Laman Webantu KM2A1: 4519 File Size: 9.1 Kb * |
TAG SP 126: Rompakan Lebuhraya Yang Hebat By Murali Krishnan 21/5/2001 8:52 pm Mon |
TAG 126 Terjemahan: SPAR-04-006
Rompakan Lebuhraya Yang Hebat (Outlook India: The Great Highway Scam)
Oleh : Murali Krishnan Bukannya senang untuk memberi alasan yang kuat bagi
mengeluarkan perbelanjaan sebanyak Rs 26.5 juta - untuk
satu tempoh masa selama 15 tahun - bagi pembinaan
lebuhraya sepanjang 1 km yang sebenarnya hanya menelan
belanja Rs 4-5 juta untuk dibina. Namun Penguasa Lebuhraya Kebangsaan India (nhai) dan
Kementerian Jalanraya berfikiran sebaliknya. Mereka
mengesan sesuatu yang tersembunyi di dalam arithmetik yang
membingungkan ini. Malah, pegawai-pegawai dari Kementerian
Kewangan dan Suruhanjaya Perancangan dan pakar-pakar
teknikal yang terlibat di dalam projek lebuhraya
mempertahankan skandal yang akan melibatkan ribuan juta
itu. Seorang pegawai berkata : 'Dari system pertahanan
kita sedang menuju ke arah pembukaan jalan-jalanraya.'
Penentangan mereka terhadap projek-projek lebuhraya
berkisar tentang apa yang dipanggil sebagai skim anuiti.
Di bawah skim ini, kontrak-kontrak dikeluarkan bagi
membina dan menyelenggara lebuhraya di mana bayaran
pra-mandat dibuat secara tetap untuk satu tempoh masa
seperti 10-15 tahun oleh kerajaan. Kos purata untuk
pembinaan satu kilometer lebuhraya - termasuk pemilikan
tanah - adalah Rs 4-5 juta. Tetapi di bawah skim anuiti,
bayaran ansuran tahunan akan menjadi Rs 2 juta per 1 km
bagi setiap tahun untuk selama tempoh masa 15 tahun.
Pada akhirnya, pengiraan yang dibuat adalah sungguh
mengejutkan di mana semuanya akan menelan belanja sebanyak
Rs 30 juta untuk setiap 1 km! Satu alasan yang diberikan
bagi penerimaan skim tersebut adalah pihak kerajaan akan
terlepas dari tanggungjawab penyelenggaraan sepanjang
tempoh masa kontrak itu. Penjelasan rasmi untuk kerja
tidak berakal ini bahawa tiada siapa yang sanggup
menjalankan projek terbesar di Asia yang bernilai Rs
68,000 juta itu sekiranya sesuatu yang memuaskan atau
'lumayan', seperti apa yang nhai istilahkan sebagai 'skim
anuiti', tidak ditawarkan. Mereka juga menekankan bahawa
jika pengiraan dibuat terhadap penurunan nilai matawang
rupee pada masa hadapan terhadap dollar, pertambahan kos
tidak akan menjadi terlalu tinggi. Aneh sekali, syarikat-syarikat kejuruteraan India tidak
pula tertarik dengan skim anuiti ini. Mereka yang
mengambil bahagian adalah sekumpulan syarikat-syarikat
Malaysia - IJM Berhad Corp, Gamuda, Renong dan WCT
(Malaysia), sebuah konsortium. Minat yang ditunjukkan oleh
syarikat-syarikat ini di dalam projek lebuhraya telah
menjadikan lawatan Perdana Menteri ke Malaysia, yang
bermula pada 13 Mei, membawa sesuatu yang bermakna. Projek
Pembangunan Lebuhraya Kebangsaan (nhdp) adalah 'projek
impian' Perdana Menteri dan komponen-komponennya adalah
dijangkakan untuk menghubungkan kawasan segiempat emas dan
koridor- koridor utara-selatan dan timur-barat.
Bersama rombongan pengiring Perdana Menteri adalah Nasser
Munjee, pengarah urusan dan ceo Perbadanan Kewangan
Pembangunan Infrastruktur (idfc), satu-satunya perunding
kepada nhai dan penganjur yang aktif bagi skim anuiti.
Munjee sangat berbangga dengan skim tersebut yang,
mengejutkan sekali, tidak pernah diuji di mana-mana tempat
di dunia ini. ' Bagaimana jika ia tidak pernah dicuba
sebelum ini? Mari kita mencubanya di India,' beliau
memberitahu Outlook sehari sebelum berlepas ke Malaysia.
'Saya telah membantu merumuskan skim tersebut dengan
menekankan tentang infrastuktur, seterusnya di bawah
N.K.Singh,' tambahnya lagi. Namun, seorang pegawai dari kementerian kewangan berkata :
'Walaupun sekiranya kos penyelenggaraan pada masa hadapan
untuk selama 15 tahun adalah tiga kali ganda kos
pembinaan, skim anuiti tidak memberi faedah dari segi
ekonomi, jadi ia perlu ditolak. Apabila anda mengeluarkan
kontrak seperti ini, terdapat banyak sebab untuk mensyaki
berlakunya rasuah atau anda lebih mengutamakan sebuah
syarikat tertentu atau yang lain.
Kontrak-kontrak yang pertama di bawah skim anuiti telah
pun diputuskan. Projek sepanjang 65 km dari Panagarh ke
Palsit di Bengal Barat telah diberikan kepada firma-firma
Malaysia, Gamuda dan WCT. Menurut Munjee, pengiraan di
bawah skim anuiti untuk projek sepanjang ini menunjukkan
bahawa kerajaan akan membayar Rs 138 juta setiap tahun
untuk tempoh masa 12.5 tahun. Pembayaran anuiti akan
bermula selepas pembinaan selesai di dalam tempoh dua
setengah tahun. Terjemahan SPAR-04-006 Rencana Asal: www.outlookindia.com Outlook magazine, New Delhi, Business, 21 May 01
It's Roadsgate now. A controversial scheme-where contractors
get assured bloated sums to build and maintain highways-is
one more superscam. MURALI KRISHNAN It is not easy to justify forking out Rs 26.5 crore-over a
period of 15 years-for the construction of a one kilometre
stretch of a highway which costs only Rs 4-5 crore to build.
But the National Highway Authority of India (nhai) and
the ministry of roads seemingly think otherwise. They
discern a mysterious logic in this befuddling arithmetic. In
fact, finance ministry and Planning Commission officials and
technical experts involved in the highways project maintain
it's a scam running into thousands of crores. Says an
official: "From defencegate we are moving on to roadsgate."
Their objections to the highways project centres around
the so-called annuity scheme. Under it, contracts are handed
out to construct and maintain highways for which a
pre-mandated payment is made regularly over a period of say
10-15 years by the government. The average cost of
constructing a kilometre of highway-including land
acquisition-is Rs 4-5 crore. But under the annuity scheme,
an annual instalment works out to Rs 2 crore per km every
year for a period of 15 years. In the end, this works out to a shocking Rs 30 crore
per kilometre! One justification for the scheme is the
government is free of any maintenance responsibilities for
the contracted period. The official explanation for this
crazy that there would be no takers for the biggest roads
project in Asia worth Rs 68,000 crore if such sops or
"comforts", under what the nhai terms the "annuity scheme",
are not offered. They also point out that if the future
depreciation of the ruppee against the dollar is calculated,
then the additional cost would not be so high.
Strangely, Indian engineering companies do not seem to
figure under the annuity scheme. Those in the running are a
clutch of Malaysian companies-IJM Berhard Corp, Gamuda,
Renong and WCT (Malaysia), a consortium. It is in the
backdrop of the interests of these companies in the highways
project that the PM's visit to Malaysia, which kicks off on
May 13, gains significance. The National Highway
Development Project (nhdp) is the prime minister's "dream
project" and its components are envisaged to connect the
Golden Quadrilateral and the north-south and east-west
corridors. In the prime minister's entourage is Nasser Munjee,
managing director and ceo of the Infrastructure Development
Finance Corporation (idfc), the sole consultant to the nhai
and an active promoter of the annuity scheme. Munjee is very
proud of the scheme which, surprisingly, has not been tested
anywhere else in the world. "What if it has not been tried
out? Let us try it out in India," he told Outlook on the eve
of his departure to Malaysia. "I have helped formulate the
scheme with the pmo's task force on infrastructure, then
under N.K. Singh," he adds. But, says a finance ministry official: "Even if future
maintenance costs for 15 years is three times the cost of
construction, the annuity scheme makes no economic sense, so
it must be scrapped. When you give out contracts of this
kind, there is every reason to believe that there is
corruption or that you are favouring one company or the
other." The first of the contracts under the annuity scheme has been finalised. The 65-km Panagarh-Palsit stretch in West Bengal has gone to the Malaysian firms Gamuda and WCT. According to Munjee, the annuity scheme worked out on this stretch would mean the government pays Rs 138 crore annually for a 12.5-year period. The annuity payment begins after the construction is completed in two-and-a-half years. |