rakan dialog
selepas Soviet Union diberikan penghormatan itu. Inilah peranan
yang diberikan ASEAN kepadanya sedangkan peranan itu tidak
pun diberikan kepada Pakistan. Para diplomat dan analis di sini
tidak fikir India akan diberikan keistimewaan yang lebih dari itu.
"India telah menutup payung Soviet untuk mengembangkan
payung Amerika pula," mengikut seorang penganalisa Malaysia,
"dan ASEAN tidak berminat melihatkan India lebih aktif daripada
peranannya dalam dua perkara itu." Para pegawai India memang tidak senang hati dengan pendapat
begini: tetapi, New Delhi mesti mengatasi pespektifnya dulu
sebelum mengharapkan berlakunya perubahan kepada sikap
yang sedia ada. Ketibaan Mr. Vajpayee itu telah didahului oleh
majlis pemergian pemimpn Cuba, Fidel Castro yang tidak pernah
mempunyai pendapat yang berbeza terhadap negara yang
berani mencabar kepimpinan Amerika Syarikat. Seorang duta
sebuah negara European Union ada menyatakan, betapa
kemunculan Vajpayee itu hanya didahului oleh pemergian
Castro daripada Kuala Lumpur. Ini memberikan gambaran betapa
India perlu berusaha lebih gigih lagi mendesak Malaysia dan
ASEAN untuk menerima pendapatnya pula. Memang wujud satu
petelingkahan pendapat antara India dengan beberapa negara
di wilayah ASEAN. India memang sudah lama mengabaikan
ASEAN kerana adanya masalah politik antaranya dengan
China. Sebaliknya, China tidak pernah memperkecilkan
peranannya di rantau ini, Seorang bekas duta Malaysia, Mr.
Jack de Silva ada berkata; "China memang bersedia
menunjukkan kekuatannya dan bersedia menjalinkan hubungan
dengan tujuan untuk jangka panjang, sedangkan India hanya
merasa selesa menzahirkan kewujudannya selama ini." Namun,
kata beliau, ada kalanya India mampu juga menunjukkan
keangkuhannya. "Inilah sebabnya," kata beliau, "India tidak
pernah memenangi satu pun kontrak pembinaaan mengikut cara
tender terbuka." Itu sebabnya apabila India berusaha
mendapatkan kerjasama rantau ini untuk memenuhi kepentingan
geopolitik, tidak ramai pihak yang sanggup menunjukkan
minatnya. Memang wujud satu perasaan curiga di kalangan
negara ASEAN kalau-kalau India muncul sebagai satu kuasa
tentera yang kuat di rantua ini. Perkara ini tidak pun
dibangkitkan dalam perbincangan Vajpayee pada kali ini,
demikian sumber berita Malaysia ada memberitahu. Namun
kegusaran dalam hal ini masih terus kekal jua. Sentimen
keraguan ini pun masih menebal terhadap China. Kemelut Pulau
Hainan di mana sebuah pesawat risikan Amerika terkandas
adalah satu gambaran betapa kekuatan China amat ditakuti
dalam usahanya untuk menguasai satu kawasan yang kaya
dengan hasil buminya di persekitaran Lautan China Selatan.
Seorang penganalisa strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) ada berkata: "memang wujud keraguan terhadap India
dan China di rantau ini. Tetapi India lebih menakutkan kerana
keengganannya memahami kelemahan rantau ini, sambil
bertegas, untuk menyelesaikannya mengikut ragam kegoyahan
geopolitik dan keselamatan sejagatnya.
Hubungan Indo-Malaysia memang tidak menentu disebabkan
pengalaman silam yang kerap mencelaru. Pernah juga berlaku
sedikit pemulihan walaupun secara perlahan yang mampu
menyuntik sebarang haruman kepada hubungan itu. Malaysia
terus memeram keraguan terhadap India kerana keengganannya
membantu Malaysia walaupun pada satu ketika dulu Malaysia
memihak kepada India dalam perbalahan mereka dengan
Pakistan dan juga China. Malaysia pernah mencadangkan nama
India sebagai rakan berdialog kepada ASEAN pada awal
1970-an dulu. Malangnya New Delhi bersikap dingin ketika itu
dan pernah bertindak menyanggah ASEAN satu ketika dulu,
sedangkan itu adalah satu tindakan yang tidak perlu. Mr. Haron
percaya gelagat itu mempunyai kaitannya dengan masalah India
dengan Pakisatan. Selagi masalah itu berterusan dan
menghantui India, usahanya untuk memainkan peranan yang
lebih besar di rantau ini "akan pasti mencapai kegagalan juga,"
katanya. Memang sudah ada kiasan perkara itu. Negara Asia
Tenggara kerap memandang kepada India seperti gelagat
peniaga Amerika Syarikat menaruh harapan kepada China:
jawapannya terletak kepada wujudnya berbilion manusia yang
bakal menjadi pelanggan kepada barangan buatan mereka.
Walau bagaimana pun, lawatan Vajpayee itu merupakan satu
langkah awal kepada lebih banyak lagi lawatan yang tidak rasmi
oleh para pemimpin daripada kedua negara, lebih ramai yang
datang daripada India akan lebih membawa makna. India
memang dianggap sebagai sahabat yang menyenangkan untuk
bersuka. Desas desus yang mengatakan India akan membina
satu pangkalan tentera laut di Andaman, dengan kemungkinan
pangkalan itu dipajakkan kepada pasukan tenera laut Amerika
Syarikat, telah dinafikan oleh para pegawai India. Namun, berita
angin itu sudah mencukupi untuk mencetuskan keraguan di
kalangan Malaysia dan ASEAN agar lebih bewaspada juga.
Rencana Asal: I contributed this to Outlook magazine in New Delhi and an
edited version of this appears in its latest issue, dated 28
May 01 - MGG. - THE VAJPAYEE VISIT: A MUCH ADO ABOUT NOTHING?
M.G.G. Pillai in Kuala Lumpur Since Malaysia made the MOUs into a fine art when
talking to foreign countries, especially in Africa, Central
Asia, and the South Pacific -- it signed 600 MOUs with Papua
New Guinea, almost all of which not pursued -- "one should
not pay much attention to them," a former Malaysian
ambassador to New Delhi, Mr Ben Haron, noted. Protocols on
visa exemption for diplomats; and for double taxation were
signed. But one for extradition got caught in bureaucratic
muddles. Mr Vajpayee arrived in Malaysia on Sunday evening,
attended a dinner organised by Malaysian business men, with
a formal welcome the next day in the new administrative
capital of Putra Jaya, 30 kms away from here. He had a
private a one-hour "four-eyes" meeting with the Malaysian
prime minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, and took part
in the bilateral talks. Curiously, there was no formal call
on the Yang Dipertuan Agung, Malaysia's elected King. He
visited the Petronas Twin Towers, the tallest buildings in
the world, at least until a half a dozen more under
construction elsewhere in the world are completed. But it
was punishing pace for an infirm 77-year-old leader.
India and Malaysia agree on the pernicious aspects of
globalization, and find much common ground. But they
differed on regional and bilateral affairs. Malaysia is
prepared to let Indian companies bid for projects here in
return for counter-trade payments in palm oil. Indeed, the
railway and bridge building projects given the Indian
Railways and L&T was paid for in palm oil. When Mr Vajpayee
agreed to accept Indonesian palmoil for defence equipment,
it jolted Malaysia out of its policy of keeping India at a
distance, said Mr Haron. Malaysia is now keen to sign
similar contracts with India. There was a small exhibition
on defence equipment held in connexion with the visit.
And for good reason. Malaysia's smallholders
grow oil palm, but the palm oil market prices are lower than
Malaysia's cost of production. It has a huge inventory of
unsold palm oil, and it cannot sell them without incurring
further losses. Its cost of production is about RM800
(about US$200 a tonne) but the market price hovers just
above that, down from RM1200 (about US$300). Its national
policy of getting the rural Malays out of poverty is in
trouble. From a sure-fire winner, palm oil now threatens to
strangle it. Which is why the Malaysian government wanted
India to reduce the duties and taxes on edible oil, which
New Delhi has promised to look into. Malaysia looks to India for servicing its MiG and other
fighter aircraft, and for future purchases of defence
equipment. It wants to do that with counter-trade in palm
oil, as Jakarta. The price of palm oil is a sensitive issue
here. It could bring down the government, especially now
when it is caught in the political maelstrom the jailed
former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim had
let loose. It is for this reason, as a political analyst
from the University of Malaya, that "much could not have
been expected bilaterally of the visit".
Not just bilaterally. India wants a higher profile
role in ASEAN, the 10-nation regional grouping with which
she, as Mr Vajpayee noted in a public lecture, had a
1,600-kilometre border. But Malaysian officials disagreed.
India's role in Southeast Asia is quietly challenged,
especially after her support for the United States' global
missile defence system, and the view, right or wrong, that
India's current push is to contain China as an American
satrap. However one looked at the visit, the unmentioned
US-China political rivalry cast a pall over the talks, the
views of New Delhi and Kuala Lumpur remaining wide apart.
Mr Vajpayee's public leacture on "India and Asean:
Shared Perspectives", wanted a higher role for
India in ASEAN, a far cry from the membership it had earlier
wanted. India was excluded even as a dialogue partner from
the start because of her links with the Soviet Union and
became one only after the Soviet Union herself became one.
She has now a role in ASEAN which Pakistan does not, and
diplomats and analysts here do not expect more. "India
exchanged the Soviet umbrella for the American," noted one
Malaysian analyst, "and ASEAN is not keen for India to be
more active in either role." Indian officials are incensed at this view, but it is
perspectives that New Delhi must overcome before a change of
attitudes occur. That the Cuban leader, Mr Fidel Castro,
with his unbending view of countries standing up to the
United States hegemon, left a few hours before Mr Vajpayee
arrived, as a Europen Union ambassador noted, made India
having to try harder to persuade Malaysia and ASEAN to
accept her worldview. This would point to continuing friction between India
and the region. India has long neglected this region, and
when it is does, it is its geopolitical quarrel with China
that intrudes. China, on the other hand, makes no bones of
its role, though it remains as in millennia past, it is
predicated to securing its borders, as a former Malaysian
ambassador, Mr Jack de Silva noted. "China is prepared to
use its muscle, especially the Chinese diaspora, to build
bridges, with a long term aim in mind" he said, "India, only
just enough to keep itself in good odour in the region."
But, he continued, India can be overbearing when it conducts
its diplomatic or commercial affairs. "It is a fact," he
noted, "that India has not won a single major construction
contract by open tender." So, when Indian wants the
region's help for its own geopolitical objective, there is
little interest. There is also an unspoken fear in the ASEAN
chancelleries of India becoming a military presence in the
region. Malaysian sources said this did not figure in the
talks here. But the fear remains nevertheless. There is
this similar fear in respect of China. The Hainan Island
incident, when it forced a United States spy plane down, is
one more fear of China's intentions towards the potentially
mineral, especially petroleum, rich South China Sea. As one
strategic analyst at the Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) said, "there is a fear of both India and China here,
but India frightens more, because of her general refusal to
see the region's strategic insecurities, and insists, when
she does, upon addressing that in the light of its
geopolitical and global insecurities."
Indo-Malaysian relations is stuck in a groove because
of past hurt and mishaps. It improves incrementally, but at
too slow a pace for any dramatic improvement in relations.
Malaysia remains uncertain about India because of how Indian
officials would not come to Malaysia's aid while Kuala
Lumpur unstintingly supported India's causes -- against
China, against Pakistan. Malaysia wanted India as a
dialogue partner as a dialogue partner in ASEAN in the early
1970s, but New Delhi ignored and indeed took positions
contrary to ASEAN when it need not have. Mr Haron believes
it has to do with India's problems with Pakistan. So long
as that continues, and India is preoccupied with it, her
intentions for a larger role in the region "must necessarily
fail," he opines. There is a tinge of that in the present.
Southeast Asia looks to India the same way the United States
business men look at China: the billion people as a
consumer of the products they make. If anything, the Vajpayee visit must be the forerunning
of more frequent and informal visits by leaders of both
countries, though more from India would be desirable. India
is seen as a fair weather friend. Rumours that it plans a
naval base in the Andamans, built with, and possibly leased
to the United States navy, is denied by Indian officials,
but is widespread enough to worry Malaysia and ASEAN even
more. Ends |