Laman Webantu KM2A1: 4526 File Size: 15.6 Kb * |
TJ SP MGG: UMNO Meludah Ke Langit By M.G.G. Pillai 23/5/2001 4:01 am Wed |
MGG 1161 [Mahathir terjerat dengan kata-katanya itu sehingga dia
menggelabah tidak tentu. Mula-mula warga Cina Sabah akan
diterima sebagai ahli Umno TANPA SEBARANG SYARAT kemudian
diputarnya kepada yang berAKAR sahaja. Beliau seolah-olah
keresahan dan cemburu BA amnya dan keADILan khususnya
memilikki ciri-ciri multi kaum yang lebih jauh berakar dan
lebih menepati konsep atau wawasan bangsa Malaysia. Ezam,
Gobalakrishnan dan Tian Chua adalah lambang gandingan erat
yang menggugat Umno sehingga mereka bertiga ditangkap tanpa
bicara melalui ISA. Kata-kata Mahathir tersebut seperti menampar MCA dan membuat
MIC menelan air liur sendiri. Tetapi pemimpin melayu menggeleng
kepala apa sudah jadi kepada 'orang tua' ini. Dengan menarik balik
kata-katanya itu jelaslah dia telah terludah ke muka sendiri
sehingga teraib seantero negeri. Beliau telah memberi markah
percuma buat BA (lagi) dan membogelkan Umno sendiri. Sepatutnya
ahli Umno melakukan sesuatu kerana Mahathir sudah tidak mampu
bekerja lagi. Rencana ini amat baik dan perlu dibaca sehingga
akhirnya dan disebar meluas keseluruh negara.
- Editor] (UMNO Shoots Itself In The Foot Over Chinese Members)
Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO telah pergi ke
Sabah minggu ini untuk menyaksikan pembubaran sebuah parti komponen
BN, AKAR dan menerima keahlian parti itu menganggotai UMNO. Kemudian,
dia membuat satu pengumuman yang sungguh mengejutkan bahawa semua
warga Cina di Sabah diterima menjadi ahli UMNO tanpa sebarang syarat.
Semua orang bukan Melayu di seluruh negara menganggap pengumuman itu
adalah satu langkah awal kepada penubuhan satu parti untuk semua
kaum. Lantas Samy Vellu yang merupakan presiden MIC telah bertempik
dengan ghairah menyatakan kesediaan beliau membubarkan MIC untuk
membolehkan ahlinya menganggotai UMNO. Harapan meninggi mula menjulang
perasaan masyarakat bukan Melayu. Namun, tidak ada seorang pun
pemimpin Melayu yang bermaruah sanggup mengeluarkan kata-kata menyokong
cadangan Mahathir itu. Seperti yang sering berlaku, Dr. Mahathir memutar-balik cakap-cakapnya
itu. Bukan semua orang Cina di Sabah yang layak dengan tawaran itu,
hanya mereka yang menjadi ahli AKAR sahaja. Lagipun, perkahwinan
campuran antara orang cina dan pribumi telah melahirkan satu
masyarakat bumiputra yang dikenali dengan gelaran 'Sinos', di sana.
Demikianlah, laksana belut dia telah melepaskan dirinya daripada
keadaan aib yang menjadi kalut. Sebenarnya bukan ada sesuatu yang
dramatik apabila dia menyebut warga Sinos boleh menjadi ahli UMNO,
kerana itu memang hak mereka. Satu ketika dulu, sebelum USNO
dibubarkan untuk menganggotai UMNO, terdapat ahli-ahli USNO daripada
kalangan masyarakat Cina. Mereka pun menganggotai UMNO apabila USNO
dibubarkan. Memang ada peraturannya di mana pribumi yang bermustautin
di Sabah dan juga Sarawak diiktiraf sebagai bumiputra. Yang peliknya,
peraturan ini tidak pun menyeluruhi tanah semenanjung hinggalah
perkara itu berubah baru-baru ini. Hanya baru kebelakangan ini
kumpulan pribumi seperti warga keturunan Portugis di Melaka, dan
keturunan Siam di bahagian utara negara diterima sebagai bumiputra
juga. Tetapi, Dr. Mahathir telah melakukan satu kesilapan besar dalam
karya politiknya. Dia telah berkata dengan penerimaan orang Cina Sabah
sebagai ahli UMNO, ia merupakan satu awalan kepada penerimaan mereka dan
juga masyarakat lain di semenanjung untuk menjadi ahli UMNO juga.
Inilah yang mencetuskan ribut politik dalam UMNO. Ini juga yang
membuatkan Ling Lion Sik, menteri pengangkutan merangkap presiden
MCA bersuara lantang: bahawa orang Cina membuat pilihan utamanya memilih
MCA untuk terus mengurus dan menjamin masa depan mereka.
Gelagat meludah ke langit dan menadahnya dengan muka sendiri,
bukannya satu perkara baru. Tidak kiralah apa masalahnya ataupun isu
yang menyebabkannya. Mula-mula, satu kenyataan yang menyeluruh akan
dikeluarkan. Kemudian, perkara itu akan diperincikan secara terbuka,
menjadikannya satu cerita dongeng yang tidak ada lagi sengatnya,
sambil memberikan satu gambaran yang jelas kepada dunia luar betapa
perkara itu adalah caranya sebuah negara ditadbir oleh sebuah
parti dan pemimpinnya yang sudah kehilangan kilauan dan kilatnya. Dr.
Mahathir telah meminta maaf kerana kenyataannya yang tidak jelas
itu. Tetapi, dia sudah mengkucar-kacirkan keadaan. Warga Sinos, di
Sabah dan Sarawak boleh menganggotai parti bumiputra dan UMNO di
Sabah. Dia sudah tidak boleh bersikap terlalu memilih siapakah yang
layak menganggotai UMNO: jumlah penduduk Melayu di Sabah dan
Sarawak adalah kecil untuk menjanjikan keteguhan UMNO sebagai sebuah
parti politik di sana. Dia mampu menarik minat warga bumiputra di
Sabah, tetapi dengan adanya peraturan lisan betapa hanya mereka yang
beragama Islam boleh mengepalai UMNO telah menjadikan tarikannya itu
sedikit kendur untuk merangsang kaum-kaum itu menganggotai UMNO.
Untuk UMNO menjadi satu parti yang unggul di Sabah, ia mesti
mempunyai keupayaan untuk mencabar parti-parti orang Kadazandusun,
sedangkan cabaran itu bukannya perkara yang mudah.
Mahathir memang terdesak untuk membuat kenyataannya itu. UMNO sudah
terumbang-ambing di samudera politik orang Melayu. Inilah yang
mendesak UMNO membuat pendirian samada mahu terus kekal untuk satu
kaum sahaja ataupun berkembang menjadi parti yang dianggotai pelbagai
kaum. Mereka perlu bertindak mencari penyelesaian apakah mahu meniru
PAS dengan memberi penekanan kepada satu kaum dan agama, ataupun
meniru Parti Keadilan Negara (Keadilan) lantas menciplak idea yang
mula-mula dicetuskan oleh presiden UMNO yang pertama, Dato' Sir Onn
Jaafar. (Dato Onn telah keluar daripada UMNO bersama anaknya Husin
untuk menubuhkan parti Negara - penterjemah). Wawasan Onn itu memang
mendahului zamannya. Tetapi kini, pendapat politik semacam itu tidak
dianggap mendahului zaman lagi. UMNO mesti mengubah format kepartian
samada mengikut cara Keadilan yang mempunyai pendekaan multi-kaum
ataupun terus meniru kaedah PAS. Nampaknya doktor baik itu telah
membuat keputusan memilih pendekatan multi-kaum, cuma dia tidak
menerima sokongan daripada UMNO. Apabila mereka yang menyokong beliau
ketika ini adalah mereka yang bukan Melayu, menunjukkan betapa
teruknya rekahan yang wujud dalam partinya.
Ada satu persoalan besar yang menghantui UMNO: apakah ia mampu
menyaingi PAS ataupun Keadilan untuk merupakan sebuah parti yang
masih relevan lagi. Seperti biasa, memang belum ada sebarang usaha
membincangkan perkara ini secara serius. UMNO memang sudah menghala
ke zaman yang kelam dan masih mencuba menandingi PAS dalam usaha
menonjolkan syiar Islam. Ia beranggapan bahawa langkah pertamanya
ialah memujuk PAS bersatu dengannya sebelum mencuba menumpaskan
Keadilan. Sebenarnya Keadilan merupakan satu parti politik yang
menjiwai wawasan Onn Jaafar untuk menubuhkan sebuah parti multi-kaum
yang dipimpin orang Melayu, yang kini menghantui UMNO. Itu sebabnya
pemimpin Keadilan menjadi sasaran khas: lapan orang pemimpin parti
daripada sejumlah sepuluh orang yang dikenakan tuduhan ISA datangnya
daripada Keadilan. Parti yang ditubuhkan oleh Dato' Onn dulu
(IMP: Independence of Malaya Party) telah diasaskannya sebaik sahaja
beliau undur daripada UMNO. Parti itu kantul kerana dia tidak mampu
menarik sokongan orang Melayu. Lima puluh tahun kemudiannya, Keadilan
muncul dengan konsep yang sama dan tidak pula mengalami masalah yang
serupa. Cuma, parti DAP menuduhnya kerana mencuri ahli-ahli Cina
daripada kalangan partinya. Kemelut yang dicetus Perdana Menteri itu adalah satu gambaran jelas
betapa rapuhnya kuasa yang ada di tangannya. Dia cuba menonjolkan
satu peranan baru untuk dilakonkannya, tetapi dia sudah sedar semua
itu adalah perkara mustahil belaka. Pelbagai isu yang masih
terbengkalai tanpa penyelesaian selama dua dekad dia memegang tampuk
kuasa, kini membesar laksana satu raksasa yang sedia menelannya di
saat-saat kuasa yang ada itu semakin galak terlucut daripada
pegangannya. Bukan menjadi satu rahsia lagi betapa dia dan Tun Daim
menteri kewangannya tidak lagi bersahabat baik, dan berkemungkinan
besar akan mencetuskan satu pertembungan besar membuatkan asas
penubuhan UMNO turut bergegar. Masyarakat Melayu sudah lama
mengengsotkan sokongan mereka terhadap UMNO dan para pemimpinnya,
sambil bersedia menunggu sesiapa juga yang muncul sebagai jagoaan
yang terbaru. Lagi lama UMNO melecehkan jalan penyelesaian yang
mendera mantan timbalan presiden partinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim,
lagi cepat langkah parti itu menghala arah bilik mayat politiknya.
Dr. Mahathir semakin galak mengeluarkan kenyataan yang dibuai perasaan
panik dan tekanan sambil mengharapkan simpati segala sokongan yang
meminggirinya ketika Anwar ditangkap untuk didera, dulu. Inilah yang
membogelkan keadaan UMNO yang menggigil kerana ketakutan disebabkan
sokongan Melayu yang sudah jauh menghilang. Usaha UMNO memancing
sokongan warga Cina di Sabah adalah satu petunjuk betapa UMNO sudah
semakin gelabah kerana sokongan Melayu yang sudah lama berubah.
Terjemahan SPAR01-13 Rencana Asal: UMNO Shoots Itself In The Foot Over Chinese Members
The Prime Minister and UMNO president, Dato' Seri Mahathir
Mohamed, goes to Sabah this week to preside over the demise
of a National Front member, Akar, and accept its members
into UMNO. He then makes a shattering announcement that all
Chinese in Sabah would be welcome into UMNO without
reservation. The non-Malays throughout the country see that
as a step forward towards a single party of all the races.
The ebullient MIC president, Dato' Seri S. Samy Vellu,
melodramatically announces he would dissolve his party and
its members asked to join UMNO. Hopes were raised amongst
the non-Malay communities. But no Malay of any consequence
rose in support. Dr Mahathir, true to form, changes tack. It is not all
Chinese in Sabah, but Akar members only. Besides,
intermarriage between Chinese and the natives had created a
bumiputra group called the Sinos. He wriggles his way out
of his embarassment. He did not say anything dramatic when
he says the Sinos can join UMNO: they always could. USNO,
before it merged with UMNO, had Chinese members who became
UMNO members after the merger. The native rules allows any
resident, and this is also in Sarawak, with native blood is
a native. This is not accepted in the peninsula: native
groups, like the Portuguese community in Malacca and the
Thai community in northern Malaysia, are only now being
reluctantly considered bumiputras. But Dr Mahathir made a
major political faux pas. He said UMNO accepting Chinese as
members in Sabah could be a prelude to accepting them and
other minority races in the peninsula into its fold. That
created a political storm in UMNO. The transport minister,
Dato' Seri Ling Lion Sik rushes in for the kill: the
Chinese looked to the MCA as their first choice to protect
their future. This shooting itself in the foot is not new. It does
not matter what the issue or problem is. First an
all-encompassing statement is made. Then it is refined in
public, downgrading its scope and import, and giving an
impression to the world outside of a government, party and
leader who have lost their marbles. Dr Mahathir apologises
for not being clear about who could join. But he splits
hairs. The Sinos, in Sabah and Sarawak, can join bumiputra
parties and UMNO in Sabah. He cannot be too finicky about
who can join UMNO: the Malay base in Sabah and Sarawak is
too small for UMNO to survive as a Malay party; he can rope
in the bumiputra tribes in Sabah, but with this unwritten
insistence that only a Muslim can head UMNO does restrict
the racial pool from which it must recruit its members.
UMNO to survive must challenge the Kadazandusun parties, and
that is an uphill task. But he had to make that first statement. UMNO is
tossed and buffetted by the political re-orientation of the
Malays. They must decide if they must continue to organise
themselves as a racial or multiracial party: whether it
should go the way of PAS, with its emphasis on race and
religion, or as the Parti Keadilan Negara (Keadilan) does in
the mould of UMNO first president, Dato' Sir Onn Jaffar's
vision of a multiracial party. That vision was way ahead of
its times, but it is not any more. UMNO must reorganise
itself in the mould of either Keadilan's multiracial
politics or PAS' racial and religious worldview. It would
seem the good doctor decided upon the multiracial approach,
but he could not get UMNO to go along. That all who backed
the Dr Mahathir's call are non-Malays proves the divide in
his own ranks. UMNO's the unpalatable decision is if it should outdo
PAS or Keadilan to be politically relevant. As usual, there
is no serious thinking about it. The party heads towards a
obscurantist future, and tries to outdo PAS in its Islamic
proselytisation. It believes it must first seduce PAS into
its fold and then beat Keadilan with it. It is Keadilan,
with its Onn Jaffar vision of a multiracial party under
Malay leadership, that frightens UMNO. Which is why its
leaders are targetted for special treatment: eight of the
ten arrested recently under the Internal Security Act are
from Keadilan. Dato' Sir Onn's Independence of Malaya Party
(IMP), which he formed after he walked out of UMNO, failed
because he could not attract Malays into his fold. Fifty
years on, Keadilan does not face that impediment. The DAP
accuses it of taking Chinese members from its members.
The Prime Minister's confusion reflects his own tenuous
hold on power. He tries to carve a new role for himself,
but he finds that all but impossible. The unresolved issues
of his two decades in office now loom large before him as
his hold on power becomes tenuous by the day. It is no more
a secret that he and his finance minister, Tun Daim
Zainuddin, head for a clash that can shake UMNO to its
foundations. The Malay cultural ground moves away from UMNO
and its leader, and is prepared to support whoever emerges
the winner. The longer UMNO delays resolving the hurt done
to its former deputy president, Dato' Seri Anwar Ibrahim,
the quicker would be its irrelevance in national politics.
Dr Mahathir makes statements in panic and under pressure and
hope this would attract the ground he lost when Dato' Seri
Anwar was arrested, and which revealed UMNO's frightening
loss of the Malay ground. Bringing Chinese into UMNO Sabah
is yet another indication of that loss.
M.G.G. Pillai
|