Laman Webantu KM2A1: 4514 File Size: 11.4 Kb * |
TAG SP 125: Bila Ekonomi Menguncup By Harun Rashid 21/5/2001 1:12 pm Mon |
TAG 125 [Pelik dan anih, kerajaan sentiasa memberi perkhabaran
positif mengenai ekonomi sedangkan banyak tanda menunjukkan
ia sebenarnya sudah mencecah tahap negatif. Tanpa ketelusan
dan ketepatan fakta pelabur dan peniaga terpaksa bergantung
harap kepada berita dari lain sumber termasuk khabar angin
asalkan jawapan yang diperolehi dapat memuaskan hati dan
mengubat keraguan diri. Jika tidak pelabur akan asyik hidup
merugi kerana tersilap langkah akibat berpandukan petunjuk
kerajaan sendiri yang langsung jauh panggang dari api. Sebab
itulah banyak saham institusi pelaburan milik kerajaan kini
berada di paras yang menggerunkan yang boleh membunuh diri.
Yang sengsara nanti adalah rakyat juga seperti kes ASN Johor.
Padahal mereka mengikut semua petua dan jaminan enak-enak dari
pak-pak menteri. Sekarang semua sudah mula mengigit jari....
namun itu semua sudah tidak berguna lagi.
- Editor] (The Decline In The Economy) oleh: Harun Rashid Anggaran KKN (Keluaran Kasar Negara) yang terus menurun
semakin kerap menjadi perhatian Bank Negara, seperti juga
beberapa institusi lain yang bertanggungjawab memberikan
tafsirannya akan masa depan negara. Dalam setiap tindakan itu
ramalan rasmi disokong oleh satu keyakinan bahawa masa depan
akan tetap merupakan sesuatu yang menggalakkan. Tidak ada
ruang langsung untuk membuat ramalan kosong ataupun kerja
omong-omong. Mereka memberikan satu laporan yang menyedihkan dengan
kenyataan betapa keadaan yang ada memerlukan satu penilaian
semula jangkaan lama. Dengan itu kita diberitahu bahawa dalam
suku tahun kedua, ataupun ketiga ataupun keempat nanti,
keadaan ekonomi negara akan berubah secara dramatiknya,
sambil memberikan satu harapan yang menggalakkan.
Berdasarkan ramalan itulah satu masa depan yang sengaja
digembar-gemburkan menjadi satu sasaran yang penuh
kepalsuan. Porla masakini KKN itu memang menurun. Porla ataupun trenda
itu ditafsirkan deenan menyambungkan beberapa titik di atas satu
gambarajah, di mana paksi mendatar merakamkan beberapa unit
masa dan paksi menegak menjadi pergerakan ekonomi dalam
bentuk unit. Catatan kenderaan yang dimuatkan, kontena
perkapalan, jumlah penumpang perkhidmatan udara, pendaftaran
kereta baru, pengekspotan .......dan apa sahaja lagi yang mungkin
boleh digunakan untuk dijadikan unit aktiviti ekonomi untuk paksi
menegak itu. Anggaran KNK, yang digunakan sebagai kayu pengukur
kesihatan ekonomi Malaysia itu selalu sahaja berbentuk positif,
mengikut arahan parti yang memerintah. Semua kenyataan
mereka sentiasa dipantau untuk menentukan mereka tidak
mengeluarkan kenyataan yang mungkin mendedahkan sebarang
kekurangan dalam pengurusan ekonomi negara yang sengaja
dirobotkan itu. Masa depan mereka sebagai orang professional
sentiasa tergugat; malahan bergantung kepada keupayaan tidak
tersasul cakap yang mungkin menjejaskan sajian maklumat yang
menyelindungi kebenaran yang sebenarnya.
Kajian menyeluruh untuk menganalisa keadaan yang sebenarnya
memang sengaja diketepikan. Sebaliknya kita kerap disogokkan
oleh satu kenyataan ringkas memberikan alasan kenapa angka
terkini selalunya mencatatkan penurunan daripada angka yang
sebelumnya. Tidak adapun satu polar yang boleh diramalkan.
Kalau ada pun sebarang penjelasan ia merupakan sesuatu yang
bersifat pelalian kepada penjelasan yang mengabui pemikiran
betapa penurunan yang berlaku itu adalah bersifat sementara
sahaja, yang berkemungkinan berubah kepada keadaan yang
lebih cerah dalam satu masa yang amat terdekat.
Keadaan masakini memang kelam. Untuk sukutahun pertama
angka petunjuk yang dikeluarakan oleh MIER (Institusi
Penyelidikan ekonomi) menunjukkan pertumbuhan KNK yang
rendah, sekitar 1 persen sahaja ataupun lebih kurang dari itu.
Besar kemungkinannya angka sebenar sukutahun pertama itu
adalah negatif semuanya. Semua angka itu adalah bersifat relatif
sahaja, dan hanya boleh ditafsirkan secara tepatnya dengan
menyatakan dengan jelas bahwa kadar aktiviti ekonomi sedang
berubah naiknya. Perkataan ataupun terma 'pertumbuhan' itu
adalah tidak tepat sebenarnya. Menguncup ataupun menurun
adalah terma yang lebih bertepatan lagi.
Satu trenda yang menunjukkan satu aliran yang tetap, selalunya
tidak mudah berpatah-balik dengan cara mendadak. Ia
merupakan satu arah hala, dan arah hala masakini menunjukkan
arah ke bawah. Angka statistik untuk sukutahun kedua tidak akan
boleh diperolehi sehingga dua bulan lagi. Sementara itu,
anggaran kadar 4% untjuk 2001 itu bergantung semata-mata
kepada pengharapan berlakunya pertumbuhan yang menyerlah
pada bahagian enam-bulan terakhir pada tahun ini.
Pakar ekonomi selalunya gemar menggunakan istilah 'bentuk-U'
dan 'bentuk-V' ketika memberikan gambaran graf KNK Malaysia.
Tidak ada sesiapa yang berani menyatakan adanya 'bentuk-L'
ataupun graf 'penurunan yang menjunam' lakarannya.
Kemungkinan akan berlakunya penguncupan aktiviti ekonomi
sejagat adalah sesuatu yang tidak mahu difikirkan. Segala
sensitiviti kepada kenyataan sudah lama menghilang. Sikap
optimsm itu lahir daripada kedewasaan, perilaku dan
warna-warni politik yang sebenar. Kerajaan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia kerap
berpijak di bumi nyata dengan membuat anggaran yang menolak
kemungkinan munculnya perubahan yang menyerlah pada masa
yang terdekat. Angka perdagangan yang menurun di Singapura
sudah tentu terpalit juga pada Malaysia, dan keadaan
sebenarnya sekarang ini tidak pun memberikan sebarang
gambaran keadaan akan berubah secara menyerlah.
Kegagalan kerajaan Malaysia menerima hakikat bahawa
penguncupan aktiviti ekonomi adalah selaras dengan dasar
menafikan kenyataan. Menteri kewangan telah melaungkan
ketelusan dan kejujuran dalam urusan aktiviti ekonomi negara,
tetapi jabatannya yang sengaja gagal memenuhi kehendak
menyediakan satu piawaian minima dalam perihal perakaunan.
Perdana menteri telah mencadangkan satu rencana perbelanjaan
untuk menampan penguncupan yang sedang berlaku, tetapi ini
merupakan perbelanjaaan berdefisit yang dikatakannya berbentuk
sementara sahaja. Masalah yang muncul dalam pendiriannya ini
terletak kepada keperitan untuk menyediakan peruntukan
membayar balik hutang yang perlu dilunaskan di masa hadapan.
Parti yang sedang berkuasa merencana pelbagai usaha untuk
mengumpan pihak yang tidak berwaspada. Terdapat pelbagai
surat janji yang berbentuk 'rights' waran', bon yang tidak terjamin
cagarannya, hutang-piutang antara syarikat, penukaran saham,
'put' dan 'call-options' yang merupakan pelbagai bentuk
tampanan. Sejak Malaysia melangkah ke alaf baru ini sudah
terdapat pelbagai bentuk cagaran kewangan yang direka untuk
menyesuaikan selera pihak berkuasa yang sentiasa pelahap,
lapar dan dahaga. Semua ini didapati perlu untuk menyorokkan
pemborosan masa lalu, sambil digunakan utnuk melindungi
pencurian yang bukan kepalang banyaknya yang tidak ada
sebarang penyata perakaunan untuk dijadikan tudung-sajinya.
Ketuanan parti UMNO-BN adalah merupakan satu himpunan
naungan politik yang berkuasa dan memerlukan santapan dana
bulanan yang bukan kepalang banyaknya. Sumber wang dan
dana itu sudah semakin kontang dan menjadikan dompet dana itu
semakin meretas di tepiannya. Tuntutan bayaran yang semakin
lantang terhadap pembayaran yang tertunggak kini semakin
mendapat perhatian secara terbuka. Menteri kewangan sudah
mengangkat tangannya mengaku kalah, merelakan jawatannya
kepada sesiapa yang sanggup mengambil alih dan melaksanakan
tugas yang semakin sukar dan getir.
Setiap perkampungan mempunyai cawangan UMNO, dengan ada
ahli yang menerima gaji bulanannya. Sewa bangunan dan gaji
adalah tuntutan bulanan dan inilah yang menjadikan struktur
kerajaan pusat semakin disagat dan muncullah keperitan dalam
usaha mengelakkannya daripada tersembam ke bumi nyata.
UMNO-BN merupakan parti poltik yang digiurkan oleh wang dan
bukannya kesetian kepada semangat juang. Sebaliknya, pihak
pembangkang mendapatkan pembiayaan parti daripada
sumbangan sukarela, dan menghadkan tanggungannya kepada
sumber dana yang sedia ada. Parti yang berkuasa telah pun mengaku bertanggungjawab
kepada beberapa peristiwa kecundangnya beberapa syarikat
besar disebabkan perbuatan berbelanja secara membazir dan
berboros di masa silam sehinggakan tidak ada tolok bandingnya.
Perlantikan bajingan politik sebagai ketua ekskutif syarikat
besar-besar itu telah menjahanamkan asas perindustrian di
Malaysia kepada kancah pengaiban yang wujud di negara lain
apabila politik dibiarkan bermaharaja-gila berbanding disiplin
kemasyarakatan yang lainnya. Ilmu matematik tergugat disebabkan campurtangan politik. Ilmu
fizik jatuh terjerumus kerana ditekan oleh kuasa politik. Biologi
yang dinaungi oleh kepimpinan politik semakin diperlekehkan.
Ahli politik yang cuba memandai-mandai dengan kurikulum
ilmu-kimia menjadi orang yang tolol dengan pendapatnya itu.
Malaysia kini merasakan bahang kebajingan politik yang
menerjah masuk setiap cabang hidup rakyatnya. Sistem
pendidikan negara terpaksa menerima campurtangan politik
daripada mereka yang tidak faham karya pendidikan ataupun
keperluan pentingnya memberikan ruang berfikir dan berkarya
kepada masyarakat siswa dan siswinya. Para pelajar sengaja
mahu diterapkan kefahaman untuk dilatih menjadi anjing laut yang
mengikut arahan para pelatihnya, kerana tuan-tuan politik
mahukan warga pelajar menjadi bingong dan tolol mengikuti
arahan para pemimpin politik itu. Laksana Samson dalam hikayat Samson dan Delilah dulu, rakyat
Malaysia kini dibelenggu oleh penyangak gampang yang telah
menggunakan segala tipu helah dan kaedah songsang utnuk
melumpuhkan sebuah negara yang baru merdeka. Laksana
Samson dulu kala juga, rakyat Malaysia mungkin terpaksa
menghancurkan kuasa yang mencengkam ekonomi negara itu
untuk menyelamatkan impian demokrasi mereka.
Sebagai rakyat yang mempunyai jatidiri dan tidak mudah putus
asa dan luntur semangatnya, rakyat marhaen memilih untuk
berjimat, memulaukan tempat membeli belah dan kedai menjual
kereta. Apabila para pengguna berhenti berbelanja, kerja-kerja
penstrukturan sinario politik akan mengekori jejak langkah rakyat
marhaen itu. Batu batan akan jatuh bergelimpangan dan debu
yang tebal akan turut berterbangan, semua banduan yang
tertahan akan dibenarkan untuk bebas juga.
Kini, kuasa yang zalim dan ganas untuk mendera itu mungkin
kelihatan menakutkan. Esok ataupun lusa, kefahaman untuk
bersatu dan menonjolkan kedegilan menentangnya, akan
menggugat segala tiang yang kini menyokong kerakusan kuasa
itu. Semuanya akan tumbang juga untuk dihumban ke lipatan
sejarah bangsa. -HarunRashid-. Terjemahan SPAR 05-004 Rencana Asal: May 19: The Decline In The Economy |