Laman Webantu KM2A1: 4518 File Size: 19.1 Kb * |
FK KTK: B1 Ketamakan Kroni, Menghancur Negara [Mesti Baca] By Zaharuddin Hj Abd Rahman 21/5/2001 7:25 pm Mon |
Sumber: MR2 http://mindarakyat0.tripod.com/2001mei/2001-1510.htm
Oleh: Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman Di ketika manusia di seluruh negara bekerja keras bagi mendapatkan
segengam beras untuk makan ahli keluraga dan ketika setengahnya
berhempas pulas mencari wang gaji yang tidak seberapa untuk
membayar hutang-hutang kereta, rumah dan pelbagai hutangan.
Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan manusia yang meraih wang
dan hidup ditenggelami wang ringgit yang melimpah ruah tanpa jerit
perih yang sebenar tetapi hanya menggunakan kedudukan dan 'title'
tertentu. Justeru, penulisan yang berlandaskan kajian ini akan cuba
memaparkan perkara berikut :
Allah SWT berfirman mafhumnya : "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang
tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut
serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi
zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati
dan pandangan." ( An-Nuur: 37 ) Allah SWT memberikan gambaran bahawa kecintaan kepada harta itu
mungkin sahaja menyebabkan seseorang itu teralai daripada ingatan
akhirat, bukan sekadar itu malah mereka ramai juga yang termasuk
dalam kalangan penentang Islam dengan beranggapan bahawa
kerana tidak mengambil Islam lalu mereka mampu ke hadapan. Maka
wujudlah kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mengira batasan
halal dan haram dalam mengumpul kekayaan.
Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga manusia yang
menggunakan jalan singkat untuk menjadi kaya iaiatu dengan
menggunakan pengaruh pangkat lalu terjadilah istilah nepotisme,
kronise, kolusi dan lain-lain. Selama ini, ramai pemimpin UMNO
menyangkal tuduhan kronisme dan lain-lain tuduhan penyalahgunaan
kuasa dan wang rakyat. Justeru di sini akan cuba dipaparkan perkara
ini untuk pengetahuan rakyat. Berikut adalah jawatan-jawatan anak
Dr. Mahathir di dalam syarikat 'Public Listed' :
Jadual 1 : Jawatan anak Perdana Menteri di dalam syarikat Public
Listed
Jadual 3 : Jumlah Keseluruhan Nilai Pelaburan anak PM dalam
syarikat 'Public Listed' ![]() Para pembaca boleh melihat sendiri betapa mewahnya kehidupan
anak-anak Perdana Menteri iaitu Mirzan sebanyak RM 825 juta,
Mohzani RM 208 Juta dan Mukhriz sebanyak RM 11 juta, itu cuma
pelaburan yang menggunakan NAMA MEREKA bagaimana pula
pelaburan yang tidak menggunakan nama mereka tetapi menggunakan
PENAMA (nominees). Saya kira itu hanyalah jumlah kekayaan
mereka yang PALING MINIMUM atau mungkin hanya peratusan
kecil dari kekayaan mereka kerana jumlah pemilikan hartanah dan
bangunan yang bukan dalam bentuk saham tidak dapat ditentukan
kecuali oleh mereka sendiri. Apa pun, rakyat kini boleh menilai sejauh manakah kekayaan harta
kepunyaan anak-anak Perdana Menteri yang menyebabkan beliau
begitu risau untuk melepaskan jawatannya. Bagaimana pula segala
harta berbentuk hartanah, aset-aset lain serta wang tersimpan. Sudah
tentu sejauh langit dengan bumi jika dibandingkan dengan rakyat
kebanyakkan. Layakkah mereka dengan hanya sekadar menjadi anak
PM lalu kaya sedangkan rakyat teraniaya di dalam masalah
kewangan. Begitu juga halnya dengan individu-individu lain yang dianggap
sebagai 'kroni'. Kehidupan mereka sentiasa mewah dan sekiranya
ada kegagalan di dalam pernigaan, pasti kerajaan akan membeli
saham mereka atau menyuntik wang tidak kiralah dari mana
sekalipun sumbernya. Contohnya, kerajaan telah menyelamatkan Tan
Sri Tajudin Ramli dengan membeli 29 % saham MAS apabila kerajaan
membeli semula saham berkenaan pada harga 122% melebihi harga
pasaran. Lihat pula secebis kekayaan Tan Sri Halim Saad.
Jadual 4 : Beberapa Pelaburan serta Nilai Pasaran Bagi Tan Sri
Halim Saad.
* Nilai Pada 11 Februari 2001
* * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur
Inilah beberapa kerat 'Billionaire' Melayu yang merupakan 10 orang
melayu terkaya di Malaysia di kalangan individu seperti Tun Daim
Zainuddin serta kroni, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Vincent, Ting
Pek Khing, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan lain-lain.
....bersambung.... |