Laman Webantu KM2A1: 4535 File Size: 21.9 Kb * |
TAG SP 128: B1 Dilema Cina Doktor Mahathir By James Wong Wing On 24/5/2001 6:59 pm Thu |
TAG 128 [Rencana ini adalah satu nukilan sejarah yang tidak tepat sehingga
terpaksa diperbetulkan banyak kali. (Rujuk catatan penterjemah). Sebaik
sahaja rencana (asal) ini disiarkan kerajaan telah mengeluarkan kata-dua
kepada laman Malaysiakini sebagaimana yang terlapur oleh AFP. Tetapi
ia tidak pula menyanggah di mana faktanya telah lari kerana ada sedikit
markah percuma untuk mereka di sini. Kami serahkan kepada pembaca untuk
mencari tanpa diwarna di mana ia tersembunyi.
Pendatang Cina digambarkan sebagai satu bangsa yang terpinggir atau terbuang
sejak dulu, termasuk di negara ini. Mereka telah dikhianati oleh bangsa sendiri
tetapi orang melayu melayan mereka dengan amat baik sehingga ramai tidak mahu
kembali ke tanah air sendiri. Malah ada yang mengahwini orang tempatan -
sekaligus merapatkan lagi kemesraan. Tidak banyak pergaduhan di sini yang
mengorbankan nyawa mereka kerana orang melayu memang lembut dan tidak
kecil hati walaupun hidup mereka banyak telah tercuri oleh pihak tertentu
yang telah dibeli oleh satu kumpulan yang tidak perlu disebutkan di sini.
Malangnya ramai orang Cina tertipu oleh pihak tertentu yang berpura sepanjang
waktu padahal kumpulan itulah puncanya semua ini. Hanya baru sekarang mereka
mula sedar - itupun masih agak samar. Orang melayu tidak memusuhi orang Cina
sejak dulu tetapi mereka kerap digambarkan begitu untuk tujuan tertentu.
Sekarang mereka ingin didekati - juga untuk tujuan tertentu. Sejarah perlu
dikaji dengan lebih teliti kerana orang Cina kerap tersalah baca sehingga
terpilih si penipu. (Artikel asal ada di Malaysiakini bertarikh 22 Mei, 2001)
Terjemahan: SPAR-07-003
(Dr. Mahathir's Chinese Dilemma) oleh: James Wong Wing On Mereka mengambil keputusan nekad meninggalkan tanah tumpah darah mereka
untuk berhijrah ke bahagian selatan di Asia Tenggara yang mereka beri nama
'Nanyang' untuk mencari rezeki dan menyambung kerja. Ramai di kalangan
mereka yang mendarat di pantai British Malaya. (Nama sebenarnya ialah
Semenanjung Tanah Melayu - penterjemah)
Sebilangan besar pendatang itu merupakan tenaga pekerja buruhan yang papa
kedana dan tidak punyai sebarang pengetahuan untuk membuat kerja melainkan
kerja-kerja borongan yang sengaja dibiarkan secara pukal di kawasan
perlombongan yang dipunyai oleh British dan pemodal Eropah yang lainnya.
(Sebenarnya tanah itu hak orang Melayu tetapi diusahakan oleh orang kulit
putih tanpa membayar sebarang sewa kepada raja-raja ataupun orang Melayu di
perkampungan yang berdekatan - penterjemah)
Impian mereka yang utama ialah mencari wang yang secukupnya untuk pulang ke
tanahair mereka dengan penuh lambang kemewahan, penghormatan dan kemegahan.
Namun, keadaan di Tanah Besar China semakin meruncing dan disusuli
kebangkitan rakyat marhaen, revolusi republikan, kemunculan
panglima-panglima perang, perang anti-Jepun, perang saudara antara golongan
nasionalis dan komunis, kemenangan pihak Komunis yang akhirnya mencetuskan
Revolusi Budaya, dan sebagainya - menyebabkan ramai warga yang mendatang ini
membuat keputusan untuk terus kekal di negara penghijrahan mereka untuk
selama-lamanya. Pada ketika itu, majoriti tenaga kerja Cina itu adalah seperti warga India
yang mendatang juga; hidup melata, diharung kemiskinan kerana mereka adalah
golongan yang hanya mampu bertutur satu bahasa, tidak mampu bertutur Bahasa
Mandarin, cuma setakat bahasa kedaerahan mereka sahaja. Kebanyakannya
buta-huruf dan tidakpun berpendidikan.
Mereka memerlukan perlindungan dan tukang cakap dalam satu suasana yang
dianggap baru dan kurang mesra, yang pada mulanya mereka anggap sebagai satu
tempat kerja di mana mereka mampu mencari wang untuk terus bernyawa.
Ramai juga di kalangan mereka yang menubuhkan kongsi gelap untuk mewujudkan
tenaga perlindungan yang kerasan dan betah serta kumpulan yang ditakrifkan
oleh pakar psikologis masakini sebagai persatuan berinteraksi. Namun, ramai
lagi yang lebih selesa bergantung harap kepada 'Kapitan Cina' ataupun
penghulu masyarakat Cina yang lebih disenangi dan dihormati sebagai
'pengantara' antara mereka dengan birokrat kolonial, dan juga warga
aristokrat Melayu. Tujuan Berkembar Masyarakat Cina ketika itu mempunyai keinginan yang amat mudah sekali kerana
sebagai tenaga kerja yang mendatang, mereka hanya memerlukan satu suasana
kerja yang tidak diganggu-gugat oleh masalah mencari kerja dan mendapatkan
wang habuan kerja yang membolehkan mereka pulang ke kampung halaman dengan
penuh kehormatan dan kemegahannya. Sebagai orang mendatang yang bukan mempunyai hak kerakyatan, mereka hanya
mahukan kebebasan untuk melaksanakan apa yang mereka suka mengikut saluran
undang-undang yang ada, tidak kiralah kalau semua itu tidak adil, menekan
dan menyakitkan, seperti yang diarahkan oleh pentadbiran kolonial.
Kerana itu, tugas seorang Kapitan Cina bukannya sukar sangat. Kebanyakan
mereka menjalankan tugas sebagai penterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Cina ataupun Bahasa Melayu kepada loghat Cina. Lantas merekalah yang
menguasai saluran komunikasi antara pihak yang mempunyai kuasa dengan warga
mereka untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakan sebagai yang
betul ataupun yang salah mengikut tafsiran undang-undang yang bertulis dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris. Namun, apabila kemasukan pekerja Cina itu semakin melonjak bilangannya,
berkembang biak hingga mencetuskan apa yang dikatakan sebagai menepati
'Teori Kehendak Maslow' menyebabkan sistem purba bergantung-harap kepada
Kapitan Cina menjadi sudah tidak berpada.
(Catatan Penterjemah: Maslow's Theory of Needs ataupun Teori Kehendak Maslow
adalah menyangkuti beberapa prinsip kehidupan seperti Keperluan Asas,
Fizikal, Perkongsian, Kumpulan dan Pencapaian Peribadi {self actualization}.
Teori ini merupakan prinsip pengurusan sosial yang amat bermakna dalam
sebuah negara yang menggembar-gemburkan pengamalan demokrasi. Sayang.....
teori ini tidak dapat difahami oleh si Raja Kaaapuuuur daripada Kerala)
Kerana itu, pentadbiran British telah menubuhkan satu 'Protectorate of
Chinese' (Jabatan Perlindungan Masyarakat Cina) untuk menangani setiap
urusan masyarakat pendatang itu sambil memantau aktiviti subversif
ala-Bolshevik yang dipengaruhi oleh pemikiran Dr. Sun Yat Sen dan pergerakan
republikan beliau yang mempunyai dua tujuan berkembar untuk menjatuhkan
dinasti Ch'ing dan menubuhkan satu republik moden.
(Catatan Penterjemah: Pergerakan Bolshevik pada asalnya merupakan satu sayap
yang disebut 'Bolshevik' yang terdapat dalam Social Democratic Party di
Russia pada tahun 1903. Inilah fraksi terbesar dalam parti itu yang diketuai
oleh Vladimir Lenin. Lenin merupakan penggerak satu gerakan mengganyang
pihak reformis kerana mahukan satu ketumbukan kebangkitan satu golongan
elitis yang sanggup menaikan semangat golongan pekerja menjadi satu tenaga
besar dalam pembangunan negara. Mereka berjaya menumpaskan kerajaan Russia
pada 1917 dan pada March tahun kemudiannya, parti itu bertukar nama menjadi
Parti Komunis Russia) Di samping kumpulan nasionalis Cina itu, ada juga terdapat satu pergerakan
komunis yang secara keanehannya diasaskan oleh masyarakat Sumatra dan Jawa
yang dipimpin oleh Tan Melaka dan Mas Alimin. Keanehan pergerakan ini bukan
sahaja disebabkan ia tidak merupakan cetusan usaha orang Cina, malahan
kebanyakan jalan fikiran mereka itu bukannya diterima sangat oleh masyarakat
Melayu, tetapi oleh masyarakat mendatang Cina yang merempat hidupnya.
Kerana itulah, Cawangan Khas (Special Branch) ditubuhkan dalam perkhidmatan
polis untuk menangani mereka. Setakat itu, masyarakat Cina (dan masyarakat
India kemudiannya) masih merupakan kumpulan pendatang yang perlu ditangani
dengan penuh toleransi disebabkan sumbangan mereka terhadap ekonomi negara
oleh pihak berkuasa Anglo-Malay yang bersikap sebagai pelindung kepada
kumpulan mendatang ini. (Catatan penterjemah: Ewaaah.... demikianlah catatan sejarah bangsa mengikut
pena seorang warisan pendatang rupanya... Inilah yang dikatakan lempar batu
sembunyi tangan? Apakah ini bererti masyarakat Melayu, Sumatra dan Jawa
lebih terdidik dan lebih celik sejak dulu?)
Berpaling-tadah. Jadi, masyarakat Cina hanya boleh 'dilindungi' dan 'dibiarkan'. Mereka tidak
punyai hak untuk membuat keputusan menyangkuti siasah. Mereka sendiripun
tidak memerlukan semua itu ataupun memahami haknya. Lagipun mereka
menganggap diri sendiri sebagai orang pengembaraan sahaja.
Apabila muncul kesedaran untuk berpolitik, kumpulan Cina yang ghairah dengan
aktiviti politik mereka telah berkumpul dan menganggotai Parti Komunis
Malaya (CPM: Communist Party of Malaya) yang diasaskan pada April 1930 di
Buluh Kasap, Johor. Pembabitan mereka itu bukannya kerana ketaksuban kepada
ideologi Marxist-Leninist ataupun kepada pengaruh loghat kedaerahan. Tetapi,
CPM pada waktu itu merupakan satu parti politik yang disarankan oleh Tan
Melaka sehingga mampu menarik keghairahan masyarakat buruh Cina untuk
menganggotainya. Kerana terpinggir oleh masyarakat utama Anglo-Melayu dan disisihkan juga
oleh masyarakat biasa telah meransang masyarakat Cina itu untuk bergiat
cergas dalam Parti Komunis Malaya. Pada awalannya mereka bersifat
anti-British, tetapi apabila Perang Dunia Pasifik bermula, mereka mengikuti
haluan PKM untuk bergabung dengan British memerangi tentera Jepun.
Sebenarnya, para pejuang PKM telah berjuang bermati-matian menentang tentera
Jepun begitu gagah sekali berbanding pihak British yang sepatutnya merupakan
pelindung orang Malaya ketika itu. Setidak-tidaknya anggota PKM terus
menetap di Malaya untuk berjuang menentang Jepun sedangkan pihak British
cabut lari lintang-pukang meninggalkan tanah yang menjadi punca pengutipan
cukai di mana penduduknya memanggil mereka dengan penuh hormat sebagai
'Tuan'. (Catatan Penterjemah: Pada waktu itu raja-raja dan Sultan Melayupun tidak
menerima perlindungan Askar Melayu kerana mereka dikerah mempertahankan
Singapura sambil rakyat British dan masyarakat Cina dan India yang kaya-raya
meninggalkan kepulauan itu. Pada waktu yang sama masyarakat Raja Kaapuur
cuba berbaik-baik dengan orang perkampungan Melayu untuk terus bernyawa.)
Selepas perang, penduduk Malaya merasakan perasaan dikhianati oleh pihak
British yang telah berpaling arah untuk mengganyang mereka dan mendera
mereka kerana tuduhan sebagai penyokong kuat Komunis. Chin Peng yang pernah
dianugerahkan bintang OBE oleh Raja England sebagai menghormati
pembabitannya memimpin ketumbukan pergerakan bawah tanah menentang Jepun
ketika itu boleh menjadi satu lambang bagaimana British telah belot dan
mengkhianati semangat persefahaman itu. Pingat OBE itu telah ditarik balik
pada awal 1948, Inilah merupakan bermulanya keadaan darurat di Malaya antara
1948 hingga 1960. (Catatan penterjemah: Penulis artikel ini terlupa merakamkan keganasan era
'Bintang Tiga', sebaik sahaja Jepun mengaku kalah dan ketika Malaya menunggu
kemunculan semula tentera British. Ketika itu askar Melayu pulang ke kampung
halaman selepas berperang bermati-matian di Bukit Chandu. Pada waktu yang
sama, ramai professional Cina menganggotai parti komunis termasuk
'Tokjanggut' ataupun nama sebenarnya Liong Kong Kim seorang bekas pengurus
syarikat aiskrim Singapura yang menjadi panglima komunis akhirnya. Sila baca
'The Jungle Is Green' mengenai kegiatan Suffolks Regiment menyerang hendap
Tok Janggut Cina ini.} Petugas Sukarela Untuk memerangi PKM dan akar-umbi masyarakat Cina yang menganggotainya,
pihak British telah menaja penubuhan MCA (Malaya dan kini Malaysia Chinese
Association), pada tahap awalannya sebagai sebuah organisasi kemasyarakatan
untuk mengalihkan sokongan masyarakat Cina terhadap Parti Komunis Malaya
itu. Untuk menentukan masyarakat ini tidak terpinggir lagi, British telah
merestui pemberian kerakyatan kepada mereka. Sekaligus MCA menjadi satu
versi baru Kapitan Cina, dan meniru model asal Kapitan dulu dan pelindung
masyarakat itu. Hakikatnya adalah sama sahaja - untuk memudahkan saluran komunikasi antara
pihak pemerintah dengan masyarakat Cina terutama sekali golongan yang
kaya-raya. Malahan hingga kini di awal abad ke-21 ini, MCA tidak bergiat cergas dalam
usaha merangka dasar nasional, sama ada di Kabinet ataupun Parlimen. MCA
masih lagi dipayungi oleh Biro khas yang disebut 'Complaints Bureau' yang
diketuai oleh Michael Chong yang memang jagoan dalam kerjanya sebagai
seorang petugas sosial. Wakil rakyat MCA di parlimen ataupun DUN lebih merupakan pekerja sosial
daripada memainkan peranan sebagai penglaksana undang-undang dalam sebuah
demokrasi yang moden. Pemikiran MCA masih berada di tahap pemikiran yang
mengikut acuan Kapitan Cina ataupun pelindung masyarakat Cina sahaja.
Namun, apabila masyarakat bertamaddun terus maju, masyarakat Cinapun turut
maju sama terutama sekali secara keintelektualannya. Mereka tidak lagi
menyokong hanya satu parti politik, malahan banyak parti lainnya, seperti
Font Sosialis, PPP (People's Progressive Party) yang dipimpin oleh
adik-beradik Seenivasagam di Ipoh, Gerakan dan DAP.
Sehingga 1990, masyarakat Cina secara majoritinya lebih selesa menyokong
parti pembangkang, terutama sekali DAP. Pada 1969, masyarakat Cina Kedah
telah mengundi dan menyokong calon PAS, arwah Yusuf Rawa (yang akhirnya
menjadi presiden PAS) mengalahkan seorang ahli politik muda Dr. Mahathir
yang ketika itu dianggap sebagai seorang ekstrem dan 'ultra' UMNO.
.....Bersambung..... Rencana Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/05/2001052202.php3
Tuesday May 22 Dr Mahathir's Chinese dilemma James Wong Wing On 12:24pm, Tue: feature In the late 19th century, thousands of
Chinese from the costal areas of mainland China, then ruled by
the corrupt Ch'ing Dynasty, could no longer tolerate the very
oppressive socio-economic and political environment of the
crumbling ancient regime. They decided to leave their ancestors' land and emigrate to the
south, or Nanyang as Southeast Asia was then called, to search
for a new world. Some of them came to British Malaya.
Most of those emigrants were poor indentured labourers and
unskilled lumpenproletarians, contracted to work in the tin mines
owned by British and other European capitals.
The original dream was to earn enough money and go home with
wealth, honour and glory. However, as the conditions in mainland
China turned from bad to worse - peasant uprisings, republican
revolution, warlord-ism, anti-Japanese war, civil war between
Communists and Nationalists, Communist takeover and Cultural
Revolution, etc - many had thus decided to stay permanently.
In those days, the majority of the Chinese migrants labourers, like
their Indian counterparts, were poor, downtrodden, illiterate or
semi-illiterate, monolingual (many could not speak Mandarin but
only inarticulate dialects) and not very educated.
They needed protectors and communicators in an environment
perceived and felt to be alien and hostile, and which they regarded
at first, as only a transient place to work and earn money to
survive. Some of them formed secret societies for mutual protection and
gathering of what social psychologists now call social information,
while many others would prefer to rely on more socially and
politically prestigious Kapitan Cina or Chinese community chiefs as
the bridge or link between them and the colonial bureaucracy, as
well as the Malay aristocracies. Twin aims The needs of the Chinese community then was very simple
because as migrant labour, they only wanted to have a
trouble-free environment for them to work and earn enough
money to return home with honour and glory.
As non-citizens, they only wanted to be left free to do what they
want within the boundary of the law, however unjust, oppressive
and obnoxious, set by the colonial administration.
Thus, the functions of Kapitan Cina were not very complicated or
difficult. Most of them acted as English-Chinese dialects or
Malay-Chinese dialect interpreters, and the communication
channel between the powers-that-be and their kinsmen so that
the latter knew what was right and wrong in terms of the law
written in English or Malay. However, as the influx of Chinese migrant labour became
increasingly massive, and as the needs of the community
diversified and moved up according to the Maslow theory of the
hierarchy of needs, the primitive system of Kapitan Cina no longer
sufficed. Thus, the British administration set up a Protectorate of Chinese
to deal with the so-called ?Chinese affairs? as well as to monitor
?subversive and Bolshevik activities? in the Chinese community
whose political consciousness had been heightened by the
activities of the great Dr Sun Yat Sen and his republican
movement whose twin aims were to overthrow the corrupt and
oppressive Ch'ing Dynasty and to set up a modern republic.
Besides the nationalists, there were also the communist movement
first organised, ironically not by the Chinese but by
Malay-speaking Sumatrans and Javanese like Tan Melaka and Mas
Alimin whose ideas were mostly accepted paradoxically not by
Malays, but by the poor Chinese migrant labour.
For that, the Special Branch was set up to deal with them. Up till
then, the Chinese (and for that matter, Indians) in British Malaya
were still the ?out-group? to be tolerated (not accepted) for their
economic value by the Anglo-Malay establishment which acted as
the guardian of the ?in-group?. Betrayed Hence, the Chinese were only to be ?tolerated? and ?protected?.
They had no right to make policy decisions. They themselves did
not want to or did not even have the concept of rights. After all,
they were self-perceived sojourners. As the consciousness of modern politics grew, most the politically
active Chinese joined or supported the Communist Party of
Malaya (CPM), which was set up in April, 1930 in Buloh Kesap,
Johor, not so much for its Marxist-Leninist ideology or its
dialectical flavour but because CPM was at that time the first
modern political party that, on the recommendation of Tan Melaka,
appealed to the Chinese labour classes.
Alienation from the Anglo-Malay mainstream society,
marginalisation and discrimination also contributed to the Chinese
involvement in the activities of the Communist Party of Malaya.
They were anti-British but when the Pacific War began, they
followed the CPM to form an alliance with the British to fight the
Japanese. To be honest, the CPM fought the Japanese more heroically than
the British who were supposed to be the protector of the
Malayan people. At least they stayed behind to fight, while the
British ran away from the land where they previously collected
taxes and were addressed as Tuan (Master/Lord).
After the war, they felt betrayed by their British ally who changed
course and confronted them as members and supporters of
communism. Chin Peng who was awarded the OBE (Order of the
British Empire) after the war for leading the resistance in Malaya
perhaps personifies that sense of betrayal - his OBE was
withdrawn at the commencement of the Emergency which lasted
from 1948 to 1960. Social workers To fight CPM and its Chinese base, the British helped to set up
the Malayan (now Malaysian) Chinese Association (MCA), first as
a welfare organisation to draw away Chinese support for CPM.
And in order not to further alienate the Chinese, the British
granted citizenship to them. MCA thus became a new version of
the Kapitan Cina, following the original model of Kapitan and the
Protectorate of Chinese. The essence was still the same - to facilitate communication
between the establishment or the powers-that-be and the
Chinese community, particularly the big businessmen.
Even today in the 21st century, MCA does not do much work in
the making of national policies, either in the Cabinet or Parliament.
It is still typified by its Complaints Bureau led by Michael Chong
who is really good as a social welfare worker.
MCA?s Members of Parliament (MPs) and State assembly
representatives are more social workers than legislators in a
modern democracy. MCA's mentality is still in the mould of
Kapitan Cina or the Protectorate of Chinese.
However, as society progresses, Chinese Malaysians, too,
advance intellectually. They have been supporting not one party,
namely MCA, but many others too, like the Socialist Front, the
People?s Progressive Party (PPP) under the Seenivasagam
brothers in Ipoh, Gerakan and the DAP.
Until 1990, Chinese Malaysians predominantly supported the
opposition, especially the DAP. In 1969, Chinese in the
parliamentary constituency in Kedah voted for a candidate of
PAS, the late Yusof Rawa who later became a president of the
Islamic party, to defeat the young Dr Mahathir who was perceived
to be an ?extremist? or ?Umno-ultra?.
|